Wednesday, July 13, 2011

PESANANKU UNTUK DATUK SITI DAN EKIN MAWI


Macam dah lama I tak jadi "wartawan hiburan" kat blog ni.. :D tapi pagi ni tetiba je rasa nak busy body pulak kat diorang ni.

?

?

?

?

?

?

Apa yang I nak berbusy body ni??

suspen... suspen..

First sekali nak ucapkan syabas pada Datuk Siti Nurhaliza yang kata nak further studies kat UITM. Miss Mirror sangat-sangat encourage dan nak bagi sokongan moral la ni (nak bagi sokongan duit tak mampu lak).. tak kisah la walau artis mana pun, I tetap akan berasa sangat gembira bila dengar mereka ingin menuntut ilmu. Ok la tu kan, anak pun belum ada lagi, inilah masanya yg paling sesuai. Sedangkan Pengasas Mustika Ratu, Ibu Mooryati pun masih belajar lagi dalam usianya masa tu dah pun mencecah 70an kalau tak silap (dalam bidang kesusateraan inggeris). Waaa salute la dengan beliau.

Oh ya, dari aritu I terbaca kat blog2 tentang Ekin yang kata tgh pregnant sekarang ni, 6 minggu. Alhamdulillah tanhiah-tahniah...... Memang kita kena sabar dalam bab-bab zuriat ni, tak semua orang bernasib baik dapat zuriat dengan kadar cepat. Jangan putus asa berdoa, insyaallah ada keajaiban. Tapi kan... sebenarnya kalau boleh, bila dah selalu sangat gugur, elok la dirahsiakan je kandungan tu dari pengetahuan umum... tapi dah tercakap nak wat macam mana kan, mungkin Mawi exited sangat kot setelah sekian lama menunggu.

Teringat sapa tu, si S (ala lupa plak la full name aktor kacak tu), dia pun main rehsia2 je bila bininya ngandung2 asik gugur. Alhamdulillah sekarang ni nampaknya sedang bergembira dengan bayi comelnya (agaknya la... sebab I pun blom tengok lagi gambo baby tu).

Wahai Ekin.... ni I nak pesan kat you.. jangan lasak-lasak lagi, takyah drive2, rehat je kat rumah bermanja2, dengar nasihat doktor. Jangan makan nenas, jangan kalerkan rambut, jangan urut2 dan jangan makan jamu. Cewah! Pandai aku menasihatkan orang. Teringat dulu time pregnantkan si Ain, puteri sulung I tu, rasa naik angin je bila orang sesuka je main nasihat-nasihat, dah la kita tengah mabuk teruk... diorang bising2 kata kita tak makan vitamin plak........ heeeeeee... ada cctv ke boleh nampak I tak makan plak? Ha? Berbotol tau I makan... (berbotol, tapi tiap kali makan termuntah).. sama la macam tak makan kan.

Ok la.. nak wat keja... daaaaaaaaa!!!!!



3 comments:

  1. salam, akak. huhuhu. lama fie x jengah blog fave neh. sibuk keje, xde masa nak update dan melawat langsung. wendu baca celoteh akak!

    ReplyDelete
  2. @Nurayunni - mekasih bg pihak mereka.

    @Fifi - Hai Fifi!!! Lamanya ya kita tak bersembang, ingat dah merajuk adik akak ni..sedih gak akak :'( Oh dah keje rupanya dia.. good3.. keja rajin2 ye!

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...