Showing posts with label RAHSIA. Show all posts
Showing posts with label RAHSIA. Show all posts

Thursday, October 13, 2022

Aura terserlah sampai nampak dalam gambar.

Mungkin itu agaknya yg dikatakan aura dapat diserlahkan dengan amalan2.   Semalam belek2 gambar majlis anak ai yang baru disiapkan Photographer.   Tak mo cerita pasal gambar2 anak, ni nak cerita pasal orang.


Oh mari kita berpantun dulu ye..

Jika takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai.  Jika takut jerawat kita nampak, jangan acukan muka pada DSLR kerana kamera ini terlampau jujur.  (Sib baik la muka ai tak la jerawat sgt ye.   Alhamdulillah flawless).


Tapi berlainan pula pada gambar seseorang ni.  Tidak hanya sekadar flawless tapi terang bercahaya!! Kalah gambar2 lampu malam tu. (Haha..exaggerate).  Yang sebenarnya kalah muka ai yg bermake up ketika itu.  Nama biar lah rahsia.. risau pulak ai kalau2 mereka tetiba muncul kat sini.   Dah satu hal pulak nanti terpaksa belanja ai ais krim eh hand bag sebab dah puji muka ada nur segala bagai.   (MasyaAllah segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang menciptakan aura manusia.)





Bukan ai sorang yg terprasan akan lebihan2 nur2 yg menyelubungi gambar beliau itew (disebut lebihan nur sebab yg lain pun ada nur juga cuma beliau nampak extravaganza walaupun tak make up sangat), Ain dah awal2 puji.. 

"Eh cantik la Makcik ni kan Ma?". 

Malah my son pula.. suddenly semalam sampai terinspirasi tapi ai pesan siap2.   "Ngaji niat kerana Allah ye Syg.. bukan sebab nak wajah  blink2."     






Nota :  Semua orang dah sedia maklum beliau yg ai maksudkan tadi orangnya rajin mengaji dan bersedekah.   Bacaan mahrajnya juga amatlah superb!.  Amalan2 lain tidak la pula ai ketahui.   Mungkin puasa Isnin Khamis atau ada 'berpuasa garam' seperti yg pernah ai tulis sebelum ini kot.   Wallahualam.


p/s :.   It hurts when you look pretty in real life but not in pictures or videos.   Kah kah kah...




Tuesday, September 13, 2022

Misteri gadis bermake up tebal terungkai

"Don't judge a book by it's cover!".


Kisah berlaku di zaman purbakala, di suatu petang di kawasan parkir, nama benua dirahsiakan (jika ada persamaan, itu hanyalah kebetulan ๐Ÿ˜).  Lunch break bersama beberapa orang teman.  Salah seorangnya agak out spoken, yg mana kita kena banyak pekakkan telinga sikit bila berbual atau dicadangkan  pakai la earphone, pasang zikir  supaya kuman2 lazernya tak terjangkit pada kita pula.  Kekeke.


"Tengok awek tu, mesti tengah sibuk nak cari jodoh.  Try hard sangat dengan make up tebal2, konon supaya dingurat."  Ujar XYZ (bukan nama sebenar) membawangkan dua orang gadis yg berdiri beberapa meter depan kami.  





Kedua gadis berambut hitam melepasi bahu, berwajah cerah. Tidak pasti dari negara mana kerana bukan itu yang ingin dibincangkan dlm entri kali ini.

Kami yang sedang ralit menekan mesin parking auto pay, dengar pun acuh tak acuh. (Macam2 nombor yang diminta oleh mesin, nak kata plate number tapi bila key in tak match pulak.  Ahh sudah.).  Tapi sempat la ai mencuri pandang awek yg dimaksudkan XYZ tu,  cun.. cuma make up je agak terlebih sikit.  Tapi why should I care, bukannya dia ada kacau kami pun?.  Make up pun dia sendiri yg punya.   Oh lupa.. tadi mereka dapat parking lebih awal dari kami yang sepatutnya 'kami punya'.. tu yg XYZ jadi agak 'kepanasan' sikit sebab dia yg drive.  


"Tengok tu, mundar mandir dari satu kereta ke satu kereta, nak caras laki orang la tu.".  Sambungnya lagi... terus gelak2 mengekek.



Dalam pada mulanya ai tak peduli sangat.. now ai mula fokus pada apa yg dibebelkan oleh XYZ lantas sama2 ketawa  (astagfirllah) seolah2 macam merestui hujah2 dan firasatnya pulak. Patutnya ai ubah topik supaya hal itu ternoktah. Mungkin ablasa telah berjaya merasuk ai  kot.๐Ÿ˜ˆ๐Ÿ˜ˆ.


(Psstt... tapi gaya gadis2 tu pun agak suspicious ketika itu. . ๐Ÿคญ).


Tetiba awek tu menghampiri kami pula.   Agak2 kenapa?.   Ce teka.


Jeng jeng jeng...




Gambar ni takde kena mengena dgn entri, sekadar hiasan.   Gambar mesin parking sila google sendiri.


Berbalik pada kisah tadi tu..


"Oh that (the machine) is not for car but motorcycle's. We also experience the same just now."  Ujarnya menghampiri XYZ sambil tersenyum manis   dengan wajah yang ala2  naif, ibarat gadis pingitan yg baru turun dari gunung singgah ke kota  dan bicaranya amatlah sopan sekali.  Dgn begitu baiknya mereka menunjukkan kami mesin parking kereta yg sebenar.

Dapat dibayang tak muka kami masa tu?, Particularly si XYZ lah sebab dia yg the first menjerumuskan kami ke lembah sunuzon terhadap gadis2 itu. 

Lebih menginsafkan kami lagi, tetiba di tangannya terhulur sekeping tekit parking yg 'belum terhabis' untuk kami gunakan berbaki 3 jam.     Itu la punca mereka mundar mandir tadi tu.

Sekian.  Semoga mendapat pengajaran berharga dari entri ini.  


p/s :

Jika anda menilai seseorang hanya dari luarannya, anda akan kehilangan banyak kesempatan bertemu dgn orang-orang yang hebat.


Thursday, January 17, 2019

Kisah Orang Takut Nak Travel

Terbaca tadi kat group  1 soalan pompuan ni tanya.. tah dari lubuk mana tah dia duduk, tanya soalan macam katak bawah tempurung je bunyi dia.   Cuba lah bawak2 travel pegi Malaysia ke.. Brunei ke.. Perth ke,  biar hilang keparanoid'tan tu.

