Showing posts with label DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN. Show all posts

Sunday, November 16, 2025

Pukul 3 pagi..

Pukul 3 pagi.  Kenapa tak tido lagi?.

Ada satu berita yang ku dengar hari ini… dan tiba-tiba hati terasa berat.

Walaupun dia pernah berbuat salah, mengetahui hidupnya kini tidak semudah dulu membuatkan dada aku perlahan-lahan diselimuti sayu.  Tembus halus ke tulang sulbi.

Aku terdiam.
Berita kecil itu cukup untuk membuat aku termenung lama.   Apa sahaja yang sedang dia lalui sekarang, tanpa perlu aku tahu secara terperinci, jelas bukan mudah.

Tugas baru yang digalasnya itu berat, hanya orang-orang seusianya saja yang memahami, kudrat yang kian berkurang. Dan tanpa aku pinta, ada rasa simpati yang meresap…

Aneh sungguh perjalanan rasa manusia.
Kita boleh menyimpan sesuatu yang pedih,
namun pada masa yang sama, masih mampu tersentuh bila melihat orang itu diuji.
Dua rasa yang bertentangan, tapi wujud dalam ruang yang sama.

Malam ini, aku cuma mampu berdoa dalam senyap.
Semoga Allah panjangkan umurnya, lembutkan hatinya, dan pisahkan dia daripada apa yang menggelapkan jiwa.
Usianya pun bukan muda lagi, moga masih ada kesempatan untuk kembali kepada kebaikan, kepada solat, kepada ketenangan yang pernah hilang dari hidupnya.

Dan dari celah semua rasa yang belum selesai,
aku akhirnya mengerti:
hati manusia boleh retak,
tapi tetap mampu berbelas.

Ya Allah Ya Tuhanku... permudahkanlah dia mencari rezeki.            Demi orang-orang yang dia cintai.   Aamiin Ya Robbal alamin.


Monday, May 8, 2023

Suka marah2 dan ingin bercerai

Masalah adik ni ialah terkena sihir pemisah.  Wallahualam.   Kita try je la bagi kata2 semangat.   Apa gunanya ada blog jika tidak bermanfaat.





Mood ai tgh ok ni boleh la reply permasalahan orang.  Kalau sendiri pun tgh swing.. tak de mood plak nak bagi pendapat.  Haha.  


Waalaikumussalam Dik.

Sihir datang menimpa diri kita itu atas izin Allah juga.  Tanpa izin-Nya tak terjadi.

Kak Mirror bagi suggestion. Dekatkan je diri pada-Nya.  Sabar, ikhlas dan berserah.  Lepaskan energi pasangan.


Cara lepaskan energi macam mana Miss Mirror?.  

Jangan dirasa langsung.  Bak kata orang.. buat2 stoic je. Sebab jika tidak, Puan yg akan merana. Ikhlaskan takdir dan berserah pada Allah.    Kalau memang masih ada jodoh tidak akan kemana2 pun sebenarnya.





Carilah kesibukan yg bermanfaat.   Fokus membahagiakan diri dan anak2.   Ngaji.  Berzikir. Solat taubat.   Tanam pokok.  Macam kawan ai ulang alik library.   Makin ditimpa masalah makin berilmu.   Tutur katanya pun teratur dan sedap je didengar.

Tadi puan kata suami suka marah2.

Tipnya : Jangan ditunggu si dia berubah tapi puan sendiri yg harus berubah menjadi lebih baik.  Biarlah dia nak marah2.. dosa tu dia yg akan tanggung.  Dunia ni dah la sekejap.


Maaf, walaupun ayat Kak Mirror agak kasar.. tapi ini hakikat, apa yg terjadi itu sebenarnya teguran dari Allah buat menguji puan.   Ya la kan kita ni   pahala mungkin tak banyak mana tapi nama  masyallah dah tercatat dlm Syurga, tu yg ditimpa ujian supaya terhimpun pahala sabar.  Happy kan dengar?.


Faham perasaan puan ianya sangat menyiksa jiwa dan raga, tak semudah kata2.. tapi Puan harus kuat dan mampu melawannya.    Jangan mudah lemah dan berputus asa.  Melawan hal2 yg sebegini aura puan perlu lebih, kesabaran lebih.   Jangan terpuruk dan harus selalu bahagia.


Semakin Puan sedih, marah, terpuruk.. pihak sana (pengirim sihir) akan semakin kuat kerana energi Puan akan terkirim ke sana.    


Jangan pula berubat dengan dukun dan pawang.   Udah la syirik.. nanti aura puan pula makin merundum mendengar diagnosis merapu hasil rekaan iblis.  Baik2 masalah tu sebenarnya kecik je.. tapi jadi bosar godang.  Iblis memang suka lah tengok Puan percaya pastu sedih... overthinking.  


Jangan juga ceritakan masalah ini pada yg tidak faham.   Mereka akan menambah garam dlm luka.   Sebab mereka tak akan faham.  Cerita saja pada Allah.  




Orang yang terkena sihir ni.. selalunya dilihat buruk oleh pasangan.  Muka comey pun nampak mcm Mak Lampir. Lagi lah jika Puan sedih lagi lah bertambah buruk.



Banyakkan istigfar dan baca doa Nabi Yunos ni.  

tip :.   Apa yang dilihat dianggap tidak ada.  Maksudnya jika nampak pasangan masam, anggap dia sdg senyum. Maafkan pasangan.  Syaitan melemah jika yg disantet dimaafkan. 

Lunturkan ilmu guna-guna dengan unsur air. Sering berwudhu (asal kering wudhu lagi.. sampai syaitan pun penat), sedekah, infaq, zakat, membantu orang lain, melapangkan jalan orang lain, mengasihi dan menyayangi orang lain.   Usahakan untuk sering 'bersama'(18sx) dgn pasangan walaupun mungkin pelbagai halangan.


Begitu juga circle.. pandai2 la filter.  Jangan tanya tip pada orang yg rumahtangga dah nak runtuh.  Tanya pada yg kembali membina bahagia setelah lama berendam air mata dan hidup hanya fokus untuk mencari redho-Nya saja.    Contohnya : Kawan2 ai, aura wajahnya makin memancar2 sampai kami bleh nampak kelainannya pada gambar.  Akhirnya suaminya pun jadi ahlil mesjid.  Alhamdulillah.


Bangunlah Puan dan senyumlah dgn gembira sambil membayangkan hantu2 tu plak yg menangis2 kat bucu katil meroyan sebab impian bodohnya tak tercapai.  Menyesal dia lantas balik mencekik emak dia pula.   Hahahaha... bye.


P/S :.   Orang perempuan ni ujian yg paling dia tak tahan.. suamilah.  Ujian2 lain dia masih ok lagi. Maka jika dia lepas je ujian tu.. insyaallah syurga lah tempatnya.  So,  keep going.  Don't give up.   Sikit je lagi tu nak sampai ke destinasi.



Tuesday, April 25, 2023

Bila ex datang beraya ke rumah.

Membaca banyak kisah kehidupan memberi ruang untuk kita belajar.  Dalam banyak-banyak topik raya, ada satu topik ni agak lawak sikit.  

Ok topiknya ialah.  Ex gf suami si polan datang beraya ke rumah mentua si polan. Mentua si polan mintak si suami layan.  Kalau suami tak keluar mentua dia marah-marah.   Apa yang harus dia buat?.

Kebetulan ianya pernah berlaku pada kawan ai.  Tak ingat apa solution dia lepas tu sbb dah lost contact.   Seingatnya dia memilih untuk buat dek.




Entah la... pelik2 je perangai ibu mentuanya tu kan Puan2.  Perlukan ketabahan yg tinggi untuk si menantu menanganinya.  Bukan semua orang mampu bersikap "professional" sebab ini melibatkan perasaan.    

