Monday, September 20, 2010

Memendam Rasa Kerana Suami Tak Romantik?


"Perangai orang lelaki ni mereka tak suka kita meminta-minta atau merengek kerana perangai itu akan membuat mereka benci dan tidak selesa. Seperkara lagi jangan suka mengungkit-ungkit apa yang telah diberikan.''

Ini adalah petikan dari artikel di akhbar hari ini..... ROMANTIK ATAU KEWAJIPAN??

Ramai betul kengkawan I yg stress sebab suaminya tak romantik langsung!!! Kalau dah kerja terus tak ingat dunia... jangankan nak berdarling2.... nak telefon bini pun tak menyempat. Oleh itu puan2 jangan la susah hati bila dapat suami atau pasangan yang sebegini....... mungkin ada benarnya pendapat2 yg dikemukakan oleh wanita2 dlm artikel itu. Baca je la ya artikel tu..banyak manfaat darinya.... mudah2an anda mendapat jawapan mengapa suami anda tak romantik.  Kita  berpijak je la  di bumi yg nyata.... jgn terbuai oleh cerita2 hindusan.

Oh ya hari tu... I ada terbaca kat satu forum, pembaca tu (seorang wanita) stress sebab suaminya macam tak endahkan dia (macam dah tak sayangkan dia lagi)... dia pun dgn kejahilannya telah menemui bomoh lalu bomoh tu memberinya air jampi (astagfirllahalazimmmm puan-puan... mintak selisih la ya...kalau nak berubat pun biarlah jumpa Pak2 Ustaz puan2)... menurut bomoh tu air tu perlu digunakan untuk membasuh pinggan, memasak dan membasuh kereta setiap hari.... si isteri ni pun berbuatlah apa yg disuruh oleh bomoh itu dgn gigihnya pagi ptg siang malam tanpa jemu2 dgn harapan yg menggunung..... dgn izin Allah suaminya kembali menyayanginya.

Lalu hal ini telah dituliskan oleh si isteri itu di forum tersebut... lalu dijawab oleh Ustaz dlm forum tu...



"Sebenarnya.... apa yg buat suami awak kembali sayangkan awak semula.... bukan sebab kemujaraban air bomoh tu...... tapi perlakuan awak MEMASAK, MEMBASUH PINGGAN dan MEMBASUH KERETA yg tak mengenal penat itu yg membuat suami awak kembali sayang dgn awak". lol.....

Ok puan2.... amacam? Nak lakukan tak ketiga2 perkara di atas dgn tangan sendiri... mana la tau kan... suami anda akan bertambah sayang sangat dgn anda selepas anda lakukan semua ini.. Selamat mencuba ya. ;)




p/s :  "Hanya kerana mereka tak memperlakukanmu seperti yg kamu inginkan, bukan bermakna mereka tak mencintaimu setulus hati".




7 comments:

  1. Sama ada romantik atau tidak, asal suami menjaga kebajikan isteri sepenuhnya kan dah dikira bersyukur.

    Daripada dapat suami yang sikit-sikit bagi hadiah penampar, hantuk kat dinding?

    Semua orang mengidam suami macam hero Hindustan, tetapi dapat suami macam s e t a n.

    Sory lalok kat sini. Baru bangun tidur ni.

    ReplyDelete
  2. MS ~ tapi itulah antara punca tekanan2 yg dialami oleh para isteri yg tak bahagia dgn pasangan di luar sana...maybe mereka perlu belajar menjadi KUAT dan sematkan dlm hati bahawa apa yg diimpikan itu hanyalah igauan dari cerita dongeng dlm drama shj.

    ReplyDelete
  3. saya setuju 110% dengan en3 dan komen MM....suka suka suka

    ReplyDelete
  4. saya setuju 110% dengan en3 dan komen MM....suka suka suka

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.