Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Friday, August 7, 2026

Hidup bermandikan minyak wangi.

Assalamualaikum w.b.t

Walau pun tak bermandikan intan berlian, syukurlah di hari-hari yang semakin senja ini, hidup Mama bermandikan minyak wangi.  😂 MasyaAllah.

Cuma si Ain ni ada satu perangai misteri. Kalau dia beli hadiah, bukannya dia hulur sambil bagitau..

"Mama, this is for you." 

Tidak. Senyap-senyap je letak dalam gerobok. Sebulan kemudian barulah kami perasan. Itu pun sebab abah dia ternampak ada kotak terselit dalam beg ole-ole yang Ain belikan untuknya.

Mama pun mulalah berteka-teki dalam hati.

"Eh... ni dia tertinggal ke?"

Nak buka, apatah lagi nak pakai, memang serba salah. Sampailah baru-baru ni Mama tanya sendiri. Rupa-rupanya memang untuk Mama, dia kata dah cakap tapi Mama tak dengar.  Ya ke??.   Aduhai busy sangat Mamanya sampai anak cakap Mama tak dengar.  😅


Abercrombie & Fitch


Antara koleksi lain yang Ain dan abah dia dah belikan.

Eau de Parfum (EDP) ialah sejenis minyak wangi yang mempunyai kepekatan minyak pati (fragrance oil) sekitar 15–20%.

Ini bermaksud:

  •  Baunya lebih kuat daripada Eau de Toilette (EDT).
  •  Ketahanan biasanya sekitar 6–8 jam, malah boleh lebih lama bergantung pada kulit dan cuaca.
  • Cukup sembur sedikit kerana harumnya lebih pekat.

Perbandingan ringkas:

  • Parfum / Extrait de Parfum – 20–40% (paling pekat, tahan paling lama)
  • Eau de Parfum (EDP) – 15–20% (tahan lama, sesuai untuk kegunaan harian dan majlis)
  • Eau de Toilette (EDT) – 5–15% (lebih ringan, sesuai cuaca panas)
  • Eau de Cologne (EDC) – 2–5% (sangat ringan, cepat hilang).

Hadiahnya bukan sekadar harum baunya, tapi mengharumkan hati Mama juga.   Thanks Sayang Mama.


P/S :   Hidup ni ibarat putaran roda, kita belikan MIL aritu, tetiba anak plak belikan kita.  Masyaallah tabarakallah.



Tuesday, July 7, 2026

Jadi Pelancong di Bandar Sendiri - Kuala Lumpur!.

Sesekali staycation kat KL pun rasa best juga, walau pun sebenarnya teratak sendiri ada je kat bandar ini untuk menginap.   Tapi disebabkan anak-anak balik Malaysia inginkan sebuah kelainan, kita layankan saja.

Kalau ikut angan-angan Mama, teringin sangat nak stay di kampung-kampung yang bersawah padi (contohnya di Sikinchan atau melihat pokok2 dragon fruit di Bagan Lalang) atau pun mana-mana homestay yg ada vibes kampung, tapi sebab percutian ni disponsor oleh anak2, kita layankan je lah.

Mereka pun dah lama tak ronda2 KL ni, jadi biarkan je.   Saya cukup suka bila membawa orang yg teruja berbanding orang yg “tak de perasaan”. 😂  Sekali sekala mereka reunion dengan kawan-kawan lama untuk menambahkan lagi seri percutian singkat ini.



Menghabiskan buku yang Ain belikan semasa di Penang.


Oh ya, sebelum ke sini, mereka berdua terbang ke Penang sehari selepas sampai dari Australia.  Dorang kata nak healing2. Sempat lah berjumpa sepupunya yang dah bermastautin di sana.  Kak Solehah.   Jadi Ma dan Abah yg tak ikut ni sempat la merasa kuey tiaw goreng ole2 Penang ni.



Siang tu saya temankan dorang ronda-ronda sekitar KLCC, Pavilion dan ikut je ke mana kaki ni nak melangkah.   Sebagaimana lazimnya, haruslah kena singgah tempat favourite ni, kedai buku Kinokuniya.



Hasil mahsyul dari Kinokuniya.  Nak buat public library kat rumah agaknya ni. 😂😂


Antara tempat makan yang kami pegi ialah Restoran Jepun di Bukit Bintang.   Susah betul nak ingat nama kedai ni walau pun dah 2 kali pegi. Ngengada betul la buat nama susah nak diingat.  Hihi.   Faktor2 penuaan kot.