"Korang sanggup tak pegi negara2 yang menindas kaum wanita??."   Soalnya in English.

Menindas wanita??.    Ohhh banyak tengok drama la ni agaknya.


Nasib ada sorang Minah Saleh ni reply dan aku gembira dengan jawapannya.  So aku safe kat sini..


Pic sekadar hiasan, tiada kena mengena.



"I have traveled and spent time in many of the Middle Eastern countries including Saudi Arabia as a single female. I have been treated and respected in those countries much better than I am in ****** (kat kampung dia). I was taken care of and treated wonderfully because I was a single female. 

Until you travel to these places, make an effort to understand their culture actually meet and talk to the people you cannot know. I was not required to wear hijab in Saudi. I did wear an abaya and found it surprisingly freeing not to have to worry about what to wear or clothing that was to tight, it was very unexpected. 

I went to a wonderful show while I was in Saudi which had a great market where all the businesses were women owned and operated. They were not dressed as we see them in the media. They wore beautiful colors and were happy, beautiful, intelligent well educated and very interesting ladies to talk to. They also have the most beautiful eye makeup applications I have ever seen! I would go back in a heartbeat."


p/s  :  Oh ye... aritu ada juga member ai tanya, kalau tangan ada tatoo.. boleh lepas ke imigresen kat Saudi Arabia?.   Ce komen sapa2 ada pengalaman tu?.


**Homestay di Perth**

Sebarang booking boleh wassap di nombor ini.    Pejabat kami beroperasi di Malaysia (Cyber Jaya) dan juga Australia.  Nombor di atas nombor Aussie.

Wednesday, January 16, 2019

Kisah "Tukang Urut" 18sx Di Australia

Suatu petang  jalan2 di sebuah supermarket terkemuka kat Perth ni, tetiba disapa oleh seorang jejaka.  Hubby and anak2 tengah leka shopping area lain di bangunan yang sama.

"Hey Sam... do you remember me?".  Speaking la kan.. sebab beliau bukan org Msia pun.

Mesti la ai ingat beliau, sebab dulu selalu terserempak waktu struggle study dan ai belum nyanyuk lagi.   Seorang Pengarah yang berkaliber dan disegani di tengah2 kota kangaroo ini.  Punya pelbagai syarikat yg hebat2.



Sekadar gambar hiasan.  Tiada kena mengena langsung dgn entri.



Beliau pandang ai atas bawah.. memang la masa tu tgh diserang MOOD KEBAYA lace2, hitam plak tu.  Longgar je kebaya tu pun dan lengkap shawl hitam.  Sebenarnya dlm proses nak pakai semua baju kat gerobok supaya tak terbazir.

Ada ke beliau ingat ai keja massage plak.    
Tak salah jadi tukang urut (kalau sesama pompuan la kot).  Ai pun kalau ada kepakaran mengurut nak je bukak 1 kedai... tapi maksud beliau tu  lain macam bila mana tetiba membongkarkan 1 kisah di bawah ni..


Apakah?.  Jeng jeng jeng.





Perbualan  berlangsung agak panjang tapi ai terpaksa mengundur diri sebab hubby and anak2 dah tunggu. Walaupun mereka merayau di area lain,  kang  ingat dengan sapa lah plak wife dia berbual tu??.


Sebelum ai minta diri.. beliau sempat  berbisik sesuatu yg memeranjatkan.. mengatakan kat sini  ada "orang2 kita" yg buat keja tak senonoh and nak bagi ai link web supaya ai tengok sendiri sbg bukti.


Sekadar gambar hiasan





Ai sejenis yg malas nak bukak phone kalau dah nak cepat pastu malu plak nak tengok mende2 gitu...takut tetiba tergugur jantung terkejut, traumatized..  so ai cakap nanti lah ai Google je kat rumah.  Sampai rumah.. Alhamdulillah lupa plak dgn link yg beliau sebutkan tu.. Hahaha..  


Jika betul gossip2 tersebut..  moga Allah turunkan hidayah buat mereka.   Kita pun tak tau apa masalah mereka.. so takut nak komen.   Kita jaga je lah anak3 sendiri.   

Harap2nya bukan orang2 kita walau pun  rupa bentuk ala asia atau.. boleh jadi beliau tersalah tengok... ahhhhhh anggap je lah mcm tu supaya tak pening plak kepala ni mikir masalah orang.    Masalah sendiri pun dah banyak!.


Akhir kata, moga Allah lindungi anak2 kita dari gejala tak bermoral.   Tengok la tuh... hanya kerana nila setitik, ai yg berkebaya hitam disalah erti plak.   Astagfirllahalazimmm....    Aduh duh duh.   Terus ai simpan jauh2 baju tu.. tak mo pakai lagi dah..



Office Cleaning Services and Solar Panel Installation & maintenance - Click HERE to contact.

Cleaning Services

To provide cleaning services teams in ensuring optimum hygiene and comfort to our clients. This cleaning team currently operates in Johor Bahru which gained more demand.

  

Friday, February 23, 2018

Novel - Misteri Seorang Penyewa Rumah - Part 1

Alhamdulillah, beef briyani pun siap!. Mr CEO junior pun dah pulang dari tuisyen, jadi malam ini Mama sedikit lapang. Maka terhasillah “novel mini” yang kusengajakan bertajuk:

HARI-HARI LALU SEORANG DIVA
(Kisah benar zaman muda yang penuh pengajaran)

Cerita ini bermula selepas perbualanku dengan abang di Malaya siang tadi. Topiknya: jodoh anak.

“Aku tak risau sangat pasal anak aku sebab pakwe dia jauh, so dorang tak ada ‘can’ nak dating,” kataku sambil bergurau.

Abang membalas:

“InshaAllah, Allah lindungi anakmu. Sedangkan engko dulu duduk dengan ******** pun boleh selamat.”

Jawapan itu buat aku terus flashback ke zaman awal 20-an satu pengalaman seram di rumah sewa misteri yang tidak pernah aku lupakan.

Pengalaman Tinggal di Rumah Sewa Misteri

Waktu itu aku tinggal di kawasan yang aku gelarkan “Kashmir”. Hidup di sana agak perit. Perkhidmatan bas hanya sampai jam 6 petang, dan sangat menyusahkan untuk buat overtime.

