Showing posts with label NOSTALGIA ZAMAN GEDIK. Show all posts
Showing posts with label NOSTALGIA ZAMAN GEDIK. Show all posts

Friday, March 13, 2026

Baju raya emak nenek 90an kembali trending.

Assalamualaikum guyss!. 

Raya 2026 ni sebenarnya boleh je kalau nak berjimat baju raya sebab baju emak2 tahun 90an dah kembali trending.  Social media dibanjiri dengan gen Z-gen Z yang memperagakan baju-baju zaman kegemilangan ibunda mereka, malah baju nenek pun ada.  Cantik manis semuanya dengan sentuhan make up gaya terkini dan diberi nafas baru dengan shawl di bahu (zaman2 saya dulu shawl2 bahu ni kita tak pakai).  

Malah, ramai yang menjual baju2 preloved sebegini dengan harga serendah RM10.00.




Sensor sikit muka, kita kan dah bertukar jadi pemalu sekarang.   Ha!!.  Ni contoh baju 90an, emak kepada Ain dan Cik Q.  (MrBBjr tak yah sebut la, tak kan nak pakai baju Mama plak).    

Tapi anak2 perempuan saya, macam tak de tanya2 plak tentang baju-baju lama Mama ni semua.   Mungkin mereka tak mengikuti trend baju raya Malaysia kot.  After all Cik Q ni elegik dengan warna2 menyala, suka yang soft2 je.  

Ain pulak dah oder baju on line aritu.

“Ma, kalau baju tu Ain tak muat macam mana?”.  tanya si Ain.   Dia sendiri yang oder  entah dari mana tetiba sekarang risaukan tak muat.   Actually kalau anak2 tak muat selalunya jadi rezeki Mama, sebab tu saya aman-aman je mendengar keluhan mereka.  Ahaks!.  2 helai kebaya ni (gambar bawah) RM1k++ sapa tak nak kan?.   Ni nak doa supaya muat ke supaya tak muat pun Mama tak tau lah.  



Juga saya dah tolong cubakan depan cermin sebelum dibawa balik ke Aussie (ceritanya, dia oder on line dan post ke alamat Msia).  Alhamdulillah muat la untuk saya, tak tau la untuk Ain kot2 berbuka puasa ni kuat makan. 


Option lain jika anak2 di Aussie tak sempat beli baju raya?.  Selalunya kami shopping last minute kat  DFO atau area Hay Street. Tapi tu la, tahun ni Perth macam tak banyak jual baju yang sesuai untuk raya plak.   Mungkin sebab tengah musim panas baju pun banyak yang tak cukup kain.  In fact, shopping mall mereka tak pernah jual baju raya pun.. cuma pattern dia ada yg sesuai dipakai sebab menutup aurat. Biasanya gaun atau blouse2 yang dipadankan dengan kain maxi untuk menampakkan kesan-kesan kurung modern.   



Ini pula kisah baju2  kerja Cik Q yang “difaraidkan” pada Mama masa balik Aussie aritu.  Tag price masih ada lagi.  Tak tau la kenapa dia beli2 tapi tak nak pakai.  Bukak gerobok tetiba supriseeeee!!!   Niatnya balik hari tu  saya nak clearkan gerobok jadi minimalist concept  tapi dah jadi sebaliknya pulak.  Dah tak pasal2 Mama cansel shopping baju sebab gerobok dah penuh.

Itu masih tak memeranjatkan lagi, yang lebih memeranjatkan lagi, gerobok abah dia pun dia pegi sumbat baju2 dia yang dia dah nak let go.   ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….  Kebaya plak tu, masya Allah tabarakallah!.   Bertuah punya budak.

P/S :    Tapi., kena berhati2 juga nak terima baju pusaka orang2 zaman dahulukala, takut2 ada “sesuatu” di dalamnya.   Nauzubillahiminzalik.  Serammmmm lariiiiiiiiii.


Friday, August 10, 2018

Nanti Allah hadiahkan kuda dan biri2 pulak..

On this day 2009

"Membuat langkah yg kurang bijak" dgn membuang masa "berladang" (bukan berladang kat tanah).  Sapa ingat lagi mendalah ni?.






Astagfirllah.. betapa banyaknya masaku terbuang waktu itu??.  ๐Ÿ˜…Tapi sungguh pun begitu.. 2009 sempat juga tau ai jahit sendiri langsir rumah, ajar anak2 blajar & sambil2 berjualan on line lah konon2nya.  Kemahen hari2 mempromosi minyak kelapa dara waktu itu.  Oh lupa. Ai kan "Mem Besar" dulu!!.. ๐Ÿ˜„. Bagi yg dah lama follow blog ni mesti fhm istilah tu.



Ok kita zoom apakah rumah hayalan yg telah berjaya dikumpul waktu itu.  
Kecik je ai dapat... kawan2 lain dah pelbagai2 lg mereka bina.... lg2 yg ramai friendlist tu lah.


Then...



After 9 years later..

See what is happening now??.


Masyaallah.. menginsafkan.  ๐Ÿคค๐Ÿค”๐Ÿ˜…Allah zahirkan di alam nyata.๐Ÿ˜‚


Ada pohon2 anggur, ada "swimming pool"..



Walau anggur ni cuma kat mesjid bukan spt di fantasi..  tapi umpama angan2 yg telah Allah tunaikan.  Masyaallah..



Nyesal pulak cuma pilih "swimming pool" kecik je dlm Farmville dulu.. Haha..
Now dpt pun yg cenonet je ni di alam nyata.   

