Showing posts with label Waktu sedih telah berlalu. Show all posts
Showing posts with label Waktu sedih telah berlalu. Show all posts

Sunday, September 15, 2024

Kisah2 Perantau dan Harapan yang Tersisa

Selain menjumpai masjid atau surau, menemukan kedai-kedai antik yang berwarna-warni dan kaya dengan budaya tempatan di sepanjang jalan ketika menjelajah kampung orang lain adalah pengalaman yang sangat mengujakan. 

Namun, yang paling menarik adalah kesempatan untuk bertukar cerita dan berkongsi pengalaman dengan orang asing yang ditemui sepanjang perjalanan. Setiap individu yang kita temui menyimpan kisah hidupnya sendiri, membuka mata kita terhadap realiti kehidupan yang jauh berbeza daripada yang kita biasa kenali. 

Bagi sesetengah orang, merantau adalah jalan keluar daripada kepedihan, sebagaimana yang diceritakan oleh sepasang suami isteri yang ai temui dalam satu perjalanan baru-baru ini. Mereka telah lebih dua dekad meninggalkan Benua Eropah, berpindah ke Australia setelah ditipu (duit) oleh orang yang paling dipercayai. Meninggalkan segalanya dan memulakan hidup di tempat baru. Malangnya, pengalaman seperti ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Ramai perantau yang ai temui mempunyai sinopsis yang sama, bermula dengan niat untuk "move on" daripada luka lama, lalu memulakan langkah baru di negara orang.  Pahit maung terpaksa ditelan asalkan jauh dari negativity.


Seawal pagi En Suami minta ai masak utk 
bekalan picnic bawah pokok.   




"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui," (An-Nahl: 41). 

Aamiin, Ya Rabbal 'Alamin. 


Terbaca ayat Quran ni dari IG seorang Influencer yg gagal dlm rumahtangganya dan sekarang berhijrah, maka tercetuslah entri ini.  Cerita kami berbeza tapi melihat si kecil yg bakal dibesarkan di negara org membuat ai terimbas kenangan lalu.  Moga baik2 saja.





Gambar sekadar hiasan—tak ada kena mengena pun dengan entri ini. 

Bercerita tentang kehidupan yang penuh cabaran, tiba-tiba teringat  gadis-gadis muda di tanah air yang merantau dari desa ke kota. Rasa hati keibuan mencurah-curah, sebak, kerana mereka seusia dengan anak sendiri. Kadang-kadang, ketika sedang makan, mereka datang menghampiri meja kita, menawarkan jualan kecil seperti kek. Belilah seketul, puan-puan, untuk menghiburkan hati mereka. Entah-entah itulah satu-satunya sumber rezeki mereka pada hari itu, siapa tahu, kan? 

Mungkin mereka adalah harapan keluarga, ibu bapa di kampung barangkali tidak mengetahui betapa sukarnya kehidupan anak-anak di kota besar. Kita mungkin tidak menyedari betapa besarnya impak dari sekadar membeli sedikit daripada jualan mereka, mungkin ia meringankan beban hari mereka yang panjang. 

Eh, entri hari ini tiba-tiba bertukar nada sendu pula. 😅

Tuesday, February 25, 2020

Badan macam "kedai emas" pun tak ada makna jika...

Alhamdulillah diberikan umur yg panjang (intro mcm tgh sambut birthday, tapi bukan).   Umur yg panjang memberi peluang selain bertaubat.. dapat membuat rumusan.

Rumusan ke atas permasalahan manusia2, hikmah2 di balik kejadian dan sebagainya.. kerana kita diperlihatkan dengan mata sendiri apa kesudahan sesuatu telenovela itu.  Itu lah rahsia di balik napa diberi umur panjang.   Tak kira la.. sama ada kisah tu kisah kita sendiri, kisah melalui pembacaan atau kisah2 masyarakat... yg pasti ianya telah membuatku belajar...





Aku belajar bahawa... Orang yg bersabar, akhirnya lambat laun  Allah  berikan bahagian mereka.

Aku belajar bahawa... manusia yg zalim akhirnya bila Allah berkehendak, "kun faya kun"... maka jadilah... dgn sekelip mata.

