Sunday, September 15, 2024

Kisah2 Perantau dan Harapan yang Tersisa

Selain menjumpai masjid atau surau, menemukan kedai-kedai antik yang berwarna-warni dan kaya dengan budaya tempatan di sepanjang jalan ketika menjelajah kampung orang lain adalah pengalaman yang sangat mengujakan. 

Namun, yang paling menarik adalah kesempatan untuk bertukar cerita dan berkongsi pengalaman dengan orang asing yang ditemui sepanjang perjalanan. Setiap individu yang kita temui menyimpan kisah hidupnya sendiri—membuka mata kita terhadap realiti kehidupan yang jauh berbeza daripada yang kita biasa kenali. 

Bagi sesetengah orang, merantau adalah jalan keluar daripada kepedihan, sebagaimana yang diceritakan oleh sepasang suami isteri yang ai temui dalam satu perjalanan baru-baru ini. Mereka telah lebih dua dekad meninggalkan Benua Eropah, berpindah ke Australia setelah ditipu (duit) oleh orang yang paling dipercayai. Meninggalkan segalanya dan memulakan hidup di tempat baru. Malangnya, pengalaman seperti ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Ramai perantau yang ai temui mempunyai sinopsis yang sama—bermula dengan niat untuk "move on" daripada luka lama, lalu memulakan langkah baru di negara orang.  Pahit maung terpaksa ditelan asalkan jauh dari negativity.


Seawal pagi En Suami minta ai masak utk 
bekalan picnic bawah pokok.   




"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui," (An-Nahl: 41). 

Aamiin, Ya Rabbal 'Alamin. 


Terbaca ayat Quran ni dari IG seorang Influencer yg gagal dlm rumahtangganya dan sekarang berhijrah, maka tercetuslah entri ini.  Cerita kami berbeza tapi melihat si kecil yg bakal dibesarkan di negara org membuat ai terimbas kenangan lalu.  Moga baik2 saja.





Gambar sekadar hiasan—tak ada kena mengena pun dengan entri ini. 

Bercerita tentang kehidupan yang penuh cabaran, tiba-tiba teringat  gadis-gadis muda di tanah air yang merantau dari desa ke kota. Rasa hati keibuan mencurah-curah—sebak, kerana mereka seusia dengan anak sendiri. Kadang-kadang, ketika sedang makan, mereka datang menghampiri meja kita, menawarkan jualan kecil seperti kek. Belilah seketul, puan-puan, untuk menghiburkan hati mereka. Entah-entah itulah satu-satunya sumber rezeki mereka pada hari itu, siapa tahu, kan? 

Mungkin mereka adalah harapan keluarga—ibu bapa di kampung barangkali tidak mengetahui betapa sukarnya kehidupan anak-anak di kota besar. Kita mungkin tidak menyedari betapa besarnya impak dari sekadar membeli sedikit daripada jualan mereka—mungkin ia meringankan beban hari mereka yang panjang. 

Eh, entri hari ini tiba-tiba bertukar nada sendu pula. 😅

3 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka.. Aamin2

    ReplyDelete
  2. Betuuul kak. Tak mudah merantau itu, apalagi ke kota besar, atau mungkin negara lain. Saya pun perantau. Darj Aceh, pindah ke jakarta, yg pastinya sangat berbeda rantak kehidupannya. Tapi saya bersyukur Krn punya banyak saudara di mana2 termasuk di jakarta. JD adalah yg membantu sampai saya bisa lepas mandiri.

    Tapi terbayang dengan orang2 yg merantau tanpa punya apa2, berat sangat pastinya. JD kalopun ada uang utk membeli barang mereka, kita beli lah.

    ReplyDelete
  3. Move on dari isi hati sehingga dibawa kepada langkah move on.. Dan terus berhijrah ke luar negara.. saya pun ada keinginan nak migrate ke luar negara. Tak ada rasa kecewa apa pun tpi lebih kepada nak start a new thing with new place.. tapi mungkin angan2 yg sukar menjadi nyata :D

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.