Showing posts with label cadangan. Show all posts
Showing posts with label cadangan. Show all posts

Monday, April 3, 2023

Tapak Bazaar Ramadhan Percuma

Alhamdulillah di atas semangat berniaga insan-insan di luar sana.  Moga Allah permudahkan.




Cadangan seorang artis supaya sesiapa nak berniaga di bazaar ramadhan kena audition masak dulu depan juri-juri professional,  pada ai boleh dipertimbangkan.  Panggil lah Chef2 handalan untuk jadi Pengadil. Dah lulus, sedap dan bersih baru boleh dapat tapak free yang dicadangkan oleh beliau tu.    Kira sapa yg dapat bisnes kat tapak free tu memang dasyat giler lah masakan mereka tahap 5 Star Hotel!.   Tak semena-mena prestij mereka pun meningkat di mata donia. Ha githew!.


Tapi my suggestion, pelanggan yg nak  masuk bazaar tu haruslah kena bayar RM3 uollzzz untuk mengelakkan kesesakan.   So.. tak de la yg sesaja datang melenggang buat reunion kat tengah jalan semata.  Dah kena bayar entrance fee mesti mereka akan membeli.


Motif supaya tapak diberi free kepada peniaga sebab difahamkan harga makanan naik meletup2  sekarang ni berpunca sewa tapak yg mahal.. sampai ada yg buat lawak nak bawak geran tanah jika pegi bazaar.  Haha.  Lawak2 pulak netizen sekarang ni buat throll.






Sukati la situ.  Ai nak cerita pasal belian ai plak.. walau pun ai sekadar cakap dlm hati je tu ari (paling2 pun up kat IG story).. nampaknya penjual kek gula hangus tapi kek bau telur macam makan ayam hidup2 ni dah tak jual lagi kek ni di bazaar.  Bagus la cenggitu.. at least beliau menyedari kekurangannya dan menjadikan ianya pelajaran.   Next time buang pusat telur tu ye Dik, jgn lupa bubuh esen vanilla.


Harapan saya  moga peniaga2 juga solat dan baca lah bismillah ketika memasak.  Banyakkan berselawat.. Moga masakan anda bertambah lazat.


p/s.  :.    Bagaimana dengan anda, berbuka beli di bazaar atau masak sendiri?.

Sunday, March 2, 2014

Barangan Yang Pasti Laris Untuk Anda Jual Bulan Ini - RM13



Walaupun JB rasa2nya tak menghadapi masalah catuan air  (harap2nya lah), tapi nampaknya ramai pulak tadi memborong container sebegini sampai menggunung satu troli. 






Aku rasa pun ianya satu idea yg bijak berbanding kalau kita beli tempayan atau  baldi sebanyak2nya untuk mengisi air..  sekurang2nya kalau tamatnya krisis air nanti, kita masih boleh guna container ni untuk mengisi benda2 lain spt baju, buku dsbnya.   Container ni pun kita boleh letak bertingkek2 mcm mangkuk tingkat, jadi dpt menjimatkan ruang.  So, pe kata.. korang je yg jual?. ;).  Orang lain jual RM13, ko jual ler RM10... untung sikit takpe. Tapi Makcik cuma cadangkan je Nok.. supplier ko cari ler sendiri..   :P




Friday, July 13, 2012

12 Jenis-jenis permainan untuk sukaneka, family day, sekolah dsbnya (cadangan2 yg bernas)

Ni semua gara2 esok punya sukaneka la ni, sudahnya memaksa anda terpalit sama utk membaca cadangan2 game untuk sukaneka  ni... kot2 la next time you all nak buat jugak kannnnz..... ;)


Ya, dan kali ni I mengupdate blog sekali lagi tanpa mengira masa. Hujan2 pun I update...   sedap betul ni kalau dpt tido. ZZZZzzzzz..... 


 
Tapi betapa la baik atinya I ni.. tak tido pun di pagi nan mulia ini walau titisan2 hujan di atas bumbung yg penuh irama itu bagai memanggil2 utkku menarik selimut.. :P..( tak elok amalkan tido lepas subuh ya Kak Mirror, kan org tua dah pesan..nt rezeki susah nk masuk)... tp ni Kak Mirror tak tido sbb nak jaga status sbg menantu mithalikah?.(almaklum la, sedang di rumah MIL la katakannn..).   

