Monday, September 20, 2010

KEMATIAN SARINA TIADA KAITAN DENGAN DATUK SOSILAWATI

Sahabat karib memang amat penting dalam saat2 kita down... I sendiri secara peribadi jika datang angin stress memang memerlukan teman-teman untuk berkongsi cerita..... itu lumrahnya manusia bernama wanita... maybe orang lelaki lain sikit kot.... suka pendam2 je masalah... tu yg lelaki cepat tua kerepot dan mengerekot! Huhu!!!!! :P

Logik jugak la kalau Sarina, pengasas produk Aveer ni rasa kehilangan bila teman karibnya menjadi arwah... tapi menurut berita terkini....Kematian Sarina tiada kaitan dengan Sosilawati. Berita lengkap.... sila klik sini.

Sedikit petikan dari berita tersebut ialah :







“Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam perniagaan. Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya),” kata Naimah (anak saudara Sarina) ketika ditemui di kediaman Sarina hari ini.

Oooooo kisahnyaa.....

Yang pergi tetap pergi, sebagai hamba-Nya yg masih tersisa di muka bumi ini.... marilah kita tanamkan azam untuk sentiasa positif dlm menangani apa2 jua permasalahan duniawi. Kita sebagai warga blog yang telah bersama dalam "perkampungan blogger ciptaan kita ini", berkenal-kenalan antara 1 sama lain, even tak pernah bersua di alam nyata, ... pada kacamata I berblog adalah antara satu cara menangani stress yg paling mujarab. Susah senang kita bersama...... tulis je kat TITLE tu.... "AKU TENGAH STRESS!!!"...... berpuluh komen positif yg bakal uoll terima sama ada dari mereka yg uoll memang kenal rapat mahu pun tidak....kan ajaib tu!! so...apa lagi puan2!!! cheer up! Pada sesiapa yg stress tu..... ingatlah bahawa anda tidak bersendirian. Selagi anda hidup..... anda sebenarnya layak untuk bergembira.

I rasa I belum terlewat untuk mengucapkan takziah kpd keluarga blogger TTT (Toh Tuan Tanah ke nama penuh tadi? Lupa pulak I).... kerana TTT telah pun menghembuskan nafasnya yg terakhir akibat kanser serviks. Al-Fatihah...


Buat kakak I..... gambar2 yg I ambik tadi dah upload kt OLDER POST..... sila klik older post ya kalau nak tengok gambar2 hensem kita berdua tu.













4 comments:

  1. i rase, kalau stress mcm mane pon we should know how to handle ourselves.. jgn memudaratkan diri sendiri..

    slu u stress u bt ape?? msti window shopping kan? hahahaha

    kalau i stress i rase mcm prefer to do sport activities..ha3, org mcm i mayb sound weird!

    ReplyDelete
  2. main masak2 dan uli2 tepong compom boleh hilang stress... tp klu tak jadi takur berambah stress pulak... hahahha....

    ReplyDelete
  3. MS BUBBLES ~ I klu stress I tak suka window shopping sbb shopping complex & kesesakan tu sendiri buat I lg stress. Selalunya bila stress melanda2, I lebih suka membaca buku2 motivasi. Klu dgn membaca pun stress tak hilang jugak barulah I call someone yg boleh dipercayai & luahkan apa yg dah buat I stress tu. Pada I.. mendekatkan diri pada-Nya adalah jln terbaik menangani stress, kita kena insafi bahawa segala dugaan jika kita bersabar.... pahala berganda2 akan menjadi milik kita nanti.

    Hi MUMMY!!! Yes!! Uli tepung bersama anak2 pun best jugak! Kita ajar dia masak, buat kuih... pun satu kepuasan... Org kata, melihat mata anak2 boleh hilang stress...apatah lg yg masih kecik tak tau apa2 tu.. Ada syurga di matanya.. I rasa itu adalah anugerah Allah yg tidak ternilai mengatasi yg lain2.

    ReplyDelete
  4. yer...yg penting kite ingt pencipta kite..

    wah, x sangka plak u like reading!
    yg penting kite tau ape yg ptt kite bt..bkn cr short cut...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.