Jadi aku dan adik mengambil keputusan untuk menyewa bilik di sebuah rumah di pinggir Bandar X, atas bantuan seorang teman.

Pemilik rumah sedang berpantang dan tinggal dengan suaminya. Pada awalnya, semua kelihatan normal. Lelaki itu kelihatan seperti ayah mithali, rajin mengawasi anak lelakinya yang soleh, malah tegas mengajarnya mengaji. Isterinya pula sangat baik walaupun kurang bercakap, sedikit cacat di muka, namun rumah mereka sangat bersih dan kemas. Lantai dapur berkilat!

Namun segalanya berubah.

Permintaan Pelik Si Suami

“Abang nak pinjam duit dengan S (nama adik)… tapi S jangan bagitahu Kak Mirror,” kata adikku suatu hari.

Aku tergamam.

Rupa-rupanya, setiap hari ada sahaja cerita direka semata-mata untuk meminjam duit daripada adikku yang naif. Dengan aku, dia diam, mungkin takut. Menurut S, “tak madan sasa takut dengan Kak Mirror!” MasyaAllah… tak sia-sia darah pahlawan mengalir.

Tetapi itu baru permulaan.
Rumah Sewa Bertukar Menjadi Rumah Misteri

Satu pagi, aku bangun tidur dan terkejut besar.

Di dapur, ramai lelaki berbaju lusuh dan ‘bogan’ bergelimpangan. 

Aku berdiri terpaku.
“Misteri sungguh rumah ini…” bisikku sebelum aku berlari kembali ke bilik dengan jantung hampir tercabut.

Abang Datang Tiba-Tiba - Seperti Malaikat Penyelamat

Keesokannya di pejabat, tiba-tiba abang muncul. Tiada angin, tiada ribut.

Wajahnya serius.
Aku tidak ingat skrip penuh, tetapi nadanya seperti meminta aku keluar segera dari rumah itu. Ada kemarahan, ada ketakutan.

Katanya, ayah dapat maklumat sesuatu tentang lelaki misteri itu, tetapi aku tidak tahu dari mana.
Dan semakin aku fikir, semakin misteri hidup ini.
Perlindungan Allah Itu Nyata.

Tidak lama selepas itu, satu keajaiban berlaku.
Aku mendapat tawaran kerja baharu, rumah disediakan, gaji lebih baik. Alhamdulillah.

Pada malam buta, dengan bantuan bekas rakan sekolah, kami keluar dari “rumah puaka” itu.

Dan di situlah rahsia terbongkar…

“Awak sebenarnya duduk dengan mat gian selama ini. Rumah tu port dorang melepak,” katanya.

๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ
Tidak hairanlah hari-hari aku nampak lelaki kurus kering keluar masuk rumah itu.

Alhamdulillah, Allah melindungi kami dari sesuatu yang mungkin lebih buruk.

Pengajaran Dari Kisah Ini

Dalam hidup, kadang-kadang kita tak sedar bahaya yang dekat. Tetapi apabila Allah ingin melindungi, Dia datangkan bantuan melalui pelbagai cara - rasa hati, keluarga, pekerjaan baru, atau pintu keluar yang tiba-tiba muncul.

Saturday, January 20, 2018

Punca Tak Tunang Tapi Mengaku Bertunang

Bila jalan2 macam ni..
Hati pun berbunga2..
Lagi2 di celah2 timbunan batu..
Ada air terjun mengalir
Memang damai sgt jiwa..

Tetiba..
Time tu lah  banyak pulak
wassap masuk.. dari teman2,
adik beradik
Bertanya khabar.. ada yg nak post hadiah birthday..
Ada yg sekadar berkongsi cerita..
Ada yg nak video call..
Ahhh ai busy!!
Sampai tak menang tangan meng'reply..






So, kesimpulannya di sini
ialah..
Hati yg gembira..
Akan menarik aura2 positif..
Kegundahan hanya membuat orang lari
dari kita..  

(bukan lari mcm mana, kdg tak semena2 dorang disibukkan sampai tak sempat bertanya khabar tentang kita.. mungkin akibat aura kita masa tu malap).

Mungkin kemalapan  itu membuat magnet2 pencarian jadi kurang ampuh..
Analoginya macam kita duduk dalam gua, gulap gulita.. signal wifi pun tak dapat.
Ibarat rumah kosong tak berpenghuni..
orang pun takut nak menyinggah.
Sudahnya makin tambah down
dan kemurungan.

Sebab tu selalunya kalau org yg
tgh bertunang, saham makin tinggi..
sebab darah mereka tgh manis.. 

(Sebab encik tunang asik puji je manjang, aura bahagia pun memancar2 sinarnya
hingga membuat ramai plak nak ngorat).

Ai ada sorang kawan..
1 hari kami lihat jemarinya yg montel itu berinai.. (badannya memang sgt berisi dan sado).

"Oh aku bertunang tu ari..".  Ujarnya yakin.

So, kami pun tumpang gembira la kan..
walau terkejut sbb tak dijemput langsung.

Setahun berlalu..
Tetiba kawan2 bergossip..

"Dia sebenarnya tak bertunang pun..".

Then napa mengaku bertunang??

"Sesaja nak naikkan saham..".

Ohh pulak... kreatif juga idea beliau.
Tapi kan dosa plak menipu orang.๐Ÿคญ


So..
U guys I tell u... kalau tgh bergundah gulana.. atau depress..
Ada baiknya ubati diri dulu..
Sebelum bercampur masyarakat..
Ngaji, solat, zikir.. itu semua ustaz dah sebut kan?

Pegilah bersiar2..
Lihat pokok2 nan menghijau..
Atau... masak yg sedap2..
Sibukkan diri dgn aktiviti..
Inshaallah kembali happy..
Bila dah happy..
Inshaallah istilah "kesunyian" tu tak ada..
dan langsung tak berharap apa2 lagi
dari manusia.






Friday, December 22, 2017

Lelaki Malaysia Suka Yg Putih2 Ye?. Nah!. Doa Pendekat Jodoh

Ada 1 post kat fb yg tgh viral bertajuk...
"Kau bukan tak cantik... kau cuma tak berduit je".  Memaparkan artis2 yg dahulunya hitam bertukar putih.

