Frust dengan status terbaru kekasihmu yang tak semena-mena di ruang sembang popular? Menangis tak henti2 lantas berfikir untuk mengharap dia kembali padamu semula? "ABAIKAN" dia jika ingin kembali pada dia semula...
leave me alone....
Remuknya hati dilukai..... tambah remuk lagi jika laman sembang popular itu bagai sengaja merobek hatimu yang telah sedia robek kerana "tidak dapat" menyembunyikan identiti terkini bekas kekasihmu... kerana status terbarunya... contohnya begini :
Miss Mirror is in relationship with Bujal (sekadar nama rekaan saja...).
Oh kalau I.... mungkin I akan deactivate account buat sementara waktu hingga benar-benar hatiku sembuh dari kelukaan itu.... (syukurlah Allah tidak mewujudkan laman sembang popular seumpama itu di zaman remaja-remaja kita dulu ya kan Comei kan..... Alhamdulillah.... sesungguhnya Allah menurunkan ujian sesuai dengan kesanggupan para hamba-Nya).
Baiklah..... sebagai orang yang telah lama makan garam, pada firasat Miss Mirror la kan... apa kata adik-adik yang frust di luar sana..... jika frust sgt... buat sementara ni.... dengarlah nasihat kakak Mirror ini ya...
ABAIKAN BEKAS KEKASIHMU JIKA KAU INGIN KEMBALI PADANYA....(mana la tau.. kau memang benar-benar tak mampu kehilangan dia.. rasa macam masih berharap untuk mencuba.. rasa macam.. sebenarnya hubungan kalian masih boleh diselamatkan..cuma tetiba je dia berubah.. rasa tak puas hati kenapa dia tetiba berubah.. rasa macam dia telah dihasut orang... rasa macam kau lebih hensem pun dari kekasih barunya itu.. dan bla bla bla..)
Ok kalau begitu keadaannya.. apa kata kau ABAIKAN dia buat sementara waktu ni. Mengapa I kata demikian..... sebabnya.... jika kau terus-terusan merayu-rayu... si dia akan rimas....perempuan rimas tau kalau dirayu-rayu... pening!!!. kalau dia ego.... maybe egonya makin meningkat... orang tengah gila bayang la katakan.. tak guna kau nak merayu-rayu.... mendayu-dayu.... buat habis bil tepon je.
Kalau u selalu call dia.... "kembalilah padaku sayangg.... sayangg..... mengapa tergamak kau lakukan ini... bla bla bla"... so, bila masa pulak akan terbit kerinduan dia pada kau...sebab hari-hari dia dengar suara kau yang tak sedap sangat tu... betul tak? Dengan cara pengabaian ini... she/he will have some alone time to actually get a chance to miss you.
Lagi satu.... pengabaian ini juga memberi ruang untuk dia mencari kesimpulan dalam dilema yang dia sedang hadapi.... give her/him a break.... Mana la tahu kan... selama ini dia serabut sangat dengan kerenah kau.... tu yang datang entah jejaka/awek mana terus la dia sangkut. Bagi dia rehat-rehatkan minda dulu untuk kembali ke pangkal jalan.
Selain dari itu..... bersendirian ini juga memberikan ruang untuk kau memperbaiki kelemahan diri. Lihat pada cermin hikmat MISS MIRROR ini.... apa selama ini yang kurang pada kau... Then try buat perubahan.
Walaubagaimanapun situasi di atas bergantung pada tahap mana dia cintakan kau... Kalau cinta barunya itu dirasakan terbaik buatnya... pengabaian ini mungkin gagal untuk menyelamatkan perhubungan uoll malah menjadikan ianya lebih parah.... apatah lagi jika si perampas itu memenuhi kreteria yang selama ini si bekas kekasihmu itu impikan. Hanya keimanan yang teguh berjaya menyelamatkan anda dari terus huru-hara dengan kekecewaan ini..... Percaya pada qada dan qadar bahawa rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan adalah di tangan Allah semata-mata.... itu adalah lebih baik untuk menyembuhkan kelukaan di hati.
I percaya suatu masa, Allah pasti akan temukan seseorang yang mampu membuat hidup kau saaaaaangat bahagia (baca kisah wanita yg bangkit dari kegagalan ini).... PERCAYALAH dan ketika itu kau pasti akan berterima kasih atas kekecewaan ini. Pssttt... masa tu kau nak bubuh gambar awek baru kau yang cun tu kat laman sembang tu pun boleh la kan...(janji menutup aurat)...agak2 dia nangis tak?? (hehehe.. gurau je....hmm...tak baik berdendam... I main2 jelah..).
