Thursday, July 4, 2013

Alang alang nak sedih, biar sedih yang berkualiti

Oleh kerana belog ni pemiliknya bukan robot, maka itulah entry bertukar2 ikut mood pemiliknya... kejap entry sedih, kejap entry ceria, kejap entry permasalahan rumahtangga orang..    

Tapi you all, hari ni marilah kita ceria2kan diri, tak mo sedih2.    Bak kata kawan aku... 

"ALANG2 NAK SEDIH, BIAR SEDIH YANG BERKUALITI".

Betullah kata kawan aku tu, kita kalau nak sedih pun.... cuba pikir 20 kali, atas alasan apa kita nak sedih hanya kerana ORANG, kalau sedih kerana agama tu lain la...(contohnya macam kesal dgn peperangan di negara2 Islam ke).     Nabi S.A.W bersedih dan menangis hanya kerana Allah dan sedihkan nasib umatnya yg lalai.   


Dah.. dah, aku tak mo mengungkap benda ni panjang2, nanti ada ENCIK ANON  ingat aku plak yg bersedih dan mengcover diri di balik entry bermotivasi.... (betapalah concernnya En. Anon tu dgn aku ye?).


Nak kata terlalu ceria tu takde la sangat... (sebab aku teringin nak makan "something" dari smlm tak dpt2 lagi.       Nak keluar malas pulak, nak calling2 delivery takde nombor, nak google malas).. tu yg asyik ngapdet belog je tak sudah tu... tu petanda aku tgh bosan le tuh....  jgn maree na.

Moral of the story... jgn biarkan Puan Mirror kebosanan... nanti penuh dashboard korang dgn entry2 aku!.


Aku nak cerita ni ha.... cara2 moden "MENGUGUT ANAK" demi kebaikan...



Aku kalau tengok bilik anak aku bersepah, senang je aku buat sekarang...

"Kalau tak kemaskan, nanti Mama upload gambar kat FB"

Sejak tu... makin kurang la menyepah.

ni diorang main tampal2 sendiri - aku biarkan je... malas nak campor

Kalau si Ain ada, bilik mmg kemas la.. sbb dia dah besar... tapi Qistina kan kecik lagi... so pemantauan masih diperlukan.






Itu ari kakak aku yg Ustazah tu pun cakap....  dia skrg senang je kalau anak2 murid dia nakal sgt, cepat2 snap gambar..  bebudak terus takut nak buat onar lagi... (padahal kakak aku mana ada FB... kekeke..)... tapi  actually dia save kat PC (kalau rasa terdesak nak tunjuk kat parents... adalah bahan bukti).

Memang berkesan tau!.  Selamat mencuba ye.



8 comments:

  1. oo macam tu ye..

    tgok dinding tu kreatif sgt..anak2 yg tampal..ok sgtlah tu..hasil tgn sendiri..kn

    kena bg galakkan n pujian selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah... hasil tangan sendiri, utk subjek lukisan kat sekolah.

      Delete
  2. ya betul juga..biar sedih yang berkualiti dan akan menghasilkan semangat semula...

    ReplyDelete
  3. mama moden yang creative!
    pakai line FB sihh.. nasib baik tak pakai line efbiaai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong - sbb dah desperate.... segalanya akan jd lebih kreative.

      Delete
  4. Eerrr...acaner sy nk ugut anak sy yg setahun 2 bulan tu sebab suker sgt sepahkn playroom die...eeaahh..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh...hahaha..... yg tu lain kesnya Aty sbb kecik sgt.
      Biarkan je dia menyepah, itu petanda dia budak yg bijak
      dan kreatif. :)

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.