#swimmingpoollahsangat  
#ikandudukdalamtu




Masyaallah!.   Allah tunaikan pepohonan tepian rumah juga..









Tapi kuda dan biri2 tak dapat lagi..
Allah dulukan dgn Mr Arrogant sekor ni..  Haha.. bersyukurlah adanya.





Entry ini bukan nak cerita tentang ajaibnya "game" (yg sudah semestinya melalaikan).. sekadar nak cerita betapa Allah itu maha memberi, (walau mungkin  apa yg kita berkenan tu sekadar dari lintasan hati kita) ....dan cerita ini mungkin boleh dikaitkan  pada quote "Apa yg sering kita pikir dan cakap hari2 .. itu umpama doa.". 

Masa tu memang hari2 asik sebut hay bale.. hay bale (gulungan rumput makanan kuda) ha kan skg  hari2 asik kena lalu kat Hay Street, Perth ni demi kelangsungan hidup di rantau org.   Haha.. ๐Ÿ˜ƒ

Catatan dari ibu yg insaf yg tak akan main game lg ye.  Sekian.




Friday, July 12, 2013

Kisah Makcik Zaman Dulu Yang Masak Sedap

Assalamualaikum w.b.t...... hai you all!.   

Bulan2 posa macam ni, aku macam ada rasa inferiority complex sikit nak masak macam2.... bukan apa, takut2 kelazatan masakan bazaar ramadhan meng"over shadow" dan menenggelamkan kelazatan masakan aku plak nanti, hehehe....especially murtabak Kg Melayu yg org beratur pjg tu, kuey tiaw kerang, nasi arab  yg sgt berasa tu dan mcm2 lg lah yg anak2  memang suka.




                        
Tapi semangat memasak kembali membara bila Ain makan puding coktail bazaar dan dia komen :-

"tak berapa sedap sgt la... Mama masak lagi sedap".    Waaaa kannn...  

Sangkakan dia sekadar nak membodek aku  rupa2nya semalam dia terus tak mo beli  puding yg sepatutnya jd hidangan wajib dia tu atas alasan yg sama.   Mendengarnya, terus bertambah kembang rambut aku jadi gondrong!   Wahahaha.. 

*sebenarnya puding cocktail aku tak sedap mana pun...  propa je tu...maybe sbb itulah "kuih" suapan pertama yg dia mkn sejak kecik, tu yg dia kata sedap.






Dah... dah, entry aku ni bukan nak fokus pada kisah Emak masuk bakul, Anak  naikkan atas  kren.  Kang ada pulak yg muntah badang di ptg2 ramadhan ni.

Aku sebenarnya tgh termotivate dgn apa yg aku dah tercerita kat laki aku mlm smlm..

"You tau tak, dulu masa I kecik2....ada makcik kg I tu sedapppp sgt murtabak dia buat, tiap kali kenduri je mmg habis la I makan murtabak dia tu sampai keras perut I".

"Bayangkanlah dgn takdenya byk kemudahan sgt masa tu, nak keluar pekan pun susah... boleh pulak dia masak.. semuanya sedap2".

"Itu tandanya, makcik tu kreatif".  Jawab laki aku.



"SEDAP MASAK, PETANDA KREATIF??.  OH YEAH??"

Satu ptg tu aku ada menemani Makcik tu memetik buah kelapa sawit kat kebun rumah aku, adalah dpt dlm beberapa genggam.. (zmn tu kelapa sawit boleh dikira dgn jari sbb tanaman utama kitorang adalah getah).   Aku sangka dia sekadar nak rebus je buah sawit tu, rupa2nya esok pagi tu dia ada mengirimkan sepinggan bingka sawit yg sedap.   Sekali lagi aku terkesima, rajinnya dia memarut buah sawit tuuu!!.  

Ok lah-oklah, aku tak mo la nanti makcik tu tersedak2 pulak dlm kubur.... jadi sebagai  motivasi, aku pun nak jadi la isteri yg masak sehabis sedap hari ni... keh3.   

Jadi tu la aku nak bagi korang semangat nih,  kalau makcik tu yg dilahirkan di zmn2 purba yg tak byk kemudahan mcm kita pun mampu masak sedap2, kenapa kita yg dah ada oven, stove bagai ni  tak pulak..?.  Kannnn?.  Jadi marilah kita motivasikan diri kita bahawasanya.... KITA BOLEH!.  Jom ke dapur dgn jayanya!!.  Wahaha..







p/s :   menu apa yg boleh aku transform tauge tu jd sesuatu yg sedap?.  Dah la bebudak tak suka toge..    Tgh memikir2 ni...

Wednesday, February 6, 2013

Hilang satu kedutan di wajah bila memaafkan orang :D (Awas! Ini entry gossip)



Kalau orang dah mintak maaf kat kita....tak kan la kita berlagak sombong...
tak nak maafkan... kan?.   Sedangkan Nabi ampunkan umat...


Kesan-kesan dari memaafkan orang...
aku rasa macam kedut-kedutan muka aku berkurangan 1 inci...
Bayangkan la kalau kita mampu memaafkan ramai lagi orang...
tentu akan kembali sweet 17, pastu kulit  jadi selembut bayi.... pwewittt...
lahaiii seronoknyaa..



Cita-cita aku sekarang ni ialah....
Nak memaafkan semua orang.....  (eh cop cop... sorang je yg aku malas nak  maafkan.... khe3 (ya ya aaa je)....  nanti aku cerita rahsianya, ekslusif hanya di blog "Miss Mirror"... jgn bagitau org tau... syyy).







