Tak sangka baru sehari aku tak on line si Comei dah rindukan aku... :P
Aku keja luar la arini.. (diulangi... keja luar ye bukan nyoping, belum gaji la katakan...).
Tapi sempat la aku menyinggah ke kedai minyak atar (dah lama aku nak cari minyak atar yg bau ala2 Mekah, tapi tak jumpa2 lagi).. sementara nak tunggu "boss" aku selesai solat Jumaat then pastu kitorang sambung keja kat beberapa buah opis.
Dalam membelek2 minyak2 kat situ, TERramah pulak aku dgn kakak penjual tu dan tak semena2 beliau tetiba menceritakan riwayat sendunya, macam la dah kenal lama dgn aku.... mungkin terperangkap dgn soalan cepumas aku kot... "Kakak dah kawin?. Muka akak awet muda la... makan apa?".
Aku rasa episod sendunya tu boleh la dijadikan pengajaran buat wanita2 monyok yg sominya dikebas orang di luar sana, maka terimalah "novel buatanku" ini hasil adaptasi dari kisah kakak tersebut.... :D
*hahaha... novel la sgt... cerpen pun blom lepas ni.
Comei - nak beli novel tak sempat2 lg, terpaksa buat "novel" sendiri dlm belog... :P
*sekadar gmbr hiasan
"Nia (ni nama konon2), boleh tak aku kawin dengan laki kau?". Terkejut Nia di suatu malam menerima panggilan telefon dari kawan baiknya sendiri.
Of coz lerrr Nia terkejut badak kan... kawan yg disangka tempat mengadu domba, selalu berkunjung ke rumah malam2, makan sama2 satu family tetiba berniat nak jadi madu!!! (plak tu mengaku terlanjur ngan somi ). Maunya tak hancur luluh hati Nia. Dipendekkan cerita akhirnya terkawin jugak mereka berdua. (menurut ceritanya, sominya dah kena bomoh... wallahualam, tak tau la kesahihannya kan... entah2 suka sama suka).
"Biarlah kalau kau nak sangat harta somi aku tu, ambik la.. (habis semua rumah, keta atas nama bini muda, Nia yg kawin sejak usia 19 taun tu satu sen pun tak dpt apa2)...."
"TAPI!!!!! kau tengok la nanti... hidup korang tak akan tenang!!". Sumpah Nia di dalam hati. Mestilah Nia kesal kan... susu anak pun somi tak mau beli, ( after dah kawin baru tu ler, sebelum2nya ok).. khabarnya bini muda dia tak bagi. Tapi yg ajaibnya, Nia masih lagi melayan mereka dgn baik bila datang ke rumah, hidang makanan sedap2 apa semua. Owhh... tabik spring la dgn kau Nia oii..
"Buat apa saya nak bersedih2?. Kalau saya menangis meraung2, bergaduh dgn diorang pun bukan boleh mengubah benda yg dah terjadi?. Paling2 muka saya yg akan cepat tua. Saya tenangkan hati je, dalam masa yg sama saya yakin balasan Allah itu ada".
Ya, ternyata... doa orang2 teraniaya itu makbul... dipendekkan cerita (kata nak tulis novel, tapi sibuk je nak memendek2kan cerita aku ni kan?. Haha). Dipendekkan cerita, kini hidup si petualang2 tersebut bergelandangan, somi dah tak terurus, madunya pula dah tak serupa orang.... sedangkan Nia pula kian hari kian ceria, walau suami dah tak serupa suami.
*memang jelas keceriaan pd wajah wanita beranak dua itu you all, asyik ketawa je... aku plak yg sakit perut duduk berborak dgn dia.
Bayangkan la dari seorang surirumah teraniaya yg seumur hidup tak pernah keja, tetiba bangkit dari kegagalan.
"Bila kita ikhlas, Allah akan menolong kita... ". Ungkapnya penuh makna.
"Sekarang saya happy dgn cara saya sendiri, Allah bagi saya keriangan lain... bila jumpa customer2 saya, berbual2 dgn mereka, tak semena2 hilang segala problem saya... kat situ la hiburan saya..."
"Bagi saya, tak perlu la saya nak jadi macam kawan2 saya yg lain tu, diorang hilang arah, ada yg mabuk2 hanya kerana kecewa dgn suami, itu semua salah... kita yg rugi kalau macam tu, kita hidup ni bukan kat dunia je ". Kata kakak tu mengakhiri perbualan sebab tepon aku tetiba berbunyi petanda IRP dah selesai solat Jumaat.
Begitulah ye puan2... mana2 yg boleh dijadikan pengajaran tu, ambik la jd pengajaran.. Penat aku menulis ni tau!. Ya la, kita ni tak kena kat batang idong kita, tau la kita nasihat org, tapi apa2 pun....sama2 la kita berdoa.. moga2 sesiapa pun di dunia ini hidup dgn penuh ceria bersama pasangan masing2.
Sekian.
p/s :
p/s :
*Wanita yang mempesonakan bukan bererti kerana parasnya yang cantik, tetapi yg sentiasa melukis kekuatan melaui proses kehidupan mereka.
*Wanita yang hebat bukan bererti kerana disekelilingnya ada lelaki yang gagah, tampan mahupun kaya, tetapi wanita yg hebat ialah yg mampu utk bangkit dlm menyelesaikan setiap permasalahannya, sentiasa berdoa dan percaya bahawasanya hanya Allah SWT sumber kekuatan baginya.
Bagus lah akak tu.....termotivasi....:)
ReplyDeleteAty - inilah yg dikatakan...anugerah dari kegagalan..
DeleteHai sam...lama tak jenguk siini.baca tulisan oops Novel sam yang best ni....
ReplyDeleteBetul, mmg kita kena lapangkan diri selalu walauapa pun masalahyg melanda... Raikan kesedihan, tapi tak mudah nak buat sebenarnya, kan?
Aisy - novel.... hahaha.
DeleteMemang tak semudah diungkap Aisy, pasti kakak tu pun mengambil masa yg lama utk menerima segalanya dgn positif.
tekun hany baca novel mm ni. betol kan buat apa nk bergaduh nk stress...tpai tu lah kagum jugak dgn nia tu...
ReplyDeletehahaha Hany.... t.kasih kerana tekun membacanya. Penat MM taip "novel" ni utk tatapan kengkawan tau!. Hahaha..
Deleteberat mata memandang berat lagi bahu memikulnya....sadis
ReplyDeleteME. RONAZIL.AB - Melihat keceriaannya mmg tak menyangka beliau menyimpan satu cerita sadis..
Deletekagum dengan watak Nia tuu...berjaya bangkit
ReplyDeleteKann..
Deleteai
ReplyDeletesaya ida
newbies blogger
saya baru je follow blog ni
jemput ye follow blog saya
umielman.blogspot.com
t.kasih.
DeleteTak jumpa butang follow kat blog you la Ida.
hahahaaa... punya panjang ko punya novel....
ReplyDeleteMei - ni kengkonon dia punya sinopsis utk bubuh kat page blakang. Kah kah kah..
Delete