Begitu juga aku belajar... Kdg yg miskin pun boleh jadi kaya sekelip mata.. atas kehendak Allah  dan hukum keajaiban.

Aku jua belajar bahawa...  ALLAH itu Maha Adil.. seadil2nya!!.   Tidak sekelumit pun kekurangan insan, jika tiada kelebihan di sebaliknya... Dan tiada kelebihan insan.. melainkan tersembunyi pelbagai kekurangan di dalamnya.

Dan sungguh!! Aku belajar bahawa... rezeki yg terhebat adalah ketenangan hati.  Tanpa hati yg tenang.... walau badan dah macam "kedai emas" pun dah tak ada makna. 


Aku belajar bahawa... orang yg banyak berjasa pada keluarga (berkorban wang ringgit demi membantu ibu bapa), akhirnya Allah hadiahkan banyak perkara indah di hari tua mereka.   Anak2 yg solehah, berjaya dsbnya... Dan begitu pula sebaliknya.  Masyaallah!.  Insaf. Wallahualam.


Aku belajar... Setiap apa yang dibuat... akhirnya akan kembali kepada pelakunya.
Ia umpama bumerang.


Aku belajar... Setiap balasan atas perbuatan baik atau buruk, tidak akan tertukar.. semua dibalas sempurna.. hanya menunggu waktu sahaja.
Astagfirllah..


Aku belajar bahawa...
Masa menyembuh segalanya..
10 tahun kemudian atau..
5 tahun kemudian.. apa yg kau pernah tangiskan bermati-matian..
akan menjadi bahan tawa pula bila kau kenang semula..


Aku belajar bahawa..
Jika kita ingin tahu watak seseorang,
Maka ajaklah dia bertukar pemikiran denganmu..
Sebab dengan bertukar pemikiran itu,..
Kita akan mengetahui kadar keadilan dan ketidakadilannya,.
Kebaikan dan keburukannya..

Aku belajar bahawa.. bila aku tidak ikhlas menjadi diriku sendiri, ia memicu  pada lebih ruang kehampaan..



Aku belajar... Dan terus belajar..
Dari situ aku belajar erti bersyukur..
kerana menyedari... Tiada lah sia2 sesuatu kesabaran itu.. melainkan ada pengakhiran yg indah.. spt mereka.
Alhamdulillah atas umur yg masih tersisa ini.. moga banyak lagi yg boleh aku belajar.

Thursday, February 20, 2014

Hati Sedih Menanti Hari Esok

Sesungguhnya  hati tersangat gundah gulana saat ini..
Menangis pun tak dapat meredakan hati..
Huaa.... bunyi mcm dasyat sgt permasalahan aku ni?
Mungkin sekeping entry ini mampu merubah situasi..
Harap2nya..




Sesungguhnya aku mmg cenggini la dari dulu.. 
dulu masa emak aku stay dlm seminggu ngan aku..
lepas beliau balik sbb rindukan ayam itik.... aku penasaran 3,4 hari..
rasa sgt berat bebanan hati.. rasa terbayang2 dirinya ada 
di mana2, di setiap penjuru rumah.. rasa tak sanggup nak tengok bilik yg dia
tido tu.. rasa sayu hati ni bagai dihiris2 sembilu..


Esok aku bakal menghadapi bebanan yg sama..
tapi bukan dgn emak aku (emak aku busy skg ni, tak sempatnya org tua 
tu nak bermalam lagi kat rumah aku ni)... 
tapi mertua..
Ya, betapalah sedihnyaa hati aku ni  utk berpisah 
dgn ibu mertuaku you alls...  T __ T
After sepurnama ke sana ke mari kami habiskan bersama..
gi "angkasa lepas", gi exersize saban pagi, ngeteh2... turun tangga naik tangga shopping complex sampai lenguh2 kaki.. walau bukan beli apa sgt..
Tetiba esok beliau dah nak balik beb... 
mananya aku tak akan rasa kehilangan bak lagu KEHILANGAN... 
(sedap la lagu tu, ingat lagu tu ingat aku tau you all.. aku tujukan utk korang)..