Lahaiii you all...
bergaduh2 ni bukan best pun..
membataskan pergerakan kita je..

Ko bayangkan la kalau ko gaduh ngan orang...
seronok ke?.    Nak ke situ terbatas... ke sini terbatas...



Tapi.....Aku rasa kan you all....
aku BELUM MAMPU  la nak lupakan kebejatan yg dilakukan oleh sorang perempuan ni.....
orangnya boleh tahan la... cantik la jugak.... tapi cantik aku lagi la... kekekke..


Alkisah satu hari tu...
kali terakhir aku keluar dari "sekolah itu"... aku datang pada dia (si perempuan yg aku susah nak maafkan ni la)...
"Kak.... saya minta maaf kalau selama ni saya bla bla bla...".  biasa la ayat klise bila kita
nak bungkus kain baju meninggalkan sesebuah sekolah..

Tapiii...
ada ke patut you all.....
dimarahinya aku ni.... mengarut2 ayat dia...
Ko rasa patut tak?
Dah la selama aku kat situ, dia yg selalu wat onar ngan aku..
asyik adaaaaaa je yg dia rasa tak berkenan ngan aku ni...
macam la aku ni anak dia... pelik aku..



Ya la, aku pun sedar, aku ni bukan la baik sangat... tapi jgn la buat aku camtu..
 penat2 tau mak aku ngandungkan dan  lahirkan aku kat donia..   Muntah2 mak aku time ngandung... 9 bulan muntahnya tau bukan macam kau ngandung!. Ko ingat apa?.
segunung harapan dibekalkan, doa dipanjatkan siang malam pagi petang ...
"Wahai anak, Emak doakan kau berjaya, belajarlah dgn  tenang di sana, pandai2lah menyesuaikan diri"..
tapi hampeh... perbuatan2 kau yg "busy body" tu dah  buat "sekolahku jadi nerakaku"...


Emo ke?

Sorry guysss... takde la emo mana pun time aku menulis entry ni,  hahaha... biasa2 je aku,  zmn emo aku dah berlalu sekian lama...sekadar mengimbas satu memori silam dari lipatan sejarah untuk  memberi pengajaran pada anak2 aku...
berhati2lah  dlm pergaulan di sekolah Nak ye.. jadi senior memang best tapi jgn sekali2 berbuat sesuatu yg memberi parut di hati orang lain..




SALAH MEMILIH KAWAN - SALAH MEMILIH MASA DEPAN....



p/s :    Bila one day korang nampak kedut-kedutan kat muka aku  hilang semua.. itu petanda aku dah maafkan "perempuan itu".







Wednesday, December 12, 2012

Idea Bisnes Di Zaman Kampus Yang Tak Sanggup Diingat

Assalamualaikum you all...

Padahal mata ni dah mengantuk, tapi still menggedix nak update belog.  Baru lepas chat dgn my fren  Datin Z  tetiba teringat janjiku padanya yg belum tertunai ( janji tu dpd tahun lepas lg) ~ utk mengimbas kenangan  zmn kampus nun di sana.

Tapi tu la... tak tau nak cerita kisah yg mana satu?.   Byk sgt kenangan dgn beliau ni.  Ok la, I nak imbas cerita yg manis2 saja... yg pahit tak mo.    Nak bagitau you all betapa gigihnya kawan I yg sorang ni sedari mula remaja lagi.    Memang minatnya dlm bidang perniagaan tumbuh dari belasan tahun lagi.   Ada la satu hari tu...  kami beli kaler.. (eh kami ke?.  Beliau kot yg beli dgn duit JPAnya tu... hahaha).

Kaler tu permananent kaler... kira kalau kita tenyeh2 kat kain, tak la cepat hilangnya.. kununnya la kan.   Then si Datin Z ni pun tetiba memberikan idea..

"Ha!. Sam!!.  Apa kata  kita berniaga??!!".  Soalnya dgn wajah bersinar2, putih melepak kacukan cina.

kalau masa tu pandai buat pavlova... kita jual pavlova je kan Z kan?


Mengambil sehelai T.Shirt putihnya, Si Z melakarkan corak.   Macam2 dia lakarkan kat T.Shirt tu.. memang cantik hasil seni si Z ni..... tak dinafikanlah..  berbeza dgn I yg hanya perasan kreatif tapi sebenarnya agak kureng kalau bab2 bermain warna ni.  

Maka,  I pun setuju dgn cadangannya tu....  tinggi menggunung harapan kami ni  kot la "kaler ajaib" itu mampu memberikan pulangan yg lumayan pada we all yg masih bergelar student masa tu yg kais pagi makan pagi (ewah konon!)..   Maka mengetuk la kami dari satu bilik ke bilik dan membuat acara promosi... kot la ada yg berminat nak membuat tempahan. 

Esoknya tetiba pintu bilik I diketuk orang... Dlm ati.. oh ni mesti orang nak ambik order.. kih kih kih.... ghoper-ghopernya.... lahaiii ....... si Z.... datang dgn wajah hampa.  I tanya "why?".

"Ala Samm.... ko tengok apa dah  jadi dgn baju ni??"..

Hahaha...  habis luntur, turun segala warna, gelap gulita baju tu jadinya dek kerana dibasuh.   Hahaha.. kelakar la ko ni Z oiii... sib baik la... belum ada yg nak mengorder lagi.... so, moral of the story ialah..... biar si Z sendiri yg fikirkan apakah moral dari cerita ini...yg pasti Z skrg dah jadi tokey nasi ayam yg berjaya - baru balik Beijing kawan I sorang ni, tumpang happy atas kejayaan dan kebahagiaanya.. moga berkekalan begitu hendaknya ya Datin.  Aamiin ya rab bal alamin.