Lantas... adakah sapa2 yg tak berduit terus rasa down?.  Rasa tak ada harapan utk kelihatan cantik.  Rasa mcm jodoh enggan menyapa.

Jgn down2 puan2....  cantik itu subjektif.   Ai rasa cuma kat Malaysia je kot yg memandang kecantikan itu dari kaler kulit.  Lelaki2 Malaysia memang telah dididik begitu oleh media massa.  Malah sejak azalinya lagi.  Sejak zmn2 ai sekolah.  Zmn2 tu gadis2 putih memang rare... tak mcm skg. Makanya yg putih2 cepat popular.


Kalau kat sini (Perth) sebaliknya pulak.  Musim2 summer mcm ni..  ada bisnes2 baru dgn iklan yg bertajuk "tan spray $15... bla bla bla".   Lagi tan.. bermakna seseorang tu lg kaya sebab mampu travel ke negara2 beriklim panas.


Berbalik pada kisah nak cerah walau tak berduit.  Ada je cara2nya.  Mari kembali ke era 80an.

1).  Kurangkan aktiviti luar

2).  Tutup semua tingkap

Haha.  Kedengaran lawak kan?.  Arwah ayah ai mmg suka tutup tingkap kalau tak ada tetamu dtg  dan IRP suka buat kesimpulan, takut anak daranya hitam.  Tapi ada juga baiknya.  Di samping mengelakkan diri dari pancaran sinaran matahari, dpt mengelakkan dari aurat kelihatan dari jlnraya atau unsur2 jenayah (sbb tingkap2 rumah kg kan luas ternganga).

3).  Rajin masak nasi.

Makin rajin anda masak nasi, makin mulus tgn anda akibat terkena air basuhan beras. So, rugilah sapa2 yg malas tu.

4).  Pakai payung.

5).  Bercampur dgn org2 positif

Cantik mcm mana pun anda kalau asik tercampur dgn org yg kuat mengkritik seolah2 diri anda tak berharga..  mmg tak de makna.  Bercampurlah dgn ahlil2 mesjid yg menenangkan jiwa.


Nah ni ai kongsikan doa pendekat jodoh.


Moga anda bertemu jodoh dgn insan yg sedia menerima anda seadanya tak kira apa pun kaler kulit. Setia sepanjang hayat.  Yg penting bujang trang tang tang....  taktuntuang!.




Tuesday, December 15, 2015

Kaki Akan Terus Melangkah..

Di saat inginnya kaki berhenti melangkah..
Ingatlah....
Allah tak pernah berhenti melihat usaha dan
mendengar doa-doa kita..
Tunggu hasil terbaik dari-Nya.
Jangan pernah mengalah...




"M dalam kenangan...."
(M tu nama bestie aku kat kelas,  seorang wanita Burma).


Tajuk dah macam orang tu dah meninggal pulak ye?.    Kenangan2 bagai!!.

Rasa nak nangis bila semalam M message yang dia tak akan
lagi datang kelas.     Sedihnyaaaaa....   dah la semalam
jantung aku ni dug dag mengenang esok paginya adalah hari pertama praktikal.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga..


Aku tak tau la...
kenapa aku ada chemistry dgn dia...
mungkin sebab sama2 cekudud kot..
sama2 ada anak...
sama2 kongsi suka dan duka...
sama2 merantau..
dan kawan2 lelaki kat kelas selalu menggelarkan dia sbg "spy Sam"..
tak jadik nak ngumpat aku kalau dia ada... haha..


M ni sedari mula lagi memang dah  merengek2 nak berhenti..
sejak awal2 semester lagi...
tapi aku bagi jugak dia semangat...
Semangatnya memang kuat...  dia rajin datang ke kelas..
walau agak ketinggalan dalam bab2 komputer ni..
dan selalu rely on me.. dan mesti nak duduk sebelah aku
ala2 kononnya aku ni boleh la jadi pakar rujuk..
padahal... non ado pun!.   kah kah kah..


Tapi segalanya kini tinggal kenangan..
Tiada lagi yg menemani aku meredah restoran demi restoran
semata2 mencari kehalalan..
Angkara dah dapat keja, M enggan meneruskan pengajian...
sob sob sob sobss.....
(agaknya macam ni la perasaan best fren aku kat TIJB dulu bila
aku tinggalkan sekolah  tu 20an taun yg lampau...kekeke... perasantan pulak ye...).






p/s.    Walau apa pun terjadi... kakiku akan terus melangkah...bahkan akan berlari..

















Monday, November 16, 2015

Jangan Pernah Menghina Suri Rumah

Tajuk Drama    :     Sabo Je Lerrrrrr...........







SKRIP 1



Puan   A    :      "Kau keja apa  B?".


Puan B      :     "Tak keja............ duduk rumah, jaga anak.."


Puan  A     :      "Ha??????!.   Biar betul???.   Kau dulu kan pandai... napa tak keja?".


Perhubungan terputus di situ...   mungkin sebab si B terkecik ati  kot dengan soalan tu.







Beberapa tahun kemudian....


SKRIP II


Puan   A    :    "Lama tak nampak bayang...  ??".

Puan   B    :    "Keja.   Nak jenguk henpon pun tak sempat sekarang ni.."


Puan   A    :     "What??.     Biar betul??.     Dah sedap2 jadi Mem Besar kenapa keja??.  Kesian aku tengok kau".





Moral of the story Gurlzzzzzzzzz.......................   jangan dengar cakap orang.  
Soalan2 sebegitu bukan soalan yg penting untuk dijawab................ wat dek je lain kali kalau org bertanya.... wahaha.

p/s  :   Watak2 dalam kisah di atas hanyalah rekaan semata, ianya sekadar contoh untuk dijadikan tauladan, jika ada persamaan nama dan sbgnya ianya adalah kebetulan semata.


Thursday, November 12, 2015

"Kerana Aku Adalah Isteri...".... dan cara me"recycle" whipped cream yg rosak

It's absolutely not an imperative to explain yourself why you do things you wanna do because one's life is out of anyone's business....


Sehebat mana pun kita ni "caring" kat orang, please la.... please please  please, kalau buat soalan  tu berpada2.   Tak mo buat soalan macam Detective Conan sangat.  Tanya pasal somi dan sbgnya...   Orang jadi takut nak reply.