Apa kata.. cari pulak ex gf bapak mentua, pelawa beliau datang ke rumah pulak.  Tengok apa reaksi ibu mentua.   Hahaha.   


Jika suami Puan bijak, beliau akan ajak Puan join sekali sekadar memenuhi tuntutan adab melayan tetamu.  Tetapi selitkan pujian untuk isteri sikit supaya isteri tak berjauh hati dan terpinggir.  

Contoh ayat :-

"Jemput makan.. sedap wife saya masak ni.  Dia ni memang rajin masak, beruntung saya".

"Ha itu la anak-anak saya, oo cantik ye?. Alhamdulillah.. nasib baik ikut muka wife.".


In conlusion, sebenarnya dalam hal ini kebijaksanaan suami memainkan peranan.  Seteruk apa pun sikap ibu mentua anda, jika suami anda seorang yang beriman dan waras, masalah ini dapat ditangani dengan baik.



Sekian. Tak usah pening2.. banyakkan berzikir!.


1) لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
2) حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ
3) لاحول ولا قوة إلا بالله 



Tuesday, July 21, 2020

Nak Kembali Merantau Kerana Ilmu Hitam?.

Cerita ini diubah suai sikit bagi melindungi nama baik "beliau".  Pepagi text.. pasti ada masalah besar telah melanda..

"Sam... you ingat tak I yang pernah duduk sana (Australia)?".

Ingat sayangku.. kenapa?.

"Balik sini je tros sakit... bla bla bla... prong preng... Prong preng.....kami kena sihir... bla bla...".

Maksud beliau tu.. masa duduk sini sihat walafiat...  balik sana terus sakit.  Ada la beberapa photo ditunjuk memang agak menyeramkan kondisinya.

Well... ai ni bukan Pengamal Perubatan mahu pun pakar kaunseling.. tapi sebagai kawan elok lah memberikan kata2 semangat dan perangsang.


"Jgn risau lah... Sembuh2.. inshallah..".

Tak sangka jawapan ai menggembirakan hatinya.

"Boleh sembuh ye Sam?.  Alhamdulillah.. lega I dah cerita dgn U Sam.   I was thinking of nak merantau je.. tak kisah la kalau terpaksa keja petik buah pun.".  Balasnya lagi.






Ada Saka Tak?.

"Nak tanya..  You ada saka tak?".  Eh jahat pulak mulut ai bertanya.  Bukan apa la kan.. kadang asik salahkan sihir.. rupa2nya saka.. sian pula "hantu sihir" dipersalahkan.   Wahaha..


"Tak de...".  Jawabnya ringkas.. dan ai percaya beliau memang tak de ciri2 orang bersaka pun..  eh macam ada six sense plak ai ni kononnya.  Kah kah kah..


Mungkin juga "penyakit ain" (bukan Ain anak ai tu).. "ain" iaitu pandangan mata hasad oleh orang2 yg iri. 


Kisah perempuan yg sakit di zaman Rasullullah S.A.W boleh memotivasikan korang sebenarnya.  Bila mana beliau diberi pilihan sama ada minta didoakan sembuh atau sebaliknya (tapi dgn sakit itu dpt Syurga).  Alhamdulillah beliau memilih Syurga.

Pasti lah nak pilih Syurga.. sebabnya bila didoa sembuh pun ada je nanti dugaan2 dan cabaran2 lain di dunia ini selagi namanya manusia.   Kiranya dugaan sihir tu masih ditahap kemampuan si penanggungnya.


Napa di tanahair je kena??.


Kadang2 mungkin elegik cuaca... maklum lah dah bertahun2 makan cheese.. tetiba balik sana dipaksa makan Tempe.  Tu yg sakit2.  Kekeke... mandai je ai ni.
Tapi kalau Ustaz yg ngubat kata sihir.. dan doktor yg scan kata tiada penyakit kronik.. wallahualam la kan.   So my advice will focus on your statement saja.. instead of cerita benda lain.




Kat sini hari2 minum iced latte.. kat sana tetiba dihidang kopi gobrez... terpranjat kot?.
Kekeke..




Bertabah sajalah.   Ilmu2 sebegitu pasti ada expired date.   Org yg buat tu pun tak kan ler  selamanya tak insaf2.. pasti tua sikit nanti ada niat nak tobat.  So... Sabar je banyak2 dan minta pertolongan dgn Allah.

Ai tertarik dgn satu kisah di sebuah page (walaupun ai dah insaf utk follow.. tapi lalu2 kdg terbaca.. Nak wat guane..TERbaca.)  kisah isteri yg tak disentuh suami bertahun2 sejak mlm pertama.  Berkat sabar.. mereka dah sembuh baru2 ni (berubat).. nak preggy dah kot.   Alhamdulillah.. happy kita dgr crita2 happy ending begitu kan.  Org yg bersabar pasti MENANG!.


P/S :

Sama2 lah kita doakan mereka sembuh.  Tak kan ler sampai nak lari tinggalkan negara pulak.. kos bukan seringgit dua nak duduk di kampung org.

Tuesday, September 15, 2015

Bertahan Atau Bercerai?

Assalamualaikum  w.b.t..


Gembira hati bila melihat  kawan2 yg mulanya  dilambung badai rumahtangga di usia mudanya, berakhir dengan kebahagiaan di usia tua mereka,  berhoneymoon ke sana ke mari.   Terdetik dalam hati, mulianya hati si isteri mampu memaafkan kesilapan suami yg pernah mencurangi.   Mak salute Dik Non..




Semalam, TERbukak balik fb aku yg dah lama diactivate.  Semua gara2 rindukan Mak aku. Tak sangka bertubi pulak message dlm inbox.. ( oh glamer jugak aku ni ye.. kekeke... ramai pulak merindu).   Oh bukan itu isu yg nak kupersembahkan kat sini ye.. tapi tentang message yg kuterima itu.   


Kesiannnnnnnnn.............. Sob sob sob sob.   Sedih hati  mendengar keluhan hati seorang wanita ni.. suami nak ceraikan dia... angkara tergila2kan ibu tunggal beranak 5.  Selama ni aku sangka beliau dah bahagia.  Almaklum ler...usia perkahwinan pun dah lebih 20 tahun lebih.  Umur pun dah hampir 5 siri. Tak siapa menduga, dugaan itu yg perlu beliau hadapi di saat anak2 dah besar, di saat2 yg sepatutnya suami perlu selalu ada di sisi menghabiskan sisa2 tua bersama.


"Ahhhhhhh kau carik je lain....  buat apa di simpan lagi lelaki seperti itu???!.  Dia dah lama buat hidup kau sangat menderita.  Kau balik je dengan pakwe lama kau!!".      Syaitan dalam hati aku berbisik2 menghasut... tapi..hehe...sebenarnya cuma dalam ati je la. Gila ke apa aku nak cakap cenggitu,  nak runtuhkan mesjid orang... tak baik kan.  Biarlah dia sendiri yg membuat keputusan.




"Aku masih sayangkan perkahwinan ini, aku kalau boleh tak nak bercerai".   Ujarnya... walau ini adalah kali kedua beliau dicurangi  (kali pertama, masa di awal2 perkahwinan).   Aduhh.... tabahnya kan?.



Begitulah antara rentetan perjalanan dlm liku2 kehidupan seorang isteri yg setia, (yg tak setia memang ler tiada tangisan dlm kamus hidup mereka sbb dah ada pilihan lain kann?).    Ok, arini aku nak sinopiskan beberapa episod perit yg pernah dilalui oleh kengkawan aku yg pernah dicurangi dan cara2 mereka menangani.

