Showing posts with label BERITA DARI AKHBAR. Show all posts
Showing posts with label BERITA DARI AKHBAR. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Cemburukan Felixia Yeap

Pasti semua sudah mengenali siapa itu Felixia Yeap?.  Seorang model non muslim yg selesa berhijab setelah merasai sendiri betapa indah dan manisnya fadhilat2 yg didapat atas kesan2 berhijab.


Satu statementnya yg menarik apabila dikecam angkara tindakannya itu  ialah :

"Kalau orang Muslim pun ada yg berskirt, mengapa saya yg Non Muslim tak boleh berhijab?".






Moga Allah permudahkan niat beliau.   Moga Ramadhan kali ini memberi seribu erti.
Apabila shahadah diucapkan maka terhapuslah segala dosanya... seumpama bayi yg baru lahir..  bestnyaa.... Tahniah Felixia kerana Allah telah memilihmu antara berbillion2.    

*Mari kita sama2 doakan..

Wednesday, May 15, 2013

SENARAI PENUH BARISAN KABINET 2013

Berikut dicopy pastekan  utk pengetahuan am anak2 Mama senarai penuh anggota Kabinet bagi 2013 selepas diumumkan oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya petang tadi.





PERDANA MENTERI

YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO) 



TIMBALAN PERDANA MENTERI: 

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO) 



JABATAN PERDANA MENTERI: 

MENTERI: 
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO) 

(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013) 

(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR) 

(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS) 

(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO) 

(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB) 

(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS) 

(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR) 



TIMBALAN MENTERI: 

(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO) 

(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR) 




KEMENTERIAN KEWANGAN

(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO) 

(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO) 

(3) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO) 



MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI

(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO) 

(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO) 

(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS) 

(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC) 




KEMENTERIAN PERTAHANAN

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) 

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO) 



KEMENTERIANPENGANGKUTAN

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU) 

(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO) 




KEMENTERIAN DALAM NEGERI

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO) 

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB) 



KEMENTERIAN KERJA RAYA

(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB) 

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO) 

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: 

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO) 

(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO) 



KEMENTERIAN LUAR NEGERI: 

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO) 

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO) 

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: 

(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO) 

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO) 



KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO) 

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO) 



KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP) 

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO) 



KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: 

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO) 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)


KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN 
DAN KERAJAAN TEMPATAN:

(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO) 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO) 



KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO) 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC) 



KEMENTERIAN KESIHATAN

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC) 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)



KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO) 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR) 



KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB) 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO) 



KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: 

(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS) 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO) 



MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO) 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO) 



KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN: 

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO) 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS) 



MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:

(1)MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO) 
(2)TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO) 



MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: 

(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC) 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB) 


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB) 
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO) 


sumber :bharian.



p/s :   kalau korang berpeluang masuk bertanding dlm PRU, agak2  menteri apa yg korang minat nak jadi? (ni soalan ala2 menguji IQ bakal ratu cantik dunia).

Friday, May 10, 2013

Blogger Masakan blogger mental?


KEGILAAN MEMUAT NAIK GAMBAR MAKANAN KE LAMAN SOSIAL/INTERNET PETANDA ORANG TU SAKIT MENTAL

Ohhhhh sentap beb!  (credit to my SIL atas artikel ni).

Menurut Dr tersebut . kegilaan org ramai berbuat demikian bukan sahaja menjengkelkan malah petanda bagi masalah psikologi.

"Saya melihat beberapa klien yg obses dgn makanan mereka, mereka tidak mahu keluar bersosial secara normal dan menjadikan makanan sbg teman sosial dgn memaparkan apa mereka makan.....bla bla bla".


Oh really?.  Kalau macam tu, saya berbangga kerana "Mantel"  kita "Mantel" bermaruah - kurang2 dpt mempromosikan restoran2 orang, dpt kongsi resepi,..alhamdulillah.   Lagipun... mostly follower2 belog saya ni mmg gemar dgn entry makanan... nak buat guane... dah nama pun perempuan dan blog bernicekan kewanitaan.


p/s :   Kalau betul2 "MANTEL".... dah penuh dah hospital Tg Rambutan tu dgn blogger2 masakan.

