Wednesday, April 11, 2012

Cara Meneka Umur Orang

Haihh...."adik2 boboi" sekalian ni.... ada jugak antara anda ni yg bagaikan gila talak rupanya ye.. (Kak Mirror dapat detect melalui "cctv")... tak abis2 nak mintak tip "cara mengembalikan bekas kekasih"... sudah2 la tu Dik... biarkan je la dia pegi. Lagipun... takat mana je la dia nak eksen dgn kecantikan yg dimilikinya skrg ni... pompuan ni kecantikannya tak lama mana pun..


Tadi kan... Kak Mirror terbaca di Utusan.com... cara sorang doktor ni mengenal pasti usia seseorang hanya dari raut wajah... Terus Kak Mirror terinsaf... Ha'a la kann... tak lama mana pun Allah pinjamkan kecantikan itu buat wanita... sampai masanya ia akan dibawa pergi.. terus Kak Mirror copy pastekan di sini supaya Kak Mirror insaf yg maha berpanjangan.. wahaha..




1) Usia 30an - pada usia ini, kulit akan jadi tampak matang dan kasar dan jadi sangat berbeza dengan wanita berusia 20an dan belasan tahun.


2) Apabila usia meningkat ke 35 tahun - kedutan kecil mula kelihatan di tepi mata. Sesetengah pula mengalami kedutan halus pada dahi.


3) Apabila mencecah 40-an garis di bawah mata mula kelihatan. Kehadiran garis ini semakin banyak apabila otot muka mula mengendur.

4) Selepas usia 45 kesan kedut semakin ketara terutamanya pada dahi. Lemak pula mula berkumpul di bawah mata. Ini menimbulkan kesan mata yang bengkak dipanggil eye bag.


5) Apabila usia mencapai 50-an segala yang dialami semakin meruncing. Perubahan wajah menjadi ketara. Ketidakcukupan hormon semakin membelenggu. Tulang mengecil terutamanya tulang mata dan soket pada gigi. Gigi menjadi longgar dan panjang akibat tulang yang mengecil. Ini membuatkan wajah tampak mengecut dan garisan mula kelihatan di sekitar mulut. Garis sekitar mulut biasanya mengunjur dari tepi bibir ke bawah.


p/s : Ala...bukan hanya wanita sahaja ye, lelaki pun mcm tu... so, adik2 cumil yg frust ditinggalkan jejaka hensem.. sila2lah bayangkan wajah mereka ketika mereka dah berusia kelak.. agak2 masih hensem lg tak?


2 comments:

  1. ha tula...kulit dah start kasar ni...tp masih pikir2 nak pakai nak pakai safi rania ke safi balkis..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAFISA - Kedua2nya pun ok.. as long kulit u serasi. ;)

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.