Kisah I

Puan J (bukan nama sebenar), seorang wanita jelita.  Apabila mendapati suaminya curang dgn seorang gadis,  berlaku la beberapa babak  air mata.  Pagi itu beliau mintak izin  dari si suami utk tido kat rumah kawan...  (of coz ler kena mintak izin, kang dituduh nusyuz plak..tinggalkan rumah tanpa izin).   Then, tiap kali suami pegi keja...  Puan J balik semula ke rumahnya, menjalani rutin isteri macam biasa... masak, mengemas rumah sekemas2nya. Selesai semua tugasan, naik Teksi.. tido blk rumah kwn.    Si suami pula tetap tido kat rumah itu tanpa isteri dan anak2 di sisi (gaknya sibuk dating dgn pompuan tu). 

Then, berlakulah episod itu selama sebulan, sehinggalah 1 hari... dah bosan gaknya suami dgn pompuan tu,  mereka pun slow talk, mencari jalan damai.   Akhirnya perkahwinan itu dpt diselamatkan dan kedua  mereka bahagia hinggalah sekarang.  Alhamdulillah.  


Kisah II

Puan P pula (juga bukan nama sebenar) tidak menduga suaminya akan mencurangi beliau.   Dalam lelehan air mata, memandulah dia bagai hilang arah tak tahu ke mana arah ingin dituju.   Last2 dari Kedah hingga ke Johor menjadi saksi tangisannya itu... punya jauh beliau memandu.  Kebetulan kat Johor ada sedara,  tinggallah beliau kat situ meninggalkan suami dan anak2 kat rumah.   Di Johor, si sedara tadi bawak berjumpa ustaz dgn niat untuk "mengubat" suami yg gilakan balik kekasih lama.   

Berkat kesabaran dan usaha2nya itu, Allah mengizinkan untuk menyelamatkan kembali rumahtangga mereka.  Alasan suami ialah...  "isteri terlalu sibuk dengan anak".    Laaaa pulak.  


NOTA :     KELUAR RUMAH HARUSLAH MEMINTA IZIN SUAMI YE PUAN2..


Kalau MIL aku pulak bagi tip, gaduh cemana sekalipun sesuatu pasangan itu..  biarlah sebumbung, kurang2.. boleh bacakan yassin or whatever sbg mencari jln penyelesaian.

Masing2 punya cara kan.. asalkan usaha perlu ada.

Alamak!.  Dah maghrib la... babai.
Esok aku kembali menjalani rutin seorang student,   cuti semester dah berakhir daaa......   maaf kalau tak sempat berkunjung balas.. itu petanda aku busy dgn assignment.


Nota :.  

Bahaya sebuah penceraian kerana ia akan meranapkan institusi kekeluargaan. Mcm mana anak2 nak dididik dgn islam yg sempurna andai ibu dan ayah mereka berpisah kerana dalam Islam ibu dan ayah mempunyai peranan masing2, tapi ajal, jodoh dan pertemuan semua adalah rahsia ALLAH..moga kita semua beroleh keluarga yg sakinah, mawaddah dan warahmah.  Aamiin.


Tuesday, September 8, 2015

Kawin Suami Orang

Assalamualaikum...

Sealim2 lelaki..
belum tentu dapat berhenti merokok..
Sealim2 perempuan.
belum tentu dapat mengizinkan suaminya berkawin lagi..


Tetapi lain pula halnya dengan isteri seorang jejaka yg tengah dlm dilema ni....  Kak Mirror speechless.   





Sekadar gambar hiasan kay... takde kena mengena dengan entry.   Ingat Syamsul Yusof dgn Putri Sarah je ke bleh manja2....  ai pun sekali sekala nak jugak gedik2 dgn hubby... jgn maree!!






Awak dah habis pikir ke untuk "menduakan" isteri awak yg semulia2 kejadian itu?.


Ibu yg "NORMAL" sememangnya tak akan sekali2 mengizinkan anaknya mengkahwini suami orang.  Logik pun andai ibunya menghalang dan tindakannya itu betul. Dari statement gf awak, Kak Mirror simpulkan yg awak belum ada kemampuan dari segi kewangan.  Banyak faktor yang awak perlu ambik kira.    Bercinta memang indah, tetapi menggalas tanggungjawab bukanlah semudah ucapan di bibir,  banyak waktu kena agih2kan dengan bijaksana, persediaan zahir dan batin kena adil.

Perempuan tu dah ada anak?.  Itu pun satu faktor yg perlu awak fikirkan.  Soal kewangan, kasih sayang dan sbgnya.  

Cinta tanpa restu keluarga selalunya tak membawa ke mana Dik.   Kita berkahwin bukan untuk sehari dua.  

Kesimpulannya,  gilaplah apa yg sudah ada di depan mata.  Isteri awak adalah permata di antara kaca2.    Enjoy your life..    hiasi hari2 tua  bersama dengan penuh kasih sayang.    Jgn habis madu sepah dibuang.   Sian dia Dik... 


Kak Mirror hanya mampu menasihat, penentu jodoh adalah DIA (Allah)...  solatlah istiharah. 





nota :-

Sebarang bentuk email akan dipublish.  Kak Mirror tak akan menjawab persoalan secara personal lagi ye....  






Tuesday, September 1, 2015

Cemburu Seorang Isteri

Asyik baca kisah aii je..
mesti boring kan?.  Balik2 kisah
makan strawberry.
Kita baca kisah orang lain la plak
arini puan2... ( walau kisah rekaan).

Alkisah..
Seorang isteri (nama tak
diketahui) keletihan baru balik keja...
Meluru terus ke bilik.. tetiba
kelihatan 2 pasang kaki (maksudnya
4 kaki) di bawah selimut busyuk
kesayangannya..
dgn perasaan cemburu
dan kemarahan meluap2,
diambillah kayu baseball..
dipukul 2 mahluk yg sdg lena tido itu sekuat2 hati... lantas dia pun turun
ler ke dapur sbb kehausan
yg amat... ditambah2 dgn
perasaan geram bercampur
baur.



Di meja makan suaminya menyapa :-
"Ayang...  tadi parents Ayang datang, Abg suruh dorang tido bilik kita. Ayang dah salam dorang?".

Skrip seterusnya.. sila sambung sendiri.
Sekian.






Tuesday, May 19, 2015

Masalah Remaja Terpanjang..

Kuss semangat.
Lain kali tulis apa2 ada perenggan ye Dik.. kalau Tak.. putus nafas org nk baca.  Takpe .. ni Kak Mirror dah perenggankan.   Tapi.. Kak Mirror busy..  so publish je la dulu .. kot2 ada yg bleh tolong.

Cuma.. yg boleh Kak Mirror buat kesimpulan ialah.. mungkin masalah kewangan yg buat beliau takde mood utk serious dgn mana2 Wanita.

U pun muda lg.. baru 18.  Jgn sedih2 hanya kerana keegoannya itu.  Kalau dah jodoh.. dia bercinta cemana hebat pun dgn "perempuan tua" tu.. jika jodoh dia mmg dah tertulis dgn U. Mmg dgn U la dia menjadi suami. Don't stress.. happy2 OK.

Anyway.. hanya Allah je yg tahu apa di sebalik isi hati lelaki itu... bukan manusia. Berhati2 tika "berubat".. skg ni ramai org bleh menyamar jd Ustaz.