Wednesday, July 18, 2012

3 Garis Panduan Jika Bawa Handphone Ke Sekolah

Pelajar dibenarkan bawa handphone ke sekolah tahun depan. 

Pendapat I?.  Ok je... tiada masalah (lagipun anak I dah lama pun bawak hp ke asrama sbb sekolah dia membenarkan... thanks Cikgu kerana memahami masalah kami!! Tapi utk kegunaan masa asrama je la, waktu kelas... totally off).  

Cuma perlu ada garis panduan :-

1).  Handphone tersebut  handphone cikai (RM 100 ke bawah).  Tujuannya?.  Sekolah utk belajar bukan untuk bergaya  ya Yang... kang ramai yg berlumba2 nak beli aksesori handphone sampai nak beli pensil sebatang pun kata takde duit...(cewah!.  tetiba bercakap mengalah guru besar plak aku ni :D).
Nak  lagi murah boleh la guna ni... :D


2).  Handphone tiada paparan (skrin).  Bertujuan untuk mengelakkan mereka dari berMMS, game dan bertenet2 serta bercinta-cintaan.

3).  Perlu ruang kabinet dlm kelas utk penyimpanan handphone (bukan sebab takut hilang tapi untuk mendisiplinkan pelajar supaya guna handphone ketika kecemasan sahaja, tak cemas simpan je kat situ sampai waktu balik).


ENTRY YANG DIREQUEST 
"IBU BAPA MARAH GURU"- 
(harap dia puas ati sbb I dah tuliskan).




Oh ya, dah alang2 cerita pasal dunia persekolahan, nak sampaikan hajat kawan I ni, sorang MEM besar dari Selatan Tanahair... pepagi dia call I mintak I tuliskan entry tentang "Ibu Bapa Marah Guru ". (kes yg dia nampak di sebuah sekolah semalam).


Haisshh... memacam je la..  Mintak2 la I dikuatkan iman..... tak mo la jd "low class" mcm tu ("low class" ni bahasa standard yg org2 tua selalu gunakan utk menunjukkan betapa tak bertamadunnya tindakan org itu.. jgn pikir lain ye).  Buat setakat ni.. kalau anak2 kena marah Cikgu selalunya I cuma ketawakan mereka je..  Melainkan kalau kes pukulan berdarah tu lain la kan...  Setakat kena tegur2 manja mcm tu pun sampai nak buat "serangan balas" pada I dah mcm org sayangkan anak tak bertempat.


Agaknya kalau emak orang tu jadi emak I, dah lama dah warden kat sekolah I tu kena belasah...:D.    Segarang2 arwah ayah I tak pulak la beliau "memalukan" I dgn membuat tindakan melulu mcm tu.  Jgn kau tak tau anak2ku... Mama dulu apa je denda yg tak pernah Mama terima... kena pungut sampah memalam buta keliling hostel, kena rotan... dah jadi makanan harian dah.. Arwah ayah tetap relax je.. cuma yg I dpt tau.. tiap malam beliau bacakan Yassin utk I. Motif?. Supaya anaknya lebih tabah. :D...  Al-Fatihah utk my late dad.  T ___ T.

So, puan2... jgn sampai memalukan anak sendiri... anak2 kita nak sekolah situ dgn lebih lama kan, jgn kerana tindakan kita yg menurut perasaan, anak2 plak yg mendapat malu.

Kan org tua selalu pesan.. "hormatilah kedua ibu bapa dan guru".  Maka hormatilah ketiga mereka, insyaallah kelak senang hidupmu Nak.. Percayalah ckp Mak Mirror ni..

Ok bye..  ada lg org request entry ni.... tunggu esok plak ye..

p/s :  Aiii Mak Datin Y... dah ku susah2 tuliskan entry sampai tak masak2 ni, tak reti2 nak tekan FB like tu?.  Ha gi tekan skrg!!.  





