Thursday, December 6, 2012

Fesyen raya 2013

Fesyen Raya 2013.. atau untuk kenduri-kendara.  Berminat sila email Kak Mirror ye :  missmiror@ymail.com.   Kurung-kurung cotton bermanik.  Untuk lain2 warna dan pilihan.. Kak Mirror dah update di S.Q.A Toi Galery fanpage.  Cantik jahitan maniknya.   Bila teringat manik-manik labuci ni teringat kisah kawan I yang kecundang dlm percintaan.  Nak share kat sini utk renungan anda, especially adik2 cumil yg terhalang cintanya.  Oh nama biarlah dirahsiakan... beliau adalah seorang usahawan butik yg berjaya.   Lawa-lawa hasil jahitannya, tak sepadan dgn orangnya yg low profile..

"EMAK MERTUA TAK JADIK" AKHIRNYA MENYESAL...

"Kejayaan saya hari ini adalah atas kegagalan semalam, cintaku terkubur di tengah jalan Kak Sam".  Luahnya suatu hari  bila I mengucapkan tahniah atas kejayaanya (tapi bukan supplier pada baju2 kat bawah ni ye... langsung takde kena-mengena).

"Puas sudah saya dihina, ibu teman lelaki tak menyukai saya, maklum la saya ni belajar tak pandai.. kami tinggal sekampung".   sambung wanita yg sudah pun berkawin dan punya anak itu.

"Sejak itu, saya nekad mengubah nasib.   Walau saya tak berpelajaran tinggi, saya berazam untuk pergi lebih jauh.... saya percaya segala apa yg saya terima (penghinaan bakal mertua itu) pasti Allah turunkan bersebab".  Lebih kurang mcm tu la ayat2nya.       Kak Mirror  pun dah ingat2 lupa..




Ternyata  beliau mengotakan segala azamnya.   Bermula dari sekadar suka-suka menjahit labuci di rumah, akhirnya telah mendapat tempahan demi tempahan.  Satu tempahan labuci je dah mencecah beratus2 ringgit beliau kata.  Tahun demi tahun akhirnya membuka butik pulak.   Wah!.  Dah macam novel yg I baca aritu (lupa plak tajuk), kisah gadis yg terhina sbb bertanda lahir akhirnya berjaya kerana labuci.

"Sekarang kalau saya rasa saya nak berjalan, saya berjalan Kak Sam... saya pegi melancong bawak anak2, macam2 negara dah saya pegi.   Alhamdulillah semuanya atas usaha2 saya sendiri... dan ibu ex-boyfren saya tu akhirnya saya dgr mcm menyesal pulak tak pilih saya...hehe".   Sambungnya lagi disulami dgn gelak kecil.   Alhamdulillah ternyata beliau  cukup bahagia dgn perkahwinannya walau bukan dengan kekasih yg dipujanya sejak zmn persekolahan.   

"Kak Sam kalau nak belajar jahit labuci, datang la sini... saya ajar free je..".   Offernya lagi... tapi apakan daya,  mana la I sempat nak singgah butiknya yg nun jauh kat sana tu.


Jadi adik2,  UNTUK SI DIA YANG SUDAH PERGI... USAH DITANGISI LAGI, BIAR DIA PEGI
JADIKAN DIRI LEBIH BAIK, BIAR DIA BERASA RUGI.... hehe..




Kain-kain ela, quality = cotton, harga RM80.00 masuk postage... sapa berminat sila email ye..















All SOLD OUT! Sorry.

12 comments:

  1. Kegagalan pada hari ini bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya kan kak mirror

    ReplyDelete
  2. Bangkit utk ubah nasib...xselalunya kita akan berada di bawah...=)

    ReplyDelete
  3. mak aih, dah kuar dah fesyen 2013... entry yang buat para suami buat2 pekak, buta dan bisu...teettt

    ReplyDelete
  4. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Hanya ada satu kesuksesan yaitu bila kita bisa menjalani kehidupan ini sesuai dengan yang kita inginkan.

    ReplyDelete
  5. Thanks semua atas komen2.
    Sorry saya agak sibuk.
    Will be back later.

    ReplyDelete
  6. Kak Mirror, intan dah update dah entry pasal galaksi td..hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah saya berjaya buktikan pada bakal mak mertua tak jadi bajawa saya lebih berJAya walau pun dituduh tak siuman dan gila ketika dulu..saya yang gila ni telah berjaya mempunyai kerjaya yang anakmu tergila gilakan dulu..tuhan itu adil..saya tak mati tak kawin dengan anak mak cik pun..dan saya akan pastikan anak2 saya tak sempurna seperti yang mak cik tuduh..ayat balas dendam ke..tak kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazlina - Kedengaran sungguh berat dugaan anda satu ketika dahulu..
      Tahniah kerana akhirnya telah berjaya merentasinya dgn sabar.
      Moga terus sukses. Allah sebaik2 perancang.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.