Hi guys, I entered my blog for FAV MAKAN2 FAVOURITE, Www Digi Award.. could you please vote for my blog. Click here for voting. Thank you.
This is one of my entry for the said purpose. Happy reading!
This is one of my entry for the said purpose. Happy reading!
Sebenarnya petang semalam, I dah buat frozen donut utk breakfast..(donut kentang yg I dah goreng 1/4 masak then masukkan dlm freeze).... tapi pagi2 si Shasal dah berteriak mengejutkan I yg sedang leka dlm bilik air (menyental bilik air la beb! Apa lagi... sejak2 cleaner aku dah menghentikan perkhidmatananya ni...mestilah semua tu aku kena buat sendiri.).
"Ma.. cepat siap, kita nak gi sarapan kat luar ni..".
Oh rupa2nya ayah mereka dah plan nak breakfast kat Domino bersempena cuti hari pertabalan pada hari ni.. So, donut dlm freeze tu utk esok punya breakfast je la jawabnya. Bagi yg belum pernah mencuba donut kentang, sila google di my recipe. Bagi yg malas, guna je tepung kentang... takyah buang2 masa merebus, melenyek. Rasa dan kegebuannya tetap sama, hanya faktor menguli yg mempengaruhi kehebatannya. - wah! bunyi mcm masterchef...padahal bukan terror sgt pun aku ni. Hahaha... 2 hari lepas, pau aku buat tak naik ko tau, aku rasa ada problem kat yis tu la... terus aku buang dan beli yis lain, alhamdulillah... naik pulak donut yg ku buat kali ni.
Kaya dgn kalsium....(Pizza crunchy ni bertopping'kan ikan bilis)...ni pilihan IRP..
Garlic bread.. |
Kat mana2 pizza pun.... pilihanku tetap hawaiaan chicken.. |
lasagna pilihan Qistina.. |
Chicken Wing |
rumah fie tiap hari ahad order domino's online. sampai budak delivery tu dah kenal sbb salalunya muka dia aje la yg ngantar. lasagna dia x sedap kan akak? bbq chicken tu sedap! dengan chicken wing!
ReplyDeleteHahaha.. Fie, akak pun mcm nak ckp mcm tu td..(psl lasagna tu) tapi tak tergamak plak nak ckp.. sib baik Fie dah tolong cakapkan. Filling dia tu kena tambahkan lg daging hancur klu nak umph).
Deleteyummy!!!garlic bread is my fav. sedapnya breakfast u all miss mirror.semuanya saya suka :)
ReplyDeleteKami sekeluarga mmg penggemar pizza domino Win, especially my darling.
Deletepasai yis tu mmg pun selalu kalau beli brand selain mauripan mmg tak nak naik... kalau mauripan letak secamca je pun dh kembang semangkuk hehehe... so i stock mauripan banyak2 kat rumah senang... kat kedai selalu habis cepat...
ReplyDeleteBetul u ckp tu, ada satu pasaraya terkemuka tu mcm "paksa2" org suruh beli brand lain (sbb takde mauripan jual kat situ)..tp bila diguna tak nak kembang... buat membazir je.
Deletetak pernah masuk domino...
ReplyDeleteHarus kena masuk gak ni Nafisa. ;D
Deletesuka mkn pizza domino's..kdg2 kalau bnasib baik dapat offer diskaun pizza ke-2..hehe..tp sayangnya dorang tak terima pesanan online sbb alamat takde dlm sistem katanya padahal jarak tak smpi 13km pun
ReplyDeleteOh address takde dlm sistem?. :D . Kami pulak lebih suka walk in, lagipun rumah dekat je dgn Domino. Nak tunggu diorang buat delivery, malas pulak, akhirnya nak kena tunggu jugak depan gate, that's why better gi terjah je :D.
Delete