Friday, June 22, 2012

Ibu Mithali 2012

Dulu pernah I di"dongeng"kan dengan satu cerita seorang budak yg dibesarkan oleh monyet2 di hutan.  Ibu monyet itu  menjaganya bagai anak sendiri seawal usianya masih bayi (maybe tgh berkhemah dgn family tetiba bayi dia merangkak2 alih2 sesat).  Tapi cerita hanya sekadar cerita, takde bukti bergambar, so I anggap ianya hanya satu dongengan.. (sesiapa pernah terbaca, boleh la sharekan link ye).

Tapi yg berlaku di Sarawak ni agak pelik pula....




Masa pregnant jangan bencikan sapa-sapa...


Kalau kita, kek yg disaluti whipped cream yg lazat, ditaburi strawberry di atasnya adalah sesuatu yg tidak akan kita lepaskan begitu sahaja bila sudah ada di depan mata, begitulah normalnya seekor kucing bila nampak kelibat seekor tikus, tapi sebaliknya pula yg berlaku... disusukan, "dimandi" dan dibelai bagai anak sendiri.  Malah anak2nya pun (anak kucing itu maksud I)  melayan si tikus dgn baik tanpa mencurigakan bagai adik beradik sendiri.   Rasa pelik pulak saya...

Agaknya tikus ni memang anak si kucing  tu kot.... Mana la tau kan... anak dia OKU  sorang, "terphotostate" muka tikus.

Moral of the story, kalau tgh pregnant jgn bencikan sapa2 tau.  Bencikan Kak Mirror Angelina Jolie takpe... at least kalau terkenan pun cun.. ok la kan.





.  (Info lanjut :  My Metro ).

Monday, April 16, 2012

Sekadar sebuah update...

Assalamualaikum w.b.t.   
Selamat ber"monday2" dgn gumbira.  

Apa di wall FB saya baru2 ni?. (Even dah pencen FB, tapi masih lg skodeng2 sekali sekala) :-

Gembira dgn status Abby Abadi terkini - dpt tawaran menjadi duta tudung.  Oh tak sabarnya nak tengok, tudung apakah itu?.  Kak Mirorr nak beli!!! 

 
Agak tertinggal keretapi pulak saya ni.... berita ini dah lama, tapi baru ni I teperasan.   "Hujan Ikan di OZZY (Aussie)".  Sungguh menakjubkan!.  Kalaulah berlaku di M'sia... tak payah la IRP susah2 nak gi memancing... lol.


Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi Di Aceh... Dinasihatkan jangan mandi pantai buat masa sekarang.

Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh sebentar tadi, segelintir negeri di Malaysia turut merasai gegarannya.   Ada yg pening2 lalat... I pun pening2 gak tadi.. tapi maybe bukan sebab tu kot sbb I kat Jay Bee.. (sebab terlebih makan pizza). :D.

Sebagaimana pengalaman Tsunami pada tahun 2004 ombak TSUNAMI biasanya akan melanda  Utara Semenanjung Malaysia dlm lingkungan masa 2-4 Hours after the earthquake, kawasan bahaya di Penang antaranya Area Tanjung Bunggah, Batu Feringgi, Balik Pulau, di kedah Pantai Kuala Muda, Pulau Sayak, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Kuala Kedah ,Yan, Langkawi, Perlis sekitar Pantai Kuala Perlis (begitu apa yg ditulis oleh seorang FB'an dlm B.Harian on line.)

Ini pula mengikut apa yg ditulis oleh Admin di FB Scha Al-Yahya..

Initial tsunami wave prediction arrival times:
1. Georgetown -09:11pm 11th April 2012 MY Time (malam ni ke?)
2. Port Dickson -02:10am 12th April 2012 MY Time
3. Singapore -07:51am 12th April 2012 MY Time


Moga kita semua dilindungi oleh-Nya.  


TERKINI :  Jabatan meteorlogi menarik baik AMARAN TSUNAMI  pd pukul 10.00 mlm tadi.. Syukur alhamdulillah, bagaimanapun langkah berjaga2 tetap perlu diteruskan..

