Sunday, October 5, 2025

Makan Lontong Di Canningvale Market



Walaupun sudah ke pasar minggu Canningvale ini entah berapa juta kali, namun nama kedua-dua tempat ini masih sering tertukar sebut: Canning Vale dan Cannington.  Bunyi hampir sama, tapi rupa dan jiwa keduanya sedikit berbeza.   Jadi marilah kita belogkan supaya tak keliru lagi.

Pagi ini bersarapan di Canning Vale lagi, sekitar dua puluh minit dari Cannington, melalui jalan yang dikelilingi kawasan perumahan moden dan gudang besar.  Suasananya tenang. Hanya langit Perth yang bersih dan deretan pohon hijau di tepi jalan.


Menu kegemaran kami :  Lontong dari Coco’s Island.





Di sinilah terletaknya Canning Vale Markets, juga dikenali sebagai Market City, pasar minggu yang luas dan hidup sejak awal pagi.    

Deretan gerai menjual buah, sayur, bunga, malah pakaian terpakai juga ada. Tempat ini sederhana, tapi punya daya tariknya sendiri, tempat peniaga2 mencari rezeki dari pelbagai kaum.












Sementara itu, Cannington pula jauh lebih sibuk. Pusat membeli-belah Westfield Carousel berdiri megah di tengah bandar, dikelilingi kedai, restoran dan jalan yang tak pernah sunyi.


Namun yang paling diingati di Cannington ialah Cannington Exhibition Centre & Showgrounds. Sebab setiap kali Ramadan menjelma, dewan itu selalunya bertukar wajah, disewa oleh peniaga-peniaga muslim menjadi bazar kecil walaupun cuma berlangsung dua atau tiga hari, cukup untuk menghilangkan rindu pada bazaar ramadan di kampung, bagi mereka yang tidak dapat pulang ke tanahair masing-masing.


5 comments:

  1. Orang Cocos pun berniaga di sini ye?
    Kalau di LD terkenal dengan sate Cocos yang sedap!

    ReplyDelete
  2. Nama seakan sama ni memang terkeliru dan boleh tertukar.

    ReplyDelete
  3. Meriah jugak pasar minggunya kak

    ReplyDelete
  4. Meriah oasar minggu , ada orang jual lontong kat sana erk...mesti pasar ni jadi tumpuan Malaysian...

    ReplyDelete
  5. Di mana2 Bazaar itu selalu buat rindu. Apalagi jika di negara tempat kita merantau kan. Terobati memang dengan Makanan yg dijual. 😍. Aiiiih tak jadi2 plan saya ke Aussie ini 😄. Padahal tak terlalu jauh dari JKT

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.