Friday, February 23, 2018

Novel - Misteri Seorang Penyewa Rumah - Part 1

Alhamdulillah beef bariyani done!.  Shashal pun dah balik tution, so malam ni Mama lapang sikit tak yah stresskan dia untuk membuat kerja2 sekolah.   Makanya Mama nak buat "novel" yang bertajuk.. 
HARI2 LALU SEORANG DIVA!.  Kah kah kah.

Penulisan ini berpunca dari perbualanku dgn abangku di Malaya siang tadi.

"Aku tak risau sangat pasal anak aku sebab pakwe dia jauh, so  dorang  tak de can nak dating."  textku padanya yang bertajuk "jodoh anak".  Kekeke. 

Lantas dibalas abang..

"InshaAllah.  Allah lindungi anakmu.. sedangkan engko yg dulu duduk dgn ******** pun bleh selamat".  Balasnya. Membuat aku terflash back kisah 20 an thn yg lampau.




Waktu itu,  duduk di "Kashmir" memang perit, perkhidmatan bas habis sampai pukul 6 ptg sahaja, susah nak overtime di pejabat,  jadi aku mengambil keputusan untuk mengajak adik menyewa sebuah bilik di sebuah rumah di pinggir Bandar X atas pertolongan seorang teman.  

Pemilik rumah dlm pantang, tinggal dgn suaminya yg ku lihat hari2 ada di rumah. Mula2 tak ada yg memelikkan. Aku dan adik, menjalani hari2 kat rumah itu dgn tenang, sebab buat hal sendiri2 dlm bilik. Ku lihat lelaki itu selalu mengawasi anak lelakinya yg soleh dan rajin belajar, malah kadang diajar mengaji.. dgn tegas sekali.  Isterinya sgt baik, tak byk bercakap.. agak cacat sikit di muka.   Rumah pula kemas dan bersih. Teringat lantai dapurnya yang berkilat.


Tapi suatu hari..

"Abang nak pinjam duit dgn Siti.. Siti jgn bagitau Kak Sam ye."  Cerita adik pada aku tentang lelaki itu. Aku tergamam.  

Dipendekkan cerita, memang ada2 je lah yg beliau cuba nak menggula2kan adik aku yg naif tu.  Hari2 ada2 je yg direka cerita demi untuk meminjam duit...sampai aku pun naik muak dengar. Dengan aku.. tau pulak dia takut.  Kata Siti, tak madan sasa takut dgn Kak Sam!.  Hahaha..  MasyaAllah. Tak rugi ku berdarah pahlawan.

Satu hari aku bangun dari tido.  Ya Allah Ya Robbi. Terperanjat aku... kat dapur ramai orang bergelimpangan.  Mereka berbaju lusuh dan bogan. (Pls google).

"Misteri sungguh rumah ini."  Bisikku sendirian lantas kembali ke bilik dgn ketakutan.


Bagai ada malaikat turun dari langit. Esoknya di opis, tetiba abangku datang menjenguk aku.  Eh!!.  Pehal plak pemuda ni tetiba dtg.  Fikirku..


Aku tak ingat skrip abang aku ketika itu tapi bagai meminta aku keluar cepat dari rumah itu dan sedikit marah.

Entah beliau dapat khabar dari mana.  Katanya dari ayah. Tapi aku pun tak tau ayah tahu dari mana tentang misteri lelaki itu. Ahh semakin misteri hidup ini!!.

Keajaiban Allah, seminggu lepas tu,  aku dapat tawaran keja tempat lain dan company menyediakan rumah yg selesa dan gaji yg lebih lumayan. Alhamdulillah.  

Malam2 buta kami keluar dari "rumah puaka" itu, dengan bantuan seorang bekas teman satu sekolah.   

"Awak sebenarnya duduk dgn mat gian selama ni.  Rumah tu port dorang melepak"  Kata hero yg membantu kami keluar dari rumah tersebut.  

😱😱😱...  terperanjat kami mendengarnya. Patut ler selalu ada2 je lelaki2 kurus kering  keluar masuk umah tu.  Alhamdulillah Allah melindungi kami.


2 comments:

  1. Ya Allah.. duduk dengan mat gian.. nie cite betul ea kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. E'in - Pengalaman Allah bagi utk mematangkan diri. Kisah di zaman2 kegemilangan Kak Mirror. Hihi.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.