Antara kedai yg menjadi minat anak2 untuk disinggahi.


Hujan lebat ketika itu.  Terpaksa la naik kereta, kalau tak kitorang briskwalk je dari kondo tu.


Disebabkan ada kitchen, boleh la main masak2.  Tapi tak banyak pun stok bahan mentah yg kami bawa.  Sudahnya banyak makan kat luar atau grab food je.







Saturday, December 27, 2025

Menang contest tapi hadiahnya hilang 🥹

Assalamualaikum guys…

Ini adalah kisah happy yang bertukar sedih.  Tapi bagaimana pula endingnya?.  Kena baca sampai habis.  Hari tu kan ai ada bercerita, macam mana ai “memaksa” anak bujang ai untuk join satu video contest mewakili syarikat kami. Paksa versi mak-mak,  penuh doa dan harapan, cuma disampaikan dengan nada tegas sikit. 😁. 

Anak ai pun menyahut cabaran itu.  Kebetulan itu memang minatnya.
Shooting sana sini, ulang ambil angle, siap beli props segala bagai.  Buat kerja-kerja edit sampai jauh malam.
Alhamdulillah, usaha berbalas hasil.
Menang.  Bukan juara, tapi cukup membanggakan Mama dan Abah.  Masya Allah tabarakallah.



Gambar tidak berkaitan: Ini Airport Osaka. ✈️


Seminggu berlalu.  Dengan memakai pakaian formal dan penuh protokol, maka berkejaranlah Mama, MrBBjr dan Cik Q ke tempat kejadian untuk mengambil hadiah.
Bergambar dengan pihak penganjur,  piala yg comel dan penuh simbolik, vouchers bernilai besar dalam tangan.
Happy kemahen, sebab itu impian setiap anak, membanggakan ibu dan ayah.

Balik tu kami naik train. 
Berbual ringan, penuh senyuman dan rancangan.
Sampai hotel…
sunyi.

Voucher tu hilang.

Cari dalam beg.
Seluk poket.
Ulang cari.
Tak jumpa.

Sedih itu datang bukan sebab nilai semata-mata,
tapi sebab voucher tu simbol usaha dan keberanian mencuba.

Mungkin Allah ingin memberikan pembalasan-Nya, sebab terlupa untuk menyebut “Masya Allah”.  Ahhh macam-macam la yang terbit dalam fikiran ketika itu sampai penyakit ain (evil eye)  pun dipersalahkan. 😅😅 Kalau ai sedih, tentu MrBBjr lebih dua kali ganda sebab dia yang hilangkan.   Rasa menyesal pun ada sebab tak terus menyimpannya dalam beg Mama.


“Tak apa Syg, mungkin ada rezeki lain.”  

Dah call station, tak berangkat, kami bergegas kembali ke stesen.   Pegi dengan harapan yang nipis tapi  mengulang baca surah al insyirah..  dengan sejuta harapan pada-Nya.

“Syg.   Ma nak pesan ni, meski apa pun jawapannya nanti, harus redho.,”.   Pesanku berkali2.

Wajahnya sugul tapi mengangguk.

Dengan menunjukkan gambar sampul dan voucher yang sempat disnap tadi, Mr BBjr bertanya pada tuan kedai serbanika di train station.

Dan di situlah rupa-rupanya Allah pulangkan semula senyuman kami. Voucher itu ditemui di kaunter. Tuan kedai menyimpannya dan memilih untuk berlaku jujur.


Di tengah dunia yang sering buat kita sangsi,
masih ada manusia yang memulangkan apa yang bukan miliknya.

Kisah ini bukan sekadar tentang voucher yang kembali,
tetapi tentang kejujuran,
tentang rezeki yang memang tak ke mana,
dan tentang hati yang belajar untuk bersangka baik.


Nota penting :   Bila menang sesuatu, cepat2 snap.  Bila hilang, kita masih ada bahan bukti jika berlaku kehilangan seperti ini.


Friday, December 12, 2025

Kebakaran hutan dan aktiviti anak-anak di musim panas di Aussie.