Kwang kwang kwang...... Ehehe... tak la, my MIL rasanya tak kisah kot klu I nak tido semula, sarapan pun dah siap... cuma I sebenarnya ada byk benda nk buat arini.   Tu la penat  google pun takde org yg baik ati nak senaraikan apakah "game2" yg sesuai utk sukaneka.



Peringatan ikhlas :.  Jagalah ikhtilat, jangan la bermain game atau team building  hingga tidak menjaga batasan agama bercampur laki perempuan, bini org, somi org berpelukan...nauzubillahiminzalik.


Jadi sbg memeriahkan dan mevariasikan pilihan kpd penggoogle2 di luar sana, meh la I senaraikan utk you all :-

1).  Isi air dalam botol menggunakan sponge.
2).  Lari dlm guni.
3).  acara tiup belon.
4).  lari bawak bola dalam sudu
5). lari bawak air dlm cawan atas dulang secara bersimpang siur - kun pembinaan diperlukan utk game ini sbg divider..
6).  Lari bawak aiskrim gergasi macam sekolah  Cikgu Win.
7).  Pertandingan makan epal
8).  Lari ikat kaki dgn kawan
9).  Lari atas batu bata  (aduhh cam bahaya je ni... kang tersungkur terus cagu).
10). Sambung2 straw.
11).  Beli beberapa bola ping pong dan sediakan bekas telur (gambar bwh).  Lantunkan bola dari hujung meja.



12).  Beli beberapa toiler paper. Tebarkan toilet paper hingga ke hujung meja.  Letakkan mainan (cth kereta kecil, kuda), di permukaan tisu yg paling hujung. Minta pemain-pemain menarik tisu tersebut (sorang 1 tisu) hingga ke hujung 1 lagi. Jika tisu koyak dianggap terbatal.

Alahai.. byk sebenarnya nk disenaraikan.. tapi mata ni makin lama makin layu plak.... hujan oh hujan..

Tapi dlm senarai2 di atas... takde satu pun yg akan I buat untuk acara esok ni.. of coz la ianya rahsia... kang sedara mara I baca, terbocor soalan plaks..
Thanks ibu mertuaku atas cadangan yg bernas itu.


p/s :  Jgn lupa baca pendapat2 bernas dari teman2 blogger I di ruangan komen.   Memang kreatif mereka ni..


Kadang2 ada yg lepas bersukan.. tgh panas2 tros basuh muka, maka muka pun berpanau.  Tapi jgn gusar.. kita ada ubat dia.


                     





Jemput singgah dan LIKE S.Q.A Toi Galery fb 
untuk melihat koleksi Corelle, baju, perfume 
dan tudung..

Harga dari serendah RM29.00 

Friday, March 23, 2012

Cara-cara menggalakkan gadis2 tempatan kita menjadi bibik

Terbaca tentang kecerewetan2 mengambil pembantu rumah dari negara orang di blog Mummy, terfikir sesuatu kat kepala ni. Napa agaknya anak2 tempatan kita tak nak jadi bibik mcm zaman2 80an dulu? Apa kata kita fikirkan cara2nya...

Cara-cara untuk menggalakkan gadis-gadis tempatan menjadi bibik...

1) Berikan tawaran melanjutkan pelajaran buat mereka after dah kerja selama 3 tahun misalnya. Ambik la gadis2 pingitan yg susah2 dari pedalaman. (entah la, ada lg ke tak zmn skrg ni).

2) Gaji untuk bibik dari negara seberang RM700.00, so untuk budak tempatan... upkan sikit apa salahnya kan? Bukan nak kena bayar deposit ke benda ngan agent pun mcm kita ambik bibik dari seberang. Bagi la dia dlm RM1,200 ke... siap makan pakai, cuti hari minggu. Kalau tak buat mcm tu, of coz ler diorang pun tak minat...sebab sektor2 lain spt perkilangan lebih menjanjikan income yg lebih baik dan suasana kerja yg lebih selesa.

3) Offerkan pekerjaan itu untuk dua orang sekaligus... kalau sorang dia boring kan? Tapi bila dah berdua gaji kena la bahagi 2 sbb tugas pun dah makin ringan.

