Saturday, July 25, 2026

12 random photos ketika handphone saya sedang membeku.



Assalamualaikum guyss.. (bukan susah pun nak dapatkan pahala percuma kat dunia ni, bagi je salam.  Tapi tu la. kadang segan bukan apa,  sebab dibuatnya kita cuma cakap sensorang je dalam blog ni.  Hihi).

Syukur alhamdulillah,  handphone saya rosak uollzzz!!!.  Dah sehari semalam dia membeku, tak boleh nak power off.  Dah pasang REIBOOT sebagaimana yang disaran dalam youtube pun dia tetap buat keras je, tak de respon.  Now saya dalam proses menunggu bateri dia habis dan tengok sama ada dia boleh power off dengan sendiri atau tidak.  Jika tetap tak berhasil, baru lah hantar kedai.


Maka, semalaman la saya menghadap laptop sampai hubby ingat saya buat kerja office, lantas bertanya, mungkin kagum agaknya tengok wife beliau nampak rajin sangat, padahal it just a last option untuk menonton youtube, blogwalking dsbnya sebab hand phone tengah problem.

Sambil-sambil tu mendelete storage dan terjumpa gambar-gambar ni.







Kat Victoria Park ada satu kedai aiskrim yang menjual pelbagai perisa termasuklah cili. durian dan macam-macam kepelikan.   Zoom untuk melihat keunikannya.


Aritu my MIL mengidam makan kerang rebus lantas saya teringat pernah makan kerang rebus yang besar2 tapi tak ingat kat mana, rupa-rupanya kejadian ni di Bangkok.



 

Pohon berpenunggu - awek arwah si Joko.  




Jiran ai bagi banyak makanan kucing sebab kucing dia tak makan apa yang dibeli.
 



Kita hantar jahit merentas benua.  Kira hebat la kawan saya ni boleh jahitkan tanpa ada ukuran badan saya.  Beliau tanya selalu saya pakai S atau M.   Beliau buatkan S tapi at the same time, lebihkan basi dan jahitkan juga untuk ukuran M jika tidak selesa boleh tetas jahitan S tu dan menjadi M.



Masa cuci-cuci mata di KLCC bulan lepas.


Saya tengok Correlle di Malaysia banyak yang lebih menarik coraknya.




Hikmah dari kerosakan handphone juga saya dapat blogwalking menggunakan PC dan ternyata blog kawan-kawan blogger rupa-rupanya cantik berhias, selama ni blogwalking guna HP tak nampak semua tu.


No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.