Tuesday, December 20, 2011

Jika Kau Seorang Lelaki... Gadis yg bagaimana yg ingin kau pilih?

Imaginekan diri anda seorang lelaki.. atau anda sememangnya seorang lelaki....gadis yg manakah yg akan kau pilih antara keduanya ini?

1) Seorang gadis yang lemah lembut, sopan santun, pemalu..... jalan gemalai..
2) Brutal, tegas, jalan pun laju2, pantas buat keja....
Ya I tau... rata-rata tentu akan pilih yg nombor satu tu kan? Tapi I pernah berhadapan dengan seorang gadis yang lemah lembut, jalan pun gemalai... (kalah kita2 yg Melayu ni tau)...sopan je tutur katanya... tapi pelik... I rasa I sorang je yg menyenangi dirinya... ramai kawan2 (kwn pompuan ler) suka mengutuk dia (sorry ler kengkawan, I flashback cerita lama kita ni).. kesian... masa tu I rasa nak protes gak la bila ada yg cuba2 nak kritik dia, sebab I pun macam terkena tempias gak la kan.. sebab... hehe.. sebab perasan yg I ni pun lemah lembut mcm dia ...  dia best fren I.

Satu hari sorang rakan sekuliah menegur si Maria (bukan nama sebenar)
"Maria ... cuba la ko ubah sikit cara kau tu.. jadi tegas sikit!!" kata kakak tu jadi imej consultant tak berbayar.. 

Huh????


Ya ke? Kalau dah pembawakan sejak lahir... nak wat cemana.... sigh.. :( 

Cuba kita bayangkan pulak artis2 yg meletop kat negara kita ni... menurut firasat cermin Makcik Mirror ni .... rata2 yg meletop macam Datuk Siti Nurhaliza ke... Lisa Surihani ke (sekadar menyebut beberapa nama)..... rahsianya sebab mereka ni sopan santun dan penuh kelembutan la kot. Tak kisah la sama ada mereka kat rumah keras ke brutal ke, itu aku no comment  la kan.. sebab aku pun tak pernah gi rumah diorang, mana aku tau.... tapi bila berhadapan dgn audience je... cakap mereka pun lembut je, sedap je telinga neh mendengarnya... contohnya..
"Sorry... no comment" - Tok T... 
 "Apa? I nak kawin dgn Yusry" kata Lisa....  Ha kan...

takde la tegedix2 je kan..



Tapi.. tu la yg I musykilkan sampai sekarang, kenapa kawan I, Maria bukan nama sebenar yg lemah gemalai ni dinasihatkan perlu membuat perubahan diri?

Kelembutan dlm penulisan pun penting kalau nak mintak keja

"Office katne?" Seorang calon "pekerja" telah meng'inbox' I itu ari...
Hingga sekarang I tak reply soalannya itu sebab bunyinya sungguh....... hmmm.. korang pun phm la kan. Mungkin jika kelembutan itu diwujudkan dlm soalan tu, lembut gak ati kita ni nak reply.... contohnya "Assalamualaikum... boleh saya tahu, office di mana?"

p/s : Kelembutan I dah ilang sejak dpt anak... sebab ari2 jadi Rika Sumanto.. jelous dgn Lady Diana yg lemah lembut hingga saat kematiannya..

7 comments:

  1. betul itu, orang yg lembat lembut, atau nampak cam ngada2 tak boleh buat kerja kasar aka berat. . atau nampak jalan cam catwalk,padahal dah abis cuba memngasarkan diri. . .masih juga dilabel ngada2 pun yeee. . .memang betul ramai orang tak suka. . .


    ada yg betul2 lembah lembut lembik, ada lembah lembut perkasa,


    kalo kita lelaki ofkos pompuan yang muka seksi huhuhu. . jelita, tahu malu. . .sopan santun. . .ada prinsip. . .bersih. . .pandai melawak, lembut2 perkasa, bukan lembut2 cam jelly. . .arr banyaklah. . .sebab itu tak dijadikan lelaki kut. . .hiiiiii ;-)

    ReplyDelete
  2. EILA - I setuju dgn you..
    Kdg sesetgh org dah puas "mengkasarkan" diri.. tpi nampak gak lemah lembik.. dan nmpk mengada, sudahnya org tak suka.. nk buat guane. Cara mengatasinya ialah cepat2 kawin.. nt hilang la org2 yg membenci tu.

    ReplyDelete
  3. hahahaha...rika sumanto yang asik menjegil mata macam nak terkeluar bijik mata..kakakakaaa

    ReplyDelete
  4. katakanlah saya ni lelaki..


    hurmm -,-

    lemah lembut memang kriteria wajib. hihi. paras lawa ke tidak belakang kira, janji sejuk mata memandang.


    BUDI BAHASA BUDAYA KITA. Chill ;)

    ReplyDelete
  5. LINDA - ingat lg ya watak tu? Ingat dah lupa..

    SYAMIMI - Janji hati kita selalu tenang je kan..

    ReplyDelete
  6. kalau la lemah lembut perempuan tu mengada-ngada & dibuat-buat mmg la nyampah kan.apalagi kalau lemah-lembut hipokrit @ bukan sifat yg sebenarnya...
    kalau la i lelaki: lebih berkenan dengan wanita yg sederhana dlm segala hal,sejuk mata memandang gitu :)

    ReplyDelete
  7. WIN - klu lemah lembut yg dibuat2 mmg menggelikan.. :D

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...