Tuesday, April 23, 2013

Derita Mengkawini Anak Orang Kaya

Dulu I pernah menulis tentang Perempuan Cantik, Nasibnya Tak Secantik Parasnya...
jadi... adakah  entry ni perlu I beri tajuk yg sama..." Jejaka Hensem, Nasibnya Tak Setampan Orangnya" pulak kot?.     Cam tak sesuwaiiii.... bunyi cam pondan je...hahaha.... gulp sorry!.   Maksud I, bunyi macam tak macho pulak tajuk tu.

Alkisah.... I baru je terjejak sorang rakan lama di sebuah laman sembang popular, dan terkejut mendgr gossip seorang kwn lain... Mr D (bukan nama sebenar), seorang jejaka kacak lagi sopan santun orangnya.   Mungkin atas  tekit sbg jejaka kacak,  seorang gadis jelita, anak orang ada2  telah berjaya memenangi hatinya.... terpaksa la Mr D say good bye kat semua gadis2 yg tak berapa berada yg telah menaruh hati padanya selama ni...  lalu berkahwin la mereka dgn penuh kegemilangan.   Kecewa la semua awek2 tu menggigit jari. Dipendekkan cerita...  lepas kawin, hidup Mr D sgt berubah.  Of coz le bertambah kaya... tapi  keceriaan tidak lg terpancar di wajahnya.   Kawan2 nak jumpa pun susah.   Kalau nak jumpa pun, sikit2 tengok jam.. cam nak balik cepat je.



Rupa2nya bini Mr D ni sgt garang orangnya...  lagi mengontrol segala pergerakkannya, kalau balik lambat sikit mmg si D tak dpt la nak masuk rumah.. tido la ko kat mana2, kat pondok kucing ke, pondok guard ke.. suka ati la.  D mmg tak boleh nak buat apa dah.. apatah lg mengenangkan dia keja  dgn Pak Mentuanya yg kaya raya itu, segala projek dan harta2 yg dimilikinya  pun Pak Mentua yg empunya.  Cakap byk, alamat la akan sirna segala yg dikecapinya selama ini.    

Itu je la I nak cerita... dan moral of the storynya korang sendiri la yg pikir... sebab I tengah memikir2 percakapan sesorang yg mengimbas nasihat ayahandanya ni..

"Kalau nak cari bini, jgn cari anak orang kaya sgt, cari yg sekufu...   nanti kau akan jadi kuli".

Emmm......Mungkin ada benarnya kot.   Tapi seram plak aku nak komen bebanyak sebab kadang apa yg kita risaukan itu la yg kita dapat.   Pokok pangkalnya kita sebagai ibu doakan je la yg terbaik utk anak2 kita... kan?.


6 comments:

  1. masa kursus kawen dulu pun ustaz ade terangkan...cari yg sekufu kalau boleh...

    ReplyDelete
  2. jiwa merana, batin terseksa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapek la den nak menolong...
      nasi dah jadi bubur.. :D

      Delete
  3. payah jugak cenggini..dosa oooo bini wat mcm tu kat suami an an kak mirror..sorry kak intan baru mai singgah..maaf yer kak mirror.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Intan ni ... takde apa yg perlu diminta maafkan, K.Mirror pun siang td cuma mampu singgah blog Intan tapi x sempat tggl komen. Hari ni tak berapa sihat..

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...