Wednesday, July 3, 2013

DAH KAHWIN TAPI SUKAR MELUPAKAN KEKASIH LAMA - mohon pandangan teman2 blogger

Assalamualaikum teman2 blogger yang dikasihi sekalian...
Hari ni belog Miss Mirror nak bawakan anda satu permasalahan rumahtangga orang.  Harap ada teman2 blogger yg sudi meleraikan kekusutan kawan aku yang sorang ni.   Nama adalah dirahsiakan.
"DAH KAHWIN TAPI SUKAR MELUPAKAN KEKASIH LAMA"
Ha, itu la masalah kawan aku tu, aku namakan dia sbg Puan Loyah (bukan nama sebenar).  Umur dah baya2 aku dah, dah kawin pun, tapi blom ada anak lagi... (heeee itu la kau ni napa lawo sgt, dah tua pun masih lawo).... dia mintak aku bagi dia kekuatan cemana nak lupakan xbopren dia yg tiap malam dok ngorat dia kat FB, ajak kawin  (oh ya xbopren dia tu masih ganteng lagi dan masih teruna , ustaz  dan orang berada pula).

Aku ada cakap ngan Puan Loyah... "Sbg kawan yg siuman, tak de yang akan cakap perbuatan kau mencurangkan suami itu perbuatan yang betul".    Perbuatan itu sungguh tak bermoral.   Perbuatan kau tu sungguh menjijikkan.   Baik ko solat tobat sekarang!.   (cehhh.... tetiba aku jadi poyo pulak, rasa2nya Puan Loyah tak akan berkecik ati kot aku cakap cenggini, bukan ke dia jugak yg mintak aku bg kata2 semangat utk melupakan jilaka tu). *jilaka tu apa ha?.  Aku pun tak tau, selalu terbaca kat forum2 utk menggambarkan lelaki2 yg gatal dan miang.
Somi Puan Loyah pula pada perkiraan aku dah cukup OK, cuma agak berumur.. ekonomi stabil, cuma menurut Puan Loyah dia kurang belaian kasih sayang,  sibukkkkk je dgn keja... romantik2 tu takde.. (tapi standard2 lelaki melayu mana ada yg romantik).... dan ada la penderitaan2 lain yg Puan Loyah pendam yg tak boleh aku detailkan kat sini, kang ada pulak yg tau sapa Puan Loyah yg sebenar.




Tapi yg aku terkejut, Puan Loyah jarang pegang duit cuma apa yg dia nak dia dapat la.  Laa dah kaya cenggitu pun somi tak nak bagi dia pegang duit.... bagi la bini pegang duit sikit, dah la bini tu surirumah sepenuh masa... jangan nak tunggu bini merengek baru nak bagi... kan bini dah dingorat orang.  Masa dingorat gini la bini akan muhasabah balik kelemahan2 somi...   (mujurlah IRP bagi aku pegang duit sikit.. kalau tak tentu aku pun dingorat orang juga..... kekekkeke).



Aku dah suruh Puan Loyah membayangkan muka  jilaka tu  macam muka Beruk Mak Yeh....harap2 tip tu berhasil.
Dah berminggu dah Puan Loyah membuat solat isytiharah, solat hajat untuk meleraikan kekusutan di hati, tapi makin dia cuba untuk melupakan lelaki tersebut, jiwanya makin meroyan.  Syaitan semakin  bermaharajalela mengganggu fikirannya.   Yang paling dasyatnya, jilaka tu berdoa depan Kaabah untuk berjodoh dgn dia.   Ya Rabbi...  tu siap tulis kat Jabal Rahmah la tuh.
Memang koooo, hensem ganteng tau lelaki itu!!!.  Eh... eh... cop cop.....  tak hensem, tak hensem...   bujang terlajak tu sungguh tak hensem..Terpaksa aku kata dia tak hensem sebab ngorat bini orang, cam dah takde anak dara je kat donia ni tau!

Kau bayangkan je la suasana kat neraka biar kau takut.. :D



Nota :



**terkadang aku bersyukur sebab dikurniakan xbopren2 yg semuanya siuman2... takde yg patern2 cenggini.   (ehhh gelinya dah tua2 gini sebut perkataan xbopren... mau muntah anak2 aku baca.. astagfirllahalazimmm).

"MISS MIRROR won't easily leave the one she loves..but once she leaves..she will never come back (insha Allah)"









2 comments:

  1. As salam Sam,

    Eh, tadi kita buka ingat nk baca cite makcik2 mami jarum beli emas...tetiba kena jadi cik sri siantan pulak, mintak pendapat! kekekek ;))

    Tak pandailah nak komen bab2 gini, hanya tuan punya badan je yg tahu pergolakan yg berlaku... aceceh... tp isteri yg bermain perasaan dgn org lain selain suami sendiri dikira berdosa kan... nauzubillah... dah betul dah rasanya you bg nasihat mcm tu kat Pn Loyah tu...hikhik...

    Doakan yg terbaik buat dorang tu... Ya Allah, jauhkanlah kita dgn benda2 gini... manalah tau ade xboifren yg masih menyimpan hati kat kita dlm diam...hahhahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Marya...
      Keh3.... ha'ah kan, sekali kita nasihat2 org.. rupa2nya ada xbopren2 kita yg masih menyimpan ati kat kita... haruu.... kah kah kah.

      Thanks atas pandangan. Moga bermanfaat kpd Pn Loyah.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...