Tuesday, May 10, 2011

Roti Purse Miss Miror

Assalamualaikum teman-teman semua...



Ello hai..... pagi ni breakfast, Miss Mirror buat "Roti Purse Miss Mirror" ni.

Ok I pun tak nak tulis panjang-panjang kali ni, sebab entry paling gedix sebelum ni I dah tercakap terlampau panjang, so terus kepada resepi :


RESEPI ROTI PURSE MISS MIRROR

400 gram tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar butter
1 sudu susu pekat manis
150 ml air (boleh tambah jika kurang)
1 sudu gula pasir
sedikit garam

Cara

1) Masukkan kesemua bahan dalam bekas besar.. (kecuali air + pewarna bubuh kendian).
2) Uli hingga lembut (selembut telinga kita - sorry tulis begini - tapi tip ni sgt bagus utk menguji sejauh mana kelembutan roti kita itu nanti).... masukkan air sedikit demi sedikit, jika kurang lembut.. tambah lg air.
3) Bulatkan kecil-kecil (spt gambar no. 1), masukkan dalam satu bekas... bubuh minyak sikit dlm bekas tu.
4) Perap semalamam atau 3 jam pun dah ok.. janji dah boleh canai. I suka yg ranggup2 mcm ni.
5) Pastu - canai atas dulang bersih... canai nipis-nipis... lipat spt purse... lipat cantik2, kan Cik Abang awak yg nak makan kan...
6) Bubuh minyak sikit je dlm kuali (dlm 1 sudu kecil)- nak guna butter pun ok.. lg sedap. pastu goreng!!! Siap
7) Sedap dimakan bersama sambal tumis ikan bilis ataupun kari ayam.

Selamat mencuba ya! Jumpa lagi!

10 comments:

  1. roti purse ni ape kak ? x pernah makan lg rasanya

    ReplyDelete
  2. first time dgr nama roti purse...hehe

    ReplyDelete
  3. FREAKY & ADAH - pasal tak pernah dengar ni la I nak bagi dengar.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. lain dari yang lain... dan nampak mcm sedap... masuk dalam list akan ditry hehehehehe..

    MM : ada petua batuk yang degil tak nak lega tak...? dh 3 minggu batuk ni..

    ReplyDelete
  5. STM - kembar seiras.

    Eny - u buat tentu lg cantik, yg penting kena pandai mencanai.

    Batuk? - klu anak2 I, kitorang bagi madu je..alhamdulillah lepas tu.

    ReplyDelete
  6. Restu Resort - silalah membuatnya, kat resort awak pun byk chef tu kan?

    ReplyDelete
  7. best ni resepi roti purse.. tak pernah buat dan nak try bila free nanti

    ReplyDelete
  8. RK - canai nipis2 tau.. baru sedap. Selamat mencuba.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...