No no no no!!.   Maksud aku... bukan blogger2 kat sini... mahu pun silent reader.   Tapi.......  ada ler... orang.  



Pastu bila kita tak reply.....  tros jump to the conclusion yg tak masuk akal... malah menggores hati. Padahal kita tak reply tu sebab batasan ketaatan seorang isteri.    Aku ni kalau sombong, takde nyer aku nak reply...   tak bukak terus kotak PM tu...







Dah la... malas aku nak pening2.    Lantak kau la nak berburuk sangka  pun.   Tak koser aku nak buat sessi mempertahankan diri.    Baik aku menurunkan ilmu.... inshaallah lagi dapat pahala... 


Si Ain aritu buat kuih apa tah... lupa plak aku, then kemain ler dia memukul whipped cream tu sampai terovedos.     Maka krim tu pun rosak...  berkecai2 macam ibaratnya kalau santan... "pecah santan".    Lantas masuk Tong Sam.... 


Ok lain kali jangan terus dibuang ye  Dik Non.....  membazir saudara Syaitonnn.   Ngeri Mak!.


Kita bleh recycle whipped cream yg dah ternoda tu jadi butter.


Faham tak apa yg aku cuba terangkan ni?.   Tak faham... meh kita cakap omputeh.    Your whipped cream is perfect one minute, then you blink twice and it starts to break down and get grainy.   Dah jadi keladak2...

When you make whipped cream, most of the time, you’re aiming for stiff peaks (when the whipped cream will stand up on the beater in straight little points).

Bila kita buat butter, you whip your cream to stiff peaks. And then you keep going.   Pukul dan terus pukul...  


Then... kau sauk ler lemak2 yg tinggal tu..... or saring ke, bubuh kat mangkuk kecik...maka jadik la butter... makan dgn roti.   Begitulah ceritanya... 


PUNCA TAK JADI?.

Terlebih pukul..

Kalau anda tinggal di Malaysia..
tak sesuai guna dairy whipping cream. Room temperature sana panas. Klu berjaya pukul pun nanti kejap je dia stiff pastu cair. Guna non dairy whipping cream.

Apa itu Dairy?. - Berasaskan susu.
Non dairy - bahan bukan tenusu misalnya minyak sawit.  So, sila cek kotak sebelum beli.

Otherwise.. pukul atas ais atau depan esbok untuk mengelakkan kepanasan suhu sekeliling.

Tuesday, March 24, 2015

Tekanan Dalam Hidup Itu PENTING

Kawan ai pernah cakap...
"dlm hidup ni.... tekanan itu penting..".
What??.
Pelik mulanya ai dengar...
Sapa je yg suka bila hidup dlm tekanan??.
Tak mo aiii..
ko nak?.  Tak nak kannnnn..


Now setelah dipikir2... baru ai faham..
Tanpa adanya tekanan..
kita kurang berusaha memperbaiki diri..


Melihat sisi hidup classmate2 ai yg pelbagai rupa
dari pelbagai benua yg berbeza..
dan membawa pelbagai bentuk cerita...
kesimpulan yg dapat ai katakan...
tekanan itu sesuatu yg indah..
tanpa ada semua itu...
pasti skrg ni mereka dah sedap2
goyang kaki...   dah tak mo dah berusaha lagi..
Apatah lagi dlm usia2 mcm dah nak senja sebegitu..



Sorang classmate ai  ibu tunggal..
jelita orangnya...  datang dari sebuah benua.. (tak bleh disebutkan di sini
benua apa.. mana tau one day dorang terjumpa blog ini.. kah kah kah... tau pun
ko takut Sam.. tapi jgn risau... dia tak pandai ckp Melayu pun)
Mendengar sinopsis  hidupnya... terasa simpati yg mendalam..
Kadang gi kelas tak sempat sikat rambut..  terhurai2 gitu...
Ai ckp dgn dia... "pegi washroom dan basahkan dgn air... biar tak gerbang."
kesibukan yg amat dgn kerenah anak2.. (mungkin)
balik pulak terkocoh2 sebab nak ambik budak sekolah...
kdg kuliah blom abis pun dia dah terpaksa keluar awal...


Yup!.   Itu semua tekanan buatnya... (mungkin)
tapi kerana tekanan itu beliau berusaha memperbaiki diri..
(walaupun kadang assignment pun mcm nak meniru ai punya.. haha... )
kurang2 dia bangkit dari kegagalan perkahwinan itu..
dan tidak terus terpuruk..
Sila contohi.


motif entry :   supaya Kak Mirror  lebih bersyukur menjadi dirinya...


























Friday, December 6, 2013

Kisah gadis era 90an yg makan nasi goreng..

Di tengah kemelut manusia2 di luar sana  yg tgh menconggak2 duit, mengira2 budget persekolahan anak, dan kisah kengkawan di Kuantan yg tgh menangis (dlm hati) di pusat2 banjir.. tak manis pula rasanya kalau kita mencanang makanan2 yg mewah.. 5 Star Hotel, maka hari ni kita nak cerita pasal menu berprofil rendah jelah.. NASI GORENG KAMPUNG!!!. 


Ya, nasi goreng kg...yg semua org mampu  utk memasaknya... tak kira di tgh2 kecelaruan wang ringgit atau tgh kaya... sbb modal hanyalah nasi, onion garlic, ikan bilis.  Nak jimat lagi... kau tanam la cili padi sendiri Dik Non... :D. Osmet ai masa bujang2 (ini kisah era 90an).. dulu lg jimat dia buat.... nasi + ajinomoto... keh3..   Amboii galaknya ai mengutukk  (ehh dok ler, ai tak mengutuk tau ni, puji lagi ada).... maunya tak memuji, ai pun dgn lahap  tumpang makan sekali kalau dia pelawa..  hehehe..


Tapi kejadian tu tidak la selalu dia buat,  time ujung2 bulan je. Aduh sadisnya kisah itu. May Allah bless her forever and ever... (sian dia, menanggung adik2 kat kg dgn gaji RM500 je kot masa tu.. itu pun termasuk OT)... tapi selalunya org2 yg tabah dan membantu org tua  mcm beliau ni... hidupnya dlm keberkatan.. mudah2an la kan.. mudah2an dah kaya raya la kwn ai sorang ni.. lagi awet muda dan kekal jelita hendaknya..  Aamiin..







Lokasi :   R & R Machap maghrib tadi..
Sedap, secukup rasa....... panas berapi!



