Tuesday, January 4, 2011

Nampak je kecik.... tapi bila dah takde....separuh meroyan...

Ala tensennyaaa..... mcm mana la boleh tertinggal ni.......... bosan betul! Tu la akibat keluar rumah tak buat checklist.


Esok pepagi buta I dah nak kena gerak dah, nak jalan2 dengan diorg ni semua atas satu urusan penting..... now ni I kat rumah MIL, bermalam kejap kat sini...


Tu la kan.... kekadang sesuatu benda ni nampak je kecik.... tapi bila dah takde.... sangatlah tak bermakna.


Teringat I masa menggedix gi rombongan sekolah, sedang I sibuk membasuh uniform di asrama yg disediakan untuk menginap.... tetiba tertetas plak jahitan silang pangkah pada bahagian bawah uniform tu... Kami masa tu memang tak bawak baju spare. Nak minimizekan kecembungan bag yg dibawa konon2nya la kan.... Menggedix betul kan!.


Mak aiii.... dlm pikiran I masa tu... mcm mana la nak buat ni.... tak bawak jarum pulak. Dah la esoknya kami nak pusing keliling bandar Melaka. Dah tu pulak bersama2 dlm bas tu ialah *******ehem! Syyyyyh!!!!! IRP lalu plak... tak jadi nak tulis kisah selanjutnya. Ala Yang... ni kan kisah zmn persekolahan dan monyet-monyetan... relax la kan.


Bagaimanapun kekalutan itu dapat juga diatasi akhirnya... apabila seorang teman menemukan sebatang jarum dan benang kat asrama tu entah milik siapa... Wahai pemilik jarum dan benang kat asrama di Melaka tu... mohon dihalalkan ya Makcik...sgt darurat ketika itu!! (sekarang dah makcik la kot... sebab masa kejadian tu.... rasa2nya penghuni tetap hostel tu dah Tkt 5).


Tu la... lain kali uoll kalau gi mana2 jgn lupa bawak sewing kit ya puan2.... kalau duduk hotel takpe la... semua kelengkapan tu ada. Setakat tercabut butang sebijik tu masih boleh cover lagi. Ah...Senang cerita gini.... kalau gi mana2 bawak la baju spare. Lagi bagus!






Eh I menyesal betul.... aritu masa gi Australia tak beli satu bendalah ala2 benda ni.... puas cari kt farmasi kat sini tak jumpa plak... uoll ada jumpa tak?



Lagi bagus kalau bawak je kayu sugi ni dlm handbag..... so, kalau tertinggal berus gigi... tak
la susah2 nak beli baru....

Lahaiii.... berus gigi... napa la ko tertinggal??? Ngengada!!!! Mencii!!

5 comments:

  1. Welcome..Happy..New..Year
    ╔══╦══╗╔╦╗  
    ╚═╗║╔╗║║║║ 
    ╔═╝║║║║║║║ 
    ║╔═╣║║║║║║    
    ║╚═╣╚╝║║║║    
    ╚══╩══╝╚╩╝
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Selamat Maju Jaya... Di harapkan Tahun ini adalah terbaik dari sebelumnya...

    Bulatkan tekad mencapai impian ... Bukan sekadar manis dimulut.. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam

    pernah suatu ketika seluar ku koyak terkena paku mmg meroyan gak masa tu tak ada bawak apa-apa pun seluara lain... nak beli baru tak bawak duit lebih plakk... mmg meroyan masa tu

    ReplyDelete
  2. zai biasa bawak jarum n benang...takut kain tetas..terutama sekali bila lepas makan....mengembang...hehehe

    ReplyDelete
  3. hahaha, i pon macam geram je kalau ter tinggal encik berus..

    pernah kat hostel encik berus kena curi, sekali dgn toothpaste pulak tu, dah la takde spare..

    lahanat je i rase sape mencuri tu tau!

    ReplyDelete
  4. huhu tertinggal eh, heheh gosok guna jari ;)


    ahha pastuh seharian mls brcakap rs xbersih je ;)

    ReplyDelete
  5. Hahaha... bagi I tarik nafas kejap sbb tak tahan ketawa baca uoll punya pengalaman ni..

    Afzainizam ~ sekali-sekala bagi can lelaki meroyan plak ya.. hahaha.. tak dpt diimaginekan mcm mana meroyannya awk masa tu ya! :D

    Zai ~ Bagus.. sediakan payung sebelum hujan.

    Ms Bubbles ~ sgt tak patutnya pencuri itu!!!! Dia nak ambik berkat kot... U kan antara pelajar2 terpandai kt sekolah u kan...

    Hany ~ Mmg seharian tak confident nk berckp... kecuali kunyah chewing gam.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.