Masalah remaja


Assalam sis, saya ade nak luah pada sis. hubungan cinta kami dh 5 tahun lebh start 2011 smpai skrg. tapi disebabkan sikap cemburu buta saya bila saya dpt thu die ada msj dlm fb dgn kwn ppuan sekels die, saya mrh and mitk break dgn die. die aggp saya main2. jdi die biarkan sye relax..




 tp saya xmtg lagi mse tu sye ikutkn rse skit hti n mrh sye ignore die.. bnde ni brlaku awal thun ni. die pjuk sye tp sye dgn ego saya die still brsbar. kami still baik lagi and sya okay lg smbut bfday die ap sume bln februari. tpi sye bt hal sbb sye asyik desak die utk trime sya balik. die trtekan n mrh. die xbl trime sya blik. tp die ttp layan sya.. and mse tu die ckp die msh syg ap sume. die kte die xnk ptus trus and msh brhubung ap sume. msuk bln ketiga die tnjuk skap ignore die pd sye sbb sye still bt prgai n desak trima sya balik. die trtekan,

keliru marah bengang die ckp pd sye jgn hbgi die lagi, jgn cri die lagi. pdhal dlm mse yg sama die ckp jgn tgglkan die dan die jujur pd mse tu die sdg brkwan rpt dgn ppuan yg tua dri die. jrk umo mereka dlm 2-3 tahun. sye kecewa and down sgt. sye desak die trime sya balik sya merayu menangis utk trme sya blik tp die ignore sya. sya mrh die ap kurg sya ap lbh die. die ckp ppuan tu pandai ambk hati die slepas kami brpisah.

kwn baik die ckp bg die ruang. jgn ggu die. die cri kwan utk hlg tkanan die sbb die nk org pham die wktu tu. smpai stu tahap sya ikut hti sye merayu pd die and die dgn keadaan mrh die bgthu hti die dh trtutup utk sya dn ppuan lain.. klu skdr kwn die trime tp utk couple mitk maaf. sya tnye die, dh xde prasaan ke pd sya and die ckp dh xde. hti die ksong.

sekadar gambar hiasan ..
tiada kena mengena dgn n3

sya tnye die dlm wasap suke ke pd ppuan tua dri die tu?syg ke?cinta ke? die jwb ye. pastu msuk bulan 4 bfday sye die smbut. die cuba lyn saya baik dan saya byk diamkan diri n ckp lembt pd die.. and die ckp tu last kite jupa n brhubung sampai skrg. dekat sebulan lbh miss kami xbrhubung sbb sye nk bg die ruang. pastu dlm wechat sye bgthu nak tgglkan negeri sendiri and dlm sebulan kami xbrhubung sbb die xbg sye call die, msj die and cri die..aggp die dh mati. and dlm sebulan kami xbrhubung sye gtau dlm wechat sye nk kluar dri ngeri sndri die trus msj saya slpas die tnye kwn sye tp kwn sye suruh die tnye sye sndri.
.
die pn msj sye tnye sya nk peg mne tp sya xbls. sya tkut utk blas. pastu sya ad upload gmbr sya masuk wad, die tnye sye kena ap. sya xbls. selang sehari sye msj die tnye khbr. die trus balas n tnya saya ad ne sakit ap.. sya bgthu sye n skit and ad luar negeri. die pun mitk maaf dkt sye n kte sbb die sya merana and menderita and nsihat suruh mkn ubat ap sume.. selepas tu dia snyap smpai skrg. sya blajar utk sabar.

 then saya dpt thu die dlm mslah kewangan. sye tnye kwn die merangkap kwn saya. kwn saya ckp die ad mslh kewangan. sya ckp saya nk bntu die. kwn saya ckp okay boleh tp sya mitk kwn sya yg aggap kwn sya yg tlg lelaki tu bukan saya. tp dlm mse yang sme sya tnye kwn sye mcm mne lelaki tu spnjg sye ad luar negeri. kwn saya ckp, lps die tnye saya nk peg mne trus die snyp.

kwn sya ckp msj lah die..die tgh rndu tu sbb kwn sye tgk slma kami xbrhugung die mcm xbtl.. byk trmenung. sya xtu nk prcaya atau x. then kwn saya tu plak ad msla kewangan jgk. jd sya pn tlg jgk. kwn saya ckp die nk tlg sya getback balik dgn die tu..sbb die sgt bhgia dgn sye jdi kwn sye nk die dgn sye jgk. lepas sya bg duit pd kwn sye utk bg pd die kwn sye trus brubh. bile sye tnye mcm2 die ckp smpaikan sye pelik dgn sikap die. last2 sye dpt thu kwn sye dh brckap dgn ppuan yg tua dri lelaki tu n kwn sya ckp makwe die ke.


 ppuan tu ckp tnye lah die sndri pastu ppuan tu gelak. and kwn sye tnye dkt die and die jwb xthu nak kata mcm mne tp klu g mne2 mcm inform n selesa dgn ppuan tu skrg pastu die ckp klu jdoh die dgn ppuan yg tua dri die, die trima.hancur hti jgn ckp lah tp rmai kwn sya yg ad wktu sya susah ckp jgn trlalu ckp org sbb sye xnmpk and xtgk dgn mata sya sndri. pastu kwn sye lepas dpt duit dri sye die trus brubah.

mcm2 die nk mngelak bile sye tnye psl lelaki tu. kdg2 xbls. sya ad jugk msj lelaki tu tnya khbr tp lgsg xbls. sye sbr jgk. then sya buat solat istikarah selama 5 hari.. Allah Maha Mengasihi, die mnculkan wjah lelaki tu sdg trsnyum pd sye n sye tenang pd wktu tu. then sya brkenalan dgn ssorg, llki tu prihtin pd sye then tbe2 sye jth hti..sye keliru.. sya pun bt solat istikharah lagi samada utk plih lelaki yg sya bru kenal atau tggu bekas kekasih saya tu. Allah sekli lagi bantu sya. Allah mnculkan bekas kekasih sya tu jgk.  jd sya redha n sbr skrg.

then sya nk kuatkan hti sye rujuk pd ustaz yg sya prcaya.. ustaz tu tlg sya dgn mitk nama saya dan bekas kekasih saya. esokkan ustaz tu tlg sya.. ustaz tu ckp die dgn sya msh ad pluang utk brsama kembali dan ambil masa jadi bersbarlah dulu. sya tnye lah adkah bekas kekasih sye msh sama prasaan pd sya.. ustaz tu jwb ye masih sama.

tp ustaz adkah die ad prasaan pd ppuan tu, ustaz tu ckp tiada. hanya kawan shja. sya bgthu lah ap kata2 lelaki tu pd sye and ustaz tu jwb lelaki tu xbrmaksud dgn kte2nya.. sume tu hanyalah di mulutnya sahaja. bukan dri hati die. then ustaz tu jwb pd sye jgn  cmburu dan cpat marah pd die. sya faham. ustaz tu ckp, lelai tu akan kmbali pd sya apabila perasaan marah reda. jadi bersabarlah.

 saya pun tnye lagi. adkah kami mmg dpt brsama kembali, ustaz tu ckap. ya. then sya trima. sya brsbar smpai skrg miss. xprnh brhnti brdoa supaya hti die lmbut dan trbuka utk saya.

 sya xthu lah miss sejauh mne bekas kekasih saya dgn ppuan yg tua drpd die tu. smpai stu tahap sya pkir, semudah tu die lupa kenangan 5 thun lbh. semudah tu die lupa saat susah senang sya dgn die. mak ayah n adik brdik kami dh kenal saya dan bekas keaksi saya. die dah pun bgthu mmg die akn ambk saya sbgai isteri. dan bila jadi mcm ni sya sebak. sya dh brubahkan diri saya. mtgkan pemikiran sya tp musthil die thu sbb kami msh xbrhubung mahupun brjumpa.


 lelaki tu umo 22 tahun mnkala saya 18thun skrg. bila stiap kali sya tgk status wechat die sume kbyakan sdih2. sya sbr diri sya sis. trlalu tggi ego die sis. sya xthu nk buat ap lagi dh. kdg2 sya ad wasap die, die online double tick tp xblue tick. then sya diamkan diri. brubah diri mnjadi lbh baik, buangkan negatif sume saya dh buat tp die still xthu. sya ad mitk klu xblh jd kekasih brkawan pun xpe tp die tetap xblas. sdih sgt sye sis, smpai tahap tu mara die smpai die buang saya. apa pndpt sis?



