Wednesday, May 11, 2011

RESEPI APAM DOT II - yang lebih lembut

Ok puan2....hari ni I sharekan pula resepi apam dot dot a.k.a  apam polkadot versi kami bertiga ni.  Apam dot berbadam hasil idea Ana Wan Chick dan juga diubahsuai menggunakan tip dari Rina Mat Dom (thanks) dan dikira congak kali darab menggunakan versi I sendiri.

Kepada my followers, sila la mencubanya, ikut step step di bawah... InsyaAllah lebih sedap! Lebih gebuz dan lebih lembut.

I tak menggunakan sebarang filling sebab anak-anak I lebih suka yg kosong2 macam ni.












RESEPI APAM DOT - Resepi II

3 biji telur sejuk  (dari peti ais dan mesti guna telur gred B sahaja)
200 gram tepung gandum
80 gram badam serbuk
220 gram gula halus
150 ml susu segar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh esen vanilla

Cara


1) Masukkan telur satu persatu ke dalam mixer, pukul hingga kembang, diikuti gula dan ovellete - pukul hingga putih.
2) Masukkan susu segar - pukul lagi hingga adunan pekat dan ringgan.
3) Terakhir barulah masukkan tepung dan baking powder. Diikuti badam. Pukul hingga kesemuannya sebati. Then bubuh esen vanila. Pukul lg sebati.

**Ketika ini anda sudah boleh memanaskan pengukus anda.
4) Ambil semangkuk kecil dan warnakan mengikut warna kesukaan (ini untuk dot - saya tak warnakan).--> masukkan ke dalam piping bag (yang akan dipotong di hujungnya - potong sikit je ya.. klu besar sgt nanti dot anda tak cantik)
5) Selebihnya (yang berbaki di dalam mixer - masukkan warna lain - saya memilih pink).
6) Dengan menggunakan sudu, sudukan adunan yg berwarna pink ke dalam acuan kertas (isi penuh2 untuk hasilkan apam dot yg montel) yg telah dimasukkan ke dalam acuan lompang (saya guna acuan cheesetart).
8) Then, dotkan ia menggunakan adunan yg satu lagi tadi (yg telah dimasukkan ke dlm piping bag tadi).
9) Kukus selama 15 minit.

TIP :

1) Alas yg diguna untuk menampung papercup (acuan lompang/cheesetart) hendaklah jangan terlalu kecil dari saiz papercup - nanti apam anda akan mengerkot.
2) Kelebihan resepi di atas ialah, permukaannya tidak "berjerawat" walaupun pengukus tidak dibalut dengan kain.
3) Jangan biarkan adunan terlalu lama terdedah di luar sebelum dikukus, nanti apam anda akan menjadi keras.

*Pastikan OVELETTE YANG DIGUNAKAN HALAL... saya dgr ada ovelette yg tak halal, takut plak I..

Selamat mencuba.

Iklan jap!.



Ikhtiar mengubati gangguan mahluk halus
Sabun Bidara - RM27 termasuk kos pos


*SET RAWATAN SAKIT KULIT GELENGGANG*






Daun Gelenggang telah digunakan zaman-berzaman oleh nenek moyang kita dalam mengubati penyakit kulit seperti *panau*, *kurap*, *kudis*, *ruam*dan *kulat air* Kini gelenggang telah dikomersialkan dlm bentuk krim dan sabun gelenggang.


Harga Set Gelenggang ini ialah:
*RM45 SM/ RM49 SS* iaitu yang mengandungi 1 unit Sabun Gelenggang dan 3 unit Krim Gelenggang termasuk kos pos laju.


Harga pakej tersebut adalah termasuk postage/kos penghantaran.
Contact

www.wasap.my/+61470105263




27 comments:

  1. haa apam yang comel kembali.. yang ni rasa sama macam apam biasa ke kak

    ReplyDelete
  2. Freaky - rasanya lebih kurang sama.. tapi lebih lembut sikit sbb resepi dah diubahsuai. Permukaannya pun tak "berjerawat".

    ReplyDelete
  3. polka dot...nyum3....

    hantar sikit.. ^^

    ReplyDelete
  4. Tak sangka betul ko dah jadi macam Mat Gebu.

    ReplyDelete
  5. Lala - klu awak jiran saya, bleh je antar..

    SFM - selamat mencuba ;)

    MS - hehe... dah puas menggedix dgn cermin, skrg ni biar la menggedix dgn tepung plak.. sesaja main pondok2 tapi tak la sampai taraf2 Mat Gebu..

    ReplyDelete
  6. cute apam dot2 MM buat.letak almond powder lagi sedap gaknyer yer...kat umah akak kalau buat mmg laju ajer licin..akak kena buat banyak2 kaler,naik jenuh juga laa.tapi anak2 suka...buat ajer

    ReplyDelete
  7. Kak Asma - actually serbuk almond tu kena bubuh secawan (tapi tepung kena kurangkan bila almond lebih), tapi semalam.. tu je yg MM ada.. so, bubuh byk tu je.. Kalau letak lebih sikit, lebih umph..rasa lemak2 manis, sedap walaupun takyah bubuh filling.

    ReplyDelete
  8. Hai awak..selamat berkenalan..kak ina takleh tengok kuih2 kaler pink ni..he he..jemput masuk blog kak ina ye :)

    ReplyDelete
  9. Kak Ina - Selamat berkenalan juga.. nice to meet u. Ok.. nanti kita jengah.

    ReplyDelete
  10. Linda - jgn lupa buat tau! Penat dah MM taipkan.. hehe.

    ReplyDelete
  11. MM nmpk macam senanggg je..I nak cuba lah [bila ada kelapangan hehehhee]

    ReplyDelete
  12. GIE - memang senang... ikut je step2 dgn turutan yg betul yg I dah tuliskan tu (jgn diderhaka), insyaAllah menjadi!

    Klu Cikgu Gie sukakan filling, just tambahkan sikit ke dlmnya, tp klu utk permulaan ni..buat yg kosong dulu pun dah ok.

    ReplyDelete
  13. salam, sy izzuan... leh tau, adunan yg miss buat tu kite leh dapat berapa biji ye hasilnye? thanks :)

    ReplyDelete
  14. IZZ - alamak.. I tak pernah kira plak berapa yg I dapat tapi muai gak la.. boleh dpt dlm 2 tupperware kecik.

    ReplyDelete
  15. salam...

    saya dah try buat semalam ...Alhamdulillah..hasilnya amatlah memuaskan hati saya..byk kali gak try buat ikut resepi org lain tp tak penah ok..keras..:( semalam buat ikut sukatan cuma tak campur almond je..gebus gebas mcm kek..hehehehe...thanks sbb share resepi..!!

    ReplyDelete
  16. Sama2 Marhanim... thanks juga sbb sudi mencuba. ;)

    ReplyDelete
  17. Slm mm...bole tanye x...kalau x letak sebuk almond tu bole ke?

    ReplyDelete
  18. Waalaikumsalam Wani..

    Kalau tak letak almond still boleh. (Cuba rujuk komen dari MARHANIM - di atas). Tepung kena lebihkan sikit - utk gantikan almond.

    ReplyDelete
  19. MM....kalau x letak serbuk almond tu nk letak tepung byk mane....280gm ke?

    ReplyDelete
  20. apa rasa ya klau taruh srbuk badam?

    ReplyDelete
  21. tepung tu nak kene ayak tak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama betul Kak Mirror tak buat sampaikan terlupa, tapi yg I ingat.. mcm I tak ayak, tapi kalau diayak lagi baik.. tepung jadi lebih ringan.

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.