Sesekali staycation kat KL pun rasa best juga, walau pun sebenarnya teratak sendiri ada je kat bandar ini untuk menginap. Tapi disebabkan anak-anak balik Malaysia inginkan sebuah kelainan, kita layankan saja.
Kalau ikut angan-angan Mama, teringin sangat nak stay di kampung-kampung yang bersawah padi (contohnya di Sikinchan atau melihat pokok2 dragon fruit di Bagan Lalang) atau pun mana-mana homestay yg ada vibes kampung, tapi sebab percutian ni disponsor oleh anak2, kita layankan je lah.
Mereka pun dah lama tak ronda2 KL ni, jadi biarkan je. Saya cukup suka bila membawa orang yg teruja berbanding orang yg “tak de perasaan”. 😂 Sekali sekala mereka reunion dengan kawan-kawan lama untuk menambahkan lagi seri percutian singkat ini.
Menghabiskan buku yang Ain belikan semasa di Penang.
Oh ya, sebelum ke sini, mereka berdua terbang ke Penang sehari selepas sampai dari Australia. Dorang kata nak healing2. Sempat lah berjumpa sepupunya yang dah bermastautin di sana. Kak Solehah. Jadi Ma dan Abah yg tak ikut ni sempat la merasa kuey tiaw goreng ole2 Penang ni.
Siang tu saya temankan dorang ronda-ronda sekitar KLCC, Pavilion dan ikut je ke mana kaki ni nak melangkah. Sebagaimana lazimnya, haruslah kena singgah tempat favourite ni, kedai buku Kinokuniya.
Antara tempat makan yang kami pegi ialah Restoran Jepun di Bukit Bintang. Susah betul nak ingat nama kedai ni walau pun dah 2 kali pegi. Ngengada betul la buat nama susah nak diingat. Hihi. Faktor2 penuaan kot.
Disebabkan ada kitchen, boleh la main masak2. Tapi tak banyak pun stok bahan mentah yg kami bawa. Sudahnya banyak makan kat luar atau grab food je.








No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.