Anak2 selalu cakap.. kisah hidup Mama dah macam novel, tu yg Mama gigih buat "novel" kat belog ni. Kalau dibuat novel sebenar, belum tentu laku, jadi Mama tulis je kat sini untuk pedoman anak cucu. Novel syok sendiri. Hihi..
Nak kata ini sambungan "novel" semalam, taklah juga.. tapi kisah tetap berkisar tentang pancaroba menyewa bilik di zaman2 remaja. Kalau semalam Bandar X... ni Bandar Y pulak. 😃.
DAPAT KERJA BARU DI BANDAR Y...
Matahari terik membakar kepala, dengan kasut tumit tinggi keletak keletuk.. aku menghampiri kedai di pinggir jalan itu, seorang diri. Baru balik dari temuduga dan lulus diterima bekerja di sebuah pejabat tak jauh dari situ. Sebenarnya tempat itu agak asing bagiku, tapi aku memberani2kan diri. Nak mintak tolong siapa lagi kalau tak berusaha sendiri. Aku memang seorang yang mandiri. Cehh...
"Encik tahu tak kat mana ada rumah sewa?". Tanyaku pada seorang lelaki beruban penuh, ku kira beliau pekerja di kedai kecil itu.
"Emm macam tak ada.. tapi tak apa, nanti saya tanya dengan mak saya, kami ada bilik kosong.". Jawabnya tanpa senyuman. Serious sahaja. Wajahnya cengkung tanda orang susah.
Ku lihat ada kejujuran di wajahnya, jadi aku pun mengekorilah pakcik tu balik tanpa was2. Berjalan kaki. Tak boleh nak memilih sgt sebab aku perlu melapor kerja 2 hari lg. Dapat tempat berteduh dari hujan panas pun dah ok.
Dipendekkan cerita emak pakcik (ku namakan dia Pakcik B lah ye) bersetuju menyewakan bilik mereka. Disambut baik juga oleh anaknya yang lain serta seorang menantu (yg lebih kurang baya2 aku masa tu).
Hiduplah aku dengan tenang kat situ dengan membayar sewa bilik RM150 pada Makcik tu (kalau ikutkan.. mereka suruh aku duduk free pun, tapi tak patutlah kan?. Mereka pun org susah). Office pun dekat, jadi happy lah duduk situ kan?. Makcik tu pulak sayang sgt dgn aku.. hari2 masak sedap2 untuk aku balik makan tgh hari.
Cuma yg tak best.. Pakcik B (yg sudah ku ketahui adalah duda berusia lewat 40an) selalu tunggu aku makan. Aku ni tak boleh bila makan ada orang teman... lagi2 lah lelaki. Haha.. Ahh tapi aku anggap beliau mungkin anggap aku anak.
Tak ada apa yg pelik tentang beliau hinggalah aku dah keluar dari rumah itu.. dan terserempak dgn Puan J (bukan nama sebenar) Puan J ni dulu selalu dtg ke rumah mereka. Selalu masak2. Teman rapat mereka lah kot.
"Sammm... kau dah kawin ye??" Berjejak kasihlah kami setelah sekian lama tak jumpa. Berpeluk2kan di pasaraya L****** Mall.
"Ha'ah.. dah anak sorang dah..". Jawabku dengan gembira.
"Ehhhh... kau tahu tak Pakcik B dulu suka kat kau, siap "mandremkan" (guna2) kau??. Tak madan tuaaa!. Kau yg muda jugak yg dia nak ". Tegasnya.. hingga membuatku kaget.
"Ya ke?. 😱😱😱😱😱Tapi aku tak de rasa apa2 pun... tak suka kat dia pun..". Masa tu aku siap gelak2 bercampur kesal pun ada.
Dlm hati aku... napalah jalan syirik tu yg beliau pilih??. Pastu tak ampuh plak tu. Haha. Kalau ampuh mesti aku dah tergila2kan dia, terbayang siang malam.
Bagaimana pun aku dah maafkan beliau atas apa yg beliau dah perbuat tu.. memandangkan ibunya sangat baik. Moga Allah ampuni dosa2nya.
Patutlah pun.. masa aku menjenguk mereka (masa tu aku blom kawin.. tapi dah keja tempat lain), Pakcik B macam tak de mood nak melayan aku lagi, malah tak bercakap. Frust ke apa.. tak taulah. Haha. Makcik pulak menangis2 peluk aku. Mungkin rindukan aku kot.
Masa aku nak kawin, nak hantar kad jemputan, rumah mereka dah tak dapat dijejak lagi.. perumahan tu dah bertukar jadi hutan batu.
Kesimpulan. Banyak yg aku perlu syukuri dlm hidup ini, sebab Allah banyak tolong aku. Tanpa pertolongan Allah, mungkin nasibku dah jadi apa ketika itu.. Tak rela ku dimandrem2. Hihi.. Aku pun tak pasti cara mandrem apa yg beliau guna dari bomoh temberang tu. Guna makanan kot, makanya asik meneman aku makan?. Kwang kwang kwang.. 😝.
Older post : Novel : Misteri Seorang Penyewa Rumah - Part 1
Kena buat kajian juga tentang buah mulut orang ni puan. Takut jadi fitnah
ReplyDeleteBetul juga tu Nasa..
DeleteTapi takpe lah.. orgnya pun dah tak dpt dijejak lg.