Thursday, January 16, 2014

BerFB jiwa kena kental........ kalau tak MAKAN CUKA GETAH

Makcik salute la pada blogger2 yg tabah hati membuka komen pada anonymous.... apatah lagi blogger2 famous yg terpaksa berdepan dgn haters. Tak bernanah plak  telinga mata diorang membaca pelbagai komen yg pro and con dari makcik2/pakcik2 anon... siap reply lagi tu.


gambar - ikhsan google


Tahukah anda, Abraham Lincoln, bekas presiden Amerika sendiri pernah berkata... 

 "Saya tak pernah membaca surat2 cercaan yg ditujukan kpd saya, tidak pernah membuka sampulnya, apatah lagi membalasnya, kerana kalau saya hanya sibuk melayan semua itu, saya kehabisan waktu utk berbuat sesuatu utk rakyat saya".   Dipetik dari buku "don't be sad".


Ya, skrg Makcik pun dah berangan2 nak ikut jejak langkah Pakcik  Brahem tapi tak menjadi... mulanya Makcik cuma  mampu baca je cercaan demi cercaan (atau bahasa indahnya "terbiah") dari  Dik Non  (bukan nama sebenar) kat FB tu, nak reply, Makcik macam terpikir2... 

"Betul ke ini adalah diri anda?. Atau FB anda kena hack?"..  


Tambah2 lg Makcik busy skrg ni (family tersayang je yg tau kenapa Makcik busy)... lagipun Makcik tak faham apa yg kau bebelkan dalam kotak2 inbox FB Makcik. Serious Makcik tak faham.   Kita ni dah tua, pehal la plak Makcik tetiba nak carik gaduh plak. Sebenarnya siapa yg buruk sangka dgn siapa ni sebenarnya?.  Sesuatu "status FB" tu selagi tak ditujukan/ditag buat kita, tak payah la kita nak hangin tak tentu pasal..  lain kali tanya, jgn main2 serang.  Aduh pening la Makcik camni.. 


Diakui baru2 ni memang Makcik ada remove kau dari FB Makcik... tp FB Makcik bukannya satu, kau masih kekal pun di FB Makcik yg satu lagi.  So, what's the big deal?.  Kau pun pernah unfren Makcik pun sebelum ni kann....dgn alasan yg kau tak sengaja tertekan button...(walau alasan kau tu sukar utk Makcik terima.. tp Makcik cuba bertabah dan profesional menerimanya... lalu Makcik add kau semula).   


Berdasarkan itu tetiba di suatu senja saat Makcik nak upload gambo.. Makcik terfikir sesuatu...  dan buat kesimpulan mungkin kau rasa annoying ngan lambakan gambo Makcik (sbb Makcik ingat lagi kau remove Makcik right after Makcik post gambo bebanyak masa tu), jadi Makcik tekan la butang remove saat Makcik nak upload gambo bebanyak masa tgh kat Aussie itu ari and kekalkan la kau kat FB Makcik yg takde 1 pun gambo tu supaya kau lebih TENANG kat sana.  Sangkakan kau dpt menerima dgn profesional sebagaimana profesionalnya Makcik dan kengkawan lain yg pernah kau remove sebelum ni... rupa2nya sebaliknya.. 


Itu je yg mampu Makcik jelaskan... maaf andai ada terkasar bahasa.. sesungguhnya kita hanya manusia biasa.   



p/s:   Betul jugak cakap abang aku MS, berFB ni jiwa kita kena kental... kalau tak makan cuka getah.

6 comments:

  1. Saya memang tak akan bukak lagi komen utk anon..nanti ada yang komen bukan2, saya sedih terus taknak berblog lagi...buat apa nak layan benda2 negatif ni kan... orang yang komen menghina tu ada masalah agaknya.. sabar aje la kan MM...

    ReplyDelete
  2. Hurm. Situasi yg sama liza alami. Liza mmg ignore je. Balas pun tak. Silence tanda kemenangan motonya!

    ReplyDelete
  3. Agenda Yahudi berjayalh nmpknya..mmg klu nk cerita mmg sakit..hasad dengkinya,kebodohan nya, pokoknya..saudara yg bertutup litup pun buruk perangai, bila angin dlm fb..kita bca pun rasa seram..biar btul dia ni..mcm ni rupanya,,, tk sgka..knor selalu ignore je..

    ReplyDelete
  4. Saya dh lama remove fb sb myampah dgn newsfeeds yg entah apa2... mmmg xpernah kena kes anon ni tp tumpang simpati dgn orang yg mengalaminya....

    ReplyDelete
  5. huh! mcm2 perangai org kan...btul tu jiwa kena kental, kalau tak, adegan tak diingini boleh berlaku..silap2 memalukan diri sndri..bahaya ooOOo..

    ReplyDelete
  6. Good luck my best friend.rindu Sgt kat ko.semoga kita jumpa di Makkah satu hari nnti ye.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.