Monday, September 24, 2012

Ciri-Ciri Lelaki Yang Bakal Curang?? :D

"Betul ke hubby kau curang lagi???".   Tanyaku separuh terkejut dgn statement kawan aku dlm tepon. (tapi tak terkejut besar sgt la,  terkejut kecik je...sebab pernah dikejutkan dgn berita yg sama tahun lepas).

"Ya betul...".   Jawabnya ringkas, tapi tenang.  (Kalau aku, dah nangis agaknya..... kekeke).

"Kau ni, entah2 kau buruk sangka tak?".   Sekadar ingin memberikan sedikit ruang untuk dia bernafas, ku cuba memujuknya.

"Takde, dia sendiri mengaku...".   Jawabnya tegas...

Huh!!!!... dgn awek mana plak la si X curang  kali ni?.  Fikirku sendirian... serta-merta aku insaf puan2.    Segala beban duka yg kutanggung semalam bagaikan sirna dibawa pergi oleh permasalahan sahabatku yg lebih  menggunung ini.    Tak rela aku kalau berada dalam kasutnya, meski Hush Puppies sekalipun... biarlah aku duduk dlm kasut Bata aku ni je..


"Dari bujang lagi memang dia dah playboy ke?".   Tanyaku mewakili wanita2 yg ingin tahu di luar sana.

"Tak tau....  Masa tu aku tengok dia ok je".  Jawabnya dalam sendu..

Ok puan2... bagaimana agaknya ingin mengenalpasti wajah2 bakal pencurang sebelum anda membuat keputusan menerima pinangannya??.     Jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri, kelak hidupmu berbantalkan air mata.. mari kita buat kajian....


Adakah beliau ???

1).  Pencinta wanita sejak azali atau bahasa kasarnya Playboy?
2).  Romantik... manja?
3).  Handsome sangat  (bukan nak tuduh lelaki yg terlampau hensem semuanya curang tapi kebarangkalian untuk mereka digoda  amat tinggi).
4).  Pernah putus cinta sebelum ini tanpa kerelaannya? (putus terpaksa).
5).  Kahwin paksa?

AWAS!.  Jgn percaya sgt dgn kajian mengarut aku ni.    Sebarang bantahan amat dialu2kan...

Bagaimanapun, ini ada tip untuk mengenal pasti sama ada kekasihmu seorang yg setia atau pun tidak... jika dia setia dia mungkin akan :-

1. Banyak menasihatimu kerana dia amat menyayangimu.
2. Berusaha mengongkong kebebasanmu kerana perasaan cemburunya yang meluap².
3. Sentiasa takut kehilanganmu.
4. Sentiasa mengawasi pergerakanmu kerana dia sentiasa berasa curiga.
5. Tidak suka ada lelaki lain yg rapat denganmu.
6. Dia mudah berasa cemburu.



"Orang perempuan adalah kaum yg sgt istimewa. Allah kurniakan gerak hati, boleh merasa di dalam hati pada sesuatu perkara baik/buruk yg telah/akan terjadi, apatah lagi kalau menjaga solatnya, bukan stakat menunaikan semua waktu tetapi MENEPATI masa solat, kita akan mudah mendapat firasat."  Maka tunaikanlah solat tepat pada masanya. Subhanallah -  sumber : program tanyalah ustaz  tv9"


21 comments:

  1. curang lagi?...seperti pernah curang je sblm ni?
    semoga kawan awak tabah mengharugi dugaan ini...
    jgn mudah mengalah...siasat dulu apa sebenar yg berlaku...baru bertindak yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun nasihatkan dia mcm tu, jgn mudah mengalah, pertahankan selagi boleh. Kawin pun dah lama.

      Delete
  2. erm kesiannye kwn kak mirror. bazi nye lab operator pon suami dia curang jgk tapi india lah. tapi yelah india pon,kesian jgk dgn kakak tuh. bila suami dia sakit, dia jaga siap amik unpaid leaves tp suami buat cmtu kt dia..ermmm,moga kwn kak mirror tabah dan kuatkan smgt utk pertahankan rumah tgga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian wanita2 teraniaya spt ini Bazi, tak kira la apa pun bangsa dan agama. Pasti tersentuh hati kita mendengarnya. Entah syaitan apa yg merasuk hingga terhijab segala kebaikan isteri yg telah byk berkorban, hingga diabaikan zahir dan batin.

      Delete
  3. Lelaki ni unpredictable... ada tu depan bini pijak semut pon tak mati..belakang hazab...

    ReplyDelete
  4. Sapa tak pernah curang? Hohoho... Akhz! Dulu2 time sekolah boleh la.. Ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta Monyet mmg selalunya tak akan lari dari kecurangan. Ngee..

      Delete
  5. MM, ada orang cakap, kalau lelaki jenis pijak semut tak mati tu lah jenis yang ala2 playboy.. tataulah kesahihannya...kakakaka.. semoga dijauhkan...sian kawan MM tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakaka... Linda, pernah juga MM dengar org2 tua ckp, biar dpt lelaki baran - pompuan pun tak berkenan. Kekeke..

      Delete
  6. suami alim paling banyak dugaan.. ada je wanita yg nak dekati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deq Su - Sangatttt setuju!. Wanita mudah jatuh hati lelaki2 yg alim, rasa dilindungi. Apatah lg jika wanita itu sendiri bermasalah dlm rumahtangganya.

      Delete
  7. hati pompuan ni kadang2 terlampau lembut..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Wani, apatah lagi bila dah ada anak, mereka perlu berfikir 1000 kali utk membuat tindakan yg lebih drastik.

      Delete
  8. Replies
    1. JS - hahaha... of coz ada... tp semuanya masih dlm ati, blom taipkan lagi.

      Delete
  9. alahai sedihnya bila dengar perkataan 'lagi' tu. sampai hati suami dia kan? ishh, moga dijauhkan la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sampai hati, kecurangan kali kedua dilakukan sedangkan isteri seorang yg setia dan telah byk berkorban utk keluarga.

      Delete
  10. As salam Miss Mirror,

    Nice to know u! From blog Kak Susumanis :))

    Lelaki curang!!! I have a lot of reality dramas happened in my life about curang-mencurang ni... Yg penting kita kena sll ingat supaya tidak melayani perasaan krn Syaitan sentiasa ada utk menggoda.. Ister/suami perlu sedar diri..tahu status memasing... Doa baik2 tiap hari jumpa org yg baik2 shj... :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Marya..
      Nice to meet you too. From Peru.. Thanks memfollow blog kita.

      Oh pernah mengalami sitausi di atas?. Sesungguhnya Marya seorang yg tabah. Moga Allah memberkati kesabaran itu. Thanks atas pendapat dan semoga menjadi semangat pd pembaca2 yg lain yg menghadapi situasi serupa.

      Delete
  11. Cintailah psangan anda. Kenapa nak curang2 yer. Nice info..

    Hot post - Mahu Mencari Cinta Yang Bagaimana?

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.