Kain ela - cotton  RM75 termasuk postage, berminat sila email : missmirror@ymail.com
lain-lain pilihan sila jenguk di sini.


Korang ada curi2 buat bisnes masa study?.  Kongsi la cerita..

p/s :   Moral dari cerita di atas ialah... kalau jual barang, tapi orang tak beli.. bermakna, adalah hikmahnya tu..






Tuesday, December 20, 2011

Jika Kau Seorang Lelaki... Gadis yg bagaimana yg ingin kau pilih?

Imaginekan diri anda seorang lelaki.. atau anda sememangnya seorang lelaki....gadis yg manakah yg akan kau pilih antara keduanya ini?

1) Seorang gadis yang lemah lembut, sopan santun, pemalu..... jalan gemalai..
2) Brutal, tegas, jalan pun laju2, pantas buat keja....
Ya I tau... rata-rata tentu akan pilih yg nombor satu tu kan? Tapi I pernah berhadapan dengan seorang gadis yang lemah lembut, jalan pun gemalai... (kalah kita2 yg Melayu ni tau)...sopan je tutur katanya... tapi pelik... I rasa I sorang je yg menyenangi dirinya... ramai kawan2 (kwn pompuan ler) suka mengutuk dia (sorry ler kengkawan, I flashback cerita lama kita ni).. kesian... masa tu I rasa nak protes gak la bila ada yg cuba2 nak kritik dia, sebab I pun macam terkena tempias gak la kan.. sebab... hehe.. sebab perasan yg I ni pun lemah lembut mcm dia ...  dia best fren I.

Satu hari sorang rakan sekuliah menegur si Maria (bukan nama sebenar)
"Maria ... cuba la ko ubah sikit cara kau tu.. jadi tegas sikit!!" kata kakak tu jadi imej consultant tak berbayar.. 

Huh????


Ya ke? Kalau dah pembawakan sejak lahir... nak wat cemana.... sigh.. :( 

Cuba kita bayangkan pulak artis2 yg meletop kat negara kita ni... menurut firasat cermin Makcik Mirror ni .... rata2 yg meletop macam Datuk Siti Nurhaliza ke... Lisa Surihani ke (sekadar menyebut beberapa nama)..... rahsianya sebab mereka ni sopan santun dan penuh kelembutan la kot. Tak kisah la sama ada mereka kat rumah keras ke brutal ke, itu aku no comment  la kan.. sebab aku pun tak pernah gi rumah diorang, mana aku tau.... tapi bila berhadapan dgn audience je... cakap mereka pun lembut je, sedap je telinga neh mendengarnya... contohnya..
"Sorry... no comment" - Tok T... 
 "Apa? I nak kawin dgn Yusry" kata Lisa....  Ha kan...

takde la tegedix2 je kan..



Tapi.. tu la yg I musykilkan sampai sekarang, kenapa kawan I, Maria bukan nama sebenar yg lemah gemalai ni dinasihatkan perlu membuat perubahan diri?

Kelembutan dlm penulisan pun penting kalau nak mintak keja

"Office katne?" Seorang calon "pekerja" telah meng'inbox' I itu ari...
Hingga sekarang I tak reply soalannya itu sebab bunyinya sungguh....... hmmm.. korang pun phm la kan. Mungkin jika kelembutan itu diwujudkan dlm soalan tu, lembut gak ati kita ni nak reply.... contohnya "Assalamualaikum... boleh saya tahu, office di mana?"

p/s : Kelembutan I dah ilang sejak dpt anak... sebab ari2 jadi Rika Sumanto.. jelous dgn Lady Diana yg lemah lembut hingga saat kematiannya..

Thursday, December 15, 2011

Zaman sekarang ni nak belajar masak tak sesusah zmn dulu... dan resepi karipap

Breakfast hari ni I buat karipap... actually I nak mengajar si Ain... resepi kali ni I ikut dari blog ini.



Tapi I ubahsuai sikit ikut mana yg dulu I belajar dengan Makcik hubby sebab Makcik ni memang penjual karipap... ok ini resepinya...

500 gram tepung gandum
3/4 cawan minyak panas
1 1/2 cawan air panas
secubit garam

Gaul kesemuanya dalam mangkuk besar, then uli-uli.... bulat2kan jadi beberapa bulatan sebesar bola golf.

(honestly... I tak ikut 100% pun resepi kat atas tu sebab bila rasa mcm masih rapuh je (blom boleh diterap) I main tambah2 sesuka hati... tak kira la minyak dia ke, tepung ataupun air)..





Then canaikan satu2 bola2 karipap itu nipis2 pastu masukkan ke dlm acuan karipap, masukkan inti dia, pastu katupkan.. keluarkan, barulah kita pintal2 dengan tangan ... I punya pe'el... I lebih suka canai atas dulang plastik ni... beli la byk mana pun papan pencanai kat rumah ni, I tetap berdegil guna dulang plastik sebab permukaan dia lebih smooth (kalau guna papan pencanai nanti nak kena bungkus dgn aluminium foil.. ah leceh plak)

Pastu... goreng dlm minyak penuh dan api perlahan hingga kekuningan.

Zaman sekarang ni nak belajar masak tak sesusah zmn dulu...

(I dulu belajar masak sampai dijeling-jeling... wow panahan beracun you!!!)..

