Monday, December 19, 2011

Makin difikir... makin takut...

Sound effect dari filem seram yg suami tonton di kaca tv ... yg entah tajuk apa...
tiba-tiba memeranjatkan aku...... toner dan krim malam di tanganku
yg belum sempat kubuka penutupnya kukembalikan ke dalam raga...
seram pulak dengar laungan2 menggerikan macam tu di tengah2 kepekatan malam begini

Aku bayangkan apa tau...
Bagaimana la nanti kalau kita dalam kubur
pastu sensorang... tiada lagi suami, sahabat-sahabat di sisi... ibu.. mahupun..
saudara mara..
entah ke terang ke.. gelap ke...
pernahkah kau terfikir?





Meski misteri alam barzah hanyalah Allah Taala sahaja yg mengetahui...
Tapi makin difikir
makin seram plak aku rasa...

Kengkawan pun dah ramai yang "pergi"
meninggalkan kami..
dari yang semuda-muda selepas SPM belasan tahun lalu..(eh belasan ke puluhan.. sila kira sendiri.. kekeke)...
kemalangan jalanraya, sakit yg kronik...
hingga la yang sedewasa2 usia 60an...

Jiran setaman... Jay Bee..
yg belum pun sempat kami melakarkan
kenangan di depan oven rumahnya ... sebab dia berjanji nak ajarkan aku satu resepi canggih.. (beliau pernah tinggal di London dan sominya omputih).. maka byk la koleksi resepi western..
Allah telah pun mengambil nyawanya setengah bulan yg lalu..
Al-fatihah buatnya... Aku pun tak tau dia sakit apa.. alih-alih dia "pergi"..

Sebelum terlewat... al fatihah juga buat seorang blogger muda jelita yg
baru meninggal itu ari... (lupa plak nama dia.. korang google la sendiri)

Makin difikir... makin takut..
terima kasih kpd sahabat-sahabat, sahabat2 blogger...
yg selalu meningatkanku tentang hari kematian...

Aku memang suka dan mengharap momentum ketakutanku
tak terus menurun...
supaya aku menjadi insan yg lebih baik dari semalam....
dan semalam-semalamnya.... atas faktor-faktor yg bernama "ketakutan" itu..

Nota : Wahai Miss Mirror.... jgn cuma cakap asyik takut2 je.. tapi tak dak buat apa2 pun tak guna ... bacalah Surah Al-Mulk selepas solat Isyak untuk masa depanmu dalam kubur nanti.

11 comments:

  1. may shahadah is our las word.


    inshaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Syamimi - Amin.. hope we'll die with husnul khatimah...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah MM dh pun sihat... kayuh slow2 berkebun tu yg pnting take care dear...

    ReplyDelete
  4. Thanks Kak Jai.. baru nak start berkebun dah sakit, apa la MM ni kan.. hehe..

    ReplyDelete
  5. bagus itu, memang itu yg patut kita plng takutkn. . .bkn takut apa. . .takut camna kehidupan kita disana nanti camna. . .mudahan2 kita tergolong dari golongan yang lapang kuburnya dan bercahaya. . .aminnn ^_^

    ReplyDelete
  6. membaca post ni, membuatkan saya tersedar...kdg2 kita alpa & sengaja daripada tidak memikirkan kan miss mirror.
    "bila dengar lagu andaiku tahu" kump ungu kan, mmg sebak je rasanya..

    ReplyDelete
  7. Lagu UNGU ke Win? Alamak I ni dah lama tak dengar lagu2 baru..hehe... nt I akan hayati.. Mesti liriknya puitis hingga buat you sebak.

    ReplyDelete
  8. Win... ha mmg best lagu ni..OK.. I copy paste lirik dia kt sini :

    Andai ku tahu….
    Kapan tiba ajalku…
    Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

    Andai ku tahu…
    Kapan tiba masaku…
    Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
    Aku takut akan semua dosa dosaku…
    Aku takut dosa yg terus membayangiku…

    Andai ku tahu…
    Malaikatmu kan menjemputku…
    Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
    Aku takut akan semua dosa dosaku…
    Aku takut dosa yg terus membayangiku…

    Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
    Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
    Aku manusia yang takut neraka…
    Namun aku juga tak pantas disurga…

    Andai ku tahu….
    Kapan tiba ajalku…
    Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
    Aku takut akan semua dosa dosaku…
    Aku takut dosa yg terus membayangiku…
    Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
    Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

    Thanks Win ya..perkenalkan I dgn lagu ni.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.