Friday, March 23, 2012

Dulu pernah bersyukur berjiran dgn tembok (18sg)

Hai... Assalamualaikum and morning!!!
Jemput sarapan semua. Kesian I tengok nasib anak sedara kawan I ni..... Takut mulanya I nak baca, tapi I gagahkan diri jugak baca.. Kanak-kanak 18 bulan terperosok ke dalam kereta ketika kakaknya 14 tahun masuk ke dlm kereta utk mengambil makanan kerana kereta yg sdg diparking itu tetiba bergerak, kini si kecil itu dlm keadaan parah - berita penuh sila baca di sini.




Maybe pengguna akhir kereta tersebut lupa nak tarik hand break la tu. Bersabar la menghadapi dugaan berat ini, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Sama2 kita mendoakan adik ini. Tetiba I teringat kisah si Ain ketika usianya 5 tahun. Tak pasti la sama ada I pernah cerita ngan you all atau pun belum...Masa tu bulan puasa, kami tgh siap2 untuk ke bazaar ramadhan.





Keluar je dari pintu rumah, I tengok kereta putih kami dah mengundur ke belakang tapi musykil sebab IRP tgh solat asar masa tu...siapa pulak yg drive ni??? kata hati aku. then I mengintai2 dlm keta, Ya Allah Ain si budak tadika itu tgh drivee!!!! Dia tersengih2 bangga duduk di tempat memandu. I cuba berlari mendapatkan kereta tapi dah terlambat......... tetiba...... DAMMM!!!!!!! Masa tu mmg dah tak pikir apa melainkan pasrah!

"Huaa apa jadi dengan anak aku?????" I menerpa ke arahnya. Jiran I, Shilpa Shetty pun keluar sebab terkejut dgn bunyi dentuman yg kuat.

Alhamdulillah.... mujur la Ain tak apa2... walau bahagian belakang kereta rosak teruk tercium tembok tangki air, repair RM3k (masa tu duduk rumah lama lagi...) tetiba rasa bersyukur pulak "berjiran" dgn tangki air, kalau berjiran dgn orang, apa jadi agaknya dgn nasib kami ni kalau keta tu melanggar anak jiran. Memang bersyukur2 sgt la.. walau masa belum pindah tu mcm2 org cerita tentang misteri di balik tangki air yg dikatakan berpuaka itu.

Itu la kisah AIN dan kereta... buat teman2 Ain yg memfollow blog Makcik Mirror ni, tolong la tengok2kan anak Makcik tu ya Nak...:D mcm tu la perangai dia dari kecik, tak reti duduk diam...

Ok la puan2... mungkin ada yg terlupa hari ni Jumaat, maka elok utk kita perbanyakkan selawat ke atas baginda rasul. S.A.W. Mudah2an kita antara org yg mendapat syafaatnya kelak. Amin.

6 comments:

  1. adoi kesiannya kak.eh la hebat si ain ni kan..genius namanya tu..hehe..kecik2 da pandai drive..:P

    ReplyDelete
  2. Budak2 sume mende dia nak explore...tu yg takut tu. Time kita jaga molek2 tak jadi apa...bila terleka kejap masa tu la nak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed! Tu yg kdg kita rasa mcm nk "kurung" je mereka dlm rumah.

      Delete
  3. fuhhh...bahaya biar anak main luar rumah...macam2 bentuk bahaya ni boleh datang

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.