Bohong la kan kalau anda tak pandai membuat karipap... I sharekan resepi ni hanya khas buat adik-adik yg baru nak belajar memasak. Teringat dulu time I nak kawin, beriya sangat nak belajar memasak dengan sorang tukang masak Thai ni (mcm la bakal suami I suka sgt masakan Thai.. ^ . ^. Malam2 kami (I dgn sorang kakak housemate) gi makan kat kedai dia... sambil2 makan, sambil tu si Joe (bukan nama sebenar) ajar kami masak.. sempat la jugak belajar masak tomyam, (kat situ la baru I kenal apa itu kicap sotong yg menjadi penyedap resepi tomyam tu, korang pun dah tau kan... ).

Sungguhpun begitu... sampai sekarang ni I masak tom yam, takde la sesedap si Joe ni masak... sebab rahsianya tentulah pada rempah dia yg dia beli khas dari Thailand tu... Then, dlm satu malam tu jugak la kami belajar masak macam2... kangkung goreng belacan, daging masak merah, (tapi resepinya I pun dah lupa.... (diselangseli dengan laungan awek si Joe yg agaknya cemburu dan sungguh merimaskan.... kalau tak.. tentu lagi banyak la kami belajar malam tu).

"Yang.. cepat la... Yang cepat la..".. haishh berulang2 awek indonesia dia merengek... (dapat anak mesti cun... kacukan Thai dan Indo) sampai boy friendnya nak masak pun lintang pukang dah I tengok..

I dan Kak Shima housemate hanya berpandangan sesama sendiri.. pastu untuk meredakan keadaan.. baik la kita orang cha alif but...and say babai...

Begitulah payahnya kitorang remaja zmn dulu2 belajar memasak adik2 (selain belajar masak yg ibu kita masak)... itu blom lagi kes orang kedekut resepi... tak de la macam korang zmn skrg ni ... semua hanya di hujung jari je, pilih je la blog mana yg korang suka, youtube mana yg ko nak klik ...akan terpapar la resepi yg kau impikan... chinese style, western, timur tengah... siam... semua ada.



Bawah ni sekadar gambar hiasan..




bersama adik-adik ipar tersayang... thanks
my SIL mengeposkan gambar ni...


Motif entry ini :
  1. Ingin menyedarkan anak-anak I...
  2. Nak release tension - kepala masih dibayangi hacker (penggodam blog)... tapi I percaya... tiap musibah yg melanda kita... pasti ada sinar bahagia di hujungnya.. ibu mertuaku selalu menyakinkan aku begitu.. dan ternyata ianya benar selalunya..
  3. Mengguli karipap itu mengingatkan I pada seorang sahabat....masa remajanya dihabiskan dgn menolong ibunya membuat kuih muih hingga tidak dapat belajar dgn sempurna, kasihan jugak kpd dia (maklum la aku kecik2 tak la rajin mcm dia)....tapi Allah gantikan kepayahannya dan ketaatan kepada ibunya itu, akhirnya bila dia dewasa Allah kurniakan dia seorang suami yg soleh, membahagiakannya, cukup segalanya.. (lebih kurang pulak cerita dia dgn Datuk Siti Nurhaliza ye...kecik2 jual2 kuih..... pastu tua2 hidup senang lenang....tapi ini bukan cerita Tok T.. hehe). Moral of the story... taatilah orang tua anda, insyaAllah hidup akan bahagia..


Thursday, July 14, 2011

Rahsiaku.... kisahku bersama kertu..

"Abang Yie dah lama dah tak solat... sejak Abang bercerai dengan isteri abang, abang terus tinggalkan tikar sembahyang" Kata Abang Yie Bukan Nama Sebenar, duda gila talak itu dengan penuh bangga. I diam je la malas nak cakap lebih2 ketika itu, lagipun I masih terlalu remaja untuk menasihatkan dia yang 20 tahun lebih tua dari I.

Hidup Abang Yie ni memang susah, daif rumahnya, menjaga ibunya yang telah tua. Kerja di sebuah warong sebagai pencuci pinggan. Menurutnya, bekas isterinya lari ikut jantan lain. Tapi kan.. yang I tak suka tu apa tau... dia tu dah la kertu... pastu tak solat ... pastu nak ngorat I... heeee... Gila betul!!!!

Sebenarnya selama I menjalani hidup sebagai gadis remaja ketika itu, I sering ditemukan dengan manusia-manusia yang pesimis seperti ini. Mereka seolah-olah telah berputus asa dengan rahmat Allah.

Kengkadang rasa ralat pun ada sebab tak dapat "menyelamatkan" mereka dari terus hanyut dengan bisikan syaitan... tapi masa tu macam speechless. Jika uoll ada masalah yg sama spt I, nak berhujah dengan orang2 spt ini ? Apa kata baca nota yg I copy paste dari kawan I ni ...... Selamat Membaca... see u later.



Mengapa Orang Tak Solat Pun Kaya?

Kadang2 kita mendengar org bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ". Kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.


Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman. Kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Apakah dia istidraj itu? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s. a.w. bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. 

Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya. Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap) , dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. 

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. 

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahualam.

p/s : Kertu = bermaksud TUA kan?

