Monday, February 11, 2013

Tangani masalah sebagai wanita yang matang

Bajet retis tau  kita kalau asyik kena gossip je..
penat dah untuk semua tu..
 (eh tetiba... tak de angin, takde ribut tetiba je buat entry syahdu2 nih)..

Biarlah rahsia..
Cuma.... kalaulah ku punya kudrat
rasa macam nak tanya je dgn orang itu..
"Eh betul ke kau ada cakap mcm tu dengan si polan tentang diri aku ha?".
Tapi...
malas la plak kan...
silap haribulan dek kerana mulut kita.. si polan  tukang sampai tu pulak
yg menerima padahnya..... sempit plak lubang kubur kita jadi pengadu domba..
nauzubillahiminzalik...

Jadi apa jalan terbaik skrg ni?   Mari tangani omongan orang dengan jalan matang :-

~  memula kita tarik nafas panjang2...
~  kedua, kita isytigfar..
~  ketiga - tengok cermin, belek muka kita.... biar insaf sikit
    diri bukan muda pun...  harus lebih matang hadapi apa jua cubaan yg mendatang
~ keempat - muhasabah diri... perbaiki apa yg kurang..
~ kelima - berterima kasih la kat orang yg menggossip  kita tu ... sebab dengannyalah kita telah  mendapat satu ilmu.. (ilmu memperbaiki diri).

Ingat tau puan2...kematangan menjadikan seseorang wanita itu lebih anggun...  ehem2.  Tak nak
ke kelihatan anggun??.   So, tanganilah apa jua bentuk masalah secara matang dan islamik.  Bersangka baik itu lebih baik.


Sekadar hiburan... mari kita perdengarkan lagu ini...
Letih dah melayan gossip2 liar ni...



 Kusangka aur di pinggir tebing
 Kiranya tebu di pinggir bibir
 Kusangka jujur pancaran batin
 Rupanya palsu penghias zahir

 Kukira hati jiwa nurani
 Suci seindah wajah terbayang
 Kukira puji seikhlas budi
 Kulupa lidah tidak bertulang

 Di manis gula semut binasa
 Kail berduri bersalut umpan
 Di manis kata insan terlena
 Kerana budi hamba terkorban

 Inikah dia lakonan hidup
 Di pentas dunia insan berpura
 Tipu dan daya pencapai maksud
 Budi dan harta merangkum noda


Dengar sini puan2...
Org2 Jawa ada berkata

"Despite your amazingness and worthiness - you will never be able to get every person you ever come in touch with to love you, or for that matter, even like you. You don't even like everybody..."



15 comments:

  1. Gossip..gossip..gossip..

    Kadang2 xleh nak lari dari gossip2 nie...

    ReplyDelete
  2. :-) betul...harus bertindak secara matang dan plg penting kawal emosi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.... tak cun kalau kita bertindak ikutkan perasaan.. itu semua bisikan syaitan.

      Delete
  3. Bersangka baik tu akak suka. Cuma....bila kita bersangka baik, tetiba jadi tak baik. Contoh la ni, kita sangka suami kita keluar kerja, padahal yg sebenarnya dia merendek dgn pompuan mana2 tah. Kalau mcm ni, mau selak lengan baju bertinju dgn pompuan tu....hehe...eh, lari topik pulak akak ni.

    ReplyDelete
  4. Sam,

    dahsyat betoi pepatah jawa tu.
    jawa = memang power.

    ReplyDelete
  5. Susah nak bagi orang puas hati dgn kita, yg penting kita jgn sakitkan hati org balik sudahla..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh benar tu Dr...
      Bukan best pun sakitkan hati orang... hilang ketenangan hati.

      Delete
  6. wah... kalah rozita che wan ni, kena gossip plak..
    hehe..

    sgt suka petua no 3 tu yepp kita pun bukan muda lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm ni la nasib kalau dah standard2 retis Cik Kengkawan.... :D

      Delete
  7. wah wah kak mirror..ruangan gosip..hehehe....

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.