Kalau sebelum2 ni saban pagi menemani beliau exersize..
atau riuh rendah di dapur.. bergilir memasak..
Nampaknya esok onward, terpaksa la aku cari keriangan lain..
Moga Allah temukan aku keriangan itu..  aamiin ya rabbal alamin..




















Thursday, January 16, 2014

BerFB jiwa kena kental........ kalau tak MAKAN CUKA GETAH

Makcik salute la pada blogger2 yg tabah hati membuka komen pada anonymous.... apatah lagi blogger2 famous yg terpaksa berdepan dgn haters. Tak bernanah plak  telinga mata diorang membaca pelbagai komen yg pro and con dari makcik2/pakcik2 anon... siap reply lagi tu.


gambar - ikhsan google


Tahukah anda, Abraham Lincoln, bekas presiden Amerika sendiri pernah berkata... 

 "Saya tak pernah membaca surat2 cercaan yg ditujukan kpd saya, tidak pernah membuka sampulnya, apatah lagi membalasnya, kerana kalau saya hanya sibuk melayan semua itu, saya kehabisan waktu utk berbuat sesuatu utk rakyat saya".   Dipetik dari buku "don't be sad".


Ya, skrg Makcik pun dah berangan2 nak ikut jejak langkah Pakcik  Brahem tapi tak menjadi... mulanya Makcik cuma  mampu baca je cercaan demi cercaan (atau bahasa indahnya "terbiah") dari  Dik Non  (bukan nama sebenar) kat FB tu, nak reply, Makcik macam terpikir2... 

"Betul ke ini adalah diri anda?. Atau FB anda kena hack?"..  


Tambah2 lg Makcik busy skrg ni (family tersayang je yg tau kenapa Makcik busy)... lagipun Makcik tak faham apa yg kau bebelkan dalam kotak2 inbox FB Makcik. Serious Makcik tak faham.   Kita ni dah tua, pehal la plak Makcik tetiba nak carik gaduh plak. Sebenarnya siapa yg buruk sangka dgn siapa ni sebenarnya?.  Sesuatu "status FB" tu selagi tak ditujukan/ditag buat kita, tak payah la kita nak hangin tak tentu pasal..  lain kali tanya, jgn main2 serang.  Aduh pening la Makcik camni.. 


Diakui baru2 ni memang Makcik ada remove kau dari FB Makcik... tp FB Makcik bukannya satu, kau masih kekal pun di FB Makcik yg satu lagi.  So, what's the big deal?.  Kau pun pernah unfren Makcik pun sebelum ni kann....dgn alasan yg kau tak sengaja tertekan button...(walau alasan kau tu sukar utk Makcik terima.. tp Makcik cuba bertabah dan profesional menerimanya... lalu Makcik add kau semula).   


Berdasarkan itu tetiba di suatu senja saat Makcik nak upload gambo.. Makcik terfikir sesuatu...  dan buat kesimpulan mungkin kau rasa annoying ngan lambakan gambo Makcik (sbb Makcik ingat lagi kau remove Makcik right after Makcik post gambo bebanyak masa tu), jadi Makcik tekan la butang remove saat Makcik nak upload gambo bebanyak masa tgh kat Aussie itu ari and kekalkan la kau kat FB Makcik yg takde 1 pun gambo tu supaya kau lebih TENANG kat sana.  Sangkakan kau dpt menerima dgn profesional sebagaimana profesionalnya Makcik dan kengkawan lain yg pernah kau remove sebelum ni... rupa2nya sebaliknya.. 


Itu je yg mampu Makcik jelaskan... maaf andai ada terkasar bahasa.. sesungguhnya kita hanya manusia biasa.   



p/s:   Betul jugak cakap abang aku MS, berFB ni jiwa kita kena kental... kalau tak makan cuka getah.

Sunday, November 17, 2013

Dilema selepas UPSR - Tinggal Di Asrama VS Duduk Dgn Family

Kesian Makcik mendengar anak sedara Makcik  nangis2 sbb UPSRnya tak spt yg diimpikan...niat di hati nak jadi Ustazah.. 


Makcik M doakan moga adanya keajaiban buatmu Nak oii..
mana la tau kalau2 kan... tiada yg mustahil dlm dunia ini.. Allah itu Maha Besar... jika dah tertulis sejak 
di Loh Mahfoz, umur kau 13 thn dpt bersekolah asrama... maka akan sekolah asrama la kau, jika sebaliknya... maka sebaliknya la yg akan berlaku..