Wednesday, June 29, 2011

Misteri sahabatku berwajah sedih dibongkar

sekadar gambar hiasan

Tak ke pelik, gara-gara melihat wajah sugul seorang kenalan siang tadi, tetiba kesedihan itu bagai merasuk ke fikiranku hingga ke saat ini.   I sendiri tidak pula bertanya mengapa beliau terlalu sugul... mungkin penat seharian bekerja atau entah la.. esok je la I tanya.
Ada sesetengah orang memang telah dikurniakan wajah sedih semulajadi... ada orang pula, sedih2 pun nampak happy.   Teringat seorang jejaka bernama Mr. B, seorang agen insurans yang berjaya, kejayaannya dalam mencari ramai prospek menjadi bualan antara gadis-gadis genit  di situ - (entah ler diorang ni, dah takde keja ke hapa berbusy body plakss. XD...)  
So... sessi membongkar rahsia kejayaannya dilakukan pada satu senja nan hening.. ketika kami semua tengah ngeteh di restoran berdekatan.. (rindunya aku dgn tempat itu).
"Minyak wangi dia bau lembut ler mek.. itu la rahsianya"   Ujar gadis A beriya-iya.. seolah2 memaksa kami untuk percaya.  Tapi memang dah percaya pun.. kalau minyak wangi keras berdentum ditambah pula bau peluh, aduh makk... kembang kempis hidung client menahan aroma..mananya client tak lari.
"Dia pandai bercakap la kot?"  Sorang lagi awek cun memberikan hujahnya...
"Tak la..  aku rasa sebab muka dia muka sedih la.. pernah aritu aku marah dia, dia tunduk je... aku plak yg serba salah.. aku rasa itu la rahsia kejayaan dia.."  
Ooo gitu eh??  Wajah sedih pun boleh mengundang rezeki rupanya... meh la kita buat2 muka sedih.. kot2 cik abang belikan kita apa2... kekekeke....
***   Entah di mana agaknya teman-temanku itu sekarang, hanya 3 purnama dapat bergelak tawa bersama mereka, selepas I mendapat tawaran kerja di tempat lain, hubungan terputus begitu saja.
Ok la...sebagai motivasi untuk diri sendiri, hari ni I copy pastekan santapan rohani :
 Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Tuesday, January 4, 2011

Nampak je kecik.... tapi bila dah takde....separuh meroyan...

Ala tensennyaaa..... mcm mana la boleh tertinggal ni.......... bosan betul! Tu la akibat keluar rumah tak buat checklist.


Esok pepagi buta I dah nak kena gerak dah, nak jalan2 dengan diorg ni semua atas satu urusan penting..... now ni I kat rumah MIL, bermalam kejap kat sini...


Tu la kan.... kekadang sesuatu benda ni nampak je kecik.... tapi bila dah takde.... sangatlah tak bermakna.


Teringat I masa menggedix gi rombongan sekolah, sedang I sibuk membasuh uniform di asrama yg disediakan untuk menginap.... tetiba tertetas plak jahitan silang pangkah pada bahagian bawah uniform tu... Kami masa tu memang tak bawak baju spare. Nak minimizekan kecembungan bag yg dibawa konon2nya la kan.... Menggedix betul kan!.


Mak aiii.... dlm pikiran I masa tu... mcm mana la nak buat ni.... tak bawak jarum pulak. Dah la esoknya kami nak pusing keliling bandar Melaka. Dah tu pulak bersama2 dlm bas tu ialah *******ehem! Syyyyyh!!!!! IRP lalu plak... tak jadi nak tulis kisah selanjutnya. Ala Yang... ni kan kisah zmn persekolahan dan monyet-monyetan... relax la kan.


Bagaimanapun kekalutan itu dapat juga diatasi akhirnya... apabila seorang teman menemukan sebatang jarum dan benang kat asrama tu entah milik siapa... Wahai pemilik jarum dan benang kat asrama di Melaka tu... mohon dihalalkan ya Makcik...sgt darurat ketika itu!! (sekarang dah makcik la kot... sebab masa kejadian tu.... rasa2nya penghuni tetap hostel tu dah Tkt 5).


Tu la... lain kali uoll kalau gi mana2 jgn lupa bawak sewing kit ya puan2.... kalau duduk hotel takpe la... semua kelengkapan tu ada. Setakat tercabut butang sebijik tu masih boleh cover lagi. Ah...Senang cerita gini.... kalau gi mana2 bawak la baju spare. Lagi bagus!






Eh I menyesal betul.... aritu masa gi Australia tak beli satu bendalah ala2 benda ni.... puas cari kt farmasi kat sini tak jumpa plak... uoll ada jumpa tak?



Lagi bagus kalau bawak je kayu sugi ni dlm handbag..... so, kalau tertinggal berus gigi... tak
la susah2 nak beli baru....

Lahaiii.... berus gigi... napa la ko tertinggal??? Ngengada!!!! Mencii!!

Friday, September 24, 2010

Nak Cantik Ke Sekolah....

Terbaca n3 Hanis Zalikha tentang LIP GLOSS dan kisah awal remajanya, I pun ada kisah zaman anak dara sunti yang bila dikenang semula....... "waa gilanya... semata-mata nak cantik... sanggup buat apa saja!!!!".

Semua orang ingin dipandang cantik kan, dan sememangnya anak dara sunti semuanya natural beauty... u bayangkan la, without makeup time tu....cuma dgn sedikit olesan bedak 3A, still ramai jejaka2 yang mengorat u kan?. Tulis surat berkepuk2 nak berkenalan. Betul tak?.   Kira natural beauty le tuh.



gambar apa ni? rahsia.. (ada org nak tengok, jadi I uploadkan)


Kalau nak cerita pasal remaja2 sunti yg menggedix bermake up ke sekolah, memang I pun tak terkecuali.....hahaha...... (mengaku tu menggedix ke sekolah!!!).  Wait2... tapi bukan la set make up lipstik, blusher, foundation bagaiii). Diakui mmg   ada gak kengkawan I yang bercelak ke sekolah, yang berfoundation pun ada la sorang dua... tapi I memang tak suka pulak la sampai macam tu sekali... I memang tak pandai nak bercelak2 ni semua.