4) "Memaruahkan" pekerjaan itu - Secara psychologynya orang berminat dgn sesuatu perkerjaan itu bila nampak grand dan glamour kan? Contohnya mcm kerjaya pramugari, pengacara2, secretary (sekadar mengambil beberapa contoh)..... ramai org berebut sbb ianya simbol untuk gadis2 yg cantik dan pandai bergaya... so kerjaya maid juga perlu di"up2"kan seumpama itu. Mana2 warga tempatan nk apply jd maid, pastikan mereka cantik jelita, tinggi lebih 5 kaki , gigi rata, speaking berabuk.... hahahaha. Media dan blog perlu berganding bahu mengubah persepsi msykt ke atas maid yg dianggap hanya kerjaya utk orang2 yg kurang bernasib baik.


sekadar gambar hiasan ikhsan Pak Google

5) TV juga perlu bekerjasama - kena buat satu program realiti bertajuk "Pencarian Pembantu Rumah". Pesertanya ialah bakal2 maid dan majikan. Pastu sapa yg menang, penganjur support gaji maid selama beberapa tahun. Wah! Bertuah majikan yg menang tu kan...



RISIKO MENGAMBIL PEMBANTU RUMAH TEMPATAN

Tapi tetap jugak ada risikonya la beb...

1) Kang menculik anak kita pulak. Kalau gadis seberang, dpt gak kita pegang passport mereka. Perlu pasang CCTV di rumah la kot dan berbaik2 dgn jiran utk memantau pergerakan mereka.

2) Kalau cun sgt.... aiii phm2 je la.... bukan anak yg diculik, tak pepasal somi pulak diculiknya...kekeke..

Ok la.... itu je repekan ku arini. I ni nak menulis memang la senang, tapi diri sendiri pun IRP dah offerkan PA, cari2 pun tak dpt2 sampai skrg. Dasyat kan...hehehe.


Saturday, December 6, 2008

BIBIKMU BUAT HAL??? LOH APA SIH PUNCANYA??

Asslamualaikum kepada semua pelungsur setia blog Miss Mirrror (MM) ni..
Hari raya haji kat Johor ni tak berapa meriah sangat kan? MM pun menyambutnya ala kadar je.... tak pasti lagi la nak masak ketupat ke tidak, tapi standby jugak la sehelai baju raya... walaupun bukan nak ke mana tapi apa salahnya... lagipun bukan selalu kita mengenakan baju kurung ni. Lain la career2 woman di luar sana. Ke you all kerja pakai over coat? Nasib la dulu masa zaman MM kerja, pihak syarikat dah menyediakan uniform. 

Uniform ni sebenarnya memainkan peranan penting, selain menyerlahkan kredibiliti sesorang anggota pekerja tetapi menjadikan seseorang itu lebih patuh akan tanggungjawab yang sedang digalas. Cuba anda bayangkan jika seorang Pembantu Rumah diwajibkan untuk memakai uniform, sudah pasti akan mengelakkan diri mereka dari berpakaian yang tidak senonoh yang kita tidak mampu mengawalnya. Bukan ke kita pernah dengar keluhan seorang isteri yang mana pembantu rumah mereka suka berkembanlah, berseluar pendek lah.. Sungguh memalukan bukan. 
 
Seperti yang telah MM nyatakan tadi, pemakaian uniform juga mampu menjadikan mereka sentiasa ingat bahawa mereka sedang bertugas... so, tak ada la menyimpang kepada niat lain. Tak perlulah MM sebut apa dia..faham-faham sendiri la ya puan-puan. 

Semasa MM nak ambik satu kontrak dari Cleaning Service untuk mencuci rumah MM ni, pemilik syarikat pencucian tu siap bagitau MM...

"You jangan takut, itu amoi ha...semua pakai uniform punya maa". 

Pada mulanya MM tak faham kenapa Madam tu cakap macam tu, ingatkan  nak bagi tahu yang MM tak perlu supply baju ke apa... ooo sekarang baru MM paham apa yang dia maksudkan.

Selain dari kelebihan-kelebihan di atas, MM rasa pemakaian uniform juga menjimatkan perbelanjaan sebab sudah pasti uniform ditaja oleh syarikat tempat kita bekerja. Tak payah la kita nak berbelanja membeli baju-baju baru untuk ke pejabat. Ok lah... MM terpaksa berundur diri buat seketika.  Thanks baca. 


p/s Anda tidak memakai uniform? Bila kali terakhir anda memakai uniform? Mungkin anda ingin menyangkal pendapat MM? Anda berhak untuk mengemukakan alasan-alasan anda di sini.