Apa kata adik-adik forwardkan entry DOSA-DOSA PLAYBOY ni kat dia, biar dia ingsap dan bertaubat...
Apa kata adik-adik forwardkan entry DOSA-DOSA PLAYBOY ni kat dia, biar dia ingsap dan bertaubat...
PENAFIAN ENTRY : TIDAK BERCAKAP MELALUI PENGALAMAN PERIBADI..... actor-actor yang terlibat di dalam cerita di atas tidak menyentuh pada seseorang individu sahaja tetapi secara GENERAL!

Lebih baik putus cinta, daripada besok bercerai-berai setelah berumah tangga.
ReplyDeleteMalunya lelaki merayu2 macam tu.
eik...
ReplyDeletekak MM...ayu kan ada rahsia ttg citer kekasih lama..adeh....jgn lah berulang kembali..
dah putus..?..putus jer...
MS ~ tidak salah lelaki merayu..itu tandanya betapa cintanya dia kpd wanita itu.... Lelaki yg bersungguh2 spt ini la yg sebaik2nya dijadikan suami...sbb ada unsur2 kesungguhan.. cumanya.. klu dah sampai membuang masa dan ibarat mencurah air di daun keladi...sebaiknya lelaki itu mengatur langkah dan bina je hidup yg baru...
ReplyDeleteAYU ~ Wow!! Apakah "rahsia" itu? ;) kwang kwang kwang..
kebahagiaan dalam perpisahan seperti lagu shahir
ReplyDeleteMummyShane ~ begitu ya? hopefully begitu bagi mereka2 yg kecewa di luar sana.
ReplyDeletedah putus, x toleh dah.. hhehhe
ReplyDeletemiss mirror...bukan nak ckp besar tp kalau boleh tk nak balek semula. melihat pengalaman sekeliling sebagai pelajaran. biarlah sendirian...
ReplyDeleteEh you all ni...sgt tegas ya! Hehe.. I likee!!! Thanks for all the comments!
ReplyDeleteKENGKAWAN/CUTE OVEN ~ tengok dulu pada reason dia kot.. klu munasabah, don't mind utk dipertimbangkan..& mesti berjanji utk tidak ulangi.
Bergantung pd tahap mana pengkhianatan yg dilakukan..sometimes ada yg disebabkan unsur2 "ilmu hitam".. maybe masih boleh dipertimbangkan kot... maybe la... ini menurut pendapat2 insan2 yg hatinya pernah dilukai.
saya setuju sangat dengan komen ringkas 'kengkawan' sekali melangkah takkan toleh belakang semula...jika kita berpisah dengan seseorang itu, bukan bermakna kita gagal dalam percintaan....[sebab Tuhan tahu dia bukan pasangan yang sesuai untuk kita...not our soulmate la]...Tuhan sediakan orang yang lebih baik untuk kita dimasa akan datang...tapi bagi saya tak salah berduka @ sedih kalau putus cinta..cuma janganlah sampai memudaratkan diri...
ReplyDeleteNOORGIE ~ u juga adalah seorg yg TEGAS dlm percintaan. Syabas! :D
ReplyDeletekak sam, hari ni dania dah lempang si dia..dania rasa puas sb selama ni dania bnyk sgt terluka dgn dia..
ReplyDeletexkan bg dia peluang ke2 lg..
die xlayak!!
DANIA ~ ya la kan...kita ni perempuan..amat pedih bila dilukai. K.Sam faham perasaan Dania.. Moga Dania jumpa org baru yg jauh lebih membahagiakan. Ameen.
ReplyDeletesakityne menanggung rindu di atas perpisahan .tabah
ReplyDeletehadapi dugaan
Ya Allah kesiannya... harap tabah menghadapi, pasti Allah ingin menggantikan dgn yg lebih baik. Ameen.
Deletemiss MM : sy da cuba diamkan diri . tp dia ta kembali dgn sy pun . hehe . its ok lah , bukan jodoh . redha je ! :)
ReplyDeleteNELIA - bersabarlah.... pasti Allah sedang merancangkan sesuatu yg lebih baik, in shaa Allah.
Delete