Thursday, May 20, 2021

Cara Pembuangan Barang2 Terpakai Di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Dalam entri semalam ada yang bertanya tentang "skip bin" di Malaysia.. since ai tak duduk sana maka tadi ai telah meminta jasa teman2 maya untuk menjawab pertanyaan itu.   Tak sangka la pulak nama tong besar ni RORO jika di sana. 🤔🤔  (Bukan Roro Kidul atau Roro Mendut ye?).   


Aussie




Johor Bahru


"Selalunya...contractor buat rumah (baiki) akan sewa roro ni... orang nak de-clutter pun akan sewa roro ni...range harga sewa RM150-RM200.00 (Selangor)."  

Menurut seorang warga maya yg lain pula, di area Skudai, Johor  difahamkan kos sewa roro berharga RM180.00.

Maksudnya ada company yang sediakan servis ini.  Jadi mungkin harga berbeza2.  


Update :.   Kawan ai kata kalau kat JB boleh call JB SWcorp.. percuma je.   Mereka collect tiap Jumaat atau boleh call kalau nak cepat.


So, bilakah mereka bakal mengutip semula setelah ianya diisi dengan barang2 buangan dari rumah anda, pasti bergantung pada permintaan anda.   Secara logiknya lah kan?.


Kalau kat Aussie ni.. mereka ambil dalam 2 hari selepasnya, ternyata agak melegakan sebab untuk mengemas dan memunggah perabut2 buruk dan lain2 dalam hanya sehari tidak cukup masa pula.  Kadang malam mula terpikir lagi ada benda2 lain yang perlu dibuang.


Pantang larang tentang apa yang boleh dan tidak untuk dibuang ke dlm roro mungkin sama je la kot dgn di Aussie.   Gas, sisa2 makanan, asbestos dll. 



Untuk Baju-baju Terpakai

As for recycling your old clothes in Malaysia.. Ai ada simpan juga keratan  ini.. (klik photo cenonet ini untuk tumbesaran).  Credit kepada pemilik FB yang ai tak kenali.  




Dan.. terjumpa gambar lama yg orang fwd ni.. ada nombor tertera di situ (klik utk tumbesaran gambar).






Moga entri ini membantu, jika ada teman2 yg ingin menambah.. boleh tinggalkan di ruangan komen.   Thanks in advance.   Ai pun akan edit lagi post ini jika ada lagi info2 yang boleh dikembangbiakkan.

Sekian.



 


1 comment:

  1. Terima kasih kongsi. Bolehlah saya buat nanti. Alhamdulillah persoalan terjawab. Betul itu tidak boleh buang sebab itu saya simpan tunggu saluran betul.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.