Dah 3 hari sebenarnya terigau2kan nasi goreng kg yg pedas berapi2... tapi tiap kali menjelang pagi... niat masak nasi goreng terkubur (sbb jenguk rice cooker... "nasi semalam" selalunya dah tinggal sesenduk bila pagi menjelang atau kdg2 dah basi)


So, dpt makan hari ni kat R & R... rasa bertenaga satu badan, balik rumah terus mengemas satu rumah.. sambung basuh baju..  mengemop je belum (IRP kata sambung je esok..)


Cleaner?.  Entah la...... patut dtg semalam... seharian ai tunggu2, tak muncul2 pulak.. saja kot agaknya dia nak suruh ai  jimat... bagus niat cleaner ai  tu....kan?. :P   





p/s :   bertabahlah sapa2 yg tgh dilanda musibah tu ye...


Monday, August 19, 2013

Akibat Pernah Menjadi Cantik

Macam mana kita nak tolong kawan aku yg sorang ni ye puan2?.
Taun lepas aku jumpa dia, dia masih optimis lagi...
(setaun sekali je kami berjumpa-jumpaan... itu pun sebab dia beraya rumah aku... kat JB). Taun ni dia datang beraya lagi... dia dah tak berapa optimis lagi mcm taun lepas.   

Dari apa yg aku perhatikan, aku rasa masa mudanya tentu dia  pernah jadi pujaan ribuan kumbang, pernah menjadi cantik dan  mesti ramai Ah Kow-Ah Kow gila bayangkan dirinya, sedangkan dlm usia 4 seriesnya ni pun garis2 kejelitaan masih terpancar lg pada wajahnya.





                        

KAWAN AKU :    "Hayooo   Sam.... manyakkk sedih oooo, makin hari  I tengok  muka I makin tua".    

AKU CUN  :    "Kan, itu ari you jugak cakap, hubby you tak kisah pun kalau you makin  tua sebab dia pun sama2 makin  tua".  


KAWAN AKU  :  "Mana tau, dia cuma cakap saja Ma.... dlm ati dia kita tak tau, takut ooo jadi tua, you tak takut ke?".


Aku?.    Sengih2 je la.... tak kan aku nak quote pulak apa yg IRP selalu canang2kan tu...  nak tau apa yg IRP selalu canang2?? 


"You kalau  makin banyak kedut, rambut makin beruban, gigi makin tanggal2... I maaaaaaakin sayang.....".

Yo la tu................... hmmmmmmmmm, entah iyer  la Bang..... :P.       






Rupa paras memang akan selalu jadi ukuran. Tapi ada satu perkara yang dapat membatasi aspek rupa. Iaitu akhlak dan peribadi kita.




p/s :    Jangan letakkan cinta secara bersyarat,  kalau dah suka... tak kira tua ke muda ke tetap sayang, kalau dah tak suka..... muka bak Miss Universe pun ditinggalkan.

Anyway, jgn lupa satu perkara.... wanita tua skrg ni saham dia makin tinggi!!.   Hmmmm...  ramai yg dpt somi muda2... kekeke..



Sunday, July 15, 2012

Majikan kaki mengendap

Majikan kaki stalker?
I tod kami  je tau buat keja2 ni.... ..hahaha...  aritu terbaca kat blog Prince Noob ni, baru terperasan, semua orang berfikiran sama.   Masa dapat shortlist candidate utk jawatan Desperate PA yg kami iklankan di sebuah portal terkemuka satu masa dulu, satu malam IRP kerahkan I gi google nama2 diorang...mana yg ada fb, I geledah fb, mana yg ada blog kami geledah la blog dia... agak2 cun I reject.. wakakaka.... boleh gitu?.    Tak la I gurau je.. Agak2 gedik.. kami reject (ha yg ni baru betul).

Memang berbaloi la dapat stalk calon2 temuduga ni semua. Paling best bila dpt detail penuh diorang, anak ke berapa, berapa kali frust (hahaha.. perlu ke?. perlu kot, mana tau dia kuat bercinta, susah la plak kita menjaganya nt... kot asyik bergayuttt je ke, kot  tergamak ngorat somi kita ke ;D).  Pendek kata memang memudahkan majikan  la keja2 "menyetok" (diambil dari kata dasar STALK...:D) ni.    Tak yah gi susah2 gali info dr majikan lama.

utk lagi gambar FAMILY DAY - sila klik older post (jejaka2 terhangat Malaya)..
Tapi kan... ingatkan kita dh cukup bijak, rupa2nya diorang lagi bijak, yg I ni pun satu... kebenda la I iklankan jawatan tu guna nama blog I... (hai lahh... mmg tobat).   Tak lama lepas tu baru ku terperasan... napa la byk na keyword "blog Puan Sam" masuk blog ni.. rupa2nya diorang pun ada gak azam nak  curi2 info ttg kami  ghopernyaaaa... :P


Agaknya sbb tu la ada sorang calon tu tak jadi datang   :D.  (Seharian I tunggu tak datang2).. menyampah betul.  Sampai cair make up I.   Mungkin after dia stalk2 tu dia terus buat conclusion dan menyangka Puan Sam  betul2 gedix mcm blognya.  Wahaha..... padan muka I.   Hello.... I tak gedix ye!.  Percayalah... tolonglah percaya... semua tu fitnah.. ehehe....Eh tetiba.

nota :  Tak jadi pun kami ambik PA akhirnya... sbb segala masalah telah pun selesai.. Alhamdulillah Allah permudahkan... akulah PA, akulah isteri...

p/s :   Moral of the story... mari  kita berhati2 menulis tentang anak2 kita demi masa depan mereka (especially  jika anda tulis full name diorang kat fb, blog dsbnya).. kot2 la one day bakal mentua diorang plak kaki stalker mcm I ni kannnzz?.  Pasni jgn lupa tulis yg anak kita rajin masak tau! :D




Sunday, May 20, 2012

Kisah Positif Orang Bermadu - untuk bacaan WANITA sahaja (lelaki dilarang baca)

"Apa?.  Kau nak dimadukan ke Sam?.   Astagfirllahalazimmmmmm.... sampainya hati "dia"...kesiannya kau".  kata my BFF di dalam chatnya bilamana I kata, I ada sedikit benda musykil untuk dikongsikan. 