Itu bab celak kat mata... ada jugak student yang bercelak kat bibir.... warna coklat je keliling bibir............ adohaiiii.........dah cam pelik la pulak... tapi maybe Cikgu tak perasan kot.  

Tapi kalau I pulak........ u tau tak I buat apa, ada la I terbaca satu tip kat satu majalah Remaja, time tu Majalah Remaja memang tengah popular kan..... I ambik kunyit..... tok tok tok... (bunyi lesung di dapur).   

Emak I tanya....

"Nak buat apa tumbuk kunyit banyak2 tu...." Mesti Emak ingat anak daranya ni dah mula rajin ke dapur.... kekeke..

I tumbuk2 kunyit tu.... bubuh santan.... perahkan.... then sapu kat bibir..... konon2 biar nampak macam bibir kita natural kemerahan bak delima merkah..... Wahaha!!!! Entah iyer...

Tak cukup dengan tu.... trend guna colgate plak.... sapu colgate kat bibir semalaman... (tolong jangan tiru aksi ini..... segala kemalangan yg berlaku atas tanggungjawab sendiri)...... keesokan paginya, jeng jeng jeng..... bibirku seksi bagaikan bibir Kak Nita! Wah!!! Happy kejap..... pastu 2,3 hari lepas tu kan............... nak tau apa jadi! Pijar..... menggelupas!!! Padan muka !!!. Hahaha..


Macam-macam hal! Sejak itu I kembali menaturalkan wajah... mensyukuri nikmat yang Allah berikan... Apatah lagi bila dah berpindah ke sekolah berasrama, hilang sudah minat nak menggedix ke sekolah. Lagipun duduk asrama kan tak jumpa matahari sangat.... so, muka tak la bermasalah..... cerah la sikit kononnya tu. So, gi sekolah pun dgn wajah polos semata. 


Hmmmm   kita ni dah bersyukur la patutnya kan, bibir tak ler birat.......... mcm kawan I tu lahaiii sian....gara-gara TERguna lipstik yang maybe banyak chemical kot....pastu TERtido dengan lipstik2 tu di senja nan kala, tau tau bila dia bangun, Alamak! Bibirnya yang dulu cantik munggil tu jadi legam!!! Sampaiiiiii la sekarang......

Moralnya ialah ........... jgn tido dengan lipstik... (apatah lagi kalau lipstik yg kita tak berapa confident tah apa jenamanya)..


Murah je lip gloss yg I beli kat air port Australia ni.... tak ingat la berapa harga dlm lebih kurang RM15 duit sini ... (dlm set tu ada 4 tin kecik ni)..
sorry Mei... lambat sgt la jumpa ko, jadinya
survenir  aussie ni aku dah terbagi kat org lain.. hahaha...


p/s : Segala aksi-aksi buruk di atas, sila jangan ditiru.... kalau nak tiru...tiru yang kat bawah ni ya....

Buat temanku yang bertanya tentang FADHILAT SOLAT DHUHA....... ini I dah copy pastekan satu artikel tentangnya....


KELEBIHAN SOLAT DHUHA...

Dalam satu riwayat Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ~ dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Info selanjutnya sila layari : Kelebihan Sholat Dhuha

Thursday, August 12, 2010

KISAH TERLAKNAT DI SEBUAH KLINIK

KISAH MAKCIK NAK GUGURKAN ANAK...


Di balik kaunter seorang ibu umur dlm lingkungan 40an, bertudung ala2 makcik, berwajah gusar berbisik ke telingaku yg bekerja sbg pembantu klinik ketika itu (time tgh tunggu result SPM).


AKU CUN : Ya Makcik, boleh saya bantu?


IBU GUSAR : Dik... (dia panggil I adik la beb sebab I muda jelita lagi umur 18 masa tu... Sila bayangkan wajahku yg masih gebu).. Cik nak tanya la... Kat sini ada buat pengguguran tak?


Hah!!! Dasyatnya makcik ni... bisikku.... tapi I berpura2 cool.


AKU CUN : Makcik isi borang ni dulu ya, nanti Makcik jumpa doktor bincang...


IBU GUSAR : (tanpa ditanya, IBU GUSAR itu membisik lagi bagai memahami apa yg bermain di fikiranku) .... ala Cik bukan apa Dik... cik kerja la.... Cik susah kalau ada baby.....


Astagfirllahalazimm........ getus hati suciku... tapi since dah tanggungjawab, I pun jumpakan beliau pada Doktor, walaupun I tahu Doktor kami di klinik itu tidak ada membuat kerja-kerja terlaknat itu... at least mungkin Doktor boleh memberikan nasihat kaunseling.


IBU GUSAR pun keluar la dari bilik Doktor dengan perasaan hampa dan meninggalkan klinik kami. Tak lama lepas tu, petang menjelang, seorang lelaki lebih kurang sebaya IBU GUSAR pun muncul di depan kaunter.





LELAKI : Dik, adik ada nampak tak makcik yg datang klinik ni tadi?


AKU CUN : Dia dah balik, Pakcik ni siapa?


LELAKI : Saya suami dia.


Lelaki itu beredar, doktor memanggilku bertanya siapakah lelaki bertopi ala Datuk Aziz Satar tu (maksud I bukan muka dia iras2 Datuk Aziz.. tp topi dia je)

"Oh itu suami makcik tu Doktor"... aku menjawab jujur.   Doktor Punjabi itu ketawa berdekah.


