Wednesday, April 6, 2011

INTI APAM POLKA DOT VERSI ALIZA ALIAS

Semenjak apam polka dot keluar di Wanita Hari Ini, TV3 seminggu yg lalu.. ia semakin mendapat tempat di hati para wanita yang suka mencuba resepi masakini. Malah ada yang telah menjadi sumber rezeki. Tahniah buat mereka. Justeru, filling di kedai adakala jauh lebih mahal, disarankan di sini resepi dari Puan Aliza Alias untuk puan-puan cuba. Selamat berniaga dengan gembira dan penuh keikhlasan.


INTI (kredit kpd Aliza Alias)


250ml susu sejat
180ml air suam
125gm gula halus atau gula kastor
60gram mentega
60gram serbuk koko
40gram tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla

campurkan susu,koko dan tepung jagung.Kacau
tapis kedalam bekas berisi gula
Kacau dan pekatkan diatas api
kacau sampai pekat
campurkan mentega dan esen
kacau sebati dan sejukkan

2 comments:

  1. hehehe ...mekasih kak :) ..sbb sudi tulis resepi sy dalam blog akak :)

    ReplyDelete
  2. Hai Lynn - sama2... ALIZA ALIAS tu yr full name ke? Sorry kalau I salah eja atau sebagainya.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...