Tuesday, September 13, 2022

Misteri gadis bermake up tebal terungkai

"Don't judge a book by it's cover!".


Kisah berlaku di zaman purbakala, di suatu petang di kawasan parkir, nama benua dirahsiakan (jika ada persamaan, itu hanyalah kebetulan 😁).  Lunch break bersama beberapa orang teman.  Salah seorangnya agak out spoken, yg mana kita kena banyak pekakkan telinga sikit bila berbual atau dicadangkan  pakai la earphone, pasang zikir  supaya kuman2 lazernya tak terjangkit pada kita pula.  Kekeke.


"Tengok awek tu, mesti tengah sibuk nak cari jodoh.  Try hard sangat dengan make up tebal2, konon supaya dingurat."  Ujar XYZ (bukan nama sebenar) membawangkan dua orang gadis yg berdiri beberapa meter depan kami.  





Kedua gadis berambut hitam melepasi bahu, berwajah cerah. Tidak pasti dari negara mana kerana bukan itu yang ingin dibincangkan dlm entri kali ini.

Kami yang sedang ralit menekan mesin parking auto pay, dengar pun acuh tak acuh. (Macam2 nombor yang diminta oleh mesin, nak kata plate number tapi bila key in tak match pulak.  Ahh sudah.).  Tapi sempat la ai mencuri pandang awek yg dimaksudkan XYZ tu,  cun.. cuma make up je agak terlebih sikit.  Tapi why should I care, bukannya dia ada kacau kami pun?.  Make up pun dia sendiri yg punya.   Oh lupa.. tadi mereka dapat parking lebih awal dari kami yang sepatutnya 'kami punya'.. tu yg XYZ jadi agak 'kepanasan' sikit sebab dia yg drive.  


"Tengok tu, mundar mandir dari satu kereta ke satu kereta, nak caras laki orang la tu.".  Sambungnya lagi... terus gelak2 mengekek.



Dalam pada mulanya ai tak peduli sangat.. now ai mula fokus pada apa yg dibebelkan oleh XYZ lantas sama2 ketawa  (astagfirllah) seolah2 macam merestui hujah2 dan firasatnya pulak. Patutnya ai ubah topik supaya hal itu ternoktah. Mungkin ablasa telah berjaya merasuk ai  kot.😈😈.


(Psstt... tapi gaya gadis2 tu pun agak suspicious ketika itu. . 🤭).


Tetiba awek tu menghampiri kami pula.   Agak2 kenapa?.   Ce teka.


Jeng jeng jeng...




Gambar ni takde kena mengena dgn entri, sekadar hiasan.   Gambar mesin parking sila google sendiri.


Berbalik pada kisah tadi tu..


"Oh that (the machine) is not for car but motorcycle's. We also experience the same just now."  Ujarnya menghampiri XYZ sambil tersenyum manis   dengan wajah yang ala2  naif, ibarat gadis pingitan yg baru turun dari gunung singgah ke kota  dan bicaranya amatlah sopan sekali.  Dgn begitu baiknya mereka menunjukkan kami mesin parking kereta yg sebenar.

Dapat dibayang tak muka kami masa tu?, Particularly si XYZ lah sebab dia yg the first menjerumuskan kami ke lembah sunuzon terhadap gadis2 itu. 

Lebih menginsafkan kami lagi, tetiba di tangannya terhulur sekeping tekit parking yg 'belum terhabis' untuk kami gunakan berbaki 3 jam.     Itu la punca mereka mundar mandir tadi tu.

Sekian.  Semoga mendapat pengajaran berharga dari entri ini.  


p/s :

Jika anda menilai seseorang hanya dari luarannya, anda akan kehilangan banyak kesempatan bertemu dgn orang-orang yang hebat.


4 comments:

  1. In the end rasa bersalah kerana kebaikan gadis bermake-up tebal.. Mungkin si gadis MUA to be kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ - kebaikannya automatically melenyapkan keanehan solekannya. Tros jd auto cantik. Haha.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.