"Itu suami olok-olok la..... you ni percaya saja..hahahahahhaha " Betapa luhur dan sucinya hati I ketika itu kan, biar apa pun pendapat doktor I macam sukar nk percaya ketika itu .... namun kini bila I dah dewasa, barulah I terfikir, mungkin ada benarnya apa yang diburuksangkakan oleh doktor sebab beliau dah banyak pengalaman.


Kalau betullah Ibu Gusar mengandungkan anak halal, buat apa la dia susah-susah nak menggugurkan kandungannya hanya dengan alasan beliau sibuk bekerja. Zalim sungguh. Macam-macam hal!!!! Dah tua pun tak sedar diri.... bisik hatiku sejak akhir2 ini bila terimbau kembali kenangan bekerja di klinik tersebut.


Ramadhan begini memang membuat I terimbau kenangan bekerja di situ. Sayangnya Doktor yang baik hati itu telah pun pergi kepada Pencipta-Nya.


Semoga kita semua terhindar dari melalukan kezaliman pada diri sendiri dan orang lain. I sebenarnya pun takut nak tengok video di atas..... tak tergamak rasanya nak tengok....sekadar dipublish untuk hiasan.













Friday, May 7, 2010

BLOGGER MAT GIAN

Salam and morning pada non muslim... pagi memang masa yg paling sibuk bagi seorang ibu, tapi sempat lagi menggedix dgn mengupdate blog sebab lepas ni nak keluar untuk melawat si Jemah yang sakit..... kesian Jemah... mama long pun tgh sakit hati badan ni... nasib baik ayah long ada belikan pati halia... sapu-sapu sikit kat tenguk terus segan sakit tu nak datang lagi. Alhamdulilah.

Menyebut tentang kesibukan seorang ibu....Semalam terbaca pasal KAPUR KASUT kat blog Redmummy ke sapa tah (maklum ler byk sgt MENGGELEDAH blog malam tadi sampai terlupa)... segera ingatan ini menerawang pada nostalgia zaman gedix.... zaman persekolahan di mana kita perlu mengapur kasut biar nampak putih berseri.

Mujurlah anak-anak I diwajibkan berkasut hitam ke sekolah, so, bendalah yang bernama KAPUR KASUT ni memang dah hampir 20 tahun tak ku temui... mengalah ex-boyfriend yang dah berkurun tak dapat dijejak sampai mati.

Tingkatan 4, bila I dah pindah ke TIJB........ bermulalah episod I tak perlu mengkapur kasut, tapi tak boleh la juga beryahooo, yuhuuuu sebabnya even berkasut hitam (kulit)...nak kena kilatkan pulak... satu keja plak I ni nak mengkivi kasut tiap minggu, kelebihannya...... memang tiada masalah kasut tak kering akibat terkena hujan sebab kasut tu jenis kulit... tapi nak mengkivi sampai kilat bersinar-sinar tu yg agak M sikit tu....

Pastu bila I masuk ke SMP plak.... jadi prefect, so selamatlah dari mengkapur kasut sebab berkasut hitam (walaupun bukan kulit).... seterusnya selepas itu memang tak ada zaman la I nak berkasut2 flat ni.... paling2 high heel 2 inci... sekarang dah kembali pd kasut flat balik, hopefully bila dah berkasut flat ni jalan I tak la bercatwalk lagi (ada lagi ke? kwn I kata, tak payah tengok muka I, dr gaya jalan dah tau itu adalah Miss Mirror) wuisshhhhhh TAK MO!!!!!............ sebab berhigh heel la sebenarnya kita jadi catwalk tu.... TAK MO LA.......... sebab tu la I lebih dipaksa rela duduk rumah je sekarang ni (boleh percaya ke?) :P :P :P (ni emoticon tiga orang kwn I kat old school sdg uwek2 terjelir lidah....

Menyebut tentang mengkilatkan kasut ni, I teringat cerita seorang kawan baik I..... dia ni budak lelaki .... you tau tak.... dia mengkilatkan kasut guna lilin...... I pun belum menuntut ilmu dgn dia macam mana agaknya mengilat kasut dgn lilin. Dia duduk rumah sewa, pastu satu hari tu kawan kepada housemate dia dtg rumah...... pastu bisik2 kt housmate dia tu la...

"eh kawan ko tu mat gian ya?" kata tetamu a.k.a kawan kepada housemate.

"pesal plak?" kata housemate

"tu byk lilin besepah dlm bilik dia tu" tetamu busy body itu berbisik lagi.

Hahaha...... kwn I pun tergelak terbahak-bahak sesorang dlm bilik....

Tu la, rokok berkotak dia boleh beli, kiwi kasut yg tak mahal mana pun tak nak beli...... alasannya lilin lebih menghasilkan kilatan yang lebih kemilau. Nanti kita tuntut ilmu dgn dia ya puan-puan...


nametag anak daraku yg ready terjahit pada tudung ~ yg telah
menyelamatkan ramai pelajar dari menangis di pagi-pagi buta
kehilangan nametag sampai takut nak sekolah...
ishhh.... guru disiplin I garang tau!

penyakit "gila tudung" menjadikan
drawer pun dah tak muat nak menyimpan tudung...
eh... ada minah tu pun dia menggosok tudung
bawalnya guna lilin.... sampai sekarang I
pun belum menuntut ilmu dgn dia
memang licin betullah I tengok
hasil kerja dia....