Dia terhenti menulis agak lama seolah2 sedang menarik nafas panjang... 

.

.

.

"Hahahaha... bukan la..  apa la kau ni".    I pun sama2 menghentikan ketukan jemari di atas keyboard kerana melepaskan satu deraian tawa, berasakan ianya sgt melucukan (IRP pun turut tergelak bila I ceritakan padanya)...Lain apa yg I nak sampaikan,  lain pulak yg disangkakan dek si kawan aku ni..


Kita sebagai seorang pompuan memang macam tu lah, bila sebut "madu" je... automatik akan rasa nak gugur jantung.   Tapi kan...cuba anda baca kisah wanita2 ini pula.. mana la tau kalau2 ini akan mengubah persepsi anda... ;)

Si Lomah bukan nama sebenar berkata...

"Sejak laki aku kawin lain, aku lagi senang.... bebas aku nak gi memana, takde la memikirkan laki aku kat rumah dah makan ke belum,  sebab dah ada orang masakkan.. aku boleh concentrate dengan keja aku ...kdg sampai larut malam"

"Kadang aku balik lambat, alih2 atas meja dah ada makanan untuk anak-anak aku... madu aku yg hantar".

rahsia kebahagiaan rumahtangga - klik untuk belian

Dasyat si Lomah ni kan.. semuanya dia pikir yg positif je...  memang beruntung la suami dia .. Dah la suami kawin pun dia yg pinangkan.   Kalau kita, tak tau la apa jadi.... Habis satu FB kasi gegar agaknya... wahahaha.  (gurau je).  

Tapi madu si Lomah ni pun, menurut pemerhatian I... orangnya pandai mengambik ati....  no wonder la kalau si Lomah ni pun naik lomah hatinya lalu diredhokan je la somi dia kawin lagi as long berlaku adil lagi saksama dan tidak lomah imannya itu hingga meninggalkan2 dia gara2 dapat pucuk muda.

Ok itu kisah si Lomah, then I sangka, kisah madu2 terhenti kat situ.. alih2 tadi tepon kawan I yg sorang lagi, dia cerita jugak pasal MADU,  menurutnya, kawan dia baru je dimadukan dalam beberapa bulan... sejak bermadu ni dia  jadi cantik dan berseri, selalu gi usrah berdua dgn madu dia, nampak rukun dan damai.   Wah!  Bagus la tu... Tahniah dari saya.

"Sejak "dia" hadir dlm keluarga kami.. alhamdulillah nampaknya, saya pun naik pangkat".  Kata kawan kepada kawan I itu dengan positifnya.  

Nampaknya seharian ni, topik hangat yg sampai ke telinga I ialah "kisah positif orang hidup bermadu".  Maka tu yg I kongsikan untuk puan2 di sini untuk renungan bersama.....ehem2!!!  kot2 la puan2 ingin pertimbang2kan kannnn...... kih kih kih. I?????. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!  (kena lari sebelum IRP terbaca entry ini :D).


RELATED POST :
Entry Untuk Wanita Yang Diduakan Suami
Suami lebihkan isteri muda, bagaimana nak handle?



Utk nota :  smlm gigi kapak si Shashal dah tertanggal... ini bermakna Shashal dah ada 4 batang gigi kekal (2 atas dan 2 bawah)... alhamduillah anak Mama dah bujang dah skrg... dah encem!

Monday, May 9, 2011

10 TIP MENJAGA DARA HINGGA KE HARI PERNIKAHAN .... 18sx

Sorry, entry ni agak panjang, sila ambik nafas sebelum membacanya).



Esak tangisnya di talian membuat I terbuai sama dalam kesedihannya. Terserlah kekesalan pada dengus nafas wanita itu yang I namakan beliau hanya sebagai Puan Krisda (bukan nama sebenar).

Sambil menghela nafas panjang, beliau menyambung lagi.



"Segala masalah yang melanda rumahtangga aku selama ini, aku memang tahu puncanya... semua ini adalah pembalasan atas segala dosa-dosa yg pernah aku lakukan. So sekarang ni, aku nak beritahu kau satu rahsia besar yang selama ini aku simpan Miss Mirror, supaya kau boleh buat kesimpulan kenapa Allah turunkan pelbagai ujian berat padaku sebagaimana yang kau selalu dengar tu."

Dosa??? Rahsia besar??? - semua orang tidak sempurna, manakan dapat lari dari melakukan sebarang kesilapan? Tapi apakah rahsia besar yang ingin diceritakan oleh sahabatku ini? Bisikku berdebar-debar.  Jantung pun dup dap..





Dalam I berteka-teki, beliau menjawabnya dengan nada tenang. Pada mulanya terkejut yg amat mendengar pengakuan ikhlasnya, ya la tak menyangka pulak sampai sejauh itu beliau pernah terlanjur dengan kekasihnya (yg kini suami), apatah lagi bila mengenangkan tahap ilmu agamanya yg bukan la calang-calang.... tapi mengenangkan keadaannya yang begitu tulus menceritakan tiap permasalahannya, dengan linangan air mata penyesalan, tak tergamak pulak I hendak berkata apa-apa, mahupun menyalahkan beliau atas apa yang mereka berdua pernah lakukan. Lagipun perkara tu dah berlaku, hanya taubat nasuha sahaja yang dapat membersihkan segala dosa-dosanya itu. Siapa I untuk mentarbiah dia yang telah pun menyesali tiap perbuatannya.

Berminggu I bermonolog dengan diri sendiri memikirkan permasalahan yg melanda Puan Krisda, suami yg diharap menjadi pembimbing kepadanya, akhirnya hanyut dengan keseronokkannya sendiri. Simpati kepadanya membuak-buak, membuat I memikirkan sesuatu dan menelefonnya siang tadi.



"Betul kau tak kisah kalau aku tuliskan cerita kau ni di blog aku?" I bertanya inginkan kepastian sekali lagi.

"Tak.. tak kisah. Tapi apa tajuk entry kau nanti?" Soalnya..

"Tip-tip menjaga dara hingga ke hari pernikahan..." I menjawab separuh nak tergelak.



Actually, niat utama menulis entry ini hanyalah sekadar memenuhi permintaan Puan Krisda untuk menjadikan "pengalaman" pahitnya ini sebagai satu pengajaran kepada para remaja di luar sana...

