Friday, July 12, 2013

Kisah Makcik Zaman Dulu Yang Masak Sedap

Assalamualaikum w.b.t...... hai you all!.   

Bulan2 posa macam ni, aku macam ada rasa inferiority complex sikit nak masak macam2.... bukan apa, takut2 kelazatan masakan bazaar ramadhan meng"over shadow" dan menenggelamkan kelazatan masakan aku plak nanti, hehehe....especially murtabak Kg Melayu yg org beratur pjg tu, kuey tiaw kerang, nasi arab  yg sgt berasa tu dan mcm2 lg lah yg anak2  memang suka.




                        
Tapi semangat memasak kembali membara bila Ain makan puding coktail bazaar dan dia komen :-

"tak berapa sedap sgt la... Mama masak lagi sedap".    Waaaa kannn...  

Sangkakan dia sekadar nak membodek aku  rupa2nya semalam dia terus tak mo beli  puding yg sepatutnya jd hidangan wajib dia tu atas alasan yg sama.   Mendengarnya, terus bertambah kembang rambut aku jadi gondrong!   Wahahaha.. 

*sebenarnya puding cocktail aku tak sedap mana pun...  propa je tu...maybe sbb itulah "kuih" suapan pertama yg dia mkn sejak kecik, tu yg dia kata sedap.






Dah... dah, entry aku ni bukan nak fokus pada kisah Emak masuk bakul, Anak  naikkan atas  kren.  Kang ada pulak yg muntah badang di ptg2 ramadhan ni.

Aku sebenarnya tgh termotivate dgn apa yg aku dah tercerita kat laki aku mlm smlm..

"You tau tak, dulu masa I kecik2....ada makcik kg I tu sedapppp sgt murtabak dia buat, tiap kali kenduri je mmg habis la I makan murtabak dia tu sampai keras perut I".

"Bayangkanlah dgn takdenya byk kemudahan sgt masa tu, nak keluar pekan pun susah... boleh pulak dia masak.. semuanya sedap2".

"Itu tandanya, makcik tu kreatif".  Jawab laki aku.



"SEDAP MASAK, PETANDA KREATIF??.  OH YEAH??"

Satu ptg tu aku ada menemani Makcik tu memetik buah kelapa sawit kat kebun rumah aku, adalah dpt dlm beberapa genggam.. (zmn tu kelapa sawit boleh dikira dgn jari sbb tanaman utama kitorang adalah getah).   Aku sangka dia sekadar nak rebus je buah sawit tu, rupa2nya esok pagi tu dia ada mengirimkan sepinggan bingka sawit yg sedap.   Sekali lagi aku terkesima, rajinnya dia memarut buah sawit tuuu!!.  

Ok lah-oklah, aku tak mo la nanti makcik tu tersedak2 pulak dlm kubur.... jadi sebagai  motivasi, aku pun nak jadi la isteri yg masak sehabis sedap hari ni... keh3.   

Jadi tu la aku nak bagi korang semangat nih,  kalau makcik tu yg dilahirkan di zmn2 purba yg tak byk kemudahan mcm kita pun mampu masak sedap2, kenapa kita yg dah ada oven, stove bagai ni  tak pulak..?.  Kannnn?.  Jadi marilah kita motivasikan diri kita bahawasanya.... KITA BOLEH!.  Jom ke dapur dgn jayanya!!.  Wahaha..







p/s :   menu apa yg boleh aku transform tauge tu jd sesuatu yg sedap?.  Dah la bebudak tak suka toge..    Tgh memikir2 ni...

5 comments:

  1. teringinnya nak rasa bingka sawit tu..mcm mana la rupanyaa..first taim dgr buah sawit dibuat bingka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Linda.... ada iras2 bingka labu sikit..

      Delete
  2. Banyak betul nama makanan dalam entry ni.. Mana satu nak buat ni? Terror tul, patutla anak suka sangat mamanya masak.....

    Terus rasa best sb tadi dh masak sebelum dtg sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisy - Nama makanan je byk, tapi semuanya masih kat Bazaar. Mama dia arini masak 2 menu je.

      Rajinnya pepagi dah masak!.

      Delete
  3. Owh. Harus kreatip ya baru.sedap masakan? Hehehe

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...