Monday, March 26, 2012

Pasangan Enggan Lakukan Seks Dianggap Kejam (18sx)

Pepagi sudah nak melucasss?.   Sorry, ini hanyalah tajuk berita di akhbar pada hari ini.  Apatah lagi genre blog aku ni kan ala2 kewanitaan, so isu-isu sebegini memang sudah menjadi tugasan aku untuk mengupasnya (walau takde sapa pun yg paksa...haha... kes terlebih rajin) apatah lg kes yg melibatkan kaum hawa/isteri mcm aku.  Harus aku juga yg menasihatkan mereka ini, kalau tak sapa lagi... ecehwah!.  Perasan mcm menteri hal ehwal wanita plak aku.  lol...... Sorry I gurau je.





    

 
Tapi itu kes kat obersea, aku ni mcm kurang exited sikit kalau baca2 berita aneh tapi berita tu rupa2nya kat obersea, almaklum jatidiri sbg ank M'sia aku ni terlalu kuat sebenarnya... wakaka.  Eh betul apa!!








Berbalik pd tajuk, "pasangan enggan melakukan hubungan seks dianggap kejam?" Ya itu sudah pasti.   Kau menyesa jiwa orang itu.  Baik takyah kawin dpt bini/somi cenggitu.  Apatah lagi jika si suami hanya ada seorang isteri. Kalau empat tu lain cerita la kan....Sebab tu dalam Islam, isteri sebegini dihukumkan sebagai derhaka iaitu sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur. ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu sampai Subuh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
klik banner untuk membuat belian


So puan2... jgn la jadi derhaka hanya kerana "benda mudah" spt itu. Tu la.. lain kali kalau penat sgt, jgn jenjalan gi shopping compleks, kan dah kucakap... duduk rumah je, mandi lulur... ok la..... taaaaa....


p/s :  Aku dah bagi warning 18SX tu maksudnya... budak kecik dilarang baca.. pesal kau baca! Ooooo tak sabar nak kawin ye. Ish budak ni.



Friday, March 23, 2012

Dulu pernah bersyukur berjiran dgn tembok (18sg)

Hai... Assalamualaikum and morning!!!
Jemput sarapan semua. Kesian I tengok nasib anak sedara kawan I ni..... Takut mulanya I nak baca, tapi I gagahkan diri jugak baca.. Kanak-kanak 18 bulan terperosok ke dalam kereta ketika kakaknya 14 tahun masuk ke dlm kereta utk mengambil makanan kerana kereta yg sdg diparking itu tetiba bergerak, kini si kecil itu dlm keadaan parah - berita penuh sila baca di sini.




Maybe pengguna akhir kereta tersebut lupa nak tarik hand break la tu. Bersabar la menghadapi dugaan berat ini, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Sama2 kita mendoakan adik ini. Tetiba I teringat kisah si Ain ketika usianya 5 tahun. Tak pasti la sama ada I pernah cerita ngan you all atau pun belum...Masa tu bulan puasa, kami tgh siap2 untuk ke bazaar ramadhan.





Keluar je dari pintu rumah, I tengok kereta putih kami dah mengundur ke belakang tapi musykil sebab IRP tgh solat asar masa tu...siapa pulak yg drive ni??? kata hati aku. then I mengintai2 dlm keta, Ya Allah Ain si budak tadika itu tgh drivee!!!! Dia tersengih2 bangga duduk di tempat memandu. I cuba berlari mendapatkan kereta tapi dah terlambat......... tetiba...... DAMMM!!!!!!! Masa tu mmg dah tak pikir apa melainkan pasrah!

"Huaa apa jadi dengan anak aku?????" I menerpa ke arahnya. Jiran I, Shilpa Shetty pun keluar sebab terkejut dgn bunyi dentuman yg kuat.

Alhamdulillah.... mujur la Ain tak apa2... walau bahagian belakang kereta rosak teruk tercium tembok tangki air, repair RM3k (masa tu duduk rumah lama lagi...) tetiba rasa bersyukur pulak "berjiran" dgn tangki air, kalau berjiran dgn orang, apa jadi agaknya dgn nasib kami ni kalau keta tu melanggar anak jiran. Memang bersyukur2 sgt la.. walau masa belum pindah tu mcm2 org cerita tentang misteri di balik tangki air yg dikatakan berpuaka itu.