Sedang musim panas di Aussie sekarang. Cuaca yang semakin terik menyebabkan banyak kebakaran hutan berlaku, termasuk yang berdekatan dengan rumah kawan kami di Kenwick semalam. Semoga semuanya dilindungi dan berada dalam keadaan selamat.

Dalam suasana panas begini, anak-anak pula sibuk dengan projek mengemas backyard.  Semua turun padang dan si kakak juga ikut datang ke rumah Mama bersama suaminya mengemas laman (thank you, my love). 

Selain itu, ai ada minta my son masuk satu pertandingan video. Maka bermulalah suasana penuh ceria di rumah semalam, budak-budak shooting, main masak-masak, dan berimaginasi macam tengah buat filem betul-betul padahal short video je.



Mama ingatkan apa  la si kakak dok sibuk mintak Ma Abah vote mana satu yang cantik.  Mama pun click ler yang belah kiri tu sebab nampak more effort ada daun-daun hijau bagai.

Si abah pula vote belah kanan.  Dan beberapa orang kawan si kakak pula vote di sos med yang lain.




Rupa-rupanya kiri tu Cik Q yang buat, kanan pula si Kakak.    Sedih dia sebab kalah dengan adiknya.  Haha.  Tapi si kakak ni memang simple orangnya.   No wonder buat “rumah” coklat pun simple2 je.  Mungkin kalau Mama yang buat Mama akan buat 2 tingkat kot.  Hihi.

Anyway, terhibur Mama melihat 4 beradik ini (termasuk menantu) menghiburkan diri di musim panas.  Kadang-kadang hal-hal yang sederhana begini lah yang akhirnya menjadi kenangan paling manis.  MasyaAllah tabarakallah.

Tuesday, October 21, 2025

Cerita minggu ini.

Atas doa-doa teman-teman Bloggers Mama yang budiman tempohari akhirnya Allah perkenankan.  Hari ni my son dah dapat result semester.  Congrats Son. Sebab tu lah, jangan underestimatekan doa dari insan-insan yang lalu lalang, Doa mereka mungkin jauh lebih tulus dan mustajab. Cukup 40 doa yang ikhlas, inshaAllah, Dia makbulkan dengan cara yang paling indah.  So jemput la makan rendang secara on line ini sebagai tanda kesyukuran untuk Mr Big Boss jr..  Kekeke.   Sebenarnya kami gurau je dgn dia, tak kan la sekadar dapat result semester nak buat kenduri sekampung bagai, bukannya graduation pun lagi.   Menjerit2 dia kata jangan!!.  Hahahaha.




Malam tadi masak rendang ayam.  Next time ingat nak buat lah rendang ala mamak plak.  Sejak depavali ni asik lalu lalang kat newsfeed.

Cerita satu lagi.  Beberapa hari lepas, ai order baju online. Lepas tekan Place Order, baru perasan, alamak! Salah saiz. 😅.   Nampak model cun ambik saiz tu, ai terikut2 tanpa mengukur baju di badan sendiri.   Nak buat refund memang malas, sebab pernah ada pengalaman leceh. Jadi ai bulatkan hati, tak apa lah, Allah ada. Pasti Dia mampu mengubah segalanya dengan sekelip mata walau nampak macam mustahil.   Instinct kata.. ah ni mesti ok je ni.






Guess what?.   Bila barang tu sampai.. ah elok je baju tu kat badan,  tak de la sempit sebagaimana logiknya.   Longgar ada lah.   Allah yg mengubah ianya jadi begitu.  Trust to Allah.  Jangan mudah berputus asa.   




Ole-ole dari Indonesia.  Thank you!.   Sedap-sedap semuanya dan kekinian.    Walau pun sekadar keripik singkong tapi dimodenkan dengan perisa keju.   Telur gabus itu juga sedap sampai susah nak move on.   Begitu juga chick pea.




Tuesday, October 7, 2025

Bila kasih mengubah arah.

Assalamualaikum and morning!!.

Mama uploadkan gambar ini sebagai tanda penghargaan untuknya yang memasak ketika mood Mama tidak berada dalam keadaan yang baik tempohari.  Sebenarnya, dia memang selalu pun masak. Cuma selalunya, Mama tak sempat nampak hasilnya.