Cool sis.. sejukkan tekak dulu..


**************
Hayati hadith ni.. hati akan menjadi tenang..

Dari Ibn Abbas r.huma.,katanya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya)":

"Wahai anak, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah: Peliharalah hak- hak Allah nescaya Allah memelihara kamu. Peliharalah hak-hak Allah nescaya engkau akan mendapati-Nya di mana sahaja kamu berada. Apabila kamu ingin meminta, bermohonlah kepada Allah. Apabila kamu inginkan pertolongan, mohonlah pertolongan daripada Allah. Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan suatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan ke atas kamu. Telah pun diangkat segala pena dan telah keringlah segala buku. (segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di lohmahfuz)."

[Hadis Sahih Riwayat at-Tirmizi & Ahmad]

Keterangan:
Hadis ini menerangkan bahawa segala ketetapan adalah daripada Allah...Wallahu'Alam.

Wednesday, September 18, 2013

Termakan Sumpah..

Pernah mengecewakan orang tak?.   Takpe.. simpan saja jawapan utk soalan itu dlm diary, anggap itu sekadar mukadimah utk entry  Makcik kali ini.  (kejap jd Kak Mirror.. kejap jd Makcik, hahaha.... layan kan jela ye keBIGauwan ai ni ye adik2.)  

Hari ni kawan Makcik  teringin nak jadi "heroin" kat belog Makcik.  Terharu makcik. Mekasih.. Beliau ada menitipkan satu kisah dan tauladan tentang dirinya utk renungan adik2 di luar sana... khasnya kpd yg blom kawin.   Biar makcik sinopsiskan walaupun tulisan sebenar beliau  ni agak panjang dah mcm novel!. :P

Masa umur Sherry (bukan nama sebenar) 22 taun, Sherry telah bertunang dgn jejaka sekampung.  Dek kerana mengejar kerjaya, satu hari beliau meminta pertunangan diputuskan... of coz le kecewa tunang dia kan... kira merayu2 la supaya jgn putus, tapi Sherry yg degil ni tetap jugak nak putus.   Tunang dia pun menyumpah2 la... lebih kurang begini la kot ayat2 si tunang... 

"Kalau Sherry putuskan jugak, jgn menyesal!.  Kelak Sherry akan kecewa dgn org lain nanti".

"Ahhh...... Sherry tak kisah, Sherry berSUMPAH... Shery sanggup terkecewa dgn org lain dpd meneruskan pertunangan  dgn Abg!!".




Dipendekkan cerita,  diorang pun putus tunang.... selang beberapa taun Sherry  menemui cinta baru...  dah elok2 mcm nak bahagia tetiba putus di tgh jalan, jejaka dipuja tepon mintak putus kononnya emaknya dah nak jodohkan dgn org lain.  (alasan semata tu... tektik org mintak putus secara berphysology).   Frust menonggeng la Sherry ni.   Hingga la bulan berganti tahun... 10 tahun berlalu,  umur Sherry pun kian meningkat, uban di kepala kian memutih (agaknya la...hahaha)... namun tiap kali menemui cinta baru semuanya berakhir dgn kegagalan.   Ada yg dah elok2 mcm dah nak meminang sgt, tapi tiap kali berjumpa macam panass je, rasa nak gaduhhh je.... maka, tersedar la Sherry dari lamunannya yg panjang.  Wajah ex tunang terbayang di ruang mata.  Kifarahkah ini?.  Bisik Sherry...




Makcik rasa.... mungkin la jugak kot kifarah.   What goes around comes around.. kata atok aku.    Tapi tak boleh jugak la nak salahkan Sherry sgt... sebab jodoh kan dah tertulis.... nak buat guane kan?..  Cuma kesilapan Sherry dlm hal ni ialah suka cakap "SUMPAH2" tu la.... kan dah termakan sumpah (sib baik tak makan sesumpah goreng... geli Makcik!).... pastu kalau nak putus pun jgn la membentak2.   
Cakap la elok2 ala2 wanita jawa terakhir.  Reject with the good manner org kata... Ishhh kau ni Sherry oiii..... anyway, skrg ni Sherry dah pun bahagia dgn somi tercinta dan berharap adik2 di luar sana jadikan la cerita ni sbg tauladan.  Sekian.




p/s :   Keja2 makcik yg mlm tadi tu dah siap!.  Pasni boleh la blogwalking besar2an... kejap ye.  Thanks singgah.



Friday, July 5, 2013

Entry Untuk Wanita Yang Dicurangi.

Tak sangka baru sehari aku tak on line  si Comei  dah rindukan aku... :P
Aku keja luar la arini.. (diulangi... keja luar ye bukan nyoping, belum gaji la katakan...).
Tapi sempat la aku menyinggah ke kedai minyak atar (dah lama aku nak cari minyak atar yg bau ala2 Mekah, tapi tak jumpa2 lagi)..  sementara nak tunggu "boss" aku selesai solat Jumaat then pastu kitorang sambung keja kat beberapa buah opis.


Dalam membelek2 minyak2 kat situ, TERramah pulak aku dgn kakak penjual tu dan tak semena2 beliau tetiba  menceritakan riwayat sendunya, macam la dah kenal lama dgn aku.... mungkin terperangkap dgn soalan cepumas aku kot... "Kakak dah kawin?.  Muka akak awet muda la... makan apa?".

"Tak de makan apa2, sekadar selalu berlapang dada".  Jawabnya ringkas.

Aku rasa episod sendunya tu boleh la dijadikan pengajaran buat wanita2 monyok yg sominya dikebas orang di luar sana, maka terimalah "novel buatanku" ini hasil adaptasi dari kisah kakak  tersebut.... :D
*hahaha... novel la sgt... cerpen pun blom lepas ni.


Comei - nak beli novel tak sempat2 lg, terpaksa buat "novel" sendiri dlm belog... :P




*sekadar gmbr hiasan


"Nia (ni nama konon2),  boleh tak aku kawin dengan laki kau?".   Terkejut Nia di suatu malam menerima panggilan telefon dari kawan baiknya sendiri. 

Of coz lerrr  Nia terkejut badak kan... kawan yg disangka tempat mengadu domba, selalu berkunjung ke rumah malam2, makan sama2 satu family  tetiba  berniat nak jadi madu!!! (plak tu mengaku  terlanjur ngan somi ).   Maunya tak hancur luluh hati Nia.   Dipendekkan cerita akhirnya terkawin jugak mereka berdua.  (menurut ceritanya,  sominya dah kena bomoh... wallahualam, tak tau la kesahihannya kan... entah2 suka sama suka).









"Biarlah kalau  kau nak sangat harta somi aku tu, ambik la.. (habis semua rumah, keta atas nama bini muda, Nia yg kawin sejak usia 19 taun tu satu sen pun tak dpt apa2)...."

"TAPI!!!!! kau tengok la nanti... hidup korang  tak akan tenang!!".   Sumpah Nia di dalam hati.  Mestilah Nia kesal kan... susu anak pun somi tak mau beli, ( after dah kawin baru tu ler, sebelum2nya ok).. khabarnya bini muda dia tak bagi. Tapi yg ajaibnya, Nia masih lagi melayan mereka dgn baik bila datang ke rumah, hidang makanan sedap2 apa semua.  Owhh... tabik spring la dgn kau Nia oii..

"Buat apa saya nak bersedih2?.   Kalau saya menangis meraung2, bergaduh dgn diorang pun bukan boleh mengubah benda yg dah terjadi?.  Paling2 muka saya yg akan cepat tua.   Saya tenangkan hati je, dalam masa yg sama saya yakin balasan Allah itu ada".   