Tapi... 
andai tak tercapai pun...
anggap la semuanya itu ada hikmahnya...
Jadi dlm episod kali ni, Makcik nak cerita la sikit buruk baik "budak kecik" kalau duduk asrama...


Kebaikannya...
dpt la kau berdikari... 
keduanya....  dpt la concentrate dgn pembelajaran..
ketiganya.. muka kau akan jd bertambah putih sbb susah nak jumpa matahari.. ramai peminat la kau nanti.. :P
Jadual di asrama mmg teratur... kau akan jadi lebih alim..
sbb solat pun terjaga.. (warden2 mesti marah kalau kau tak solat)
aurat pun terjaga (klu kat asrama Makcik, mmg ramai yg "busy body".... secara tak langsung, akan mendisiplinkan diri kau jd muslimah sejati).
Jadual makan pun teratur, pola pemakanan pun terjaga (cukup sayur, serat, tenusu... semua cukup)... 
mmg lawolah badan kau nanti... tough gitu!.  Ahaks!.


Keburukannya..
(yg ni kau kena baca ... in case impian kau nak sekolah asrama tak tercapai, kurang2 dpt la "melegakan hati" sendiri.... LOL).


Tak tergamak sebenarnya nk cerita pasal keburukan 
sbb ini hanya pengalaman Makcik sendiri... bukan pengalaman kengkawan 
yg lain, mahupun pengalaman anak Makcik yg mmg lebih happy tinggal di 
asrama... alhamdulillah..  tahniah Nak ye.. jgn jadi mcm Mama tau!.  Kekeke..


Alkisah...
Makcik mmg menyesal duduk asrama..
Menyesal tak nak dengar nasihat arwah ayah Makcik
Makcik tak suka la duduk sana... 
Makcik rindu dgn kg halaman..
tiap subuh berkumandang, Makcik rindu Mak Ayah...
dgr tarhim pagi2 ...Makcik nangis dlm ati...




Keburukan2 lain, byk jugak...
tapi malas nak cerita...
Makcik dah penat nak mengimbau kenangan silam..
Makcik dah tua..
semua tu Makcik dah kuburkan dlm lipatan sejarah..

Apa2 pun...
Makcik bersyukur pernah merasai pengalaman itu..
semua itu mengajar Makcik menjadi lebih dewasa..
kat situ la Makcik kenal erti ketabahan..
persahabatan...
keagamaan dan mcm2 la pembelajaran hidup...
yg bagi Makcik sgt berguna utk kehidupan hari ini..



lawo kan pemegang tisu toilet ni?.   



Satu je nasihat Makcik...
kalau ditakdirkan duduk asrama..
jgn suka buli org...
Orang mungkin boleh memaafkan (kesalahan kita)
tapi melupakannya tidak...
kalau bukan kita yg menerima balasannya..
mungkin anak2 kita pula yg akan dibuli orang satu hari nanti..
Nauzubillah....  ingat pesan Makcik  ni tau!
Oklah....nk tido... zzzz... sedap tido dlm bilik sendiri, ko ingat klu duduk asrama dpt ke golek sedap2 cam ni??.   Byk aktitivi menanti..


Yang benar
BEKAS ASPURI KAMAR A.... yg selalu "wanted"


p/s :   tapi Makcik suka sekolah lama Makcik tu.... sbb budak dia hensem2..  :P

Saturday, June 15, 2013

Kita kena sedar... tak semua orang sukakan kita..

Kalaulah ketika ini aku masih sweet 17..... tentu agak meroyan kot  dgr berita yg menyentapkan tu.   Sib baik la dah tua sikit....  takde la sentap mana pun...  kematangan menjadikan kita lebih tabah menghadapi segala situasi.   Sungguh!.  Aku tgh cool ni... mana ada sentap2.. (sambil menghirup air sunquick yg mmg cool + florentine biskut yg sedap giler... silalah ngences).