Itu la kisah AIN dan kereta... buat teman2 Ain yg memfollow blog Makcik Mirror ni, tolong la tengok2kan anak Makcik tu ya Nak...:D mcm tu la perangai dia dari kecik, tak reti duduk diam...

Ok la puan2... mungkin ada yg terlupa hari ni Jumaat, maka elok utk kita perbanyakkan selawat ke atas baginda rasul. S.A.W. Mudah2an kita antara org yg mendapat syafaatnya kelak. Amin.

Wednesday, January 11, 2012

Jom Johorean kita gi Kg Melayu... kalau tak dpt emas pun... kita jual dulang kat situ.. mesti laku

Sunyi sepi je sekeliling I arini? Ke mana memasing? Gi mendulang emas kat Kg Melayu ke? ;D
Oh yey!!!!! Aku kaya!!!!!!!








Hmmmm......Kecewa patik... sangkakan betul2 emas.. baru nak ajak IRP mendulang berbangga JB ada lubuk emas... rupa2nya hanya batu granit semata. Tak mengapalah Johorean... batu granit pun granit la... janji kemilau2... bleh gak buat eksesori.. (eh I pernah nampak org jual pendant dari tahi bintang, seketul je dia biarkan batu tu kat necklace, tak digubahsuai pun.. apa punya malas kan... ).

Banyak2 cerita batu.. Kesian lagi orang semalam yg cuma dapat lesung batu tu.. beli Samsung Galaxy on line riban2 akhirnya cuma dapat lesung batu... kalau aku pun, maunya aku tak frust... Aku rasa, next time.. klu nak buat pembelian secara on line kena dptkan testimoni dr member2 rapat yg pernah guna khidmat tersebut.. then baru say YES. Make sure mereka ada bubuh gambar profile dlm blog mahupun FB mereka (meski ini bukan jaminan sbb dibimbangi mereka guna ID palsu & gambar palsu).



Itu je kot aku nak cerita hari ni... you all pun sibuk kan... jadi aku malas nak kacau you all dgn entry2 yg berjela, lagipun aku dah buat entry Wordless Wednesday malam tadi (sila klik older post kalau nak tengok pix seorang pengguna DSLR beginer mcm aku... haha.. jgn nak gelak ye ). So.. jumpa lagi dan jgn nakal2... kekekeke...(mari ketawa mengilai).


p/s : Musykil aku... apa motif plak dia bagi lesung batu.. kan memberatkan courier je. Baik dia bubuh kertas je kan lagi jimat.



Saturday, October 15, 2011

Kegagalan Pelajar Fasih Berbahasa Inggeris Berpunca Dari Guru Yang Kurang Fasih? Setuju atau tidak.

Murid gagal berbahasa inggeris dengan fasih kerana salah guru?




" I wouldn't say all teachers are weak in English. Some of them are very good and can speak excellent English. However, their number is small and they are posted to elite schools in large towns and cities". s-simanturai


Sebelum pegi kepada tajuk, saya ingin mengulas sikit cara pembelajaran di sekolah anak saya yg saya rasa saya patut berbangga dengan usaha guru2 mereka.

Apa yang guru2 tersebut lakukan ialah mereka mendenda tiap sen dari perkataan bahasa2 lain selain BI yg tersasul keluar dari mulut mereka. Guru-guru itu pula bercakap dalam B.Inggeris sepenuhnya dan grammar yang betul even ketika bergurau sekalipun. Anak saya selalu mengajuk apa yang gurunya guraukan... adakala memang lucu... tapi saya rasa ini amat berkesan untuk proses pembelajaran mereka.

Saya ingin ucapkan syabas dan TERUSKAN!. Dah lama dah saya nak ucapkan terima kasih niii..... tapi kelu pula lidah berkata-kata.... nak jumpa Cikgu2 pun tak sempat, orang busy la katakannnn......(terima kasih juga kepada guru-guru anak saya yang sudi mencemar duli memfollow blog saya yg tak sepertinya ni... huhuhu... hai Cikgu, morning!!).