Anak ini telah mencipta resepi dari seawal usia 5 tahun lagi.   Ketika itu beliau menyebutnya sebagai Hoyimi.     Imaginasi seorang kanak-kanak. Dan kini, lima belas tahun kemudian, “Hoyimi” itu berevolusi menjadi aglio olio versi dirinya sendiri.




Minatnya terhadap dunia masakan memang sudah lama terserlah. Namun, buat masa ini  kami ingin dia menimba ilmu di bidang lain terlebih dahulu, bukan kerana menolak minatnya, tetapi kerana percaya bahawa setiap minat pun memerlukan landasan yang kukuh untuk berkembang dengan lebih stabil.

Itulah topik penting yang ingin kita bincangkan hari ini.  Bila kasih ibu ayah mengubah arah.



Mama pun pernah melalui hal yang sama, mengambil jurusan yang tidak diminati pada awalnya. Macam dipaksa pun ada.   Hahaha.  Lawak pulak bila dikenang. Tapi minat itu akhirnya tumbuh, disuburkan oleh barisan pendidik yang ikhlas dan berkaliber. Dari situ Mama belajar, bahawa cinta terhadap sesuatu bidang tidak selalu muncul di permulaan. Ia hadir perlahan-lahan, bersama pengalaman dan kesedaran.

Begitulah hidup. Tidak semua yang kita rancang akan berlaku seperti yang diinginkan. Tapi bila dilakukan dengan hati yang terbuka dan ikhlas, insha Allah setiap langkah tetap membawa makna.

Alhamdulillah buat masa ini semuanya berjalan dengan lancar.  Doakan my son ya guyss, agar bidang yang kami pilihkan itu membawa bahagia dan kejayaan dalam hidupnya di dunia dan akhirat.   Aamiin.


Wednesday, September 24, 2025

Bila Dokumen Penting Hilang

Berderau jantung bila dokumen kelahiran Ain dan Cik Q ghaib.   Masing-masing tengah kalut nak renew passport. Walaupun surat beranak tak ditanya pun masa urusan, tapi tetap rasa tak best kalau hilang. 

Sebagaimana yang kita sedia maklum, ramai kakak di dunia ini memang suka menakutkan adiknya dengan cerita klise…




“Adik tu Mama jumpa dalam longgokan sampah.” .

Seperti yang pernah ai tulis, Cik Q pun sama, asyik mengulang tanya, 

“Mana gambar mama masa mengandungkan Cik Q?”

Macam tak puas hati selagi tak nampak bukti.  Masa tu dia belum pandai lagi nak tanya mana surat beranak?. 


Akhirnya, alhamdulillah setelah “the person incharge” yang ditugaskan untuk menjaga dan melindungi dokumen-dokumen tersebut berhempas pulas mencari, surat beranak Cik Q telah berjaya ditemui setengah jam kemudian, rupa-rupanya berselindung di sebalik fail rahsia Mama.





Dan sebagai rekod dalam diari maya ini, surat beranak si Ain yang dikecohkan hilang  juga akhirnya selamat ditemui dalam simpanannya sendiri pagi ini. Ok done rekodkan di sini untuk ketenangan Mama di hari muka.


Maka dengan ini, terbukti sudah: mereka bertiga bukan dari longgokkan sampah… tapi dari longgokkan kasih sayang mama yang tak bertepi 😘.   Sekian.


P/s.  :    Kalau barang hilang, bacalah surah insyirah.



Sunday, February 2, 2025

Sambut Birthday Tepi Sungai.

 Happy birthday Cik Q!.    Birthday kali ni Cik Q memilih tema biru berlokasikan Swan River, South Perth.






"Allahumma inni as aluka bi anni asyhadu annaka antallah, Lailaha illa anta al ahadus somad, alladzi lam yalid walam yulad, walam yakullahu kufuwan ahad"

Mama doakan semoga Cik Q sentiasa dalam ketenangan dan kebahagiaan, menjadi Business Women yang solehah dan HEBAT, terkenal seantero dunia, dihormati dan disegani oleh penduduk langit dan bumi. Dikurniakan suami yang beriman, handsome, berkarisma dan menyintai Allah dan Cik Q selama-lamanya. Masya Allah!.  Aamiin.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Cik Q! 💖


Saturday, October 19, 2024

Kisah Artis VS Kisah Makanan


"I love watching this Foodie channel rather than watching or hearing news about Malaysian celebrities getting divorced day by day."

