Tuesday, October 7, 2025

Bila kasih mengubah arah.

Assalamualaikum and morning!!.

Mama uploadkan gambar ini sebagai tanda penghargaan untuknya yang memasak ketika mood Mama tidak berada dalam keadaan yang baik tempohari.  Sebenarnya, dia memang selalu pun masak. Cuma selalunya, Mama tak sempat nampak hasilnya.

Anak ini telah mencipta resepi dari seawal usia 5 tahun lagi.   Ketika itu beliau menyebutnya sebagai Hoyimi.     Imaginasi seorang kanak-kanak. Dan kini, lima belas tahun kemudian, “Hoyimi” itu berevolusi menjadi aglio olio versi dirinya sendiri.




Minatnya terhadap dunia masakan memang sudah lama terserlah. Namun, buat masa ini  kami ingin dia menimba ilmu di bidang lain terlebih dahulu, bukan kerana menolak minatnya, tetapi kerana percaya bahawa setiap minat pun memerlukan landasan yang kukuh untuk berkembang dengan lebih stabil.

Itulah topik penting yang ingin kita bincangkan hari ini.  Bila kasih ibu ayah mengubah arah.



Mama pun pernah melalui hal yang sama, mengambil jurusan yang tidak diminati pada awalnya. Macam dipaksa pun ada.   Hahaha.  Lawak pulak bila dikenang. Tapi minat itu akhirnya tumbuh, disuburkan oleh barisan pendidik yang ikhlas dan berkaliber. Dari situ Mama belajar, bahawa cinta terhadap sesuatu bidang tidak selalu muncul di permulaan. Ia hadir perlahan-lahan, bersama pengalaman dan kesedaran.

Begitulah hidup. Tidak semua yang kita rancang akan berlaku seperti yang diinginkan. Tapi bila dilakukan dengan hati yang terbuka dan ikhlas, insha Allah setiap langkah tetap membawa makna.

Alhamdulillah buat masa ini semuanya berjalan dengan lancar.  Doakan my son ya guyss, agar bidang yang kami pilihkan itu membawa bahagia dan kejayaan dalam hidupnya di dunia dan akhirat.   Aamiin.


8 comments:

  1. Aamin...semoga yang baik2 utk anak kita semua...

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya baik2 je. Yakin dengan aturan Allah.

    ReplyDelete
  3. All the best dan semoga cemerlang untuk anak2 kita, walau x minat tapi harus dipupuk minat tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA - Aamiin. Bila dah jumpa kawan2 sealiran, selalunya minat tu akan muncul secara tak semena2. Insha Allah.

      Delete
  4. Yg penting doa ibu nya selalu ada di setiap langkahnya ☺️❤️. Saya termasuk yg dipaksa dulu untuk ambil jurusan. Tapi untungnya ketika kuliah jurusan yg saya pilih sesuai dengan keinginan papa, jadi tak ada drama seperti saat di high school 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny - Alhamdulillah. Berkat mendengar nasihat ortu akhirnya sukses.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.