Tuesday, April 16, 2013

Cara Memikat Lelaki Yang Tak Begitu Berkesan

Sedang menghirup cikong sejuk ketika dating ngan  hubby pagi tadi  tetiba mataku dikejutkan oleh seorang gadis muda melintasi meja kami.     Rambutnya lurus tanpa rebonding bak mayang mengurai, badan langsing berkurung cotton biru menyerlahkan lagi keayuannya yg berkulit putih melepak.   Muka?.   Boleh tahan gak la kalau nak dibanding ngan aku.  (tapi masa aku 22, menang aku lagi kot...kekeke.).



Ai lebih tertarik dgn kurung cotton yg dipakainya.. lebih kurang
camni bunga2 dia..


Di depan tempat kami duduk, sebarisan pemuda2 kacak bertali leher..  mungkin tgh rehat pukul 10 kot.  Gadis yg mulanya "normal" tadi tetiba menguraikan rambutnya ke sebelah tepi...





                       

"Nampak sangat ek..." kata IRP..

"Nampak sangat?.   Apa yg nampak sgt?".    

"Nampak sangat nak goda lelaki... bila nampak laki2 je....terus rambutnya diketepi2kan... hahaha".      .. Mandai je laki aku ni, berburuk sangka.. tak baik tau darling!  ( entry ni tiada unsur2 mengumpat laki aku ye, sebab ditulis atas izin beliau.. kalau sesenang nanti tau la dia baca sendiri).


Susah jugak nak cakap  darling, kadang didesak oleh rasa malu pun menyebabkan pompuan (especially yg masih anak dara) susah nak mengkontrol pergerakkannya bila berjalan di celahan orang ramai.   Ada sesetengah tertunduk malu.. ada sesetengah jalan terkempar2, tersepak batu  pun ada...kekeke.. pendek kata disebabkan oleh termalu yg amat.  

"Tu la pompuan... silap diorang ni,  tak semua lelaki tertarik pun kalau style GEDIK2... patut diorang ni berguru dgn I dulu cara2 me'nackle lelaki... ".   What?  "Gedik?".   Sebut perkataan "gedix" tu slow2 sikit eh....  Harus diketahui akan kronolgy kenapa tagline "Mari Menggedix Sebentar!" itu  dipilih utk belog ini... hanya mereka dan keluarga mereka je yg tau. ;)

Cara-cara me'nackle lelaki?.      Tak payah tackle la Dik Non.....   kalau diorang berkenan kat kita, pandai2 la diorang ngorat.    Satu cara je nak me'nackle rasa2nya...   tunjukkan nilai2 murni, pasti yg ngorat pun lelaki2 suci.   In shaa Allah bahagia ko dunia akhirat.  Aamiin.








11 comments:

  1. Gedix ye miss mirror nie...hehehe...kalau pompuan tu ketepikan rambut tu cara menggedix dia...kalau miss mirror, macam mana plak ye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuishhh...Adah nihhh.... mana ada I gedix?. Selisih...

      *psst... dulu2 la, kengkawan suka panggil I "bokdegedix"... now ni anak dah 3, dah leh gedix2 lagi.

      Delete
  2. tahniah sam n IRP.. bagus entry mcam ni, buat pengajaran bagi anak anak muda kat luar tu... semoga boleh tambahkan apa yang baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tapi Aisy, this is just our personal opinion, mungkin penerimaan tiap individu berbeza2.
      Anyway TQ.

      Delete
  3. Betul Sam,

    last year Yong balik Tanah Malaya - adusss haru tengok adik2 kita nie..Seriau tengok dari cara dressing n gaya depa.Jauhkan lah semua dari kita.. Amin

    ps: memang jelita sungguh baju kurung atas tu, yong memang suka cotton, viscous & seangkatan dengannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nauzubillah Yong.... I pun bukan la wanita yg sempurna tapi mintak selisih amit2...

      *Cotton & viscose mmg sedap dipakai Yong.

      Delete
  4. betoi MM, nak mengorat ka di'orat' kaa, yang penting tunjukkan nilai2 murni dan keikhlasan..kekkekekee..
    pasti akan ada yang terpikat dan pasti ianya bukan cinta plastik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...Mana la tau... dapat yg ala2 Ustaz Don, pasti berbaloi.... kan Linda.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...