My son took a screenshot of this comment from a netizen and uploaded it to our family WhatsApp group with the caption:

"Ini Mama." He wrote.

My heart warmed instantly—didn’t expect him to see me that way! 😂🤭 Alhamdulillah, grateful for these little moments.





Even though I’m not perfect, at least I have a son who often thinks well (husnuzon) of his Mama. Masya Allah. By the way Sayangku, bukan lah Mama tak mengikuti kisah artis langsung.. cuma Mama terlampau busy dan mampu mendoakan je moga Allah permudahkan urusan mereka yang diuji. I just don’t like to judge them because I am not in their shoes.

In conclusion, it seems we must always set a good example for our children because they are observant. 



Saturday, September 28, 2024

Patah Tumbuh, Hilang Berganti


Si Max dah arwah.”

Satu hantaran teks ringkas dari anak sulong kami, namun isinya berat, menghantui hari itu.

Ai terdiam seketika, kata-kata itu mengalirkan rasa pedih yang sukar digambarkan. Max, si kucing muda yang periang, teman setia Si Kakak dan suaminya di Australia sejak kepergian Arwah J. Dia sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Pagi itu, langit yang cerah terasa mendung di hati.

"Innalilahiwainnailayhirojiuun," balas kami.

Max pergi tanpa amaran. Kakak juga tidak banyak bercerita dalam teksnya. Ai tahu dia cuba menyembunyikan kesedihannya di sebalik kata-kata ringkas itu.  Ternyata benar, malam selepas dikebumikan kakak menangis di talian.





Hari-hari selepas kehilangan Max, Si Sam (not me but cat), kucing Si Kakak yang maine coone ini pula merasai kehilangan teman sebiliknya. Mereka seperti adik-beradik. Sejak itu Sam hanya duduk termenung tepian tingkap, seolah-olah menunggu Max pulang. Tak ada lagi sesi kejar-mengejar di tepian kolam renang, tak ada lagi geseran mesra antara mereka berdua di rumah itu. Sunyi!!.

Si Kakak cuba sedaya upaya menceriakan Sam, membawanya keluar berjalan, menunjukkan pemandangan luar, tetapi kosong. Sam masih dalam dunianya yang kelabu. Masih dengan hobi barunya, termenung tepi tingkap.



Namun, hidup perlu diteruskan. Beberapa minggu kemudian,  suami si kakak membuat kejutan sempena hari jadinya. Mereka membawa pulang seekor kucing baru— putih tompok2 ini.






Comel tak???

Alhamdulillah Kakak kembali tersenyum, memudarkan duka lalu.

“Kita namakan dia Tompok Milne,” 

(Muka omputeh tapi nama macam jejaka kampung 😂). But we love it.

Update :   Esoknya beliau text, dah tukar nama jadi Bean Milne pulak.😅

Si Sam pada mulanya kelihatan teragak-agak menerima ahli baru, tapi perlahan-lahan dia mula mendekati Tompok, seakan menyedari Max takkan kembali.  Sejak itu Si Sam tak lagi termenung di tepian tingkap dan mula kembali ceria.










Ini pula Chanel, “Makcik” kepada mereka bertiga.   Jarang Makcik tak sayang anak sedara  kan?.   Tapi Chanel ni bila Sam atau Arwah Max datang rumah kami, mesti nak bercakaran.   Mungkin sebab cuma Makcik angkat je kot?.😂

Note : 
2 steps for happiness : 
1) Get a cat.
2) Get yout cat a cat.

p/s :  Semua org ada ujiannya masing2. Dengan sokongan yang tepat, kebergantungan kepada Allah, setiap ujian boleh dilalui dengan baik. Insha Allah.

Friday, September 27, 2024

Berniaga ketika belajar.

 Assalamualaikum… salam Jumaat.


Old memories sometimes resurface unexpectedly, like today when a picture of the “bracelets”  Cik Q both created and sold during university popped up. This wasn’t her first foray into business either—back in primary school, she sold stickers! 😂😂  It was just a fun project born from her long-standing interest in business, something she’s had since childhood.





Actually I am not sure if it was a bracelet or tasbih but she even bought various tools to craft them herself, and sold them for 10 dollars each to her friends. How sporting they were to support her little venture!.😂.  Masya Allah tabarakallah.

