Thursday, March 31, 2011

Entry Luahan Dari Blogger Bunuh Diri...

Belum pun reda kesayuan di hati I petang ni lantaran terbaca entry terakhir seorang blogger yg meninggal dunia kerana kanser, tetiba petang nan hujan gerimis ini dikejutkan pula oleh si Joegrimjoe tentang kisah sorang blogger yg bunuh diri. Si Joe tak bagi link URL blogger tu pun.... tapi CCTV I dan Pak Google dapat menjejak blogger yang dimaksud... so, ini la dia tulisan terakhir beliau... ianya dalam BI... tapi I dah terjemahkan semula dlm BM...

Tak tergamak I nak cakap apa lagi... sebab yg empunya badan pun telah pergi.. so, kita yg hidup sama2 la ambik ikhtibar, itu saja. Sebagai menjaga nama, usah ditanya tentang URL si mati ya... baca je yg ni sbg renungan bersama :

"Dalam kehidupan ini, tiada sesuatu yang kau harapkan akan benar-benar terwujud seperti yang kau bayangkan ...

Semua kekecewaan yg aku alami dalam beberapa minggu terakhir ini telah sebati dalam jiwa dan ragaku sekian lama ...

Aku hanya berharap bahawa ini tidak akan menjadi titik hentiku dan aku akan dapat terus menyumbang...

Tapi jika hal ini semakin buruk, aku boleh melakukan hal-hal di suatu keharusan membunuh diri ...

Aku hanya berharap itu tidak akan berlaku terlalu cepat ..

Apa-apapun .. siapa yang membaca entry ini .. Jika aku akhirnya pergi .. Aku ingin memastikan bahawa keluargaku tahu SEMUANYA dan tahu tentangku ... Bahkan jika itu adalah yang terburuk dariku ..

Tuhan akan menghantar aku ke neraka atas semua yang telah aku lakukan tapi siapa yang akan peduli ketika semuanya sudah terlambat..

Jadi ini adalah merupakan pengucapan selamat tinggalku dan aku berharap ianya tidak akan berlaku terlalu cepat atau terlalu lama... Hidup adalah SUKAR ..."

P/S : Sbg pengajaran, jika kita ada teman blogger yg berkesedihan di dlm entry dgn luahan spt ini, sama2 la kita bantu sebelum semuanya menjadi terlambat


14 comments:

  1. kak,dia orang mana? malaysia ke

    ReplyDelete
  2. Lu'luth - Malaysia.. klu obersea kita dah tak pelik kan..

    ReplyDelete
  3. um. tak tahu nak komen apa.

    ReplyDelete
  4. FIE - cuma harap2nya jumlah pembunuh diri tidak terus bertambah..

    ReplyDelete
  5. tadi fie dah view blog nye. sbnr nye, ada kebenaran jgk disebalik kata2 dia kan akak? kdg2 kita tak blh handle sesuatu situasi tu dengan memberi tekanan, atau terlalu tegas, herdik atau marah2. semua orang ada perasaan dan perlu dihormati. tak kira mcm mana salahnya sekalipun, jgn menambahkan situasi yg sedia keruh tu. tp, bila benda dah jadi sampai mcm neh, mesti akn tinggal kesan mendalam pd org tertentu yg disebut tu. kena pulak dgn tinggalan nota mcm tu. um...

    ReplyDelete
  6. orang islam ke ni akak??kesiannya dia,mesti dah tak tertanggung dugaan hidup dia sampai dia boleh buat keputusan camtu..

    ReplyDelete
  7. sedih bace entry dia...adakah dia terlampau stress...huhu

    ReplyDelete
  8. nauzubillah..mintak jauh la kan MM

    ReplyDelete
  9. Simpati. Kalu umat Islam seksa dan azab kehidupan bagai segalanya, dianjurkan berdoa dan bertawakal shj kepada Allah swt utk memudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  10. FIE - oh Pak Google pun dah bagitau Fie URL dia ya? Hehehe.. Apa2 pun mudah2an family dia tabah.

    DR PIJA - Rasa2nya non muslim kot..dilihat pada gaya penulisan beliau tu. Yup.. maybe dugaan dah tak tertanggung.

    ADAH - Ha'a.. sedih sgt.

    MAMAWANA - Betul tu.. "bungkus"kan masalah itu tanpa ada satu pun yg tersisa dan serahkan bulat2 pd Illahi.. mudah2an Allah memberikan jalan.

    NELLY - apakan daya, nasi dah jadi bubur..

    ReplyDelete
  11. HANY - mudah2an kita semua terhindar dari malapetaka begini

    ReplyDelete
  12. ish,mesti terkilan kan follower die.tak sangka entry die ni serius.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.