Ya, ternyata... doa orang2 teraniaya itu makbul... dipendekkan cerita (kata nak tulis novel, tapi sibuk je nak memendek2kan cerita aku ni kan?.  Haha).   Dipendekkan cerita, kini hidup si petualang2 tersebut bergelandangan, somi dah tak terurus, madunya  pula dah tak serupa orang.... sedangkan Nia pula kian hari kian ceria, walau suami dah tak serupa suami. 

*memang jelas keceriaan pd wajah wanita beranak dua  itu you all, asyik ketawa je... aku plak yg sakit perut duduk berborak dgn dia.

Bayangkan la dari  seorang surirumah teraniaya yg seumur hidup tak pernah keja, tetiba bangkit dari  kegagalan.  

"Bila kita ikhlas, Allah akan menolong kita...  ".  Ungkapnya penuh makna.

"Sekarang saya happy dgn cara saya sendiri, Allah bagi saya keriangan lain... bila jumpa customer2 saya, berbual2 dgn mereka, tak semena2 hilang segala problem saya... kat situ la hiburan saya..."

"Bagi saya, tak perlu la saya nak jadi macam kawan2 saya yg lain tu, diorang hilang arah, ada yg mabuk2 hanya kerana kecewa dgn suami, itu semua salah... kita yg rugi kalau macam tu, kita hidup ni bukan kat dunia je ".   Kata kakak tu mengakhiri perbualan sebab tepon aku tetiba berbunyi petanda IRP dah selesai solat Jumaat.

Begitulah ye puan2... mana2 yg boleh dijadikan pengajaran tu, ambik la jd pengajaran..  Penat aku menulis ni tau!.  Ya la, kita ni tak kena kat batang idong kita, tau la kita nasihat org, tapi apa2 pun....sama2 la kita berdoa.. moga2 sesiapa pun di dunia ini hidup dgn penuh ceria bersama pasangan masing2.   

Sekian.


p/s :

*Wanita yang mempesonakan bukan bererti kerana parasnya yang cantik, tetapi  yg sentiasa melukis kekuatan melaui proses kehidupan mereka.

*Wanita yang hebat bukan bererti kerana disekelilingnya ada lelaki yang gagah, tampan mahupun kaya, tetapi wanita yg hebat ialah yg mampu utk bangkit dlm menyelesaikan setiap permasalahannya, sentiasa berdoa dan percaya bahawasanya hanya Allah SWT sumber kekuatan baginya.


Wednesday, July 3, 2013

DAH KAHWIN TAPI SUKAR MELUPAKAN KEKASIH LAMA - mohon pandangan teman2 blogger

Assalamualaikum teman2 blogger yang dikasihi sekalian...
Hari ni belog Miss Mirror nak bawakan anda satu permasalahan rumahtangga orang.  Harap ada teman2 blogger yg sudi meleraikan kekusutan kawan aku yang sorang ni.   Nama adalah dirahsiakan.
"DAH KAHWIN TAPI SUKAR MELUPAKAN KEKASIH LAMA"


Ha, itu la masalah kawan aku tu, aku namakan dia sbg Puan Loyah (bukan nama sebenar).  Umur dah baya2 aku dah, dah kawin pun, tapi blom ada anak lagi... (heeee itu la kau ni napa lawo sgt, dah tua pun masih lawo).... dia mintak aku bagi dia kekuatan cemana nak lupakan xbopren dia yg tiap malam dok ngorat dia kat sos med, ajak kawin  (oh ya xbopren dia tu masih ganteng lagi dan masih teruna   dan orang berada pula).

Aku ada cakap ngan Puan Loyah...

"Sbg kawan yg siuman, tak de yang akan cakap perbuatan kau mencurangkan suami itu perbuatan yang betul".  

Perbuatan  itu sungguh tak bermoral.   Perbuatan kau tu sungguh menjijikkan.   Baik ko solat tobat sekarang!.   (cehhh.... tetiba aku jadi poyo pulak, rasa2nya Puan Loyah tak akan berkecik ati kot aku cakap cenggini, bukan ke dia jugak yg mintak aku bg kata2 semangat utk melupakan jilaka tu). *jilaka tu apa ha?.  Aku pun tak tau, selalu terbaca kat forum2 utk menggambarkan lelaki2 yg gatal dan miang.
Somi Puan Loyah pula pada perkiraan aku dah cukup OK, cuma agak berumur.. ekonomi stabil, cuma menurut Puan Loyah dia kurang belaian kasih sayang,  sibukkkkk je dgn keja... romantik2 tu takde.. (tapi standard2 lelaki melayu mana ada yg romantik).... dan ada la penderitaan2 lain yg Puan Loyah pendam yg tak boleh aku detailkan kat sini, kang ada pulak yg tau sapa Puan Loyah yg sebenar.






Tapi yg aku terkejut, Puan Loyah jarang pegang duit cuma apa yg dia nak dia dapat la.  Laa dah kaya cenggitu pun somi tak nak bagi dia pegang duit.... bagi la bini pegang duit sikit, dah la bini tu surirumah sepenuh masa... jangan nak tunggu bini merengek baru nak bagi... kan bini dah dingorat orang.  Masa dingorat gini la bini akan mula muhasabah balik kelemahan2 somi...   
(mujurlah IRP bagi aku pegang duit sikit.. kalau tak tentu aku pun dingorat orang juga..... kekekkeke).



Aku dah suruh Puan Loyah membayangkan muka  jilaka tu  macam muka Beruk Mak Yeh....harap2 tip tu berhasil.
Dah berminggu dah Puan Loyah membuat solat isytiharah, solat hajat untuk meleraikan kekusutan di hati, tapi makin dia cuba untuk melupakan lelaki tersebut, jiwanya makin meroyan.  Syaitan semakin  bermaharajalela mengganggu fikirannya.   Yang paling dasyatnya, jilaka tu berdoa depan Kaabah untuk berjodoh dgn dia.   Ya Rabbi...  tu siap tulis kat Jabal Rahmah la tuh.
Memang hensem ganteng tau lelaki itu!!!.  Eh... eh... cop cop.....  tak hensem, tak hensem.. sungguh tak hensem.  Maaf ler, terpaksa aku kata dia tak hensem sebab ngorat bini orang, cam dah takde anak dara je kat donia ni tau!.



Kau bayangkan je la suasana kat neraka biar kau takut.. :D

Tip lain :.   If you start smiling at someone's message.  Block them.  Yesss please do!!!


Nota :

**terkadang aku bersyukur sebab dikurniakan xbopren2 yg semuanya siuman2 belaka... takde yg patern2 cenggini.   (ehhh gelinya dah tua2 gini sebut perkataan xbopren... mau muntah anak2 aku baca.. astagfirllahalazimmm).

Update untuk ending cerpen ini  :.    Mereka akhirnya berkahwin.   Nak wat guane, dah tersurat jodohnya begitu.

As for me, InshaAllah MISS MIRROR won't easily leave the one she loves..but once she left.. inshaallah she will never come back..


Tuesday, April 23, 2013

Derita Mengkawini Anak Orang Kaya

Dulu I pernah menulis tentang Perempuan Cantik, Nasibnya Tak Secantik Parasnya...
jadi... adakah  entry ni perlu I beri tajuk yg sama..." Jejaka Hensem, Nasibnya Tak Setampan Orangnya"?.     Macam tak sesuwaiiii.... bunyi macam pondan je...hahaha.... gulp sorry!.   Maksud I, bunyi macam tak macho pulak tajuk tu.