Itu kisah anak dara saya di secondary school, tentang Shashal di tadika... wallahualam pula. Tapi hendaknya tidak la seperti di dalam artikel di bawah (yang saya petik dari NST)...jika just say "yes, no, alright" je macam tu nenek kita pun boleh ajar... betul tak? Baiklah... kalau malas nak baca keseluruhannya, saya summary'kan ...

Penulis berkata punca2 kemerosotan B.inggeris di negara kita adalah kemungkinan berpunca dari kegagalan guru Bahasa Inggeris menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul, grammar yang teruk. Saya suka highlightkan apa yg disuarakan oleh beliau yg berkenaan dengan.. "Some of them are very good and can speak excellent English. However, their number is small and they are posted to elite schools in large towns and cities".

Dihantar ke sekolah-sekolah elite dan bandar-bandar besar sajeeee??
Hmmmm..... tak mengapa la Wak Pangat..... nasib kau la Wak sapa suruh duduk terpencil nunnnn di tepi sungai, bertemankan kerbau. Takpe, pasni apa kata Wak tanamkan pada minda cucu-cucu Wak tu kata2 nenek moyang ni...


"Benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dilempar ke hutan menjadi jati berharga".




S. SIMATHURAI , Chemor, Perak (Credit to NST)
I WOULD like to join the debate on why the standard of English here has deteriorated so badly.

I am an English language teacher of more than 35 years (I retired in 1999) and have been following the comments and feedback from parents and the public regarding the declining standard of English.

The deputy prime minister and education minister has raised these questions: Are teachers incompetent and school books unsuitable? My answer is "yes" to both questions.


When I was an English language panel head in the 1980s and early 1990s, I used to observe teachers teaching English.

To my horror, most of them spoke very bad English to the students.

On one occasion, I had the opportunity to observe a teacher teaching a Year Five class. The following was the conversation that took place after the teacher found one of her pupils sharing a textbook with her friend.


Teacher: Why you no have a book?

Pupil: I no buy.

Teacher: Why you no buy?


Pupil: Because my father no have money.

Teacher: What you father work as?

To cut a long story short, this is how most teachers in primary schools talk to their pupils.

On another occasion, a Year Four teacher asked me what was the difference between "has", "have" and "had", and how to use them in a sentence.

Mind you, this teacher scored an A for English in his Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination.

I wouldn't say all teachers are weak in English. Some of them are very good and can speak excellent English.

However, their number is small and they are posted to elite schools in large towns and cities.

English textbooks for schools should be revised to suit the needs of rural and urban students.

The education ministry should look at the textbooks, used in the 1940s, 1950s and 1960s, and come out with a comprehensive solution to cater to the needs of students.

Books written in those days were holistic in approach. A single textbook covered all the units in the curriculum, such as grammar, essay and summary writing, vocabulary, similes, proverbs and poems.

By the way, how many teachers nowadays can identify a clause or an adverbial clause of time, place and manner?

I would bet that a majority of them have not even heard of them.

These textbooks that I am referring to were so convenient and comprehensive that they covered a whole school year's work.

For primary schools, the Oxford English Course for Year One to Year Six was widely used. The Teaching of Oral English by Harold E. Palmer, first published in 1940, gives a very good account of grammar for beginners and also sentence construction.

Books used as supplements, included the New Royal Reader IV, V and VI for Year Four, Five and Six. These books contain interesting passages, new words, notes and meanings, summary writing and exercises.

They also cover poems and provide explanations to help students appreciate and understand poetry.

I think about 60 to 70 per cent of teachers, especially in small towns and villages, are poor in grammar.

How can they teach English if they are ill-equipped?

How do we address such a situation? Hiring foreign teachers is not the answer.

The education ministry should study to what extent the American Peace Corps volunteers were successful when they were first engaged in the 1960s and 1970s.

At that time, I was teaching English in Kota Baru, Kelantan, and had long hours of discussion with some of them.

The students found it difficult to follow their style of teaching.