 

Beliau sempat berpesan kpd anda supaya berpegang teguhlah kepada tiang agama supaya tidak timbul penyesalan sepertinya yang akhirnya hidup bagaikan dikejar dosa-dosa silam. Saban malam bila suami lewat pulang, fikiran sering dihantui kebimbangan - bimbangkan sang suami yg dahulunya pernah "merosakkannya" mengulangi perkara yang sama pada gadis lain. Apatah lagi bila mengenangkan sang suami tidak lagi semesra dulu. (Tak perlulah disebutkan di sini bagaimana renggangnya hubungan mereka berdua, cukup sekadar dikatakan rumahtangganya memang berantakan). Itulah yang membelenggu hidupnya. Apatah lagi bila mengenangkan suaminya yang semakin jauh dari Allah. Kesian kan?.


Tip menjaga Dara??.


1) Sentiasa ingat Allah walau di mana pun kita berada.

2) Di dalam dompet anda, slipkan gambar ibu bapa anda, pandanglah gambar itu selalu... bayangkan jika anda menconteng arang ke muka mereka, bayangkan esak tangis mereka yg terpaksa berdepan dengan masyarakat di luar sana. Sentiasa bayangkan walau di mana pun anda berada.

3) Cinta jarak jauh - Pilih saja cinta jarak jauh... jarang jumpa.. last2 kawin, kan senang! Tahniah kepada anda yang bercinta jarak jauh.. hehe..

4) Pilihlah boy friend yang muka ala2 skema.... lagi bagus kalau pilih lelaki yang tak pernah bercinta langsung sebelum ini yang ala-ala kebodohan.. lol.... dan lebih bagus lagi kalau anda saja yang mengorat lelaki itu, sah sah memang dia jenis tak tahu bercinta. --> amat sesuai untuk dijadikan calon suami.

5) Opposite dari no. 4 ialah lelaki yang pernah kawin kan? Ini la yg seringkali menjadi masalah kepada gadis2 yg ter***** ini... gara-gara bercinta dengan suami orang , maka, mereka menjadi mangsa "godaan" lelaki-lelaki yg telah "berpengalaman" ini. So, tepuk dada tanyalah selera.

6) Pil khayal - ini pun satu masalah besar. Pendek kata, janganlah minum air minuman yang telah ditinggalkan (contohnya anda tetiba nak ke bilik air). Sebaiknya habiskan minuman itu sebelum meninggalkannya. Biarlah dia nak kata apa pun kan.. pedulik apa. Janji kita selamat. 

7) Sentiasa berterus terang dengan ibu atau pun bapa anda dengan siapa anda berkawan.

8) Jangan pergi ke rumah sewaan lelaki itu. Jangan! Dengarlah nasihat saya. Percayalah...

9) Pilihlah sahabat-sahabat yang baik yg sentiasa "busy body".

10) Sentiasa sematkan dalam hati bahawa "aset" anda hanyalah milik suami anda yang sah. Harus pertahankan. Sematkan azam untuk menjadikan suami anda seorang yg paling bertuah.



"Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru".

To all young girls out there..


Cerita perkahwinan idaman kita bukan bermula ketika majlis persandingan, tetapi bermula daripada sebelum kita berkahwin lagi. 


Jaga baik-baik jalan cerita yang kita ingin bina. Jaga keberkatan dalam setiap jalan cerita.

Jalan cerita yang 'sweet' dan romantis sebelum kahwin belum tentu diredhai Allah.  Pastinya tidak..

Inshallah Jika sebelum kahwin lagi kita sudah berjuang jaga jalan cerita kita dengan baik, hindari dosa, jauhi perkara yang Allah murka, maka Allah akan jaga jalan cerita kita selebihnya.. 



Jodoh yang baik, ia memerlukan sebuah perjuangan. Maka, berjuanglah! Ayuh bina jalan cerita 'Rumahtangga Impian Kita' dgn menjaga kesucian diri.. maruah diri.. 




p/s :  Andai anda tahu betapa sulitnya sang pendosa mencari jalan kembali kepada Rabnya, nescaya kau tidak sekali2 akan mencelanya.

Thursday, March 31, 2011

Entry Luahan Dari Blogger Bunuh Diri...

Belum pun reda kesayuan di hati I petang ni lantaran terbaca entry terakhir seorang blogger yg meninggal dunia kerana kanser, tetiba petang nan hujan gerimis ini dikejutkan pula oleh si Joegrimjoe tentang kisah sorang blogger yg bunuh diri. Si Joe tak bagi link URL blogger tu pun.... tapi CCTV I dan Pak Google dapat menjejak blogger yang dimaksud... so, ini la dia tulisan terakhir beliau... ianya dalam BI... tapi I dah terjemahkan semula dlm BM...

Tak tergamak I nak cakap apa lagi... sebab yg empunya badan pun telah pergi.. so, kita yg hidup sama2 la ambik ikhtibar, itu saja. Sebagai menjaga nama, usah ditanya tentang URL si mati ya... baca je yg ni sbg renungan bersama :

"Dalam kehidupan ini, tiada sesuatu yang kau harapkan akan benar-benar terwujud seperti yang kau bayangkan ...

Semua kekecewaan yg aku alami dalam beberapa minggu terakhir ini telah sebati dalam jiwa dan ragaku sekian lama ...

Aku hanya berharap bahawa ini tidak akan menjadi titik hentiku dan aku akan dapat terus menyumbang...

Tapi jika hal ini semakin buruk, aku boleh melakukan hal-hal di suatu keharusan membunuh diri ...

Aku hanya berharap itu tidak akan berlaku terlalu cepat ..

Apa-apapun .. siapa yang membaca entry ini .. Jika aku akhirnya pergi .. Aku ingin memastikan bahawa keluargaku tahu SEMUANYA dan tahu tentangku ... Bahkan jika itu adalah yang terburuk dariku ..

Tuhan akan menghantar aku ke neraka atas semua yang telah aku lakukan tapi siapa yang akan peduli ketika semuanya sudah terlambat..

Jadi ini adalah merupakan pengucapan selamat tinggalku dan aku berharap ianya tidak akan berlaku terlalu cepat atau terlalu lama... Hidup adalah SUKAR ..."

P/S : Sbg pengajaran, jika kita ada teman blogger yg berkesedihan di dlm entry dgn luahan spt ini, sama2 la kita bantu sebelum semuanya menjadi terlambat