Monday, November 24, 2014

Lelaki 30an... Saham Makin Tinggi

Kejap ye teman2 blogger semua.. Ai blom sempat membuat kunjungan balas sebab nak layan masalah Dik Boboi dulu ni..  selagi tak dibantu, ai rasa macam stress.   Moga.. bila kita meringankan bebanan dan permasalahan org, suatu hari Allah akan turunkan orang lain pula meringankan bebanan kita.






Assalamualaikum Dik..

Soalan adik pada Kak Mirror  ialah kenapa si dia berubah mendadak.  Kawan dah 6 thn, tetiba berubah.


Orang perempuan ni Dik.. selagi belum bergelar isteri.. mereka dlm proses pencarian.  Lagi2 kalau mereka berwajah jelita, ramai peminat plak tu.  Cantik tak dianya?.   Ada cantik mcm Kak Mirror tak?.  Kah kah kah...  entah apa punya soalan da Kak Mirror ni kan?.   Sorry,  Kak Mirror gurau je ye... jgn maree.


"Saya betul2 tak nak hidup tanpa dia di sisi saya".   Astagfirllahalazim Dik... mengucap.    Jgn plak kau nak bunuh diri sudah.  Selisih!!.  Allah dah bagi otak yg cerdas, dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti, adik harus syukuri...jgn persia2kannya hanya kerana bunga nan sekuntum.


Wahai adik2 boboi...

Jejaka2 di awal 20an... memang la terkurang hensem (entah ler.. Kak Mirror tak nampak pun muka adik yg bertanya ni pun, tapi Kak Mirror ckp ni secara general).   Waktu2 mcm ni walau pun saham mereka tinggi... tapi tak la setinggi saham gadis2 sebaya mereka.    Sebab tu sekiranya mereka mencintai rakan sebaya, ada pelbagai bentuk dilema yg bakal berlaku.. sama ada..

1).   Gadis mereka digoda oleh insan yg telah berkerjaya.
2).   Masalah kewangan menjadi penghalang utk merealisiskan impian.. sbb tgh belajar.. mana la ada duit nak kawin.


Tetapi Dik... yg kelam tak selalu kelam...  hidup ibarat roda2.  Di hujung 20an (atau awal 30an) nanti.. inshaallah masa ni la adik2 boboi yg mulanya hingusan tadi, berada di ambang kejayaan, dah ada kerjaya, dah mula hensem, muka yg dulu itam dah cerah sikit, yg cekudud makin berisi, poket yg dulu nipis.. makin tebal, mula diminati gadis2... sampai tak tau dah nak pilih yg mana satu.. sbb saham makin meningkat2 tingginya!!.    Mak Gayah (bukan nama sebenar) yg dulu menolak pinangan pun terasa amat menyesal.


*Maksud Kak Mirror, ni yg masih bujang... yg dah kawin.. ai no comment.


Tetapi..... tetapi dengar sini.. semua bergantung kepada usaha kau pada hari ini!.  Ingat tu.   So, jika peluang keeemasan yg ada ini kau persiakan dgn memikir perkara2 remeh yg tak sepatutnya.. (frus bercinta dan sbgnya), semua itu bakal merosakkan segala percubaanmu utk menggapai bintang2 itu.   


So, tepuk dada... tanya selera.  Ok Dik.. jgn sedih2.  Istigfar byk2.  Niteeeeeee.


  
NOTA :    Percintaan sebelum kawin, kulur kilir berdua.... of coz ler berdosa!!. Sebab tu la Allah bagi ranjau2nya.  Nak bahagia.. tunggu kawin, takde nyer dia nak lari2 lagi.

2 comments:

  1. Lelaki nampak lebih hensem bila sudah beristeri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt.. sbb hati mereka dah tenang, mkn.minum dah ada yg jaga.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.