Assalamualaikum dan selamat pagi..
Selamat Hari Malaysia dari bumi kangaroo.
Sempena hari yang bersejarah ini mari kita gunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya ya.
Teringat saya satu teguran oleh seorang warganet (gigih saya tanya Proffesor Google apakah maksud netizen dalam Bahasa Melayu.. oo warganet).. sebab selalu saya istilahkan sebagai Makcik Bawang sahaja.. 😅
Kita kitar semula gambar2 yang pernah digunakan semasa Hari Kemerdekaan yang lalu.
"Kak.. tahu tak jawi dah nak hilang dah sekarang. Kenapa Pempengaruh (B.Inggerisnya Influencer) kat Malaysia ni susah sangat nak berbahasa Melayu?.". Ujarnya lebih kurang begitu.
Kwang kwang kwang..
Agak2nya kenapa beliau berkata begitu pada saya?. Cuba teka.
Adakah?
1). Beliau pembaca blog saya.
2). Saya menulis komen menggunakan B.I.
3). Beliau mengenali saya.
4). Saya Pempengaruh yang dimaksudkan.
Jawapan.
Tiada satu pun di atas.
Nombor 4 tu sama sekali tidak.. saya bukan Pempengaruh, saya hanya blogger sesuka.
Bagaimana pun Dik.. Jawi Akak alhamdulillah masih ok tau.. sama ada bacaan mahu pun penulisan (tapi tidaklah sampai secantik tulisan khat.. 😁).. begitu juga untuk ketiga2 anak. Shashal walaupun diterbangkan ke Australia ni pada usia yg paling muda.. alhamdulillah mampu menguasai jawi dengan baik.
Cuma si kecik bulus sekor kurniaan Illahi ni je.. entah bila nak belajar jawi ni?. Manjang je ngadap komputer. Kalau rabun Mama tak tau ye.
Baiklah itu sahaja untuk kali ini. Hingga berjumpa lagi.
Selamat Hari Malaysia
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia :)
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia kak
ReplyDeletesi kecik bulus tu kalau pandai baca jawi..ammi tak berhenti solat taubat. rasa mcm nak kiamat dah hahahah
ReplyDelete