Tuesday, October 7, 2025

Sarapan Nasi Lemak Di Conventry Village


Assalamualaikum guyss.

Aritu kawan ai ingat ai pun ikut terbakar bila tengok ai upload pasal satu kes kebakaran di Morley. 😅 Padahal yang terbakar tu pasar lain, bukan Coventry Village ni ye puan-puan.  Ada je lagi ni tersergam megah.





Untuk makluman, Coventry Village dikatakan mula dibuka sekitar 2011 sebagai sebahagian daripada perkembangan kawasan komersial Morley (Engage Bayswater). Pusat ini dibangunkan di tapak seluas lebih kurang 4.5 hektar, menempatkan lebih 100 kedai khusus seperti restoran, kedai runcit, salon, kedai hadiah, dan pelbagai lagi.




Tu toilet dia.


Zaman PKP,  paling kerap melepak kat sini dengan anak bujang ai.    Bukan lah buat apa pun, sekadar ngopi2 cari makanan halal.   Ada restoran Bosnia kat sini, juga kedai ayam goreng yang menjadi favourite anak.   Kedai menjual daging halal juga terdapat di bangunan ini.

Restoran halal muncul silih berganti, tapi Cili Padi ni antara yang paling lama seingat ai.   Ok mari kita perincikan tentang restoran ini.



Pakcik dari Trengganu ni kalau kami datang, beliau suka bagi extra kopi.    Sedekah pagi dia cakap.  Ok Pakcik, in return ai belogkan restoran Pakcik seantero dunia ye, next time belanja extra kopi lagi.




Selain mee gorengnya yang sedap-sedap ini, mereka juga menjual nasi lemak dan nasi kerabu.   






Selain di Morley, Cili Padi katering ini juga berniaga di Canningvale Market di hari minggu sebagaimana entry semalam.

Begitulah ceritanya.   Byeeee.


6 comments:

  1. Murah rezeki selalu bersedekah tu.

    ReplyDelete
  2. Jauh pakcik dari Terengganu..btw, miss mirror kat Perth kan? Kalau dekat boleh la cari Mr Rickshaw Cafe... Junior sekolah men dulu buka cafe di sana.. Melayu kita..baru je buka kafe dalam tahun nie...Hihihi .done pomot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah!. Menarik tu. Blom pernah dengar lagi tentang cafe tu. Insha Allah nanti kami cari. Thanks Linda.

      Delete
  3. bila di negara org dpt jmpa restoran yg jual menu mcm nasi kerabu, nasi lemak..mmg sronok sgt tu

    ReplyDelete
  4. Baiknya pakcik ❤️... Sukaaa lah kalo ketemu makanan dari negeri sendiri di negara rantau kan.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.