Saturday, July 13, 2013

Malam Pertama Yang Mengaibkan

Makcik malu Nok..... Malu!.   Waaaaaa!!!   Mana Makcik nak letak muka Makcik ni....  sob sob sob.

*eh "Nok" tu apa?.   Makcik pun tak tau, selalu terbaca kat forum2,  mungkin shorform untuk perkataan "anak" kot?.  

Bagi korang, mungkin malam semalam adalah malam keempat, tapi idok pula bagiku sebab semalam tu lah buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke surau untuk berterawih.   Tapi bukan bermakna 3 hari tu aku tak posa... Eh aku posa!!.   Alhamdulillah belum cuti lagi buat setakat ni.. 


Jadi apa pula yg aku menjerit "Malu2"... tu??.  Buat terkejut orang je tau!  Itu nantilah aku cerita kat perenggan terakhir, aku tgh nak  mendescribekan akan keindahan malam ramadhan kat kawasan perumahan aku ni.    Memang sangat feel tau!.  Damaiiii je.. disulami hujan rintik2.

Qistina mulanya enggan pegi, Ain pula berkobar2, Shashal pula sgt teruja sebab selalunya hanya pegi berdua dgn abah dia, kali ni berlima, sukalah dia... tapi sebaik aku bagitau Qistina pegi takyah pakai baju lawo2, sekadar bertelekung je, takyah bawak beg tangan bagai....dia terus exited.






Pling!!.   Sebelum aku mengenakan telekung, teringat aku akan artikel yg kwn aku post tentang "wanita ke mesjid dan punca2 wanita tak berapa digalakkan" (lebih kurang camtu kot ayat dia.. karang aku skodeng balik FB kawan aku tu ye.  Kang salah, aku pulak yg menanggung dosa.. sambil2 tu korang pegi la tanya Ustaz untuk memperdalamkan lagi ilmu.

Update :  Ok aku dah jumpa, korang klik sini ye utk info tentangnya.  Itu pun kalau2 beliau publickan.

Antara punca2nya masalah tabarruj (berhias berlebihan) yg menjadi punca fitnah.     

Ok k.... aku akan cuba patuhi syarat2 itu.  Takde hal punya.   Lepas ambik wudhu aku terus sarung je telekung!.   Berehhh....  takdenya nak tepek compact atau sebagainya.




                        





Tengok....... mana ada aku bersolek?.   Yes... bereh.  


Namun.... ramalanku tersasar belaka.  Huaaaa..... sob sob sob.... ngis ngis ngis..... again!.  Makcik malu Nok...... mana Makcik nak letak muka Makcik ni??.

Usai solat dan makan sedikit hidangan kat situ, kami  pun masuk la dlm keta...   Masuk je dlm keta, IRP tetiba bersuara.   

Rupa2nya  ada jemaah lelaki kat situ dah menengur cara Makcik berpakaian.  Diorang kata...seluar Makcik tu tak sesuai dibawak ke mesjid (sila fokus pada gambar seluar tersebut ye).    Entah la ye... Makcik rasa takde la fit sgt pun seluar makcik tu... cuma mungkin agak striking kot warna dia sbb si Ain pun pakai gak seluar, mungkin sebab kaler dia itam.. idok le pulak menjadi isu..  Makcik malu Nok... mcm la Makcik tak bersekolah agama pulak... huaaaaa.... Tapi takpe la.... makcik terima je la teguran tu dgn berlapang dada.   Lain kali nak dtg masjid, pakai la jubah ye Makcik... kain batik ke tentu bebas dari segala fitnah.

Begitulah kisah malam pertama Makcik berterawih.  Moga menjadi pengajaran buat semua. Sekian.

*eh pesal lepas baca terus diam je ni?.   Ingat makcik tipu kau dgn tajuk ni ke?.  Tu la, bila sebut "malam pertama" je pikiran asyik yg kuninggg je.

Boleh klik link ini utk menjawab Kemusykilan  Bawa Kanak-Kanak Dalam Mesjid.

14 comments:

  1. saya sejak ber anak ni memang tak jejak kaki ke masjid untuk terawih pun...sob..sob..sob..

    dah baca FB yg MM share tu..tQ kerana berkongsi..

    MM, agaknya seluar tu kaler striking kot..takper...esok pakai jubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2....
      Sob sob sob ---> I menangis utk Linda... tapi I pun sama nasib je sebenarnya, baru ni je dpt peluang pegi tapi dah jadi kontroversi pulak.. sob sob sob... again.

      Ha'ah, esok2 pegi pakai jubah itam plak.

      Delete
  2. Eh kau menggedik di surau....ish..ish...
    Apa-apa pun TAHNIAH ....KERANA
    mendapat pengalaman baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah... TERgedix la agaknya... TERcatwalk kot... :(
      Waaaa... aku ingsap.

      Delete
  3. Salam kenal..

    Lorrrrrrr pakai seluar berkaler2pun dijadikan isu, bukannya nampak auratpun, sah2 jemaah tu dikalangan ahli2 mesyuarat tingkap..

    xmo pakai jubahpun xper, pakai jer kain sarung, ala2 kekampungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam dan salam kenal Umi.

      Tu la kan.... dah la I ni bini org, yg diorang tu rajin sgt tengok bini org tu kenapa?. Tengok la bini sendiri. Wahahaha..

      Delete
    2. Salam Puan Mirror,

      Salam kenal & saja nak menyampuk.
      Ada pepatah omputih kata: "Orang pompuan, tgk anak orang teringaaat anak sendiri. Orang lelaki, tgk bini orang luper bini sendiri...." kuikuikui.. Just for jokes jer..

      Delete
    3. Salam kenal Zaza...


      Lega hati I ni membaca pepatah omputeh you tu. Tq. :D

      Delete
  4. Hahha...amik pakai warna merah terang ye.. Ni mulut orang yg tak senang tgk orang lain...Ada saja nak komen...
    Tapi tak pe sam, buat jadi pengajaran..bukan memalukan pun ni....tersipu sipu je,...hihi. Makcik lawa kan, orang lain mestilah nk tgk...

    Lagipun mmg Nabi ada pesan jgn pakai warna yg menarik perhatian org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisy.. memang silap I, patut I sarung je kain putih telekung tu, tapi disebabkan masa tu hujan rintik2, I bukak pulak. Waaa... pengajaran yg berharga.

      Delete
  5. heee heee.. no komen..
    jgn serik nak gie surau malam nie ek..

    ReplyDelete
  6. bokde pakai apa pun lawa, tu gaknya org tu ser ser...
    mlm ni ko pakai kain batik je.. dia tegur x... kalau tegur gak sah la tu dia ser ser.... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comei - ser ser... keh3.. lama tak sebut perkataan tu.

      Mlm ni aku "cuti" Mei..... oppps tertulis pulak....kena tulis gak kot kat sini, nt time nk bayar lupa plak.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.