Cuma terkejut sikit aku  sebab... ya lah... tak sangka la pulak kawan yg aku jarang2 berbual, yg selalu kucanang2 berpekerti mulia, perfect, friendly, selalu senyum ngan aku... boleh pulak menjaja "gossip2 liar" yg aku sendiri tak tau pun ujung pangkal.   Ya, mmg tak tau ujung pangkal pun  sbb aku  dah lama tak berbual dgn dia.  Alih2 nama aku naik tanpa sebab musabab!.   Musykil betul Makcik.  Die hard fan aku ke SHE OLL ni sampaikan namaku menjadi sebutan?.   Kekkeke...   Ni pun mujur juga ada member baik ati menyampaikan pada aku di malam2 buta .. kalau tak sampai mati  la aku ni  kau berikan talam (talam 2 muka)....lahai... kalaulah kuih talam yg kau bagi, kenyang jugak aku makan anak beranak....


Skrg ni mmg bukan masa nak sentap2.  Muhasabah je diri kot2 kita ni tergedik2 ke... atau entahlah kita pun  tak tau kan apa kekurangan kita  yg buat org lain nyampah.....ada orang setakat tengok muka pun timbul menyampah pun ada......dan kita pun tak boleh paksa semua org utk sukakan kita even kita sendiri pun tak sukakan semua org.    Ada baiknya bila situasi spt itu berlaku... DIAM adalah jln terbaik.



p/s :  konon nak buat entry syahdu... tp jd brutal plak...  haha...menandakan betapa tak romantiknya penulisan aku skrg..




** Aku lebih rela ada musuh yg jujur membenciku daripada mempunyai kawan yg hanya nampak gembira di hadapanku tetapi membenciku  di belakang aku ***

Monday, February 11, 2013

Tangani masalah sebagai wanita yang matang

Bajet retis tau  kita kalau asyik kena gossip je..
penat dah untuk semua tu..
 (eh tetiba... tak de angin, takde ribut tetiba je buat entry syahdu2 nih)..

Biarlah rahsia..
Cuma.... kalaulah ku punya kudrat
rasa macam nak tanya je dgn orang itu..
"Eh betul ke kau ada cakap mcm tu dengan si polan tentang diri aku ha?".
Tapi...
malas la plak kan...
silap haribulan dek kerana mulut kita.. si polan  tukang sampai tu pulak
yg menerima padahnya..... sempit plak lubang kubur kita jadi pengadu domba..
nauzubillahiminzalik...

Jadi apa jalan terbaik skrg ni?   Mari tangani omongan orang dengan jalan matang :-

~  memula kita tarik nafas panjang2...
~  kedua, kita isytigfar..
~  ketiga - tengok cermin, belek muka kita.... biar insaf sikit
    diri bukan muda pun...  harus lebih matang hadapi apa jua cubaan yg mendatang
~ keempat - muhasabah diri... perbaiki apa yg kurang..
~ kelima - berterima kasih la kat orang yg menggossip  kita tu ... sebab dengannyalah kita telah  mendapat satu ilmu.. (ilmu memperbaiki diri).

Ingat tau puan2...kematangan menjadikan seseorang wanita itu lebih anggun...  ehem2.  Tak nak
ke kelihatan anggun??.   So, tanganilah apa jua bentuk masalah secara matang dan islamik.  Bersangka baik itu lebih baik.


Sekadar hiburan... mari kita perdengarkan lagu ini...
Letih dah melayan gossip2 liar ni...



 Kusangka aur di pinggir tebing
 Kiranya tebu di pinggir bibir
 Kusangka jujur pancaran batin
 Rupanya palsu penghias zahir

 Kukira hati jiwa nurani
 Suci seindah wajah terbayang
 Kukira puji seikhlas budi
 Kulupa lidah tidak bertulang

 Di manis gula semut binasa
 Kail berduri bersalut umpan
 Di manis kata insan terlena
 Kerana budi hamba terkorban

 Inikah dia lakonan hidup
 Di pentas dunia insan berpura
 Tipu dan daya pencapai maksud
 Budi dan harta merangkum noda


Dengar sini puan2...
Org2 Jawa ada berkata

"Despite your amazingness and worthiness - you will never be able to get every person you ever come in touch with to love you, or for that matter, even like you. You don't even like everybody..."