Even though it was just for fun, every effort holds meaning. As a parent, I pray that this interest will lead her to success in the future, no matter the path she chooses. Sometimes, the things we start for fun are the ones that grow into something bigger. May she continue to thrive with every bit of effort and passion she pours into what she does.  Aamiin Ya Robbal Alamin.

P/S :   Mungkin anak-anak anda juga mempunyai sikap yang sama, sila tinggalkan di ruangan komen.



Tuesday, August 13, 2024

Memantau Anak Dara Menyiapkan Oyster

Orang dok kalut nak sambung ronda-ronda aritu, Cik Q pulak sibuk minta Mama tunjuk ajar menyediakan oyster mentah.  Jadi ai layankan je lah tepi sinki dapur memberi arahan sambil busy bersiap nak keluar.   Biasa la emak2 ni kena pandai multi tasking.   



Abaikan lemon hodoh yang Cik Q potong.   Ai dah minta dia perbaiki di masa depan.    


Walaupun simple tapi cara penyediaan sangatlah penting untuk menjamin keselamatan.  Lagi kan pula bila kita nak makan tanpa dimasak.  Basuh bersih-bersih segala pasir di bawah pili.  Eating raw oysters with hot sauce and lemon juice will kill the bacteria and viruses that can cause food-borne illness.   Itulah fungsi lemon selain untuk menambah rasa.

Ok lah Mama bagi markah lulus untuk Cik Q bagi task ini. Next time boleh bubuh ketulan2 ais bagi menambah seri dan dressing halal atau sos yang bersesuaian sebagai pendamping.

Tuesday, January 23, 2024

Random photo : Pisang dan kisah sedih

Assalamualaikum Puan2..

Gambar yg dipilih untuk random photo malam ni ialah PISANG...kerana tersembunyi kisah sedih di sebaliknya.

Pernah tak duit jajan anak anda tetiba menyusut?. Dalam retrospektif melalui post-post lama ketika Mr Big Boss masih kecil, 'penyusutan duit jajan'  sememangnya tidak asing lagi.. dan telah dikenal pasti kerana waktu itu beliau suka memberi jawapan yg jujur.

"Shashal bagi kawan.". 

Ketika itu mungkin beliau just  suka2 je bagi (duit) pada kawan sebab masih kecik lagi tapi di peringkat high school di Australia, terbongkarlah sebuah kisah yang menyayat hati.





Kisah sebijik pisang mendedahkan satu realiti pahit.  An apple a day keeps the doctor away.. tapi ni versi pisang.   Pisang yang menjadi taruhan untuk mengekalkan tenaga si kawan kekal bertenaga di sekolah dan ketawa ceria seperti anak2 lain akibat masalah kewangan keluarganya.


Ketika dipelawa oleh Mr Big Boss untuk berkongsi makanan (sama ada makanan kantin atau yg ai masakkan bekal), dengan penuh keikhlasan, si kawan menjawab,

"No worries, I'll eat this (banana) and just savor the scent of your food. It's enough for me".

 (Tidak mengapa, saya akan makan pisang ini dan hanya menikmati aroma hidanganmu sudah memadai untuk buat saya kenyang.)

Ia diucapkan dengan penuh ikhlas dan redho oleh si kawan, membuatkan air mata Mama menitis mendengarkannya meski kisah ini diperdengarkan oleh orang lain, bila mana Mama tercari2 jawapan kenapa Big Boss dinobatkan sebagai student yang paling banyak membantu teman2 sekeliling waktu hari anugerah tempohari.   

Doa Mama moga Mr Big Boss terus menjadi insan yg berguna di masa2 hadapan dan tercapai segala cita-citanya.  Aamiin Ya Robbal Alamin.


p/s :. Puan2, jika buat bekal untuk anak, lebih2kan la.. kot2 ada anak2 yg susah spt kawan anak ai ni.   

Saturday, December 16, 2023

Graduasi anak dara + our 26th anniversary.

Boleh je kalau ai nak tipu yang semua bunga-bungaan ni sempena our 26th anniversary baru2 ini  😁😁.. tapi kang tak pepasal terkena evil eyes pulak sebab show off "kebahagiaan".  Nauzubillah.    Don't worry guys, my hubby orangnya tak romantik.  Last dapat bunga pun dah tak ingat plak bila.  Kekeke.   