Alkisah.... I baru je terjejak sorang rakan lama di sebuah laman sembang popular, dan terkejut mendengar gossip seorang kwn lain... Mr D (bukan nama sebenar), seorang jejaka kacak lagi sopan santun orangnya.   Mungkin atas  tekit sbg jejaka kacak,  seorang gadis jelita, anak orang ada2  telah berjaya memenangi hatinya.... terpaksa la Mr D say good bye kat semua gadis2 yg tak berapa berada yg telah menaruh hati padanya selama ni...  lalu berkahwin la mereka dgn penuh kegemilangan.   Kecewa la semua awek2 tu menggigit jari. Dipendekkan cerita...  lepas kawin, hidup Mr D sgt berubah.  Of coz le bertambah kaya... tapi  keceriaan tidak lg terpancar di wajahnya.   Kawan2 nak jumpa pun susah.   Kalau nak jumpa pun, sikit2 tengok jam.. macam nak balik cepat je.





Rupa2nya bini Mr D ni sgt garang orangnya...  lagi mengontrol segala pergerakannya, kalau balik lambat sikit je si D tak dpt  nak masuk rumah.. tido la ko kat mana2, kat pondok kucing ke, pondok guard ke.. suka ati la.  Mr D  tak boleh nak buat apa dah.. apatah lg mengenangkan dia keja  dgn Pak Mentuanya yg kaya raya itu, segala projek dan harta2 yg dimilikinya  pun Pak Mentua yg empunya.  Cakap byk, alamat la akan sirna segala yg dikecapinya selama ini.    

Itu je la I nak cerita... dan moral of the storynya korang sendiri la yg pikir... sebab I tengah memikir2 percakapan sesorang yg mengimbas nasihat ayahandanya ni..

"Kalau nak cari bini, jgn cari anak orang kaya sgt, cari yg sekufu...   nanti kau akan jadi kuli".

Emmm......Mungkin ada benarnya kot.   Tapi seram plak  nak komen bebanyak sebab kadang apa yg kita risaukan itu la yg kita dapat.   Pokok pangkalnya kita sebagai ibu doakan je la yg terbaik utk anak2 kita... kan?.


Sunday, March 17, 2013

Kahwin Paksa - Adakah lazimnya tak membahagiakan?

I percaya..... tak semua perkahwinan paksa itu tidak membahagiakan.
I ada beberapa koleksi sahabat yg terpaksa melalui detik getir itu dan akhirnya mereka mampu mengecapi kebahagiaan walau pada mulanya mereka berbuat perkara2 yg tak masuk dek akal (enggan tido sekatil selama berbulan2).








GAMBAR TIADA KAITAN DGN ENTRY - ..... alhamdulillah.. mlm td dah dpt pun Meltey Hersey yg I idamkan tu bersama gadis2, wanita2 dan jejaka2 di atas..



Puan X dlm penceritaan di bawah ni pun nampaknya telah bahagia dengan pemuda pilihan keluarganya... Mungkin ada di antara anda yg sedang menghadapi kemelut yg sama (digoda buaya pren lama)... boleh la ikut jejak langkah Puan X - TINGGALKAN DENGAN NEKAD!.    Mari kita baca kisah beliau..




credit kpd KRT 



Salam mohon dihidekan nama saya, sekadar ingin berkongsi pengalaman. Saya sudah 6 tahun berkahwin dan punyai 4 org cahayamata. Dulu sebelum berkahwin saya pernah jatuh cinta dan ingin berkahwin dgn rakan sekolej tetapi hubungan tiada restu famili jadi kami berpisah dan hanya berkawan spt sebelumnya, selepas setahun bekerja famili kahwinkan saya dgn pilihan mereka supaya saya tdk berhubung dgn kawan/bekas teman lelaki saya, saya hanya menurut perintah jika itu boleh membahagiakan kedua org tua. Sehingga sekarang saya masih berhubung dgnnya walaupun sudah berkahwin tanpa pengetahuan sesiapa tetapi sekadar teman biasa. Saya bahagia dgn perkahwinan saya walaupun suami bukan pilihan hati tetap dia terlalu baik dan memahami.



Saya dan bekas teman lelaki ditakdirkan sepejabat kebetulannya kerana dulu belajar dlm bidang sama. Dia ada memberitahu susah untuk lupakan saya, bertahun2 mendengar ayat yg sama walaupun terang2 bersuluh saya isteri org. Walaupun dia hanya kawan tetapi cara dia ambil berat terhadap saya tu seperti lebih dari kawan menyebabkan kawan2 ofis lain begitu curiga.



Saya pernah menjauh dari dia seketika tetapi apa pula salah dia jika tiba2 saya sisihkan dia kerana sukar untuk dia lupa masa2 yang lalu, saya carikan calon isteri untuk dia...dan akhirnya dia setuju dan akan berkahwin tidak lama lagi.



Saya tumpang gembira dgn keputusannya tetapi dia pernah bagitahu perkahwinan ini adalah kerana pilihan saya dan dia mohon saya doakan agar dia boleh lupakan saya setelah dia berkahwin nanti. Dengan itu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja secara diam2 selepas dia berkahwin dengan harapan dia boleh lupakan saya. Saya terpaksa berkorban kerjaya saya dan mencari kerja di tempat yg baru supaya dia lupa terus saya. Saya ingin lari dari fitnah dan saya sayang suami dan anak2 saya, saya risau jika fitnah dari kawan2 boleh meruntuhkan rumahtangga saya. Tidak dinafikan ada lah juga sedikit kesedihan di hati bila berpisah dari kawan yang banyak membantu selama ni, terlampau banyak perkara susah senang bersama, dari kolej sehinggalah hari ini. Tetapi lepas ini tiada lagi, semua itu tak perlu ada lagi kerana saya ingin akhirinya dgn cara yang baik..





P/S : Kak Mirror ucapkan syabas kepada puan kerana telah berjaya melawan bisikan iblis. Tindakan puan berhenti kerja demi menyelamatkan rumahtangga puan dan bebas dari unsur2 fitnah memang patut dipuji. Moga rumahtangga puan terus kekal bahagia hingga ke syurga - aamiin..... Cinta Tak Semestinya Memilikki...

Wednesday, February 27, 2013

Cemana nak kenal pasti lelaki yg bila kawin dia akan malas keja?

Bila kali last anda berdating ngan somi?
Kita dah lama tak dating sekarang ni...
tak sempat... breakfast date cam dulu pun dah tak sempat..
Somi I dah makin sibuk..  pegi keja pepagi buta, balik keja memalam buta lately ni... (ni  simptom2 isteri sdg membebel ke apa ni?).

Tak.. tak membebel pun...... tapi suka...(ye ke?).
Ya ler..suka la jugak....kalau nak dibanding dgn nasib kengkawan yg kesedihan dan bernasib malang di luar sana..
Kesian kengkadang...

INFO :  Isteri2 di Jepun khabarnya akan membebel kalau somi mereka balik keja lebih awal... 

Itu ari I baru je bukakan satu topik di wall FB... (fb gang masak2 bukan fb I yg kerudung itam tu, segan I nak tulis kat situ sbb kengkawan lelaki lebih ramai kat fb yg tu, kang ada yg terkena kat btg idung diorang, rasa bersalah la plak I....  tapi ada ke kwn I yg malas keja?.  Moga2 takde la kan.)

"Cemana nak kenal pasti lelaki yg bila kawin dia akan malas keja?". itu la tajuk yg I maksudkan tu..


Takde jawapan yg specifik pun (bini2 tu reply).... sebab selalunya tembelang tu muncul bila dah kawin...  Masa belum kawin ok je.. pegi keja balik keja mcm lelaki2 normal yg lain.   Bila dah kawin tetiba jadi tak normal..... merundum.... merundum.... terus tak mo keja langsung, bini yg tanggung segala... dia asyik tido je kat rumah..... rupa2nya mat gian.  Astagfirllahalazimm.... siannya bini2 yg cenggini.   Nasib kau la  Markonah...





