Friday, March 23, 2012

Cara-cara menggalakkan gadis2 tempatan kita menjadi bibik

Terbaca tentang kecerewetan2 mengambil pembantu rumah dari negara orang di blog Mummy, terfikir sesuatu kat kepala ni. Napa agaknya anak2 tempatan kita tak nak jadi bibik mcm zaman2 80an dulu? Apa kata kita fikirkan cara2nya...

Cara-cara untuk menggalakkan gadis-gadis tempatan menjadi bibik...

1) Berikan tawaran melanjutkan pelajaran buat mereka after dah kerja selama 3 tahun misalnya. Ambik la gadis2 pingitan yg susah2 dari pedalaman. (entah la, ada lg ke tak zmn skrg ni).







2) Gaji untuk bibik dari negara seberang RM700.00, so untuk budak tempatan... upkan sikit apa salahnya kan? Bukan nak kena bayar deposit ke benda ngan agent pun mcm kita ambik bibik dari seberang. Bagi la dia dlm RM1,200 ke... siap makan pakai, cuti hari minggu. Kalau tak buat mcm tu, of coz ler diorang pun tak minat...sebab sektor2 lain spt perkilangan lebih menjanjikan income yg lebih baik dan suasana kerja yg lebih selesa.

3) Offerkan pekerjaan itu untuk dua orang sekaligus... kalau sorang dia boring kan? Tapi bila dah berdua gaji kena la bahagi 2 sbb tugas pun dah makin ringan.

4) "Memaruahkan" pekerjaan itu - Secara physologynya orang berminat dgn sesuatu perkejaan itu bila nampak grand dan glamour kan? Contohnya mcm kerjaya pramugari, pengacara2, secretary (sekadar mengambil beberapa contoh)..... ramai org berebut sbb ianya simbol untuk gadis2 yg cantik dan pandai bergaya... so kerjaya maid juga perlu di"up2"kan seumpama itu. Mana2 warga tempatan nk apply jd maid, pastikan mereka cantik jelita, tinggi lebih 5 kaki , gigi rata, speaking berabuk.... hahahaha. Media dan blog perlu berganding bahu mengubah persepsi msykt ke atas maid yg dianggap hanya kerjaya utk orang2 yg kurang bernasib baik.


sekadar gambar hiasan ikhsan Pak Google

5) TV juga perlu bekerjasama - kena buat satu program realiti bertajuk "Pencarian Pembantu Rumah". Pesertanya ialah bakal2 maid dan majikan. Pastu sapa yg menang, penganjur support gaji maid selama beberapa tahun. Wah! Bertuah majikan yg menang tu kan...



RISIKO MENGAMBIL PEMBANTU RUMAH TEMPATAN

Tapi tetap jugak ada risikonya la beb...

1) Kang menculik anak kita pulak. Kalau gadis seberang, dpt gak kita pegang passport mereka. Perlu pasang CCTV di rumah la kot dan berbaik2 dgn jiran utk memantau pergerakan mereka.

2) Kalau cun sgt.... aiii phm2 je la.... bukan anak yg diculik, tak pepasal somi pulak diculiknya...kekeke..

Ok la.... itu je repekan ku arini. I ni nak menulis memang la senang, tapi diri sendiri pun IRP dah offerkan PA, cari2 pun tak dpt2 sampai skrg. Dasyat kan...hehehe.


12 comments:

  1. realiti show tu saya setuju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu panggil Pak Nil jd host kan.. mesti ramai berebut nak apply. ;)

      Delete
  2. rasa2...aklau tawaran cam tu Mama pun nak buat part timejadi Maid lah...hehehehhee.....

    ReplyDelete
  3. MM... cadagan no.4 bakal buat suami2 lekat kat umah muuhhahhhahha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. JS - wahahaha... silap aribulan, lunch pun balik rumah.

      Delete
  4. salam kenal dan dofollow sini

    cukuplah pengalaman akak somi terminat ngan bibik siti, lpas antar balik akak amik bibik tua,.. x larat plak nak jaga anak2 akak yg lasak,... nak amik bibik malaysia???? banyak songel ada ler, alternatif: p antar taska/i...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak sudi follow.

      Satu pengalaman menggerikan tu Kak. :D. Betul jugak akak ckp tu, pi taska pun satu alternatif yg baik.

      Delete
  5. hikhik....bagusnye ur ideas!suke.:) slm kenal.

    ReplyDelete
  6. haha..klakar bab bwh skali tuh... izinkan sya follow cni ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure, dipersilakan la.. thanks ye. ;)

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...