Friday, November 16, 2012

Masa menangis telah tamat..


  • "Masa menangis telah tamat, selamat tinggal kesedihan... ingin ceria dan menceriakan ".

Ha itu la azam aku kalau ada yg bertanya .. "Sammm, apa azam kau tahun ni?".

Salam maal hijrah sahabat2 semua.   Semoga tahun2 mendatang memberikan keceriaan buat anda.





Kerjamu adalah kerjamu, ku tak akan busy body... tapi duitmu adalah duitku jua...


*pix atas --->  sewaktu berpusing2 satu bandar Jay Bee menemani suamiku membuat lawatan tapak.. Sekian lama I makan gaji buta, akhirnya IRP dah berjaya buat aku migrain semalam kerana berpusing2 satu malaya.  Tak pepasal Ain pun termigrain sama... .


Takde mananya I nak busy body dgn urusan keja somi I sebenarnya (kejamu adalah kejamu, tapi duitmu adalah duitku jua... khe3)..... tp sekali-sekala bila anak2 bercuti sekolah sedikit pendedahan perlu diberikan  kepada mereka supaya mereka teringsap... ingat senang ke nak cari duit... ha??.  




Masih di rumah MIL.    MIL suruh I masak mee hoon bakso campak2 ni untuk breakfast.  Sedap gamaknya... kih3... perasan.


KN message aku  "Napa tak update blog?.  Upload la pix banyak2..".
Sorry,  lain kali la  I upload pix yg best2 sikit sbb skrg ni I busy sikit.   Maka cuci je la mata tengok pix handbag oren ni (klik sini untuk belian), I berkenan... sayangnya Ain dah bebel "Handbag Mama kan dah banyak!".    Banyak ke?.    Entahlah....




Saturday, September 22, 2012

Kerana Allah Sayangkan Aku...


"Sam, let go of those who bring you down...
...and surround yourself with 
those who bring out the best in you.."



.

  "No worries, I have Allah by my side
 and Al-Quran as my best friend..."

I strongly believe..
5 years later, you will laugh at things you are crying for today.

Smile, time heals everything.  Aamiin..


Nota Pengajaran (Nota ini diupdate pada tahun 2020).

Alhamdulillah... at the end of the day.. I realise my blessings are bigger than all those problems.  Masyallah.  Thanks Allah.. your love to us is unconditionally. 

Thursday, September 20, 2012

Sekadar entry membela diri...




Takde keja ok  aku nak menayang-nayang pix macam ni, belog aku pun bukan belog jual baju..... tapi sebagai bukti yg aku tak de la zalim sgt sebagaimana tuduhan si polan tu (kononnya aku sengaja mencetus provokasi dgn takde niat langsung menghadiri  "majlis" itu)  maka aku upload la ni.  Ya... aku dah beli baju ni utk tujuan itu, kau ingat sesenang ke aku nak beli baju kurung tanpa sebab, dah la baju raya pun cuma beli dua helai je aritu , takat nak jalan2 takde mananya aku nak sampai ke butik bagai., semuanya kerana untuk majlis itu... TAPI....   dah keadaan tak mengizinkan, nak wat mcm mana...   Kau tak percaya dengan qada dan qadar ke  En.  Anon?.   Kalau Allah izin, maka ada la aku kat situ... kalau dah tertulis dari loh mahfoz pada tarikh sekian2... aku tak dapat hadir... aku kena la redha dan menganggap semua ini  ada hikmahnya,  kau nak cakap apa?.   Tak percaya dgn takdir ke?.   Berisytigfarlah....


p/s  :   Suami aku sendiri nasihat takyah gi ... tetiba kau plak tuduh aku mcm2, so what?????!!!!  ( Cool Sam... cool!)





Makan pizza lagi best.....Base dia kali ni I guna  sos2 yg ada kat rumah  je... mcm sos tomato, pastu hirisan tomato,  oregano,  black pepper sikit...  renehkan.


Wednesday, September 19, 2012

Jiwa Kacau!


PERSOALAN JIWA.....

Apakah niat kalian  melakukan semua itu?.  Sedang  kalian tahu, ianya akan melukaiku...
Ya  Allah... turunkan la aku ketabahan..  ke tahap maksimum...


