Monday, May 9, 2011

10 TIP MENJAGA DARA HINGGA KE HARI PERNIKAHAN .... 18sx

Sorry, entry ni agak panjang, sila ambik nafas sebelum membacanya).



Esak tangisnya di talian membuat I terbuai sama dalam kesedihannya. Terserlah kekesalan pada dengus nafas wanita itu yang I namakan beliau hanya sebagai Puan Krisda (bukan nama sebenar).

Sambil menghela nafas panjang, beliau menyambung lagi.



"Segala masalah yang melanda rumahtangga aku selama ini, aku memang tahu puncanya... semua ini adalah pembalasan atas segala dosa-dosa yg pernah aku lakukan. So sekarang ni, aku nak beritahu kau satu rahsia besar yang selama ini aku simpan Miss Mirror, supaya kau boleh buat kesimpulan kenapa Allah turunkan pelbagai ujian berat padaku sebagaimana yang kau selalu dengar tu."

Dosa??? Rahsia besar??? - semua orang tidak sempurna, manakan dapat lari dari melakukan sebarang kesilapan? Tapi apakah rahsia besar yang ingin diceritakan oleh sahabatku ini? Bisikku berdebar-debar.  Jantung pun dup dap..





Dalam I berteka-teki, beliau menjawabnya dengan nada tenang. Pada mulanya terkejut yg amat mendengar pengakuan ikhlasnya, ya la tak menyangka pulak sampai sejauh itu beliau pernah terlanjur dengan kekasihnya (yg kini suami), apatah lagi bila mengenangkan tahap ilmu agamanya yg bukan la calang-calang.... tapi mengenangkan keadaannya yang begitu tulus menceritakan tiap permasalahannya, dengan linangan air mata penyesalan, tak tergamak pulak I hendak berkata apa-apa, mahupun menyalahkan beliau atas apa yang mereka berdua pernah lakukan. Lagipun perkara tu dah berlaku, hanya taubat nasuha sahaja yang dapat membersihkan segala dosa-dosanya itu. Siapa I untuk mentarbiah dia yang telah pun menyesali tiap perbuatannya.

Berminggu I bermonolog dengan diri sendiri memikirkan permasalahan yg melanda Puan Krisda, suami yg diharap menjadi pembimbing kepadanya, akhirnya hanyut dengan keseronokkannya sendiri. Simpati kepadanya membuak-buak, membuat I memikirkan sesuatu dan menelefonnya siang tadi.



"Betul kau tak kisah kalau aku tuliskan cerita kau ni di blog aku?" I bertanya inginkan kepastian sekali lagi.

"Tak.. tak kisah. Tapi apa tajuk entry kau nanti?" Soalnya..

"Tip-tip menjaga dara hingga ke hari pernikahan..." I menjawab separuh nak tergelak.



Actually, niat utama menulis entry ini hanyalah sekadar memenuhi permintaan Puan Krisda untuk menjadikan "pengalaman" pahitnya ini sebagai satu pengajaran kepada para remaja di luar sana...

 

Beliau sempat berpesan kpd anda supaya berpegang teguhlah kepada tiang agama supaya tidak timbul penyesalan sepertinya yang akhirnya hidup bagaikan dikejar dosa-dosa silam. Saban malam bila suami lewat pulang, fikiran sering dihantui kebimbangan - bimbangkan sang suami yg dahulunya pernah "merosakkannya" mengulangi perkara yang sama pada gadis lain. Apatah lagi bila mengenangkan sang suami tidak lagi semesra dulu. (Tak perlulah disebutkan di sini bagaimana renggangnya hubungan mereka berdua, cukup sekadar dikatakan rumahtangganya memang berantakan). Itulah yang membelenggu hidupnya. Apatah lagi bila mengenangkan suaminya yang semakin jauh dari Allah. Kesian kan?.


Tip menjaga Dara??.


1) Sentiasa ingat Allah walau di mana pun kita berada.

2) Di dalam dompet anda, slipkan gambar ibu bapa anda, pandanglah gambar itu selalu... bayangkan jika anda menconteng arang ke muka mereka, bayangkan esak tangis mereka yg terpaksa berdepan dengan masyarakat di luar sana. Sentiasa bayangkan walau di mana pun anda berada.

3) Cinta jarak jauh - Pilih saja cinta jarak jauh... jarang jumpa.. last2 kawin, kan senang! Tahniah kepada anda yang bercinta jarak jauh.. hehe..

4) Pilihlah boy friend yang muka ala2 skema.... lagi bagus kalau pilih lelaki yang tak pernah bercinta langsung sebelum ini yang ala-ala kebodohan.. lol.... dan lebih bagus lagi kalau anda saja yang mengorat lelaki itu, sah sah memang dia jenis tak tahu bercinta. --> amat sesuai untuk dijadikan calon suami.

5) Opposite dari no. 4 ialah lelaki yang pernah kawin kan? Ini la yg seringkali menjadi masalah kepada gadis2 yg ter***** ini... gara-gara bercinta dengan suami orang , maka, mereka menjadi mangsa "godaan" lelaki-lelaki yg telah "berpengalaman" ini. So, tepuk dada tanyalah selera.