If that was the case, how do we address the present situation?

The education ministry should consider employing retired English language teachers.

The government should recruit these retirees to not only help to overcome the shortage of English teachers, but also to conduct English courses to enable the teachers to raise the standard of the language.

Also, the government must make English a compulsory pass subject for all public examinations, such as the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah and SPM.


Monday, September 20, 2010

KEMATIAN SARINA TIADA KAITAN DENGAN DATUK SOSILAWATI

Sahabat karib memang amat penting dalam saat2 kita down... I sendiri secara peribadi jika datang angin stress memang memerlukan teman-teman untuk berkongsi cerita..... itu lumrahnya manusia bernama wanita... maybe orang lelaki lain sikit kot.... suka pendam2 je masalah... tu yg lelaki cepat tua kerepot dan mengerekot! Huhu!!!!! :P

Logik jugak la kalau Sarina, pengasas produk Aveer ni rasa kehilangan bila teman karibnya menjadi arwah... tapi menurut berita terkini....Kematian Sarina tiada kaitan dengan Sosilawati. Berita lengkap.... sila klik sini.

Sedikit petikan dari berita tersebut ialah :







“Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam perniagaan. Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya),” kata Naimah (anak saudara Sarina) ketika ditemui di kediaman Sarina hari ini.

Oooooo kisahnyaa.....

Yang pergi tetap pergi, sebagai hamba-Nya yg masih tersisa di muka bumi ini.... marilah kita tanamkan azam untuk sentiasa positif dlm menangani apa2 jua permasalahan duniawi. Kita sebagai warga blog yang telah bersama dalam "perkampungan blogger ciptaan kita ini", berkenal-kenalan antara 1 sama lain, even tak pernah bersua di alam nyata, ... pada kacamata I berblog adalah antara satu cara menangani stress yg paling mujarab. Susah senang kita bersama...... tulis je kat TITLE tu.... "AKU TENGAH STRESS!!!"...... berpuluh komen positif yg bakal uoll terima sama ada dari mereka yg uoll memang kenal rapat mahu pun tidak....kan ajaib tu!! so...apa lagi puan2!!! cheer up! Pada sesiapa yg stress tu..... ingatlah bahawa anda tidak bersendirian. Selagi anda hidup..... anda sebenarnya layak untuk bergembira.

I rasa I belum terlewat untuk mengucapkan takziah kpd keluarga blogger TTT (Toh Tuan Tanah ke nama penuh tadi? Lupa pulak I).... kerana TTT telah pun menghembuskan nafasnya yg terakhir akibat kanser serviks. Al-Fatihah...


Buat kakak I..... gambar2 yg I ambik tadi dah upload kt OLDER POST..... sila klik older post ya kalau nak tengok gambar2 hensem kita berdua tu.













Sunday, September 12, 2010

DATUK SOSILAWATI MATI DIBUNUH?


Berita penuh sila klik.


Seawal pagi ibu mertuaku mengkhabarkan berita ini kerana mendengarnya melalui kaca televisyen.... Memang sejak Datuk hilang kami sentiasa mengikuti perkembangannya sama ada melalui media mahupun orang2 kampung sendiri...kebetulan pulak raya, jadi topik hot di meja raya ialah tentang misteri kehilangan Jutawan kelahiran kampung kami itu. Pelbagai spekulasi yg I dengar..... hinggalah berita di TV3 hari ini benar-benar membuat I tersentap dan bersedih di pagi hari. Hilang sudah permata yang berharga.

Sebenarnya berita tentang mayat yg dibakar tu I dah tahu dari malam tadi melalui seorang blogger tapi sebab belum disahkan lagi, so.... I biarkan je la khabar angin tu berlalu begitu sahaja. Hinggalah berita di TV pagi ini mengesahkan.... barulah I percaya. (walaupun mulanya antara percaya dgn tidak).

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.... kpd ahli keluarga Datuk Sosilawati, khasnya buat sepupu I yg kehilangan kakak iparnya itu, I ucapkan takziah.. tabahkan la hati menghadapi dugaan ini.