Tak jelous ke diorang ni dgn jejaka2 Indonesia yg merantau ke sini, hanya dengan "menyawit" kat kebun2 org  pun diorang boleh collect at least RM1,000.00 seminggu?.   Sudahnya bila awek lari dikebas jejaka Lombok.... siang mlm pandai plak  menangis..




Tak phm kengkadang dgn orang yg ada kudrat, badan tough.... tapi malas keja.
Terpikir olehku... apa masalah mereka sebenarnya?.  Cari keja tak dpt2 ke?.
Jual goreng pisang pun bleh kaya tau...

Sedapnya goreng pisang bersalut keju dan coklat... jom la kita buat..
Cara2 memasaknya ialah :  

1).  Sediakan goreng pisang, suka ati la byk mana.  
2).  Aturkan atas pinggan.  
3).  Taburkan chocolate rice (tabur masa pisang tgh panas, jd coklat rice tu akan mencair)...
4).  Last sekali tabur cheese..


motif entry :  tgh  hot dgn orang ni tau!.  Sampai ati dia buat kwn I jd cenggitu... siang mlm bertungkus lumus cari duit membesarkan anak... tapi dia (si somi) sedap2 je kulur kilir cari awek..

Thursday, February 21, 2013

RM1000 untuk 2 bulan cukup tak ?

Tertarik dengan soalan seseorang di sebuah portal rahsia....
"Cukup tak RM1000.00 untuk 2 bulan bagi isteri yg suaminya out station, balik jarang2, anak 2 orang."... dan oh ya, utk info isteri difahamkan tidak bekerja.

Pendapat Kak Mirror?.    Kalau anak jenis sihat selalu,  pakai lampin kain, bfeeding, bini tak suka keluar memana, anak blom sekolah, tak banyak jemputan kawin,  ada tanam sayur2an belakang rumah.... in shaa Allah cukup kot.




lampin kain - pix credit to google 

Sunday, December 16, 2012

Perkahwinan Jarak Jauh ~ satu tip menyelamatkan rumahtangga yg goyah?

Macam2 masalah rumahtangga org terpampang di wall fbku saban waktu.... (itu la padahnya bila mengLIKE page2 rumahtangga).. tapi takpe, I suka je membacanya... di situ la tercabarnya skill kita mendepani permasalahan orang lain.    Time mood ok, I tolong reply...  kalau tgh tak ok... I just membaca komen2 yg lelain.

Ada satu tip dari pengkomen yg I nak highlightkan hari ini... dia kata...

"kadang kala PERPISAHAN JARAK JAUH antara suami dan isteri mampu mencairkan hati si suami....penceraian bukan jalan penyelesaian".




I rasa I kena setuju 30% je.. (itu pun utk mereka yg berdepan dgn suami baran dan kaki pukul).. sebab kawan I yg sorang pernah mempraktikkannya masa tgh huru hara dgn suaminya dan hasilnya... suami yg dulunya buat tak tau, mula mengambil berat setelah berjauhan.   Tak tau la beliau ni dpt idea dari mana... memula kita tengok dia bawak kain baju balik kg, hati dah berdetik "Stupid idea!  Dah tau suami curang, yg dia lagi nak  duduk jejauh kat kg tu pehal la?".   

Tapi ternyata... telahanku tidak benar, alhamdulillah...nampaknya  makin lama, makin ok pulak diorang.. now dah menjalani hidup yg normal (maksudnya dah tak berjauhan lagi sebab keadaan dah kembali pulih)...

Tapi tak kurang juga yg gagal.... makin berjauhan, hati semakin jauh, nafkah zahir batin pun jauh... sudahnya bercerai.  Takziah..


**Apa2pun.. kalau nak berjauhan kena la mintak izin, kang tak pepasal dijatuhi hukuman nusyuz sbb keluar rumah tanpa izin suami pulak..

**Sekadar pendapat peribadi...  jgn praktikkan tanpa bertanya yg pakar a.k.a pejabat agama.


Thursday, October 4, 2012

LUPA ANAK BINI KAT RUMAH... RUPA-RUPANYA KAT LUAR KENA TIPU.. (Awas! Ini entry hasutan)

Entry semalam tu niat sebenarnya nak jwb persoalan kawan I yg membuta tuli... "Eh kau pregnant ke?", dia tanya... pastu tetiba lupa pulak nak selitkan jawapan itu dlm entry semalam, gara2 banyak sgt mengupload gambar.   Maka, terpaksa la buat entry sekali lagi bagi menjawab soalan cepumas itu.



                        

"Atas alasan apa kau kata aku pregnant?".  Kataku.... (sebenarnya I masa tu tgh makan nasi berlaukkan sambal tumis cili padi yg sungguh lazat kau tau!. aduh! memang sedap, 3 pinggan I menambah tau! bukan selalu I dapat makan mcm ni, tunggu IRP outstation je baru boleh buat sambal cili padi sbb dia tak suka).

sorry atas segala kecomotan - sekadar utk menunjukkan betapa licinnya I makan..


"Kau tulis itu ari yg kau tak sabar nak makan aiskrim tu?.  Aku sangka kau pregnant ".   Jelasnya lagi..

"Ah kau ni, ngarut je. Itu  aku sekadar nak bagitau yg aku teringin nak makan benda2 tu..."

Bukan je aiskrim, kadang tekak aku ni tetiba  di malam nan  buta  terbayangkan  tom yam, terngiang2kan kerang rebus cicah sambal kacang Teluk Cempedak ....  sudahnya menguburkan semua keinginan tu dalam mimpi sebab tak terjangkau oleh akal, ada ke logik  mengangankan benda2 yg dah 10 tahun berlalu masuk perut kita..  Mujur je tak teringat apa yg emak kita makan masa kita dlm perut.. :D 


Teluk Cempedak - pix credit to Wikipedia..

LUPA ANAK BINI KAT RUMAH... RUPA-RUPANYA KAT LUAR KENA TIPU..

Ha... bila sebut pasal keinginan makan ni, I nak cerita satu kisah benar untuk renungan lelaki2 di luar sana... dgn harapan agar Uolls  ambil la ikhtibar dik non... supaya jgn la stupid sgt utk  menilai kaca dan permata..

GADIS A   :   "Sedapnya kalau malam ni  dapat makan Mee Hailam kat Jeng Kuan... tapi tgh pokai la pulak... Bila la nak gaji ni....???  ".  

GADIS B   :    " Aku pun.... teringin la nak makan nasi tomato kat simpang rantai tu.   Ha pekata kita cari sponsor??"


GADIS A   :    "Good idea... jom jom jom......sapa kita nak jadikan mangsa kali ni?."   Katanya melirik manja pada sahabatnya yg sedang asyik menyusun stok ke dalam rak... ( I tak termasuk ini filem ye... sebab masa tu kan I  dah ada buaya fren yg kacak gitu.. wah!.  Membela diri nampak :P).

Gadis B   menyebut beberapa nama... I mencuri2 dengar (apa taknya, dah seopis,  mestilah mau tak mau pun kita terdengar perbualan mereka kan)...  Semua senarai yg disebut itu adalah ORANG2 TUA yg menurut perkiraan I  tak de pun dlm list utk  dijadikan calon suami mereka punnnn, selalu kena kutuk lagi ada, "kerepot la, rambut dah beruban la, tak sedar diri dah tua tapi nak ngorat awek cun yg ramai peminat mcm dia, miang.. bla bla bla"... tapi yg peliknya tetap gak nak keluar dgn si tua itu pehal???? kannnn?.  Cuba pikir logiknya Dik.....  Tak ke itu bermakna mereka  sekadar ingin memanfaatkan dirimu sahaja...   Alahai, sian..  tu la, lupa anak bini kat rumah... rupa2nya kat luar.. sesenang je kena tipu... wakakaka... Jom kengkawan kita gelakkan... LOL..