6) Pil khayal - ini pun satu masalah besar. Pendek kata, janganlah minum air minuman yang telah ditinggalkan (contohnya anda tetiba nak ke bilik air). Sebaiknya habiskan minuman itu sebelum meninggalkannya. Biarlah dia nak kata apa pun kan.. pedulik apa. Janji kita selamat. 

7) Sentiasa berterus terang dengan ibu atau pun bapa anda dengan siapa anda berkawan.

8) Jangan pergi ke rumah sewaan lelaki itu. Jangan! Dengarlah nasihat saya. Percayalah...

9) Pilihlah sahabat-sahabat yang baik yg sentiasa "busy body".

10) Sentiasa sematkan dalam hati bahawa "aset" anda hanyalah milik suami anda yang sah. Harus pertahankan. Sematkan azam untuk menjadikan suami anda seorang yg paling bertuah.



"Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru".

To all young girls out there..


Cerita perkahwinan idaman kita bukan bermula ketika majlis persandingan, tetapi bermula daripada sebelum kita berkahwin lagi. 


Jaga baik-baik jalan cerita yang kita ingin bina. Jaga keberkatan dalam setiap jalan cerita.

Jalan cerita yang 'sweet' dan romantis sebelum kahwin belum tentu diredhai Allah.  Pastinya tidak..

Inshallah Jika sebelum kahwin lagi kita sudah berjuang jaga jalan cerita kita dengan baik, hindari dosa, jauhi perkara yang Allah murka, maka Allah akan jaga jalan cerita kita selebihnya.. 



Jodoh yang baik, ia memerlukan sebuah perjuangan. Maka, berjuanglah! Ayuh bina jalan cerita 'Rumahtangga Impian Kita' dgn menjaga kesucian diri.. maruah diri.. 




p/s :  Andai anda tahu betapa sulitnya sang pendosa mencari jalan kembali kepada Rabnya, nescaya kau tidak sekali2 akan mencelanya.

25 comments:

  1. terima kasih kerana sudi berkongsi tips. semoga kita semua dilindungi oleh Allah daripada segala godaan.

    ReplyDelete
  2. Freaky - Akak pun doakan supaya Freaky cepat2 kawin. ;D

    ReplyDelete
  3. memartabatkan maruah wanita islam..

    ReplyDelete
  4. pengakuan pengalaman yang mmg bagus dikongsi...
    semoga sahabat MM tidak dihantui lagi permasalahannya

    walau hbgnn suami isteri dihujung tanduk,.. ingatlah pasti ada jalan penyelesaiannya..

    ReplyDelete
  5. AYU - thanks AYU..mudah2an nasihat bernas dari Ayu dpt memberinya semangat utk meneruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  6. MM betullah tips tips yag u coretkan tu..aiiii I ni kat skulah, macam2 cerita dapat....budak2 muda ni, banyak yang tak pikir panjang bila buat sesuatu....

    ReplyDelete
  7. Cikgu Gie - ya ke? eeee tensennya, kalau I jd Cikgu pun, agaknya I tensen memanjang bila berdepan dgn masalah mcm ni.

    ReplyDelete
  8. adah xmenyesal pun jd follower miss mirror..hehe..boleh dikongsi tips nie...

    kalau lihat skrg, dh mcm2 dah berlaku..anak remaja mudah sgt terikut2 teman lelaki dan ada sifat mahu mencuba lak tu...huhu...

    moga kwn miss mirror tabah hadapi semua nie...

    ReplyDelete
  9. ADAH - thanks Dear... Miss Mirror pun tak menyesal jd follower Adah..

    ReplyDelete
  10. ingat Allah selalu..ujian dturunkan kerana ingin menguji iman kita..zaman ini mmg susah nak membentuk moral, apa lg zaman anak2 kita akan dtg..menjadi ibubapa yg memberi teladan dan mengajar malu pada Tuhan, itu je yg termampu..
    utk puan krisda saya doakan yg terbaik, moga Allah permudahkn segala urusannya..Amin
    Terima kasih utk tips :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. WANI SC - Terima kasih atas doa anda pd Pn Krisda. Nampaknya kini beliau dah kembali ceria setelah berkali2 melakukan solat taubat. Alhamdulillah.

      Delete
  11. kteorg bercinta jrk jauh,sy setia tp diaaaaa..hampeh! so sy percy setiap y dtg ad hkmahnya..lps ni spe y msuk meming sy,sy trima..hohhoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannn.... takpe la, pasti Allah ada merancang sesuatu yg lebih baik utk U.

      Delete
  12. Walaupun panjang tapi bermanfaat.. itu yg lebih penting..

    ReplyDelete
  13. semoga mendapat pelajaran,,, :)

    ReplyDelete
  14. akak :) pida follow akak :) bagus tips kali ni, semoga mndapat iktibar untuk diri pida :)

    ReplyDelete
  15. http://www.klik-aje.com/ akak tolong follow sini yer masih baru lagi dunia blog

    ReplyDelete
  16. wlupown topic ni dah lama dibncngkan ia sgt bemakna buat sy..thaks akak..alhamdulillah sy bakal betunang dgn owg jauh bln 12 nanti...cinta jarak jauh....sarawak dan perak...thanks again kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Liana. Moga perkahwinan yg bakal dibina berbahagia hingga ke syurga. :)

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.