Friday, April 1, 2011

RESEPI APAM DOT DOT DOT

Untuk resepi sila scroll down ke bawah terus kerana saya ingin merepek sekejap...

Segalanya tentang polka dot memang menarik bila dipandang...



polka dot shoes..




polka dot cake...




polka dot handbag..


polka dot kebaya...


dan yg di bawah ini ialah........

sila jgn ketawa....



Gambar sengaja disnap jauh-jauh untuk menutupi kekurangan...:D  Actually, puas I geledah drawer kabinet mencari acuan kertas yg I beli beberapa bulan lepas... tapi dah takde. Oh frust!! Since, adunan telah pun disiapkan... utk tak membazir, I pun kukus la guna loyang (atas cadangan kawan2 di forum wanita itu....thanks my frenz!!!) dan yg berwarna hijau itu la hasilnya setelah I potong kiub.

Then baru teringat akan acuan cheese tart yg pelbagai guna, tu yg keluar plak apam warna oren tapi nak buat dot dot, adunan dah terhabis plak utk yg pertama tadi... so biarkan je la mcm tu adanya. Untuk anda yg ingin berniaga, ini lah dia resepinya ya puan-puan. Resepi ini telah disebarkan dari satu tangan ke satu tangan, so, I pun confuse siapa pemilik asal. (Tapi terbaca tadi diorg kata Sheely). Minta halalkan la ye Shelly! Ok... selamat berniaga kuih muih... jumpa lagi!!!

RESEPI APAM DOT DOT DOT SHEELY

3 biji telur sejuk (maksudnya yg terlebih dahulu disimpan di dalam peti ais)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 ts baking powder1 ts ovalette
Filling - I guna rasberry (ikut citarasa anda, coklat nuttella pun sedap atau boleh juga mencuba resepi homemade yg lebih murah - sila klik sini)
Pewarna - ikut suka

1. Masukkan telur satu persatu ke dalam mixer bersama gula (I guna gula pasir je) , biar hingga telur benar-benar kembang... baru diikuti dgn ovellete, tepung yg telah bercampur baking powder dan seterusnya masukkan susu segar), pukul dengan kelajuan maksima hingga kembang ( dlm lebih kurang 8 minit).

2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih. Titiskan pewarna ke setiap satu mangkuk tersebut menggunakan warna berlainan ikut kesukaan anda. Utk buat dot dot, sedikit sahaja adunan diperlukan (dlm lebih kurang 1/4 cawan).

3. Then masukkan ke dalam piping bag. Kalau tak pandai buat piping bag, guna je plastik kecil, hujung dia ada bucu tu kan? Potong bucu tu nanti utk kerja2 membuat dot dot. (Yg penting plastik tersebut baru dan bersih dari sebarang kuman. :D)
Atau... yg terbaik ialah gunakan PICAGARI. Ada picagari bebudak utk diorg makan ubat tu kat rumah kan? Ha... guna yg tu (jgn plak guna picagari yg doktor2 buat inject tu plak.. adoiii naya).

4. Picitkan adunan ke dalam acuan kertas. Then acuan kertas itu pula dimasukkan ke dlm acuan lompang. (utk mengelak acuan dari mengembang ketika dikukus).
 
5.Letakkan filling secukupnya - gunakan piping utk memudahkan kerja anda.
 
6. Picit lagi adunan yang sama sehingga penuh permukaan acuan kertas itu (utk dapatkan apam yg montel) .
 
7. Selepas itu bolehlah membuat kerja dot-dot ke atasnya dgn warna pilihan.
 
8. Kukus dalam lebih kurang 15 - 20 minit (try test ya.. sbb tadi I pakai loyang...so agak lama sikit..tp tak la sampai 1 jam) - jgn guna api besar nanti apam akan merekah.


NOTA PENTING :
Walaupun di dlm resepi tidak dituliskan esen vanilla, bagi yg risaukan ianya berbau TELUR, boleh la dititiskan sedikit esen tersebut. Sebenarnya utk hilangkan dari bau telur, ketika proses memecahkan telur pastikan "pusat telur" dibuang. --> sila rujuk kamus. Untuk tip-tip hilangkan bau telur sila KLIK SINI.


Ada tip mengatakan, untuk menjadikan apam dot anda lebih lembut. sukatan tepung kurangkan sebanyak 20 gram. - belum pernah try lagi.


13 comments:

  1. apam dalam loyang pun menarik.. hehehe.. biar burok asal sedap.. betul tak?

    ReplyDelete
  2. MM ni bakar ke kukus.. ?? mcm sedap lah nktry :D

    ReplyDelete
  3. AISHAH RK - betul3..:D

    ENY - ha'a.. lupa plak nak tulis dlm resepi tu. Ini kukus.

    ReplyDelete
  4. yg miss mirror buat confirm best punya...:)

    ReplyDelete
  5. SFM - ni kuih yg tgh hot di pasaran skrg Dik... selamat mencuba ya ;)

    ADAH - thankss.... lebiu!! :D

    ReplyDelete
  6. kak,sejak kene cikenpok ni mata akak dah banyak nampak polka dot ke? hehe

    ReplyDelete
  7. Lu'luth - hehe.. lupa la, ya tak ya, muka akak pun dah polka dot skrg.. yg pasti polka dot mmg cantik! :D

    AYUNI - ;)

    ReplyDelete
  8. boleh anta x yg kt atas meja tu kerumah...mcm sedap...hehehe

    ReplyDelete
  9. apam dot dot ni cena plak kak ? x penah try lagi

    ReplyDelete
  10. Farhan - boleh..dgn meja2nya sekali pun boleh, tunggu Akak ada magic :D

    Freaky - nanti Akak upload pix yg lebih clear sikit ya..

    ReplyDelete
  11. MM--
    walau tak cantik, rasanya tu hah..pasti meletop ko..


    PS: gelak mula2 baca entry nie sebab dah dapat baca MM sembunyikan sesuatu..hahaha

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.