Monday, May 9, 2011

RESEPI KERABU TIMUN

RESEPI KERABU TIMUN


I beli timun ni dah lama. Actually I bukan pemakan timun walaupun I suka. Kita orang perempuan kan tak elok makan benda-benda sejuk ni kan. That's why konon2 I nak berpantang makan. Then my emak pesan dengan I hari tu, pasal I dok sibuk beli produk habis beratus-ratus untuk hilangkan parut chicken pox, so dek kesian dengan anak pompuannya ni, maka beliau pun mencadangkan I mandi air kelapa + biji timun. I pun tak tanya lanjut apa fadhilat mandi ketimun semua-semua ni kan, then tanpa fikir panjang terus beli je la.


Bila dah lama beli, terlupa plak nak beli kelapa.... terus terbantut niat nak mandi kelapa plus ketimun ni, maka tersadailah timun-timun tu semua dalam peti ais. Begitulah ceritanya... dan terjadilah kerabu timun ini pada hari ini.


Alahai panjangnya I punya intro arini....bukan apa, sesaja I nak bagitau satu dunia yg I ada seorang emak yang menyimpan pelbagai misteri petua dan tip... :D


RESEPI KERABU TIMUN - credit kepada Marizah


Timun dibuang biji dan dipotong halus.
Serai - dipotong bulat
halia - Alamak! I lupa nak bubuh
Bawang besar - mayang halus...separa bulatan.
Cili padi & Cili Merah
Ikan kembung - direbus dan disiat-siat (buang tulang ya).
Kelapa -sikit
Santan - dalam 2 sudu.
Kalau nak bubuh daun limau purut pun ok je... janji cik abang u suka...


Cara :


1) Masukkan kelapa ke dalam kuali.. goreng2 sikit... tapi jangan sampai kuning.. just hangat2kan je.
2) Masukkan semua bahan-bahan di atas... gaul sebati. (make sure api perlahan).
3) Masukkan garam, perasa (ikut suka)
4) Renjiskan santan tadi... gaul-gaul lagi... matikan api.


(Masukkan peti ais jika tidak dihidang sebab takut basi).


Actually I nak share sebuah kisah dan tauladan yang telah diceritakan oleh sahabat I , tapi dah pukul 2 lebih plak... petang karang I update ye! Tapi kisahnya agak sensitif sikit la, takut ada yang tak boleh nak terima... nanti la... I pikir dulu sama ada ia sesuai untuk dikongsikan atau pun tidak... I tanya dengan cermin hikmat I dulu kay.. Mirror, mirror on the wall!!!!!!!!














2 comments:

  1. kerabu timun. Yang ni x selera sangat sbb x makan timun dan sayuran. huhu

    ReplyDelete
  2. La napa tak makan sayur Freaky? Ish budak ni!

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.