Well.. kepada yg dok confused dgn status wassap ai kemarin dan yang PM, actually semua bunga2an ni sempena graduation my daughter.  Some from us and some from her friends.  Alhamdulillah,  she's finally graduating in the university she dreamed of since childhood (Perth).





Salute dgn kawan2 beliau ni, sanggup datang dari jauh dan dekat untuk meraikan.    Malah sampai ada yg tertinggal flight.   

Thank you guyssss!.   Terharu kami.





Mama bangga dgn kamu Syg!!.   Sorry.. ai terpaksa tulis macam ni guyss.  Kalau tak beliau dok manjang tanya Mama.


"Mama.. don't you feel proud of me?".  


Padahal masa tu Mamanya ni diam sbb busy mikir cemana nak edit muka Mama yang suddenly ugly in the photo. 🤣🤣  Mungkin sbb penat sangat kot keletak kletuk dgn high heel cari dewan.  Pastu dah la dipaksa pakai baju kaler cream yg bukan my favourite.   Tiket plak cukup utk 2 org.  Sementara my MIL and son diberi tiket lain untuk duduk  kat dewan lain (theatre hall) yg ada screen besar (I mean mereka tengok melalui screen).  Sebagai menantu mithali mestilah ai cuak risaukan my MIL penat atau panic sebab selalunya dgn kami kan.   Tapi alhamdulillah semuanya ok dan berjalan lancar.



p/s :.    Moral of the story.. in future, kita kena pakai baju yg kita suka je.. supaya kita happy.  Pastu kalau pegi mana2 majlis, datanglah dulu tempat tu survey2 sehari awal supaya kita lebih familiar.


Monday, November 27, 2023

Majlis Graduasi Anak Bujang

Mr. Big Boss (Shashal) konvo aritu.  Di Aussie.  Bayangkan la..  dengan keadaan kami yg baru sampai dari Malaysia pagi itu yang hanya dapat rehat beberapa jam terus kena berkejaran ke lokasi event.   Sebab majlis berlangsung pada siang hari.   

Nasib baiklah Shashal berjaya membawa pulang banyak tropi, berbaloi segala penat rentung kami dalam dewan yang panas menggelegak.     Bunyi macam tak de aircond ler pulak kan?.  Ada.. 




Melalui perjalanan cerita Shashal ini, dapatlah dibuat kesimpulan, setiap anak adalah unik dan cara pembelajaran mereka berbeza.   Jangan stress sangat kalau kita tengok budak lelaki ni macam tak nak belajar sangat.   Diam2 ada rupa2nya "kejutan" yang berlaku.   Bukan kami je terkejut.. malah Shashal sendiri pun terkejut dengan piala2 yg  diterima.  Ha guane tu?.  


Of coz lah kakak2 dia yg dua orang tu dua kali ganda terkejut dari Mama dan Abah ni, sebab award2 yg diterima mengatasi apa yg keduanya telah dapat sebelum ini.



Melawat kembali pasiran pantai yg pernah menjadi saksi tumpahan air mata.





Syukur alhamdulillah atas jerih payah kita yang Allah dah bayar ini.  Akhir kata, terima kasih kepada pihak sekolah yang berhasil membentuk Mr Big Boss (Shashal) menjadi seperti hari ini, terutamanya  kemahiran berbicara di depan umum (public speaking) dan karisma2 yang lain.  Masya Allah tabrakallah.

Congrats Sayang!!!.  Moga terus sukses di dunia dan akhirat.  Aamiin.


Friday, October 6, 2023

Sambut Birthday Anak2 di Perth

Lambat sikit celebrate birthday si Ain tahun ni sebab pada tarikh sebenar Mama balik Malaysia.   Walaupun sekadar bawa makan2 kat luar (Satay Charcoal, South Perth) tapi syukur alhamdulillah dapat kumpul anak beranak. 




Sepatutnya buat entri makan2 untuk post ini  tapi tak.. sebab masing2 excited berjumpaan sampai lupa nak bergambar dan snap apa yg dimakan.    Bleh ke alasan ni?. 😁

Gambar atas adalah kekalutan seorang Mama membeli barang2  hamper di senjakala untuk birthday gugurl and boboi.   Ikut plan nak hadiahkan mereka voucher barangan letrik tapi masing2 busy petang tu tak sempat nak singgah kedai.   So, terimalah apa adanya ya sayang2 Mama.   Mama doakan Ain dan suami berjaya, sihat, panjang umur dan berbahagia till Jannah.   Aamiin.