Bercerita pada ibu akan sesuatu masalah bukanlah menjadi kelazimanku...

Entah la kenapa...mungkin sebab aku terasa yg diri aku dah cukup dewasa kot....korang plak cemana?
Tapi hari ini aku gagahi jua menongkah arus...

Guess what?
Ternyata  kuasa doa seorang ibu mengatasi segalanya
Beberapa minit lepas tu, aku terdengar azan asar berkumandang...
Sayup2 kedengaran di ufuk timur.. lama2 hilang 
dan keresahanku yg mulanya beraja di hati hilang bersama alunan azan itu..
alhamdulillah...  Terima kasih ibuku..


Masalah apa?
Selagi bernama manusia, pelbagai ujian hidup melanda..
di situ lah satu pelajaran baru sedang bermula..
tentang watak-watak lakonan manusia..
tentang kepura-puraan..
tentang ketabahan..

tentang diri yg harus jadi lebih kuat
dan menerima segala takdir-Nya..

Belajar untuk berkata pada hati..
"Ya Allah..... aku redha atas segala takdirku.."
Ya ALLAH ..... aku redha atas segala takdirku..
Ya Allah.... aku redha atas segala takdirku..








Moga aku terkecuali dari mereka yg suka cakap tak serupa bikin seperti .... emmm seperti dia tulah!...(yg akhirnya mencetuskan kemarahan orang lain.... )..   Sabarlah Sam ye...


"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal "   (Surah Al-Baqarah Ayat 44)
 Semoga Allah memberikanmu hidayah.     Aamiin. 


p/s  :    Sahabat2ku..... doakan aku terus tabah ye.



Nota Pengajaran (Nota ini diupdate pada tahun 2020.. supaya jadi pedoman.. blog Ni kan telenovela.. kena la ada ending..😆).

Masyallah guys..
Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap ianya pahit dan menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari rupa2nya kita mensyukurinya. Begitu jua tidak sedikit perkara yang pada awalnya kita sambut dengan rasa gembira, tetapi pada kemudian hari kita bermuram durja kerananya.. Masyallah..

Monday, February 27, 2012

Cakap tak serupa bikin...


"Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku melalui pada malam aku diisra’kan dengan kaum yang dipotong lidah mereka dengan gunting daripada api, maka aku bertanya, “Siapakah kamu ini? Maka mereka menjawab, kami adalah orang yang suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi kami tidak melakukannya dan kami suka melarang orang lain meninggalkan kejahatan tetapi kami mengerjakannya”. (HR Ibnu Hibban)

Semoga Allah menurunkan hidayah buatmu...  Amin.

Friday, May 28, 2010

SUKARNYA MEMBUNUH KENANGAN ........(pahit)

Mengapalah dikenang
mengapalah difikir
dia yang telah pergi
biarkan ia pergi
ku rela jadi pengganti..



Wah wah wah................ apa menjiwang2 pepagi nih!!!? Alahai.......... jgn la salah sangka. Malam tadi masa dlm keta, tetiba je I teringat Herman Tino si kain pelekat tu..... (artis 80an).... so, I pun menyanyilah lagu ni untuk menghiburkan hati si machoku yg sedang drive di samping nak menguji tahap memory I yg I rasa ada potensi macam nak lupus je akhir-akhir ni......... sebab apa.......itu ari kawan2 I kat FB ada mengimbas kembali kenangan zaman persekolahan, tetiba je ada satu memory yg diorang sebutkan tu macam terdelete plak la dari kotak ingatan, nak recall2 pun still tak ingat..... kalau terdelete sama memory hati I disakiti oleh satu minah terlampau tu kan ke bagus...... ni tidak.... asal nampak minah tu je hati I sakit......... asal ada org suggest frenz keluar nama dia je hati I sakit..... cemana lahaiii..... tak baik tau............ sedangkan Nabi ampunkan umat.







