Tuesday, January 4, 2011

Bersyukurlah Anda Berpeluang Menghantar Mereka di Hari Pertama Mereka


Do you remember your first day of school? Was it the worst experience of your life or one that you'll cherish forever? Jika anda bertanya saya soalan itu.... jawapan saya ialah

"Saya sangat teruja untuk belajar ketika itu".

Jika anda tanya si Shashal......

"Hari ni saya nangis sekejap.... lepas tu Mama dan Abah tinggalkan saya, terpaksa la saya happy2kan diri".





Semua ini adalah kisah semalam.... hari ini dia dah happy dah... alhamdulillah. Kalau tidak pening Mamanya ni memikirkan...

Bila menghantar anak-anak bersekolah di hari pertama mereka, kita tidak terlepas dari terimbau kenangan zaman kanak-kanak kita bersama orang tua yang tercinta. Jerih payah mereka menghantar kita, menunggu giliran, membayar yuran.... satu persatu bermain2 di fikiran kita semula.

Justeru bersyukurlah kerana anda sbg ibu bapa diberi Allah SWT peluang untuk menciptakan kenangan itu semalam dalam hidup anak-anak anda. Sebabnya....percaya tak... susah payah anda sbg ibu bapa yg sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menghantar anak, adalah moment terindah yang bakal terupload semula di komputer fikiran mereka berpuluh tahun akan datang bila tiba giliran mereka pula menghantar cucu-cicit kita nanti.

Berterima kasihlah pada majikan2 yg baik hati memberikan pelepasan tu..... hehehe.. Ada ke yg tak dpt pelepasan? Tu la.. lain kali kalau nak cari boss, cari boss yg ramai anak.. jadi mereka lebih memahami. :P Agaknya la.. ok la.... jumpa lagi....

Buat Yatie TIJB ~ wey makcik.... dah tengok blom video reunion tu? I dah upload minggu lepas... ko godeh2 la kat older post tu ya...



6 comments:

  1. ye sangat seronok hantar anak ke sekolah...mr.hubby amik cuti 2 hari..risau bebenor takut anak dara beliau tak dapat sesuaikan diri... hari first tak le tido lena plak tu..wakakak kelako sungguh..sara rileks je!!

    ReplyDelete
  2. MM..

    dulu 1st day standard one, i kena pegi sendiri..

    i rase macam loser je time tu.tapi i buat buat rileks je..

    ReplyDelete
  3. Masa first day mwana masuk sekolah dari darjah 1, 2 ajer abah hantar. Darjah 5, first day abah hantar sebab baru pindah sekolah baru. Sampai Form 5 semua first day gi sendiri sampailah masuk U. Takdak saper hantar. Hantar diri sendiri. Now, antar anak2 sekolah dari hari pertama masuk darjah 1 hingga darjah 2, pastu bas hantar. First day ajer memang seronok hantar mrk ke sekolah. Mcm2 fe'el kanak2 darjah 1 yg dpt kita lihat.

    Ada satu kes tu budak darjah 1 semua dah masuk sekolah. Yg menunggu kat luar makcik2 ibu2 mrk termasuk mama. Then, ada satu Guru wanita tegur satu budak sekolah yg siap beruniform dgn bag sekolah kat belakang lengkap suit dia. Cikgu tu tegur ibu dia naper budak ni tak masuk kelas? Then, ibu dia cakap, anak saya ni baru umur 5 tahun...dia sibuk nak pakai baju sekolah lengkap dgn bag semua hanya sebab nak hantar abang dia yg darjah satu. Kelakar ler? Semangat tinggi, positif cerah masa depan.

    ReplyDelete
  4. Sara ~ hahaha..kenangan terindah tu! saya & hubby masih boleh tido lena, cuma pagi tu je suspen sikit bila si bujang tu nangis2 tak nk masuk ke kelas.. last2 bila dah dipaksa, ok.. alhamdulilah.

    Ms Bubbles ~ Pegi sendiri? Cayalah! I tak boleh mcm tu.. sbb ayah I tau, I ni manja sikit orgnya.. dah tu first day bukan terus pandai cari kwn. Tunggu kwn tegur baru I berckp2. Hehe..

    Mamawana ~ Semangat tinggi betul budak tu.. senang nanti bila masuk drjh 1.

    Klu dah form 5, rasa2nya semua org berhantar sendiri kot.. time tu memasing dah pandai naik bas/naik moto gi sekolah.

    ReplyDelete
  5. fie x nanges. relax je. abah pun tak pening nak kena tunggu lama-lama.

    ReplyDelete
  6. Fie ~ Akak pun tak nangis.. cuma suspen je....

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...