Tuesday, June 20, 2023

Durian Dari Kebun Sendiri 😁

"Wah!.   Petani paling vouge I pernah kenal!.".  gurau Hajah Sue bila nampak gambar durian ni.

Hahaha.   Petani la sangat.  Ni pun masih mood terkejut sebab tak menyangka pokok durian ai di kebun pusaka hikmat masih hidup lagi.  Semalam my hubby baru je tanya pasal pokok tu.   Ai cakap dah mati.   Hahaha.

Marah pokok durian tu ai fitnahkan mati, pagi tadi tetiba dengan kuasa keagungan Illahi, kakak ai, Ustazah S.A wassap bagitau beberapa biji durian dah gugur dari kebun tu dan minta menantunya bawak balik sebab takut hilang.  Ai pun minta la frozenkan 2 bijik supaya kami dapat merasa nanti.  Inshaallah.    






Alhamdulillah.  Terhibur pulak rasa. Tak sangka pulak masih ada rezeki durian dari kebun sendiri.     Walau pun tak lah banyak mana tapi tetap disyukuri. Al fatihah untuk arwah ayah, moga pahala terus mengalir padanya.   Sekarang tengah mengangankan sebuah pondok kecik  di situ.   Hopefully one fine day my son buatkan la satu untuk kami picnic2.  Aamiin.


p/s :.     Tahniah!.  Ustazah SA dah naik pangkat jadi Guru Besar.  Jangan risau.. Allah akan sentiasa memudahkan urusanmu.  Aamiin.  Tahniah juga dapat cucu baru last week.

Sunday, June 18, 2023

Dinner Sekolah Anak

Last dinner dah menang best dress. Tak pasti sama ada dinner kali ni ada pertandingan tu lagi atau pun tidak, tapi  effort untuk menghensemkan diri tu Mama dah gigih terapkan pada my son supaya beliau nampak presentable dan charismatic dalam majlis.   Bukan niat untuk pertandingan tapi demi keselesaan diri sendiri.

Acara di malam hari.  Seawal pukul 4 petang dah ready dengan tuxedo baru dia.  Kali ni pilih kaler hitam, dia pilih sendiri.  Abah dia tengok bil, terus melopong terkejut. Haha.  Demi anak... ma abah akan lakukan apa saja.



He is not in this photo but this is their event.


Happy kemahen berkumpul dengan kawan2 yang masing2 juga berbaju segak mengikut tema majlis. 



Banyak kategori award dan my son dapat undian tertinggi bagi kategori ini..

 "Most likely to come back and teach at...... (yg ai sensor tu nama sekolah dia).".    

Thanks for the votes, guys. Mungkin itu hidden talent yang  guru2 dan kawan2 sekolah dia nampak kot. Harapnya masin la doa kawan2, jadi lah anak Mama seorang Tenaga Pengajar di sekolah tu. Atau  beli je terus sekolah tu Syg.   Doa ibu tiada hijab.. so kita kena doa yang extravaganza puan2.  Aamiin. 

Mama aminkan je untuk segala perkara2 yang baik untuk anak Mama.   Mama simpan kat sini dan kita try tengok nanti andai ia benar-benar menjadi reality.

Monday, April 17, 2023

Bila anak2 memasak

Sometimes the best way to help our kids is to not  help them.     Ni mama save kat sini sebagai tanda penghargaan atas kegigihan masing2 memasak.  Cik Q dan Mr. Shashal.  Cik Puan Ain tak termasuk dalam ini filem sebab dah kawin.  Suaminya pun rajin masak bila cuti.  Haha.  Ma doakan moga anak4 Mama terus cemerlang di dunia dan akhirat.   Berbahagia walau di mana pun berada. Aamiin YRA.


Ayam goreng kunyit by Shashal.


by Cik Q.


Ayam masak kicap by  Shashal.   



Daging black pepper & fishball soup approved.. cuma next time bebola tu potong dua or 4 (unless bentuk dia kecik2) supaya senang dimakan.




Western & Korean menu approved!. 

Ok lah itu saja Mama nak bebel.   Moga kualiti masakan anak3 Mama akan bertambah hebat dari masa ke semasa.   Aamiin.