Wednesday, September 18, 2013

Termakan Sumpah..

Pernah mengecewakan orang tak?.   Takpe.. simpan saja jawapan utk soalan itu dlm diary, anggap itu sekadar mukadimah utk entry  Makcik kali ini.  (kejap jd Kak Mirror.. kejap jd Makcik, hahaha.... layan kan jela ye keBIGauwan ai ni ye adik2.)  

Hari ni kawan Makcik  teringin nak jadi "heroin" kat belog Makcik.  Terharu makcik. Mekasih.. Beliau ada menitipkan satu kisah dan tauladan tentang dirinya utk renungan adik2 di luar sana... khasnya kpd yg blom kawin.   Biar makcik sinopsiskan walaupun tulisan sebenar beliau  ni agak panjang dah mcm novel!. :P

Masa umur Sherry (bukan nama sebenar) 22 taun, Sherry telah bertunang dgn jejaka sekampung.  Dek kerana mengejar kerjaya, satu hari beliau meminta pertunangan diputuskan... of coz le kecewa tunang dia kan... kira merayu2 la supaya jgn putus, tapi Sherry yg degil ni tetap jugak nak putus.   Tunang dia pun menyumpah2 la... lebih kurang begini la kot ayat2 si tunang... 

"Kalau Sherry putuskan jugak, jgn menyesal!.  Kelak Sherry akan kecewa dgn org lain nanti".

"Ahhh...... Sherry tak kisah, Sherry berSUMPAH... Shery sanggup terkecewa dgn org lain dpd meneruskan pertunangan  dgn Abg!!".




Dipendekkan cerita,  diorang pun putus tunang.... selang beberapa taun Sherry  menemui cinta baru...  dah elok2 mcm nak bahagia tetiba putus di tgh jalan, jejaka dipuja tepon mintak putus kononnya emaknya dah nak jodohkan dgn org lain.  (alasan semata tu... tektik org mintak putus secara berphysology).   Frust menonggeng la Sherry ni.   Hingga la bulan berganti tahun... 10 tahun berlalu,  umur Sherry pun kian meningkat, uban di kepala kian memutih (agaknya la...hahaha)... namun tiap kali menemui cinta baru semuanya berakhir dgn kegagalan.   Ada yg dah elok2 mcm dah nak meminang sgt, tapi tiap kali berjumpa macam panass je, rasa nak gaduhhh je.... maka, tersedar la Sherry dari lamunannya yg panjang.  Wajah ex tunang terbayang di ruang mata.  Kifarahkah ini?.  Bisik Sherry...




Makcik rasa.... mungkin la jugak kot kifarah.   What goes around comes around.. kata atok aku.    Tapi tak boleh jugak la nak salahkan Sherry sgt... sebab jodoh kan dah tertulis.... nak buat guane kan?..  Cuma kesilapan Sherry dlm hal ni ialah suka cakap "SUMPAH2" tu la.... kan dah termakan sumpah (sib baik tak makan sesumpah goreng... geli Makcik!).... pastu kalau nak putus pun jgn la membentak2.   
Cakap la elok2 ala2 wanita jawa terakhir.  Reject with the good manner org kata... Ishhh kau ni Sherry oiii..... anyway, skrg ni Sherry dah pun bahagia dgn somi tercinta dan berharap adik2 di luar sana jadikan la cerita ni sbg tauladan.  Sekian.




p/s :   Keja2 makcik yg mlm tadi tu dah siap!.  Pasni boleh la blogwalking besar2an... kejap ye.  Thanks singgah.



4 comments:

  1. mcm2 manusia kat dunia ni... anggap je la x de jodoh... & jadikanla pengajaran..lain kali berhati2 bila berkata2...

    "terlajak perahu boleh diundur terlajak kata tanggung le sendiri ye"

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah takde jodoh kan.... nak buat guane... jodoh kita dah tertulis masa 4 bulan dlm kandungan lagi.

      Delete
  2. sbb tu org ckp kerana mulut badan binasa...suratan atau kebetulan...

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.