Macam mana tak sakit hatinya I ni puan2......... luka dilukai...... bukan sebab dia kebas cinta monyetku pun... cuma I pelik napa la dulu makcik ni suka busy body ngan I.... tu yg memory tentang minah tu susah nak dilupakan tu........... kalau busy body sikit2 tu takpe la..... ni busy body terlampau mengalah movie ANDARTU TERLAMPAU.... pendek kata dah ibarat "jarum peniti di tudung orang lain nampak, paku kat tengkuk sendiri dia boleh tak perasan".... begitu la bidalannya yg I boleh ungkapkan tentang Cik Minah sorang ni.... sampai mengganggu pembelajaran I tau tak, hingga I menangis siang malam, pagi petang.... memang terlampauuu!!!..... heeeeeee tu yg kenangan pahit tu masih terpahat hingga kini mengalah memory I pada lagu2 Herman Tino..... macam nak operate je hati I ni I keluarkan....cuci2 dalam air zam-zam.....then agaknya baru I boleh lupakan tragedi luka itu.







Tu ler yg I nak pesan pada adik2 kat sekolah tu, especially yg duduk asrama reramai tu ler..... kalau kita nak menegur seseorang tu pun... tegur la dengan cara berkhemah........ fikir dalam hati tu :-


1) "aku nak tegur dia ni... sebab aku rasa aku sayang dia ke atau sebab sebenarnya aku jelous dengan dia?.   Kalau niatnya mulia tak begitu caranya.. sebab ni sampai menghina begitu teruk sekali."


2) "dia tengah tensen study... agak2 kalau aku tegur ni.... mengganggu tak study dia?"


3) "aku ni dah perfect sangat ke nak tegur dia?"


4) "kalau aku buat kat anak aku macam ni anak aku happy tak agaknya? Anak aku dapat study tak? Anak aku boleh senyum tak? Anak aku pindah sekolah tak ?". Cuba la imaginekan kalau2 benda tu orang buat kat anak korang!!!! Sakit ati tak kau???!!!!!!!!!!.




Itu je yg akak nak pesan kat you all ya adik2..... budak2 nak gi sekolah nak belajar.... bukan nak tensen dan disuapkan dengan permasalahan remeh temeh, ini tak kena, itu tak kena, hello!! Very de busy body!!!


Sib baik tau berbelas tahun dulu I takde blog.......... kalau tidak...... Uncle Nuff pun tak akan sudi tinggalkan iklan2nya kat blog I ni sebab penuh luahan perasaan geram I atas sikap minah terlampau yg I sebutkan di atas tu.  Napa terkebil2 bila I sebut tentang Uncle Nuff........ tak logik ke?


Ya ler.......secara logik pun...... ada patut ke kalau kita ni asyik melepas geram je kat blog pastu blog kita jadi pilihan pembaca? Ada logik ke? Lain ler kalau kita ni artis......... contoh kalau kita ni si Nora Danish ke Ina Naim ke..... meluah rasa geram kat blog..... tentulah makin berduyun orang nak tahu...


Ni takat ai-ai ni nak luah kesal dengan minah yg sorang pun tak kenal dia kat alam perBLOGGERSan ni... mcm mana org minat nak baca. Menjatuhkan ranking alexa I jer tau!!


Ini ler N3ku yg paling merapu abad ini........ sorry.......sebab pepagi ni tetiba ada org suggest fren dia lagi... tu yg emosi I kurang stabil tu... hilang selera nak makan... please la ..lain kali suggest la nama org lain yg glamer sikit. Sorry eh.. I hanya accept orang2 yg glamer je jadi fren I... psstt!!!... kan ke dulu minah ni jugak yg mencanang kat semua orang bahawasanya....








"Sam tu hanya pilih kawan yg GLAMER je".


Fitnah!!!!!!!!!!!!!! Enjoynya kau memfitnah orang tanpa memikirkan reputasi orang yg kau fitnah itu.


So what??? Kau dah glamer ke tak sekarang? Tak glamer takyah cari aku!!!!! Dipersilakan mem'block aku dari FB kau tu dgn segala hormatnya. Go to hell la kau Kak!!!!. Macam bagoz!!!. Meluattttt!.


P/s :.

Eventually, I come to a point in life where I don't care any longer about proving or finding myself because I know who I am and so busy doing my own business that I don't give a darn what anyone else thinks. The truth is that we're here to honor our body and our soul. Be ourself. Love ourself. Love Allah. Live the best way we can.